Posted by: abusyakirin | 7 Februari 2010

Rahsia Senjata Melayu yang Terkubur

Beribu-ribu tahun dahulu, di Lembah Bujang, terdapat satu peradaban yang makmur.Kota-kota yang besar dan istana-istana yang mengagumkan. Di satu kawasan, terdapat kilang-kilang membuat peralatan logam;kilang melebur besi.

Zaman berganti zaman. Tahun berganti tahun. Peperangan demi peperangan. Hasad dengki, khianat, kekejaman dan penipuan menghiasi tabir. Jatuh dan bangun. Bina kembali peradaban. Berperang lagi…hancur semuanya…bangkit kembali membina empayar…perang saudara…kedatangan bangsa Eropah yang tamak….dijajah…dijajah…dijarah…

Bangkit kembali…tentang penjajah…akhirnya merdeka. Kemudian bina negara…bina peradaban kembali. Perlahan-lahan.

Anak-anak Melayu pun membuka buku sejarah. Apa yang dilihat mereka? Hulubalang Melayu memegang tombak. Panglima Melayu menghunus keris. Selak lagi..apa dilihat lagi? Gambar lukisan raja Melayu di atas gajah, dengan askar-askar Melayu menentang penjajah Portugis menggunakan tombak dan keris. Bertembokkan pancang-pancang kayu dan batang pisang. Gambar askar Melayu mati ditembak istinggar musuh. Gambar rumah beratap rumbia musnah dibedil meriam. Selak lagi….gambar gabenor British bercekak pinggang dengan orang-orang Melayu berpakaian selekeh di satu sudut.

Selak lagi…selak lagi…gambar orang-orang Melayu pasca-penjajahan yang berimejkan selekeh, miskin dan nampak kurang berpendidikan. Membosankan.

Dalam artikel ini, saya akan mendedahkan realiti sebenar peperangan yang disertai orang-orang di Semenanjung mahupun di pulau-pulau Nusantara (Indonesia). Siri akan mendedahkan betapa antara orang-orang Melayu pada masa dahulu pandai mencipta meriam dan menggunakan senjata api..Ini sekaligus menafikan anggapan popular ketika penjajahan dahulu “hendak buat sebatang jarum pun tak mampu”

Benarkah begitu?

Musketeers‘ dan ‘Gunners‘ Melayu

Ketika saya masih kecil lagi, saya masih teringat satu filem lama tahun 80-an berlatar belakangkan zaman dahulu, mungkin sekitar abad ke 17. Kalau tak silap saya, Dato Rahim Razali ada berlakon dalam filem itu. Keistimewaan filem ini ialah, ia memaparkan orang-orang Melayu dahulukala berperang menggunakan meriam-meriam kecil, dalam istilah Melayunya ‘Lela Rentaka’.

Meriam-meriam ini boleh dikendong menggunakan tenaga dua orang, di bawa ke sana sini. Terdapat satu adegan di mana tentera-tentera bergegas membawa meriam-meriam ini ke medan perang melintasi sawah-sawah padi.Ada adegan tentera yang tumpas terkena bedilan. Aksi letupan yang begitu ‘real’ dan suasana selepas perang di mana mayat-mayat bergelimpangan di sawah padi dihurung lalat dengan darah bersemburan di sana sini. Filem ini begitu istimewa di mata saya, berbanding filem-filem tipikal lain yang juga berlatarbelakangkan sejarah namun imej peperangan yang membosankan dan kurang tepat; asyik-asyik berperang menggunakan keris dan lembing. Penggunaan meriam yang meluas di dalam filem ini amat menarik dan sehingga kini saya masih teringatkan filem itu yang unik dan menimbulkan misteri kepada saya.

Semakin dewasa dan kelebihan menggunakan maklumat yang banyak di perpustakaan semasa melanjutkan pengajian ke luar negara membuatkan saya semakin tertanya-tanya; apakah peranan meriam di dalam budaya orang-orang Melayu dahulukala? Mengapa apabila saya membaca catatan-catatan para conquistador, pengembara Eropah, pedagang dan duta-duta asing, menyebutkan saiz kapal, penggunaan meriam dan kemewahan orang-orang Melayu sebelum era penjajahan? Mengapa apabila membaca buku-buku sejarah di sini, nadanya berlainan? Mengapa catatan pengembara Perancis berlainan sekali dengan catatan Stamford Raffles dan Leyden? Mengapa pandangan para cendekiawan Portugis seperti Eredia dan Pires berlainan dengan pandangan para gabenor dan imperialis Inggeris?

Apa yang ingin mereka sembunyikan dari kita?

Apabila orang Thai mengeluarkan filem-filem menceritakan sejarah Patani, mereka menggambarkan orang-orang Melayu Patani biasa menggunakan pistol dan senapang, apatah lagi meriam. Ini tidak kalah dengan filem-filem mereka yang menceritakan peperangan menentang tentera Burma. Mereka betul dari segi sejarah.

Mengapa saya kata begitu? Kerana apabila teknologi meriam semakin maju pada abad ke-14, seluruh dunia berlumba-lumba mendapatkan teknologi ini. Kerajaan-kerajaan Eropah, wilayah-wilayah bekas Empayar Abbasiah dan Turki uthmaniyyah, Emperium China dan kerajaan Ayutthia berusaha tidak ketinggalan dalam soal mengambil tahu atau memiliki meriam malah merekrut rakyat mereka mempelajari cara membuat meriam. Jadi

ADAKAH SULTAN-SULTAN MELAKA YANG MEMILIKI PELABUHAN PALING KAYA DI TIMUR MENJADI PEKAK, TULI, BUTA DAN BISU DENGAN PERKEMBANGAN INI?

Padahal raja-raja Melayu Brunei dan Sulu ketika itu sudah biasa bermain dengan pistol dan menjadi pengeluar meriam kecil terbaik dunia? Sebab itu Sepanyol gerun dan tidak mampu mencabut ‘kemelayuan’ mereka.

