Posted by: abusyakirin | 5 Februari 2010

Selayang Pandang Pusaka Melayu

Langkah Beradab Tari Berseni

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

Apabila rakan-rakan mengajak saya turun ke gelanggang penulisan bersama-sama untuk memeriahkan blog persilatan , saya agak keberatan pada mulanya. Banyak alasan yang boleh dijadikan penghalang jika saya mahu. Tambahan pula, ilmu dan pengalaman yang ada tidak seberapa banyak berbanding dengan orang lain di luar sana.

Atas sekadar niat berkongsi secebis pengalaman sepanjang saya menyelusuri perjalanan dalam alam persilatan khususnya Silat Melayu, saya menerima pelawaan itu dengan hati yang lapang, dengan harapan semoga terdapat sedikit manfaat yang boleh dititip oleh pembaca blog ini.

Sekilas pandang, Silat Melayu hanyalah sebagai warisan berzaman seni budaya bangsa Melayu. Terdapat ratusan jenis atau pelbagai aliran silat wujud di Semenanjung Malaysia yang membangun dengan identiti masing-masing. Ada yang telah maju ke hadapan dengan mencipta nama di peringkat antarabangsa, kebangsaan, ada yang sekadar dimainkan di kampung-kampung, yang eksklusif dan mungkin ada yang sudah terkubur atau hidup segan, mati tak mahu.

Walau apapun aliran yang kita bawa, saya sekadar menyimpulkan makna Silat dalam definasi yang mudah difahami dan berdasarkan kefahaman peribadi sebagai ilmu pertempuran, ilmu peperangan yang memiliki sejarah yang panjang serta pernah berjasa pada bumi pertiwi ini.

Namun begitu, pengamalnya tidak boleh mendabik dada sehingga menimbulkan rasa takbur dan sombong kerana mewarisi kehebatan ilmu pahlawan-pahlawan Melayu dahulu. Ini adalah disebabkan falsafah persilatan, disiplin dan ajaran yang terkandung di dalamnya tidak mengajak manusia ke arah sebegitu, apatah lagi untuk berlaku zalim tanpa sebab.

Saya tidak berminat untuk menceritakan kehebatan teknik, buah, persenjataan, dan sebagainya, tetapi apa yang ingin dikongsikan ialah peranan Silat Melayu itu sendiri sebagai satu institusi budaya yang berperanan, praktikal dan relevan dalam konteks pembinaan sahsiah individu menjadi hebat dan kebal dalam menghadapi cabaran hidup dalam alaf moden hari ini.

Permainan guru banyak rahsianya

Sepanjang saya menemui guru-guru tua atau mereka yang bertaraf guru, memang terdapat persamaan antara mereka. Resam ‘rasmi padi’ yang semakin berisi, semakin tunduk sudah seolah-olah sinonim dengan perwatakan mereka.

Kadangkala, wajah-wajah tenang atau sikap ‘down to earth’ guru-guru tua tidak menggambarkan yang mereka ini insan yang menyimpan khazanah ilmu yang memiliki sejarah dan mahal harganya dalam kehidupan, iaitu ilmu menjaga nyawa.

Secara ringkas dan mudah difahami, memang itulah jawapan lumrah dalam kalangan pengamal bila mula mempelajari mana-mana seni beladiri yang diceburi.

Memang itulah juga yang sering diperingatkan oleh guru-guru bila memulakan pembelajaran dengan anak murid iaitu dengan memperbetulkan niat ketika mula belajar. Bila sudah diterima sebagai anak murid, suka atau tak suka, kenalah ikut sistem pembelajaran yang diatur daripada A hingga ke Z tanpa banyak soal.

Mulai dari saat itulah bermulanya perjalanan seseorang anak murid bersama gurunya.

Jika diteliti, ini tak ubah seperti perjalanan hidup seorang pelajar yang bermula daripada belajar kenal huruf, membaca, menghafal sifir, mengira, dan lain-lain lagi hinggalah pelajar itu menamatkan pengajian formalnya sama ada di peringkat ijazah, master atau PhD.

Persamaannya ialah kedua-dua pengajian ini bersistem, memiliki silibus dan mempunyai kayu pengukur untuk menguji tahap pencapaian masing-masing. Yang membezakannya ialah nilai ilmu itu sendiri. Kedua-duanya bernilai tetapi dalam perspektif yang berbeza.

Mungkin pemikiran beginilah yang boleh dijadikan motivasi dan disematkan sebagai azimat kepada anak-anak muda yang baru memulakan langkah pertama dalam bidang persilatan. Jika tidak, mungkin ada yang gugur di tengah jalan kerana tak nampak nilai yang ada pada Silat. Mungkin ada benarnya jika Silat dikatakan kurang ‘commercial value’ jika dibandingkan secara ‘apple to apple’ dengan nilai dari sekeping sijil/ijazah pengajian moden hari ini. Kepada WM, perbandingan seperti ini adalah kurang tepat malah meleset daripada perbandingan yang adil dan telus.

Saya berpendirian, apa-apa ilmu yang baik adalah bernilai kerana masing-masing punya peranan tersendiri dan pernah mencapai kegemilangan pada zamannya. Paling minima, ilmu ini adalah sebahagian daripada ilmu Allah SWT yang infiniti luasnya dan tak perlu dinafi kebaikannya.

Bicara ini sekadar membuka tudung bagi membolehkan minda berfikir sejenak tentang nilai atau ‘value’ yang ada dalam Silat Melayu itu sendiri. Adakah pada seni tarinya? Teknik-teknik yang hebat? Atau apakah sebenarnya yang istimewa pada Silat? Saya serahkan kepada pembaca untuk sama-sama memikirkannya. Panjang umur, saya kupas lagi di lain ketika.

Ilmu silat jarang yang berubah permainannya, hanya masyarakat perlu di ubah mindanya untuk belajar silat.Tanpa ilmu silat, dunia Melayu akan hilang seri

_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com

About these ads

Respon

  1. salam..Saya begitu tertarik dgn apa yg ditulis seperti di atas.. Sebenarnya silat mnyimpan seribu satu rahsia…terpulanglah kepada kita semua untuk menerokai ilmu itu…bagi yg menganggap silat itu hanyalah sekadar ilmu mmpertahankan diri..sebenarnya anda telah silat..Galilah lagi..sesungguhnya ilmu silat ini amat luas…


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 67 other followers

%d bloggers like this: