Posted by: abusyakirin | 1 Februari 2010

Panglima Harimau Singa Berantai – Cikgu Hj Awang Daud

PENGENALAN RINGKAS PANGLIMA HARIMAU SINGA BERANTAI


Cikgu Hj Awang  Bin  Daud merupakan Gurulatih Tertinggi Silat Seni Gayong dan  GrandMaster Awang Daud Martial Art Academy,  mula mengenali seni beladiri dan mula bergiat aktif ketika berumur 17 tahun dengan mempelajari Silat dari bapa saudara Datuk Deraman seorang pembesar Istana negeri Kedah.

MUAY THAI (TOMOI)

Gelangang Muay Thai telah menjadi pilihan setelah berkenalan dan menyaksikan kehebatan permainan Guru Musa Tawisik yang merupakan seorang jurulatih tentera Thailand ketika itu. Sekitar pertengahan tahun 60an, beliau mula memasuki gelangang pertandingan Muay Thai dan telah mencapai banyak kejayaan ketika itu sehingga diberi gelaran ‘Tiger Gurun’.

Nama ‘Tiger Gurun’ amat digeruni dan terkenal tidak hanya disekitar Kedah tetapi sehingga memasuki daerah disekitar Thailand.

SILAT SENI GAYONG

Aksi seorang Gurulatih Tertinggi - Tapak Selayang Pandang

Beliau mula mempelajari Seni Silat Gayong setelah mengenali Guru Majid Mat Isa yang merupakan Guru Silat Seni  Gayong ketika itu.

Pada tahun 1962, beliau antara murid terawal yang dihantar keluar untuk mempelajari Silat Seni Gayong di School of Gayong di Woodland, Singapura dan mendapat Diploma of Seni Gayong School. Beliau juga merupakan seorang gurulatih tertinggi di sana.

TTS (Tempur tanpa Senjata)

Cikgu Hj Awang Daud telah diberi tanggungjawab untuk melatih Angkatan Tentera TTS (Tempur Tanpa Senjata) yang berpengkalan di Woodland ketika itu.

Pada awal tahun 1970an beliau telah diamanahkan oleh Pemerintah Angkatan Tentera Malaysia pada masa itu untuk melatih Angkatan Tentera Malaysia TTS, begitu juga dengan Polis Diraja Malaysia selepas itu. Sehingga kini masih ada Gayong Perang, Tarian Para yang asalnya adalah daripada didikan Cikgu Hj Awang Daud sejak awal tahun 1970an.

Allahyarham Mahaguru Dato’ Meor Abdul Rahman adalah pengasas Silat Seni Gayong dan merupakan orang yang bertanggungjawab membentuk dan melatih Cikgu Hj Awang Daud. Dato’ Meor Abdul Rahman juga pernah menyatakan bahawa Cikgu Hj Awang Daud akan menjadi seorang Mahaguru (Grandmaster). Walaupun beliau bukanlah generasi terawal Silat Seni Gayong dek kerana kelebihan tertentu dan kepakarannya, Dato Meor Abdul Rahman telah menganugerahkan  gelaran khas iaitu Panglima Harimau Singa Berantai dan ianya adalah gelaran mutlak milik beliau daripada Mahaguru Silat Seni Gayong. Cikgu Hj Awang juga Mantan Pengarah Majlis Gurulatih-Gurulatih PSSPGM ,Waris Beradat dan diiktiraf salah seorang Pakar Tempur Dunia

Panglima Harimau Singa Berantai - Gaya Serangan Bapak Harimau

Tentang pelajaran, yang saya belajar dekat Dato’ Meor buah tangkapan 1-7, kombat 1-7, pentas 1-7. Semua ada tujuh, tujuh, tujuh. Bila dah ada tujuh-tujuh tu, masa kursus jurulatih yang pertama, tahun 1973 di Taiping, Dato’ Meor suruh saya dengan Cikgu Majid, yang 7 semua jadikan 21. Kalau jurulatih sekarang ni kata dia pakar sampai 21, buah dia dapat (daripada Dato’ Meor) 21 biji, semua tu pelawak, pembohong! Baik Gayong Pusaka, Gayong Malaysia. Asalnya buah tangkapan, buah kunci ni 21 saya dengan Cikgu Majid (yang susun). Buah pukulan 1 sampai 21, saya dengan Cikgu Majid (yang susun). Semua daripada kami dua orang. Semua di bawah kami. Termasuk anak dia sendiri Badek, Siti Kalsom. Semua di bawah kami.