Adakah para pedagang yang tiba di pelabuhan Melaka semuanya berpakat untuk menyorokkan berita-berita tentang meriam, istinggar (musket) dan ubat bedil? Adalah amat tidak logik jika Sultan Melaka yang pernah menakluk sebahagian Sumatera dan tanah semenanjung malah mengalahkan tentera Siam menggunakan keris dan lembing sahaja. Tiada satu pun kerajaan yang boleh mengalahkan Melaka ketika itu KECUALI GABUNGAN TENTERA PORTUGIS,KERAJAAN-KERAJAAN KECIL DI SUMATERA DAN JAWA, ASKAR-ASKAR UPAHAN DARI GOA, JAWA DAN SIAM DITAMBAH DENGAN PEMBELOT DAN PENGKHIANAT DALAMAN DARI PARA PEDAGANG ASING DAN ORANG-ORANG MELAYU SENDIRI.

Hanya filem-filem dan drama pendekar di Malaysia sahaja menggambarkan pendekar Melayu berperang menggunakan keris dan lembing selepas bergaduh di warung berdinding buluh dan beratapkan rumbia. Sungguh memalukan.

Apabila orang luar membuat filem tentang Melayu, mereka menggambarkan pendekar Melayu menggunakan pistol, meriam dan senapang. Malah pendekar Melayu memakai baju kulit dan sesetengahnya memakai baju zirah; baju besi untuk mengelakkan serpihan peluru meriam melukai daging kulit. Dari mana mereka mengorek rahsia ini? Dari catatan-catatan sejarah mereka yang diluar kawalan Raffles,Winsted,Swettenham dan Leyden.

Malah semua senjata ini, yang diwar-warkan asing bagi bangsa Melayu, mempunyai istilah Melayunya sendiri:

*Cannon = Meriam,Lela

*Portable Cannon/swivel gun = Lela Rentaka

*Flintlock Musket = Istinggar

*Blunderbuss = Pemuras

*Pistol = Terakol

Mari kita lihat antara senjata-senjata ‘terahsia’ Melayu ini:

Pemuras

Pemuras adalah antara senjata yang gemar digunakan oleh orang-orang Melayu dahulukala. Dalam Perang Naning, catatan askar Inggeris menyatakan orang-orang Melayu amat pandai menggunakan Pemuras ini sehingga Inggeris terpaksa menghantar beberapa kali pasukan tenteranya menentang Dol Said dan Perang Naning juga berlaku dalam beberapa siri. Orang-orang Melayu Borneo khususnya orang Brunei dan Sulu adalah mereka yang selalu menggunakan Pemuras. Pemuras atau dalam bahasa Inggeris, blunderbuss adalah sejenis alat bedil muat hadapan dengan laras berkaliber pendek, besar, yang mempunyai muncung peledak hadapan yang berbentuk kembang (funnel-shaped muzzle ). Pemuras ini menggunakan peluru timah hitam (lead)

Ia digunakan untuk menembak dalam jarak dekat dan selalu digunakan oleh pasukan berkuda (Dragoons). Perkataan Dragoon ini berasal dari penggunaan Pemuras yang telah dimajukan bentuknya, menjadi lebih kecil, seperti pistol.

Orang-orang Melayu memanggilnya sebagai Terakol atau Tarkul. Dragoon atau Terakol inilah asal-usul pistol pada hari ini. Pemuras juga adalah senapang atau bedil yang pertama sekali dicipta untuk tujuan pertahanan. Dalam masyarakat Melayu, senjata Pemuras dan Tarkul adalah agak popular berbanding di dunia barat. Penggunaan Pemuras adalah lebih kerap digambarkan di dalam peristiwa perang Melayu berbanding istinggar atau Flintlock Musket. Mengapa?

Ini kerana pada masa dahulu orang Melayu adalah pelaut dan pengembara yang gigih. Penggunaan blunderbuss ini adalah amat popular dikalangan pelaut, lanun dan pedagang. Ini kerana ia sesuai untuk pertempuran secara pantas dan berdepan kerana ia mampu mencederakan beberapa orang musuh dengan hanya satu tembakan dari jarak dekat.

Pemuras biasanya amat pendek, dengan laras kurang dari 60 cm (dua kaki), pada ketika laras senapang lantak biasanya melebihi 90 cm (tiga kaki) panjang. Satu sumber menggambarkan senjata dari awal hingga pertengahan abad ke-17, menyenaraikan panjang laras Terakul kancing roda (wheel lock) sekitar 28 cm (sebelas inci), berbanding 41 cm (enam belas inci) panjang bagi Pemuras.

*Betapa segaknya panglima Melayu menyandang Pemuras berkilat seperti ini.

Dalam budaya masyarakat Melayu, Kesultanan Brunei adalah diantara salah sebuah Kerajaan Melayu yang menggunakan Pemuras sebagai salah sebuah alat kebesaran kerajaan atau regalia. Ia menjadi lambang kebesaran Brunei dengan panggilannya yang tersohor ‘Pemuras dan Karga’. Karga ialah bekas menyimpan peluru pemuras yang dibuat cantik dan berseni.

Pemuras sering dihiasi dengan ukiran yang amat halus dan cantik. Ada juga Pemuras yang dibuat daripada logam berharga seperti Emas dan Perak serta ditatahkan dengan intan permata. Di dunia barat penggunaan Pemuras adalah lebih kerap digunakan oleh pasukan berkuda kerana ia mudah digunakan terutama ketika mengisi peluru.

Jika Soviet meletakkan lambang Avtomat Kalashnikova (AK-47) di duit syililing mereka,Mozambique meletakkannya di bendera mereka, bayangkan, kerajaan Melayu seperti Brunei ini meletakkan blunderbuss atau Pemuras ini sebagai lambang kerajaan.

Terakol

Terakol atau Tarkul adalah antara senjata popular dikalangan pelaut, pedagang dan lanun-lanun Melayu. Tarkul pada awalnya menggunakan teknologi ‘wheel lock’ (kancing roda) di mana kemajuan teknologi ini membolehkan ia membakar serbuk bedil secara automatik tanpa memerlukan ‘fius’. Terakol berbentuk seperti pistol dan ia adalah perubahan bentuk dari Pemuras yang dikecilkan. Terakol digunakan di dalam peperangan Rajah, Datu dan Sultan-sultan di Filipina melawan Sepanyol, juga askar Brunei menentang Rajah Brooke.

