Indah sungguh ciptaan leluhur Melayu Nusantara yang bernama keris ini. Ianya bukan sahaja merupakan satu karya budaya yang agung jika dinilai dari segi aesthetic, bahkan mengandungi nilai-nilai rahsia falsafah peradaban Melayu.
Dalam falsafah permainan keris, setiap bahagian mempunyai kegunaannya sendiri, termasuklah bahagian yang dinamakan hulu dan aring (ekor cicak). Dalam penceritaan senjata keris yang digunakan sebagai senjata tempur, ianya tidak dapat tidak, akan berkisar “cerita istana” serta tamadunnya. Sekiranya rahsia permainan istana ini yang kian lama tersorok, tidak disingkap, maka terlangsung ia terpendam dan lama kelamaan menjadi pupus, jika RAHSIA terus menjadi RAHSIA.
Orang tua-tua dahulu selalu berpesan sekiranya kita membelek-belek keris,
“ Jangan cabut keris tu, nanti dia nak darah….”.
Kata-kata sedemikian memang ada kebenarannya kerana jika tersilap cabut, maka selalunya aring keris akan melukai tangan. Dan luka walaupun sedikit akibat hirisan keris (yang dibuat mengikut kaedah sebenar para empu) amat merbahaya kerana bahana bisanya boleh menyebabkan lebam dan kebas seluruh anggota tangan. Perlu mendapat rawatan dengan kadar paling segera.
RAHSIA ARING KERIS
Adapun aring keris sebenarnya berfungsi sebagai “pengawal” genggaman dari dilukai oleh senjata lain semasa bertempur. Ia juga mampu digunakan sebagai senjata oleh pemegang keris dalam keadaan musuh menangkap tangan yang berkeris tersebut. Kaedah ini pernah ditunjuk oleh seorang tua yang saya panggil Pak Engku sahaja dan telah saya anggap sebagai guru. Beliau memanggil kaedah ini, “Pantang Tangkap”, dimana sebaik sahaja musuh menangkap tangan yang memegang keris, dengan pantasnya pergerakan pergelangan tangan, maka aring segera menikam lengan musuh. Hiris tangan musuh dan mata keris segera sampai ke leher lawan.
Rajah 1: Tikaman diambil dengan tangkapan oleh lawan
Rajah 2: Sepantas kilat aring segera menyinggah lengan lawan
Rajah 3: Gambar close-up aring “menyenggol” lengan lawan
Rajah 4: Lawan melepaskan tangkapan, dan segera lengan dihiris. Disudahi dengan rodok ke leher.
RAHSIA DISEBALIK HULU KERIS
Hulu keris pula, dalam ianya diukir indah dengan hiasan pendokok dan kadang-kadang dihiasi pula dengan batu permata sebenarnya menyimpan rahsia tempur. Hulu keris Melayu selalunya diperbuat dari jenis-jenis kayu yang mempunyai nilai perubatan seperti kemuning. Hulu kerdas Bugis bukan sahaja amat selesa digenggam, bahkan mampu digunakan sebagai senjata. Jika musuh memegang tangan bersenjatakan keris, maka jambul atau paruh hulu kerdas boleh mematuk tangan dan ketika itu musuh terdorong ke hadapan bagi memberi laluan kepada mata untuk menyampaikan maksudnya dibahagian leher.
Rajah 5: Tikaman diambil dengan tangkapan oleh lawan
Jenis hulu keris seperti kerdas Bugis tersebut juga membuat penggenggam keris itu tidak perlu banyak menggunakan kekuatan semasa menikam. Apabila tikam atau rodok, bentuk hulu itu membantu melakukan kerja tersebut secara natural. Yang biasa memegang keris, fahamlah maksud saya ini.
Rajah 6: Paruh hulu segera menghentak / menghenyak tangan lawan ke bawah

Rajah 7 : Close-up hulu menghenyak tangan lawan. Lawan terdorong kehadapan lalu menyerahkan lehernya untuk dirodok
Apa yang saya sampaikan ini hanyalah sekelumit fungsi-fungsi hulu dan aring keris. Bergurulah kepada yang lebih arif untuk ambil rasa dan mewarisi pusakanya.
Hampas diisi kedalam raga
Raganya pecah tumpahlah isinya
Seni keris pusaka berharga
Bersamalah kita mempelajarinya
Sumber Rujukan : ” http://harizant.multiply.com/journal/item/11/11 ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.
“Aku Dan Gayong”



















benar tu cikgu… sebab itu bila kita belajar “seni” keris, tangan kita tak menangkap si pemegang keris.
bagi sesetengah guru tua, petua tepis,tahan, tarik,tolak, tetak, takik dan tatih adalah untuk mengelakkan diri dari menjadi makanan areng dan hulu….
waAllahua’lam…
By: hakim on 11 Februari 2010
at 2:45 pm
Nampaknya cikgu Hakim kita ni memang mahir dalam seni keris ini..Tengok klip Amok dia dah cukup dah..
Balik malaysia nanti bolehlah berikan petua kepada saya pula ye cikgu.
Apapun terima kasih kerana berkongsi ilmu dengan saya.
Hanya yang bergerak dan digerak yang mengetahui erti gerak.
By: abusyakirin on 12 Februari 2010
at 12:59 am
ini sebenarnya adalah rahsia untuk murid tua dan bertaraf guru… sebaiknya dihide untuk kegunaan sendiri atau untuk dikongsi dengan rakan setaraf sahaja…. ini nasihat saya.
By: Gelembai on 27 Februari 2010
at 4:15 am
Terima kasih di atas nasihat saudara… walau bagaimana pun saya berpendapat belajar keris perlu berguru dan tidak semudah dengan hanya membaca melalui blog sahaja.. kata guru perlu mengambil rasa.
By: abusyakirin on 27 Februari 2010
at 6:11 am
satu masa nanti sdr akan faham maksud saya
By: gelembai on 27 Februari 2010
at 9:27 am
X PAYOH BALOH LA,TERIMA KASIH ABUSYAKIRIN BERKONGSI RAHSIA.RAHSIA ALLAH PUN BOLEH DI PELAJARI,BAKPO GELEMBAI X SUKA KONGSI RAHSIA KERIS…
By: LELOH on 26 Mac 2010
at 9:31 pm
sokong abu,bkn semua leh praktikkan seni ni.nak ilmu kene berguru.nak beradu kene seguru.
bkn senang nak praktikkan seni keris.aku yg berguru tangan kosong ni pun bkn main susah,ni kan pula seni keris.betul ada ilmu yg kita kene simpan untuk mereka yg sama taraf dengan kita.tapi klu setakat demo mcm ni.masih sikit.pada pendapat saya la.banyak lagi rahsia keris yg masih d simpan.
By: Abe wady on 18 Disember 2010
at 12:04 pm
By: abusyakirin on 20 Disember 2010
at 6:06 am
Satu je saya ada masalah dengan artikel ini iaitu gambar – gambar yang dipaparkan ada yang dari ” http://harizant.multiply.com/journal/item/11/11 ” jadi tolong linkkan sebagai rujukan..
By: tdpp on 29 Disember 2010
at 7:06 am
Sebenarnya dapat artikel tu dari email yg kawan hantar…terima kasih di atas link yg diberi..
By: abusyakirin on 31 Disember 2010
at 4:44 am
ooo… dari Tuan Harizant rupanya….
By: anakcurra on 15 Mac 2012
at 1:35 am
tak sangka hebatnya keris ni walaupun dipandang kedir tetapi kedir-kedir
berbisa
By: safwan yusof on 7 Jun 2012
at 8:01 pm