Mahaguru bersama Cikgu Awang dan Cikgu Majid

Kalau silat jangan tipulah. Kalau gurulatih yang baru-baru ni kata dia itu, dia ini, pembohong semua. Arwah Dato’ Meor dulu dia bagi 7 biji. “Awang, saya mahu awak dengan Majid jadikan 21,” kata Dato’ Meor. Bila jadi 21, ajar pada guru seperti Ahmad Lazim, Mat Putih, Kalsom, Badek, Sazali dan guru-gurulatih seluruh Malaysia. Semua turun ke Taiping tahun 1973. Kali pertama kursus gurulatih. Dan kali pertama juga dia isytiharkan tali pinggang putih, hijau, merah, kuning dan hitam. Tahun 1973 lah yang mula-mula sekali buat bengkung.(Cikgu Hj Awang Daud)

Logo Rasmi Awang Daud Martial Art Academy

Walaupun kini beliau aktif mengembangkan ADMAA,  sebenarnya ianya adalah AMANAH Arwah Dato Meor Abdul Rahman kepada beliau. Terdapat segelintir Orang Gayong mengatakan Cikgu Hj Awang lari dari perjuangan dan menderhaka kepada mahagurunya namun hakikatnya Cikgu Hj Awang tidak pernah MENDERHAKA kepada Silat Seni Gayong. Sejak di Singapura lagi Cikgu Hj Awang telah ditugaskan oleh arwah Mahaguru untuk mengajar Combact kepada orang Melayu dan bukan Melayu. Usahlah kita menuduh seorang yang telah banyak berjasa kepada Silat Seni Gayong. Bukan tugas kita untuk memecah belahkan Pejuang-pejuang  Silat Seni Gayong ini. Biar beribu tomahan dilemparkan Sumbangan dan Jasa Cikgu Hj Awang tetap tak dapat dipadam. Sejarah telah merakamkan segalanya.

Dua Gurulatih Tertinggi Silat Seni Gayong

Semoga Generasi dan seluruh anak Gayong yang ada  sekarang tidak melupakan jasa dan pengorbanan beliau dalam mengembangkan Silat Seni Gayong.

Dari bertateh berdiri megah,

Ilmu guru jangan dipermudah,

Jasa guru bukanlah disembah,

Bertaya khabar pun dah cukup sudah.

Kek yang ditempah khas oleh Ahli ADMAA

Dedikasi khas buat Ayahanda Cikgu Hj Awang Bin Daud Panglima Harimau Singa Berantai Silat Seni Gayong. Selamat Hari Lahir semoga Diberkati dan Dirahmati…Ilmu mu kuSanjung Jasa mu kuJunjung

____________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

Aku dan Gayong

http://www.khalifahgayong.wordpress.com


Respon

  1. boleh saya tau siapa ni?

    • Cikgu Hj Awang Daud..sekarang menetap di Gurun Kedah. mengembangkan Awang Daud Martial Art.

    • saudari liza, utk pengetahuan anda sepatutnya anda yg kena sedar siapakah anda yg sebenarnya. setahu saya anda langsung tiada kaitan dengan cikgu awang daud samaada keluarga @ admaa. yg setahu saya anda hanya suka sibuk ja,,,, yg lain rasanya x dak la pulak. jadi adalah baik anda diam & jgn jadi lebih menyibuk… harap anda faham kedudukan anda…………

  2. so….
    slat arimau brntai sma ngan slat gyong ekKK…
    BWU PHAM..em,….

    • rasanya tak kot

  3. assalamualaikom..
    sy ank murid cikgu awang selaku jurulatih pusat..
    pd yng buat wordprees nih.. sy nak tnya skit.. mn dpat pic admaa dlm ni? mntak kebenaran sapa?