Terakol juga digunakan di Patani dan Melaka. Dalam Perang Naning juga senjata ini digunakan. Sekitar tahun 1530, Terakol telah menjadi maju dengan penggunaan teknologi flintlock (kancing batu api) dan sejak itu ia lebih dikenali sebagai pistol di Barat. Ketua Lanun,Laksamana dan Syahbandar Melayu sering bergaya menyelitkan Terakol ini di pinggang bersama-sama keris mereka.

Istinggar

Istinggar (Bahasa Inggeris:musket) pada awalnya ialah sejenis senjata api jenis berat dengan penggunaan fius atau wheel lock. Kemudian ia menjadi sejenis senapang yang menggunakan teknologi flintlock (kancing batu api). Penggunaan flintlock ini meningkatkan kadar tembakan dan mengurangkan kos pembuatan senjata api. Mula diperkenalkan pada 1630 sebagai flintlock musket, istinggar dengan pantas menggantikan teknologi picu senjata api lebih awal, seperti mekanisme kancing sumbu (matchlock) dan kancing roda (wheel lock).

Istinggar juga kerap disebut di dalam hikayat-hikayat lama seperti Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan juga Hikayat Megat Terawis. Dalam Hikayat Megat Terawis, dikatakan bahawa Megat telah berjaya membunuh seorang hulubalang yang kebal dan hebat bernama Tun Saban. Tun Saban dikatakan sebagai seorang yang tidak lut kepada segala jenis senjata kecuali istinggar yang dibuat khas pelurunya. Istinggar yang digunakan untuk membunuh Tun Saban dikatakan adalah hadiah daripada ulama dari Hadra-maut kepada raja Pagar Ruyung.

Istinggar inilah yang dikumpulkan terlalu banyak di dalam kota Melaka oleh tentera-tentera Portugis. Istinggar juga digunakan oleh tentera Johor-Riau terutama ketika membantu Belanda menyerang Portugis. Istinggar juga digunakan oleh penduduk di Perak ketika menyerang Belanda yang membina loji-loji di Sungai Perak.

Lela Rentaka

Kehadiran Gabenor negeri-negeri selat SirAndrew Clarke ke Pahang bersama 4 buah kapal yang dilengkapi meriam dan senjata perang dan beratus-ratus askar Inggeris yang siap memegang senapang disaksikan oleh seluruh rakyat Pahang ditebing sungai Pahang.Mereka disambut oleh Bendahara Ahmad yang sudah termakan umpan Inggeris dengan kenduri dan seekor kerbau ditumbangkan!

Kedatangan mereka ini membuatkan hati pahlawan pahang terutamanya Mat Kilau mendidih dan membuak-buak. Ditambah dengan muncung meriam yang sengaja dihalakan kedepan, nampak sangat mereka sengaja hendak menunjuk-nunjuk!

Kata Mat Kilau kepada Bendahara Ahmad :

“ Datuk Bendahara, Alangkah baiknya sekiranya kedatangan tuan gabenor ini kita sambut dengan tembakan meriam rentaka sebanyak tujuh kali sebagai tanda penghormatan” .

“Kita terlupa pula untuk berbuat begitu”

kata Bendahara Ahmad sambil tersenyum seolah-olah faham maksud tersirat Mat Kilau itu.

Gabenor Inggeris itu amat terkejut lalu bertanya

“ adakah kamu sudah mempunyai meriam seperti kami?”

tanyanya dengan penuh kehairanan!

“Orang Pahang sudah ada meriam sejak zaman kesultanan melayu melaka lagi, tetapi ketika Melaka di serang Portugis, kami tidak sempat menolong Melaka”

jawab Mat Kilau bangga.

“bolehkah kami melihatnya”

kata Gabenor itu lagi.

“Tidak boleh, kita menyimpannya di tempat yang selamat, hanya sewaktu perang saja kita akan mengeluarkannya”

kata Mat kilau lagi.

Rentaka, adalah sejenis meriam mudah alih, ringan dan kecil dari meriam biasa. Dalam Bahasa Inggeris, ia disebut Lantakas (gabungan Lela dan Rentaka). Rentaka adalah senjata khas orang Melayu, kerana mereka sendiri yang menciptanya, sebab itu orang Inggeris menyebutnya dengan Lantakas. Ini adalah sesuatu yang menarik kerana Rentaka adalah setanding dengan keris dan ia adalah senjata Melayu yang terkenal di dunia Barat. Rentaka inilah yang saya lihat di dalam filem tahun 80-an itu.

Kebiasaannya rentaka dibuat menggunakan tembaga atau besi dan berukuran diantara 50cm hinggalah 2 meter. Bagi yang berukuran lebih daripada 1 meter kebiasaannya ia di panggil Lela dan ada yang dipanggil sebagai ekor Lotong kerana mempunyai pelaras yang panjang dan lentik seperti ekor Lotong. Bangsa penjajah pertama yang merasa penangan rentaka ialah Sepanyol. Mereka menggelarnya sebagai arquebuses, portable cannons or swivel gun yakni meriam mudah alih. Berbanding dengan meriam biasa, rentaka kebiasaanya mempunyai hiasan yang lebih terperinci dan cantik seperti ukiran awan larat, naga, buaya, cicak, ikan lelumba malahan turut diukirkan corak pucuk rebung.

Apa yang unik mengenai senjata ini ialah ianya adalah sebuah meriam mudah alih yang pertama didunia. Rentaka mempunyai mekanisme yang membolehkan ianya dipusing-pusingkan keatas dan kebawah serta boleh dipikul dan dipacakkan di kota, tanah atau belebas kapal dan perahu. Hal ini amat berbeza dengan meriam barat yang sedia di ketahui adalah amat berat dan tidak mudah dialihkan. Ciri mudah alih Rentaka juga menyebabkan bidikannya lebih mudah untuk kena pada sasaran.

Pahlawan Moro adalah diantara pahlawan rumpun Melayu yang dikatakan sebagai pembuat rentaka yang terbaik . Orang Moro telah menggunakan rentaka sebagai senjata api utama ketika diserang oleh Sepanyol dan ketika mereka menyerang kapal-kapal Sepanyol. Tentera Sepanyol dikatakan amat takut dengan senjata tersebut kerana diantara banyak-banyak senjata, rentaka adalah salah satu senjata yang menyebabkan kematian dan kerugian terbesar bagi pihak mereka. Selain daripada orang Moro, Kerajaan Brunei juga dikenali umum di kalangan para pedagang dan penjajah sebagai pengeluar rentaka terbanyak dan terbaik di Alam Melayu. kebanyakan daripada rentaka yang ada di Muzium di seluruh dunia sekarang ini adalah berasal dari Brunei kalau tidak Filipina. Di Semenanjung, Jawa dan Sumatera, penggunaan rentaka adalah kurang terutama setelah kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka.