    • Waalaikum muussalam…ni ustaz saiful ke… saya nik iznan s/u psspgm kb yg geng2 ADMAA yg pi buat demo kat hotel perdana ari tu. Saya rasa tak salah kiranya menceritakan serba sedikit tentang Cikgu Awang@ayah. Kerana saya juga anak murid beliau dalam PSSPGM ataupun ADMA yang dijalankan pada suatu ketika dulu di Jalan Tok Semian Kota Bharu Kelantan. Saya mengenali Cikgu Awang dah lama dah. Dan saya selalu berjumpa dengannya time balik ke Gunong Kedah. Tentang penubuhan ADMAA kelantan baru-baru ni semua dibawah rancangan saya. Saudara Saiful bolehlah merujuk kepada Cikgu Awang dan Mak bertanyakan diri saya serta bolehlah menelefon wakil ADMAA Kelantan yang turun ke Gurun Baru-baru ni.

    • Alahai,baru gambar je sampai tegur mcm tu sekali..kita ni orang islam..orang melayu..ade adab. Sori la,tapi saya nampak ade unsur sombong kat situ..Cikgu awang daud pun tak marah,knape saudara yang lebih2..buat malu persatuan je..klau ade sikap mcm ni harap lepas ni buang la,macam mana silat nak maju.

  4. setelah sy megenali atau nama panggilan toksu dari pada seorang kwn atau diberi nama firdaus zainon.setelah betaun dan selang bebulan jugak tidak menghadiri gelanggang.tetapi apa juga keramaian yng toksu buat sy sentiasa ada ha.Diharap toksu sihat dan memperjuangkan nama bangsa dan agama demi kita semua.sy dan kami semua sentiasa berada dihadapan memberi apa yang perlu akhir kata semoga allah memberi kesihatan dan kelapangan buat toksu assalamualaikom.

  5. kawe sokong nik,jangan stok angin cikgu saipul

  6. Leloh..Kawe raso puok2 baru nih dia semangat lebih.. Namun kena ingat dan tahu sejarah ADMA yg mula bergiat di Kelate. Gelanggang Asal ADMA di rumoh DR Nik Abid Jalan Tok Semian Kota Bharu.

  7. betul tu nik,kawe ingat masa mula-mula ADMA mula bertapak di kelate.mula soho sekitar awal 90 an la gitu… ore kelate ni x rasa pelik ngan ADMA,sbb dah tau awal-awal.mari la kita usaha sama bersatu.

  8. nk join

    • Buka Blog ADMAA GURUN melalui link di dalam blog saya ni. ada maklumat dan no tel untuk saudara hubungi

      • mcm mn sy nk join admaa kelate? sape bleh sy hubungi?

        • contact cg Ali Hafiz 012 901 7055 atau Cg Adnan 013 951 4020…saya hanya terlibat dalam bab penubuhannya saja. Yang mengajar adalah Cg Ali Hafiz dan Cg Adnan. Cuba hubungi mereka kerana 3-6 JUN ada kursus ADMAA dan Cikgu Awang bersama Jurulatih Gurun akan turun. Saya tak ada semasa kursus nanti.

  9. Saya dengan ini mengumumkan secara RASMI bahawa saya tidak lagi terlibat secara Rasmi atau tak rasmi dengan ADMAA Kelantan berkuatkuasa hari ini.

    Biarlah pimpinan yang ada sekarang menjalankan tugas seperti yang di amanahkan oleh Cg Awang Daud.

    Saya sudah berpuas hati di atas segala usaha saya dan pembabitan awal dalam proses penubuhan ADMAA Kelantan.

    Selamat Maju Jaya buat ADMAA Kelantan.

  10. best gler p kem silat gayong kt d’rhu melawi..

    • setahu saya ianya bukan silat Gayong tapi ADMAA

  11. Where can I study this martial arts
    I’m interested in batin …. Is there any batin teaching in this art?
    Please let me know thanks

    • please contact The Awang Daud Martial Arts Academy..you can see contact number at my link site. ADMAA GURUN

  12. kawe sokong !!

  13. Salam,
    Ayat “Beliau mula mempelajari Seni Silat Gayong setelah mengenali Guru Majid Mat Isa yang merupakan Guru Silat Seni Gayong ketika itu.” terasa lelucon sebab mengenali tu memang dasyat kalau mengikut kata Pak Ndak..

    • 😀

  14. assalamualaikaum…..sy ust nabil dari glanggang pusat…..tahniah truskan perjuangan….

    • Waalaikumussalam… 😀

  15. kalau saya nak menuntu ilmu nie mcm maNe…
    saya nak sgat ilmu nie…
    dari pade azim..

    • contact Jurulatih ADMAA 0172764082

  16. kalau saya nak menuntu ilmu nie mcm mane..
    saya nak sgat ilmu nie….
    saya ade masalah…
    umtk menjage keselamatan saya…

  17. saya nak tahu bagaimana nak mendaftar utk.menjadi ahli,sebab saya minat utk.belajar martial art,at the same time saya dapat protect me husband and i.sebenarnya husband saya pun minat dlm seni silat,bukan aper sediakan payung sebelum hujan,at least walaupun tiada rintangan dan halangan yg mendtg.kita boleh gunakannya utk fisabillillah!!,macamana?boleh ke?lg 1 saya nak tny cost juga?boleh….hope interest to read…tq assalamualaikum

    • sila tel no 0172764082 ni su kelab ADMAA.

  18. majulah orang melayu jangan lupa asal usul ingat apa yg dikejar di dlm dunia dan important sekali tanggungjawab yg harus kita lakukan (a.k.a manusia@anak2 adam)ingat apa yg harus di muka bumi…………..fikir2kan renung2kan dan selamat beramal……

  19. Salam..Hamba pernah juga menuntut & belajar selangkah dua langkah didlm dunia Persilatan ! Pernah juga berguru dgn beberapa org guru tapi akhirnya lebih cenderung kpd ilmu ketuhanan & mencari jln mengenal diri ! Apa pun syabas kpd pejuang persada seni persilatan bangsa kita..Selagi tidak meyalahi hukum & membelakangi undang2..Teruskan demi ugama, bangsa & tanah air kita !!

  20. assalamualaikum pada semua anak-anak gayong…
    sya ingin berguru dngan cikgu awang daud..
    sy ni merantau,dan sy telah berjnji pada ibu dan ayh.slagi dri sy xelok dan xbrubh sy xkn blik..tp sy tdak taw hala tuju..dan tdak tau dimna ckgu awang daud,dan gelangang nye..sy juga tiada tmpt berteduh..jd sy buntu..
    sy jga anak gayong..tpi ade masalah yg mnimpa..jd sbb i2 lh sy ingin mncari ckgu awang daud untuk berguru dgnnya…sya harap anak2 gayong semua dpt mmbntu sy..sy ingin bnar2 bertemu dgn ckgu awang daud..berdepan dgnnya dan mnceritakn masalah sy yg sebenar..harap ckgu awang daud akn sudi berjmpa sy..dan mnerima sy..assalamualaikum.

  21. Ada tak cawangan kamu di limbang atau miri sarawak? Balas secepat mungkin. No hp saya +6738181355. Saya tunggu.

    • Di Mukah ada..tel no ust Atan Sedaka 019 644 2910

  22. Siapa tahu di mana tempat belajar silat ini cawangan limbang? Di limbang ada perguruan silat apa saja?

  23. kt phang ni ad

    • belum ada

  24. assalamualaikum..saya nak bertanya ada gelanggang di kawasan kubang pasu x? jitra @ changlun.. dan juga di perlis.tima kasih.

    • boleh rujuk Pusat Latihan ADMAA di Gurun

      • Salam tuanada tak gelanggang di kl
        Sekian

  25. kt terengganu ade cawngan x?

  26. As salam…saya nak bertanya gelaran harimau berantai ada pada 1 orang sahaja ke???sebab tok guru saya pun gelaran harimau berantai…tapi nama silat adalah ‘silat langkah panglima’..mohon pencerahan..

  27. Assalamualaikum . Didaerah melaka ade x . Sy teringin nk blajar dlm ilmu persilatan ….


Tinggalkan Jawapan kepada nuriedafariz Batal balasan

Kategori