Kehebatan senjata api buatan bangsa Melayu ini menjadi buah mulut dan kekaguman para penjajah barat seperti Portugis, Sepanyol dan Belanda sehinggakan mereka telah meniru teknologi pembuatan rentaka bagi melengkapkan persenjataan mereka. Sehingga abad ke 18 dikatakan penghasilan rentaka di Alam Melayu semakin berkurangan malahan negara yang mengeluarkan rentaka terbaik dan terbanyak adalah negara Belanda.

Meriam/Lela

*Meriam Seri Patani yang diletakkan dihadapan bangunan Kementerian Pertahanan Thailand

Meriam mempunyai sejarah yang panjang, terahsia dan digelapkan dalam sejarah Melayu. Meriam digunakan di tembok-tembok kota Melaka. Meriam digunakan di semasa peperangan melawan penjajah di Selangor. Meriam digunakan di Pasir Salak. Meriam digunakan di Singgora melawan Thai dan Inggeris dan Belanda. Meriam adalah cukup sinonim dengan seni peperangan Melayu. Jika Brunei dan Sulu terkenal mengeluarkan Rentaka (meriam mudah alih) terbaik, maka Patani pula adalah pengeluar meriam paling terbaik di Asia Tenggara suatu ketika dahulu.

Sebelum kemunculan meriam, pada awalnya teknologi artileri atau bedilan ini diperkenalkan oleh orang-orang Cina. Kemudian meriam diperkenalkan oleh Empayar Turki Uthmaniyyah, yang juga merupakan pembuat meriam yang menggerunkan seluruh Eropah ketika itu. Kemudian pedagang Belanda pula memperkenalkannya.

Meriam yang paling terkenal dalam masyarakat Melayu ialah Seri Nagara, Seri Patani dan Mahalela. Dan meriam Seri Nagara dan Seri Patani ini adalah meriam yang terbesar di Asia Tenggara! Menariknya bukan orang lain yang membuat dan memilikinya, tetapi orang Melayu juga!

Meriam-meriam ini adalah milik Kerajaan Patani. Sebagai tindak balas berikutan khabar angin akan serangan Siam ke atas Patani, Raja Kerajaan Melayu Pattani pada waktu itu iaitu Raja Biru (1616-1624) telah menugaskan seorang lelaki Cina-Islam yang bernama Tok Kayan (Lim To Khiam) untuk mengetuai pembinaan meriam-meriam kerajaan. Tiga buah meriam telah dibina iaitu Sri Patani, Sri Nagara dan Mahalela. Sri Patani dan Sri Nagara mempunyai saiz yang sama manakala Mahalela pula lebih kecil iaitu hanya sepanjang 5 hasta 1 jengkal. Meriam-meriam ini telah berjaya menyekat empat kali serangan Siam ke atas Patani iaitu pada tahun 1603, 1632, 1634 dan 1638.

Selepas kejatuhan Ayutthaya pada 1767, kerajaan Patani di bawah pemerintahan Sultan Muhammad (1776-1786) telah cuba untuk membebaskan diri daripada ancaman Thai (yang telah mengalahkan kerajaan Ayutthaya). Bagaimanapun, pada 1785 pasukan tentera Thai di bawah kepimpinanan Panglima Phraya Kalahum telah berjaya menewaskan Patani. Dua buah meriam besar iaitu Sri Patani dan Sri Nagara telah diambil sebagai rampasan perang, bagaimanapun Sri Nagara telah jatuh ke dalam laut di Kuala Patani semasa hendak dipindahkan ke dalam kapal. Meriam Mahalela pula telah hilang tanpa dapat dikesan.

Pada 1787, Raja Rama I telah mengarahkan pembinaan meriam yang sama saiz dengan Sri Patani yang dinamakan sebagai Narai Sanghan untuk diletakkan bergandingan dengan Seri Patani yang telah di tawan. Jika anda melihat kepada gambar meriam seri Patani di atas, bolehkah anda bayangkan kekuatan meriam tersebut ketika ia membedil kapal-kapal perang Thai. Menurut Hikayat Patani tiga buah meriam kerajaan Pattani ini telah berjaya mengaramkan banyak kapal Thai ketika Kerajaan Thai menyerang Pattani. Anda boleh membayangkan suasana meriam-meriam ini digunakan dan peperangan tersebut dengan menonton filem Queen of Langkasuka. Meriam-meriam Melayu boleh dilihat juga di Kota Melawati dan Pasir Salak pada hari ini.

Setelah mengetahui fakta sejarah yang digelapkan dari pengetahuan kita ini, adakah kita masih berfikir nenek moyang kita berperang menggunakan sumpit, lembing dan keris? JIka nenek moyang kita berperang dengan senjata-senjata itu sahaja, alamat kita sekarang bukanlah duduk di Malaysia, tetapi di sebuah negeri Inggeris lain, seperti Australia. Sebab orang-orang Melayu mempunyai senjata-senjata beginilah mereka mampu mempertahankan takhta raja-raja mereka dan sedikit sebanyak mengawal tindak tanduk penjajah yang ganas dan tamak .Bayangkan betapa gigih nenek moyang kita dahulu memikul rentaka, membawa Pemuras di samping parang dan keris, menentang ketamakan dan kebuasan penjajah. Jika nenek moyang kita dahulu lembik tidak berjuang mempertahankan tanah air, mungkin hari ini kita akan menjadi seperti Red Indian atau aborigine Australia. Inggeris walaupun buas dan kejam, namun masih menjaga ‘standard’ mereka cuba menghormati perjuangan orang-orang Melayu mempertahankan warisan. Mereka cuba mengawal alter amuk para musketeers (ahli senjata api) dan gunners (ahli meriam) Melayu dengan cuba meletakkan para residen mereka terlebih dahulu di setiap negeri Melayu. Apa salahnya Inggeris membawa balatenteranya meranapkan takhta-takhta raja-raja Melayu ini terus atau menghalau mereka sepertimana mereka menumbangkan raja-raja Tamil, Hindi dan Maharaja Moghul di India. Sultan Abdullah memang dibuang ke Pulau Seychelles, namun yang peliknya Inggeris berusaha mengadakan raja baru di Perak dengan membiarkan institusi beraja Perak menabalkan pengganti Sultan Abdullah. Pelikkan? Apa salahnya Inggeris melantik sahaja Hugh Low menjadi ‘Raja Perak’ sebagaimana James Brooke menjadi Raja Sarawak. Biar warisan raja-raja Perak hancur sebagaimana mereka berjaya menghancurkan dinasti raja China dan India. Tetapi ini tidak berlaku. Bukan sahaja orang Melayu, malah ‘Mat Salleh’ pun berdegil ‘mempertahankan’ takhta raja-raja Melayu .Lucu dan aneh. Sebenarnya jika kita bersemangat mempertahankan warisan budaya kita sendiri, orang lain pun akan segan dan hormat pada kita.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, dengan pendedahan ini yakinlah kita bahawa orang Melayu adalah bukanlah bangsa yang lemah dan hanya mengenal keris dan tombak sahaja malah pandai menggunakan meriam dan membuatnya juga! Orang Melayu juga biasa menggunakan musket (Istinggar) dan pistol (Terakol).

Terakol juga terkenal kerana buatannya yang berseni dan berukiran halus.
Sehingga ke hari ini saya masih terngiang-ngiang jeritan hulubalang Melayu meledakkan Rentakanya di dalam filem 80-an itu. Adegan dua orang hulubalang mengandar batang Rentaka yang diikat pada sebatang kayu sambil meniti batas-batas sawah meninggalkan misteri yang aneh kepada saya. Kenapa drama dan filem lain tidak seperti filem yang satu ini? Siapa pengarah filem ini? Sungguh, saya betul-betul tabik pada pembuat filem itu,malangnya saya terlupa tajuk filem itu.

Jadi fikirkan,adakah Inggeris dan Belanda takutkan orang-orang Nusantara yang menentang mereka menggunakan sumpit,lembing dan keris (kesampingkan ilmu mistik,kita bercakap soal realiti)? Tidak sama sekali. Para musketeers dan gunners Melayu inilah antara ‘penggerun’ mereka dan membuatkan Inggeris berfikir 10 kali untuk menghapuskan raja-raja Melayu, mengkristiankan seluruh orang Melayu dengan paksaan dan menjadikan Tanah Melayu seperti Amerika dan Australia. Alangkah bagusnya kalau dalam buku-buku sejarah terdapat gambar ini.Betapa megahnya hulubalang Melayu menyangkutkan blunderbassnya (Pemuras) di bahu.

Dalam legenda Melayu, berkaitan ilmu mistik dalam kategori ilmu kebal, antara pantang orang yang mengamalkan ilmu kebal ialah peluru emas. Dan ini adalah benar, dan askar Belanda menggunakan peluru emas untuk menundukkan pahlawan-pahlawan Melayu di Sumatera dan Jawa. Malah Tok Janggut  juga dikatakan dikhianati orangnya sendiri berkenaan rahsia ini. Jadi fikirkan,dalam amalan mistik Melayu itu sendiri menyebutkan perihal peluru emas, masakan orang Melayu ketika itu masih terkebil-kebil memegang lembing berhadapan dengan askar Portugis yang bersenjatakan matchlock musket, blunderbuss dan cannon?

Bibliografi:

Melayu Nusantara

Sejarah Kesultanan Brunei

Sulalatus Salatin

Surat-surat Antonio de Pigafetta dan Maximilius Transylvanus

Dan kajian persendirian yang lain.

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com

About these ads

Responses

  1. A’kum salam sejahtera salam seGayong. alhamdulillah, terbuka minda pabila membaca serta memahami artikel saudara ini. Memang amat membanggakan kerana saudara berjaya mencungkil satu lipatan sejarah yg tidak ramai ketahui. Ini kerja murni kerana membuka minda dan hati ramai pihak terutamanya kita sebagai anak Melayu zaman sekarang.

    Adalah diharapkan penulisan serta kajian saudara dapat dizahirkan kepada subuah penerbitan buku yg boleh dipasarkan dan menjadi satu lagi rujukan ilmiah dan mengayakan lagi kehebatan orang Melayu dahulu kala.

    Tahniah sekali lagi..wassalam

  2. W’slm. Terlebih dahulu terima kasih diucapkan kepada saudara Awang Hitam kerana sudi melayari blog ini dan memberi sedikit komentar kepada saya.

    Alhamdulillah kerana kita sebagai bangsa Melayu sepatutnya mempunyai semangat untuk mengkaji sejarah sebenar bangsa kita yang selama ini banyak disembunyikan faktanya oleh para penjajah.

    InsyaAllah semoga usaha murni ini diberkatinya.

  3. Aku berbangga..masih ada anak Melayu yang berminat utk mengkaji tentang dunia Alam Melayu yg begitu luas..termasuklah berkenaan persenjataan..

    • Bersama memartabatkan warisan Melayu

  4. Salam. Sudah lama saya musykil dengan imej pendekar melayu yang ditonjolkan penjajah. Terutamanya dalam perjuangan melibatkan Mat Kilau. Tahniah dan syabas kerana saudara telah berjaya mencungkil maklumat yang sepatutnya anak melayu kini ketahui dan banggakan.

    Saya sokong awang_hitam, hasil kajian saudara andai dizahirkan sebagai judul penerbitan akan dapat menyemarakkan lagi minat anak-anak bangsa untuk mengenali kaedah dan seni perang turun temurun.

    Tahniah dan syabas sekali lagi.

    • Terima kasih buat saudara..insya allah saya akan terbitkan buku

  5. salam ziarah ….

    Artikel yg menarik … mmang banyak maklumat2 sejarah negara kita yang digelapkan … sebahgiannya dari segi alat berperang …

    Bahkan ada kitab2 lama yg telah di terjemahkan oleh DBP iaitu Peluru Petunang .. secara tak langsung mengesahkan ttg kewujudan meriam2 masa tu … http://mymanuskrip.fsktm.um.edu.my/Greenstone/cgi-bin/library.exe?e=p-00000-00—off-0–00—0-10-0—0—0prompt-10—4——-0-1l–10-en-50—20-home—0–1-00-0-0-01-1-0utfZz-8-00&a=d&c=publishe&cl=CL1

    Salam perjuangan

    • kalau saudara ada artikel yang menarik untuk dikongsikan bersama boleh lah emailkan kepada saya nikiznan@gmail.com untuk diuploadkan kedalam blog ini

  6. salam///

    tahniah Cikgu sbb bnyk postkan artikel2 yg membuka minda bngsa Melayu Islam yg semakin terkunci rapat ini.saya sendiri terpana dgn artikel Cikgu. Mmg jdik satu pmikiran skeptikal Org2 kite, bhwa Mlyu mundur, tak pnah maju.cube fikirkan, kita ade manusia pertame mengelilingi dunia, PANGLIMA AWANG..kita pounye Kerajaan yg prnah memeranajatkan EROPAH, KERJAAN MELAYU MELAKA dan bermacam2 lagi kerajaan Bngsa Melayu.sbb ape Eropah berlumba2 ke tnh melayu ? kerana mereka tahu..di asia tnggara ini terdapat satu bngsa yg unik berbndng bgsa lain.satu bngsa yg lebih bertmadun brbndg bgsa2 di sekelilingnya.penemuan Tnh India hnya kbtulan kerena tujuan asal mereka hndak mncari tnh dan bngsa bertuah ini….allahuakbar…

  7. Satu usaha murni untuk memartabatkan dan memperkasakan Seni Silat Melayu yang semakin dilupai generasi muda.Syabas diucapkan. Salam ukhwah dan salam perguruan dari saya.

    • Abg Ismail ni dari perguruan mana ye.. terima kasih kerana menjenguk blog ni

      • Yang terakhir ialah Gayung Maarifat dan Bambu Runcing Rajawali.

        • Insya Allah…boleh lah Abg Ismail menghantar artikel ke email saya nikiznan@gmail.com untuk dikongsi bersama

        • salam en.ismail bin omar…nak tya….en.ismail orang mn?? bl dgr en.ismail ckp perguruan bamboo runcing rajawali…en. ismail knl tak dgn abg Pi kg. geting???

          • saya anak murid pok pi, geting…

            • yer ker en.hadi..mmg asal geting kow?? lm dah xjumpa abe pi…skrg masih aktif lg kow dgn bamboo???

              • Assalamulaikum semua sedikit perkembangaan bamboo runcing
                Lambang2 Asli Bamboo Runcing Rajawali Garuda Sakti. – http://wp.me/p2uu8F-4I

  8. Justeru itu sejarah kehebatan tamadun islam melayu digelapkan dari lipatan sejarah bangsa melayu.. yg diagung2kan hanya keris semata.. kononnya itu sahajalah pepandaian org2 melayu..

    Ini semua adalah agenda penjajah.. bagi menunjukkan bertama lemahnya bangsa melayu.. hanya pandai membuat keris jadi bagai mana nak menentang bangsa eropah yg lengkap dgn senjata api dan meriam..

    AGENDA YAHUDI DAN NASARA TERHADAP BANGSA MELAYU

    Bagi membendung kebangkitan bangsa melayu haruslah melayu itu diasingkan dgn agama islamnya.. lalaikan mereka dgn hiburan dan kepercayaan mistik terhadap semangat keris.. serta sekatlah segala sebaran dakwah agama islam kepada mereka.. jadikan islam itu sebagai satu budaya bukannya suatu agama bagi mereka..

    FAKTA SEBENAR :

    •SEJARAH TELAH MEMBUKTIKAN BAHAWA UMNO BERSEKONGKOL DGN YAHUDI SEJAK ZAMAN SEBELUM KEMERDEKAAN NEGARA LAGI…

    Bila UMNO kata mereka yg memperjuangkan kemerdekaan tanah air kita ini.. maka hampir 80% golongan muda dan golongan cerdik pandai dari kalangan bangsa melayu akan bangun berdiri meminta bukti serta fakta yg kukuh siapa dia manusia2 dlm UMNO yg mempertahanankan tanah air kita dahulu..

    Orang UMNO mana yg mengangkat senjata menentang penjajah..?? orang UMNO mana yg terpaksa melarikan diri ke dlm hutan dgn meninggalkan anak, isteri / suami semata2 kerana diburu oleh tentera2 british kerana dituduh sbg komunis dan gerakan2 berhaluan kiri..

    Tun Mahathir dan Tunku Bedol Raman Kat mana masa tu..??
    dibawah naungan British bukan..??
    menjadi anak emas Britishkan..!!

    Knp para pemimpin melayu yg menentang British ditangkap di bawah ISA, dibunuh dan diburu sehingga ke dlm hutan..??

    Siapa yg menjadi dalang dan tali barut British serta pemberi maklumat risikan kpd pihak British tentang gerakan2 pejuang melayu tersebut sehinggakan mereka semua dijejaki dan ditangkap oleh british… ??

    Golongan yg menjadi ” BARUA ” British inilah yg pada waktu dan ketika ini dgn tidak berasa segan silu mengatakan bahawa mereka semualah yg berjuang menuntut kemerdekaan..

    Wahai sekalian Mahluk UMNO kalau kalian semua bodoh jangan pula cuba nak memperbodohkan org lain terlebih2 lagi golongan generasi muda melayu..

    Semua org tahu yg UMNO ini dululah yg menjadi kakitangan serta mata telinga British dan bekerja dgn kerajaan British untuk mentadbir Malaya..

    Huhu..!! kalau dgn Puak2 tak berpelajaran serta sengal bolehlah nak temberang….

    Semua org tahu bahawasanya,Orang2 UMNO nilah dahulunya yg mengampu pihak British serta menghasut dan merendah2kan org melayu dgn hasutan yang cukup popular pada masa itu..

    ” Macam mana org melayu nak perintah negara sendiri kalau nak buat Jarum sebatang pun tak tahu ”

    Justeru itu UMNO dgn redha menerima pakai Perlembagaan Negara ciptaan Sir Load Reid ( seorang Yahudi ) hingga ke hari ini dan membakulsampahkan hukum Allah.. – bukti nyata UMNO bersekongkol dgn musuh Allah.

    Ketika British memperkenalkan konsep ” Jus Soli ” iaitu menerima dan mengiktiraf semua bangsa yg berada di Malaya ketika itu sebagai warga negara malaysia ( cina dan india ). Siapakah yg bersetuju dgn agenda yahudi tersebut..?? bukankah tangan2 UMNO yang menyambutnya dgn redha..?? walaupun ketika itu semua ulama` yg bercita-cita mendirikan daulah islamiah dalam negara kita menentang agenda Yahudi tersebut..?? Apakah UMNo masih nak menafikan segala kedurjanaan mereka ketika itu..

    Tunggulah di makamah Allah dipadang Mahsyar nanti dan saksikan lah bagaimana Allah membentangkan segala2nya berhubung tentang peranan UMNO bersama2 Yahudi dan Nasara bersepakat merencanakan penubuhan negara proxy yahudi di Malaysia ini.

    Kami merayu kepada sekelian Penyokong serta Ahli UMNO yang kononnya drpd golongan cerdik pandai melayu, silalah Tuan2 dan Puan2 senaraikan beberapa nama2 Para pejuang UMNO yg telah ditangkap serta dipenjara oleh pihak British dan telah menggadaikan nyawa mereka demi mempertahankan kesucian Agama dan Maruah bangsa Melayu..

    Sila nafikan bahawa org yang merangka serta menulis Perlembagaan Negara Malaysia ( Sir Load Reid ) Bukan seorang Yahudi Laknatullah.. sehinggakan dalam frasa2 terakhir Perlembagaan Negara Yahudi sendiri menulis ” Bahawasanya selepas ini tiada sebarang Undang2, akta mahupun peraturan baharu yang boleh mengatasi segala Undang2 yang telah termaktub di dalam perlembagaan Negara baru Malaysia yang merdeka lagi berdaulat.

    * Dengan termatrinya frasa2 terakhir tersebut maka segala hukum Allah telah dipijak2 serta diinjak2 di bawah telapak kaki yahudi Laknatulullah hanya dgn kita berpegang kepada Perlembagaan Negara ciptaan yahudi tersebut.
    Sila cabar fakta dan sahutlah cabaran Aku wahai panglima dan srikandi ketuanan sekular UMNO..??

  9. Teuku,

    Kalau pun kebencian begitu meruap – ruap terhadap UMNO dan seangkatan dengannya itu tidak bermakna kita dihalalkan mencaci apatah lagi mencerca sesama manusia.

    Sifat orang silat itu, sabarnya tinggi setinggi hikmah dirinya dalam menyusun kata, berlapik bahasa, pandai akal kepalang jadi. Tambah pula Agama menjadi sendi dan tali temali yang menyalakan obor hidup.

    Jadi amat kurang berhemah rasanya melompat menikam angin kelak orang dah tahu tinggi rendahnya ilmu didada.

    Masalah fakta dan sebagainya kebanyakkan golongan akademik menyedari ada berlaku lencongan sedikit terhadap fakta. Namun menukar fakta yang sudah digezetkan itu bukan kerja mudah dan bukan kerja kita pun.

    Apa yang penting, bukan Melayu yang hendak dibesarkan sangat tetapi Islam itulah yang terlebih besar untuk kita bincangkan. Tamadun melayu sebelum Islam tidak mencapai tahap yang membanggakan kerana ia bukan bersifat kerakyatan sebaliknya bersifat feudalisme.

    Tamadun Melayu selepas kedatangan Islam itulah kemuncak ketamadunan di alam nusantara. Dengan datangnya atas sifat Agama yang syumul yang meruntuhkan sistem kasta dan sistem – sistem adat lain yang bersifat kehinduan. Kedatangan Islam memperkenalkan tamadun penulisan dengan terhasilnya karya – karya yang tidak ternilai dari segi ilmu dan cabang – cabangnya. Kedatangan Islam juga menjadikan undang – undang Melaka begitu hampir lengkap dan hampir menyamai undang – undang Hudud.

    Kedatangan Islam juga membangkitkan semangat jihad dan rasa merdeka. Lalu jika itu hala tujunya mengapa disempitkan hanya dilihat sekadar Melayu sahaja. Kerana tiupan ruh Islamilah maka para pejuang rela meninggalkan empuknya tilam dan lebih rela berbantalkan lengan, berlantaikan tanah dan berbumbungkan langit.

    Letih nak bercerita soal ini..dah penat berseminar dan sebagainya..tetapi hasilnya tetap sama. Jadi ada lebih baik jadi orang yang cerdik, gunakan hak anda setiap 5 tahun sekali. Pilihlah parti mana pilihan anda kerana itu urusan peribadi anda. Disini bukan ladangnya.W/a

  10. bak kata master,
    org silat bawaannya ke istana,hujung jatuhnya ke istana jua
    bukan ke medan politik.

  11. selamat berkenalan abe wan kancil
    minta tunjuk ajar

  12. demo lagi banyak tahu dari kawe.

  13. abe wan kancil lagi pengalaman.ambo ore baru.tengok ko mainan malam tu mmg kemas.pah tuannya semart pulok.

    • hush…mana ada. Hari tu badan rasa tak sedap main lebih kurang jer..tambah hakim pun tengah penat, tu yang habis idea tu. Demo ibarat harimau sembunyi kuku, hebatnya belum ambo tau tapi rasanya aura tu dah dapat ambo agak dah.

  14. mintak izin copy artikel ni….

    • ok

  15. abe wan kancil,aura abe wan kancil pun apa kurangnya.begapo dia x tau aura nih.ambo x dok gapo gapo,hanya kenangan.aura master lagi hebat,ralit duk kecek x sedar bil dia dah bayar.

  16. Bukan mencerca tapi mengemukakan fakta serta bukti betapa UMNO sedari dahulu memainkan peranan besar serta bersekongkol dgn Yahudi dan Nasara dalam mengwujudkan sebuah negara proxy yahudi di rantau nusantara ni..

    Justeru itu perancangan awal agar wujudnya pengkalan tentera Yahudi dan Amerika telah dibincangkankan di United Kingdom kettika tanah melayu mahu merdeka dari pihak British..

    Perbincangan tersebut mendapat persetujuan sebulat suara dari wakil2 melayu, india dan cina di hadapan Queen Elizabirth, yakni sebuah pengkalan tentera yahudi dan Amerika hendaklah diwujudkan diselatan semenanjung tanah air tanpa sebarang syarat.

    Terbukti Pulau Singapura telah dilepaskan tanpa sebarang syarat untuk dijadikan Pengkalan tentera Yahudi dan Amerika dan Tunku Abdul Rahman sendiri menamakan Lee Kwan Yew Sebagai Presidentnya..

    Bukankah pelik di mata dunia bila mana alasan Tunku Abdul Rahman singgapura dilepaskan kerana singapura condong kepada fahaman Komunis.. alasan yg diberikan itu diterima bulat oleh rakyat malaysia yg kurang cerdik dan tidak berpelajaran pada waktu itu..

    Alasan Lee Kuan Yew condong kepada Parti komunis meleset belaka kerana sampai hari ke hari ini Singapura bukannya negara Komunis tetapi tetapi tetap sebagai sebuah negara Demokrasi yg maju..

    Alasan melepaskan Singapura kerana berfahaman komunis boleh disanggah bulat2 dan ianya suatu yg aneh kerana semua negara yg mengamalkan demokrasi tetap mempertahankan wilayahnya serta sanggup berperang jika sebahagian wilayahnya memperjuangkan fahaman komunis..

    Lagi pun semua negara2 yang berfahaman komunis pada waktu itu akan menjadi musuh utama Amerika dan Britian contohnya negara Rusia. korea Utara, china dan cuba..

    Kalau alasan Tunku Abdul Rahman Lee Kuan Yew Condong kepada fahaman komunis sudah tentu Lee kuan Yew akan menjadi musuh Utama Amerika dan Britain..

    Tetapi Malangnya Lee Kuan Yew menjadi sahabat baik kepada Amerika dan Britain sehinggakan Amerika dan Yahudi diizinkan membuat pengkalan tentera di singapura bagi mengekang pengaruh perkembangan islam di Nusantara..

    Ketika itu President Indonesia ( Sukarno ) tak mampu untuk menerima kenyataan bahawa sebahagian dari tanah milik rumpun melayu ( singapura ) di kepulauan Nusantara ini boleh diserahkan secara percuma tanpa sebarang syarat kepada bangsa cina.. dengan rasa tidak puas hatinya beliau maka beliau mengeluarkan Slogan ” Ganyang Malaysia ” sila lihat rakaman ucapan Sukarno yg berlinangan air mata menyatakan ” sudahlah kita ajak menubuhkan Melayu Raya ditolak metah2 kerana mengikut telunjuk Penjajah kini pulau yg menjadi Hak milik Rumpun melayu digadaikan seenaknya kepada Bangsa Cina natijahnya tuan2 akan liat suatu malapetaka besar akan berlaku kepulauan nusantara jika pulau itu dilepaskan kerna dgn wewenangnya Pangkalan tentera Amerika akan didirikan disana ”

    Ucapan lainya ” Kita dgn mereka memang bersaudara kerna dari nenek moyang yg sama tatapi mereka lebih mempercayai bangsa penjajah daripada adik beradik yg seketurunan dan sedarah dgn mereka “

  17. Assalamualaikum,

    salam perjuangan buat sahabat. info senjata lama ini amat berguna, insya-Allah akan hamba cuba coretkan sesuatu buat kenang-kenangan anak bangsa kelak. berkunjunglah ke teratak maya milik hamba…

    • Waalaikummussalam wbt..terima kasih tuan..sama-sama kita perjuangkan

  18. Ya, kita martabatkan kembali budaya kita yang nampaknya semakin terhakis dek zaman yang kontang dan sarat dengan fatamorgananya

    • Insya Allah Tuan..Kalau bukan kita semu siapa lagi..

      • Namun begitu sahabat, kita tetap jua berhadapan dengan fakta yang berlanggar; tak kira dari segi apapun. bayangkan saja, foto pun boleh tersilap sangka, tersalah orang ;)

        • Biasalah Tuan…Itulah Lumrah Kehidupan.. :D

          • Kami tak bosan, namun kekadang naik rasa menyampah apabila terasa ada pihak berusaha menegak benang yang basah; manalah benang tu nak tegak berdiri. pelik benar orang kita

  19. Assalamulaikum.

    Saya menetap di Bandar Seri Alam, Masai, Johor.
    Mohon panduan saudara-saudara, apakah silat yg sesuai bg golongan yg berumur 40tahun ke atas dan yg berdekatan di tempat tinggal saya. Sila maklumkan ke alamt e-mel saya- wmraznan@yahoo.co.uk atau sms 013-7202037 Wan.

    TQ.

  20. lela rentaka tu portable cannon jadi lela majnun tu meriam besar nama pun majnun (gila)

  21. setuju ni dengan Teuku Zacahryah Bin Teuku Khairy Iskandar. Memang perlu kita suudzoni rang kafir dan munafiq.

  22. saya setuju dengan semua fakta diatas…walau pun saya tak temui beberapa waktu yang dah berlalu…setiap kali saya melihat yang bijak membangunkan teknologi tersebut…setiap kali tulah akan datang imaginasi dan perkhabaran dari penglihatan mata saya….ia berkata bangsa mu, melayu itu sangat pandai membangunkan dan menggunakan perkara ini….saya tertanya-tanya benarkah begitu hebatnya bangsa ini? kenapa masih sesat lagi didalam membangunkan teknologi tersebut? mungkin saya akan temui faktanya…sekarang saya telah temuinya disini…setelah meneliti dan kaji selidik akan perkataan yang agak kasar pada pihak pemerintah…saya dapat faham akannya..terima kasih….buat pemerintah…peribahasa melayu ada berkata…harapkan pagar, pagar makan padi.

  23. mmg x lojik penjarah datang tanpa niat tertentu.Empayar Melaka mesti hebat waktu itu

  24. salam..mohon kongsi artikel ini..satu artikel yg baik tentang sejarah melayu..

    • Salam. selamat berpuasa. saya baru masuk blog ini.
      Boleh saya tau di mana nak belajar amalam bambu runcing ini.
      Saya di singapura. Terima kasih


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 72 other followers

%d bloggers like this: