Posted by: abusyakirin | 3 Mei 2010

3 bulan di Hutan Tasik Banding,berlawan dengan Harimau Putih dan Babi Hutan


Ketika saya menulis artikel ini, saya baru saja selesai berbual dengan Cikgu Sazali Meor Abd Rahman (Singa Malaya) selama 30 minit  melalui telefon. Perbualan kami berkenaan cerita dan dakwaan seorang Gurulatih PSSGM yang saya temui baru-baru ini.. kerana sebelum ini saya banyak mendengar anak murid Gurulatih tersebut menceritakan yang cikgunya ini adalah diantara murid kesayangan ADMAR. Namun saya tidak pernah mendengar namanya sebelum ini dibibir gurulatih gayong yang veteran ataupun senior. Ini membuatkan saya teruja untuk berjumpa dan mengenali beliau  dengan lebih rapat lagi. Berikut adalah ringkasan cerita daripada Gurulatih PSSGM tersebut kepada saya  :

  • Guru ini baru berumur 37 tahun dan pemegang bengkung hitam cula 5.
  • Berasal dari Kelantan
  • Beliau menjelaskan awal penglibatannya pada tahun 1978,berguru dengan Cikgu Majid dan Cikgu Awang serta menjadi partner kepada abang Tuah Jani dan beliau satu pasukan semasa Abg Bat dan Arwah Abg Zul ke Jepun dulu.
  • Beliau juga menceritakan yang beliau telah diambil oleh ADMAR untuk menjadi anak angkatnya dan terus belajar dengan ADMAR di Air Kuning semenjak 1983 hinggalah ADMAR meninggal dunia.
  • Beliau adalah diantara jurulatih Gayong yang berguru direct dengan ADMAR dan banyak mendapat pelajaran darinya baik yang zahir atau batin.
  • Pasangan beliau semasa berlatih ialah Cikgu Sazali Meor Abd Rahman
  • Pernah di uji oleh ADMAR dengan ditinggalkan selama 3 bulan di hutan Tasik Banding dimana diceritakan semasa di sana beliau berlawan dengan Harimau putih dan babi hutan secara tangan kosong
  • Beliau memberitahu bahawa tumbukan beliau seberat 1 tan
  • Selain itu beliau juga mengatakan yang semasa ADMAR meninggal yang ada di sisi ADMAR adalah Arwah Cg Siti Kalsom, Cikgu Sazali, Cikgu Adiwijaya dan beliau sendiri.
  • Beliau juga mendakwa anak kunci rumah ADMAR ada dalam simpananya satu dan Cikgu Sazali satu.
  • Baju perang ADMAR pun dikatakan ada dalam simpananya.
  • Selain itu dakwaanya beliau adalah gurulatih Gayong yang diarahkan oleh ADMAR untuk mengajar di Brunei dan Singapura suatu ketika dahulu.
  • Beliau mengatakan yang orang-orang lama Gayong Malaysia seperti cikgu Mustafa Kamal, Cikgu Adiwijaya, Cikgu Sazali, Cikgu Kahar dan lain-lain lagi sangat rapat dan mengenali beliau.
  • Mendakwa PSSPGM hanya ada 21 kunci mati saja tetapi tiada pecahan setiap kunci mati.
  • Beliau menjelaskan yang Cikgu Mufti Ansari tidak habis pelajaran Gayongnya.
  • Beliau juga mengatakan pembabitan bekas Timb 1 Ketua Menteri Pulau Pinang ke dalam PSSGM adalah melalui beliau. Dan beliaulah yang menetapkan syarat kepada saudara Fairus untuk menjadi ahli PSSGM mestilah daftar UMNO. Di mana Saudara Fairus telah meminta tempoh sebulan untuk memikirkannya dan beliau setuju sehingga akhirnya Fairus menjadi ahli PSSGM dan UMNO. Sekarang dikatakan Fairus mendapat tunjuk ajar khas dari Cikgu Mustafa Kamal

Namun setelah saya membuat sedikit penyelidikan dengan bantuan beberapa orang sahabat ternyata banyak keraguan yang timbul.. dan saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat yang banyak membantu saya mencari kebenaran bagi mengekalkan maruah Silat Seni Gayong. Terutamanya Cikgu Saiful Hakim ( Akim France) dan Cikgu Sazali Meor Abd Rahman ( Singa Malaya ).

Saya rasa biarlah nama gurulatih ini dirahsiakan semoga ianya tidak mengaibkannya.

Perjuangan Bukan Sekadar Cerita

Bumi Tuhan ini luas dan insya Allah ruang bergelanggang akan tetap terbuka. Silat ini bukannya kegiatan sampingan untuk satu kesukaan, atau mencari kekayaan tetapi adalah tanggungjawab dan amanah. Amanah yang menyebabkan pelaksananya berletihan kerananya. Amanah yang akan menyebabkan terkorbannya kerehatan, harta, bahkan nyawa. Amanah yang akan mengheret insan ke lembah ujian.

Namun ia juga amanah yang menyebab insan merasai nikmat kelazatan iman. Amanah yang menyebabkan insan yang melaksanakannya bebas dari ketakutan terhadap makhluk dan hanya takutkan Allah. Firman Allah: (maksudnya)

“mereka yang menyampaikan risalah-risalah Allah serta mereka takut kepadaNya, dan mereka pula tidak takut kepada sesiapa pun selain Allah, dan cukuplah Allah menjadi penghitung (segala perbuatan makhluk)” (Surah al-Ahzab, ayat 39).

Setiap kali berjumpa dengan guru persilatan baik yang tua atau pun yang muda trang tang-tang, maka berceritalah tentang pengorbananya. berbagai kisah suka duka tentang pengorbanan. Sehingga bercerita tentang Nabi Ibrahim a.s sebagai simbol insan yang berkorban. Kita tidak tahu, adakah pencerita yang berbicara tentang pengorbanan itu telah berkorban untuk Islam khasnya dan silat amnya atau sekadar untuk poketnya?!

Apakah ucapan itu lahir dari insan yang telah merasai jerit perit pengorbanan perjuangan, atau sekadar memenuhi kehendak nafsu sahaja. Maka jadilah ucapan-ucapan itu kontang dari segi ruhnya dan tandus dari segi realitinya.

Maaf, dalam banyak keadaan kita banyak Guru silat yang mahir bercerita atau yang disebut ‘pencerita’ namun kita kurang pencerita yang menjadikan agenda Islam dan amanah persilatannya itu sebahagian dari kehidupannya. Pencerita tidak mementingkan ketulenan fakta, sebaliknya yang dipentingkan ‘orang suka dengar’ sekalipun tiada terasnya.

Bak kata al-Syeikh Muhammad ‘Ajjaj al-Khatib:

“Kebanyakan qussas (tukang cerita) mereka hanya pentingkan orang ramai berkumpul kepada mereka. Maka mereka pun mencipta hadis apa yang boleh disukai dan membangkitkan jiwa orang ramai, menggerakkan perasaan dan memberikan harapan. Di kalangan para qussas ada yang melakukan itu semua demi untuk memperolehi habuan dan faedah dari pendengar. Kebanyakan bala datang daripada mereka. Mereka berdusta kepada Nabi s.a.w.dan tidak pula menganggap itu sebagai dosa dan pembohongan. Peliknya, -mendukacitakan- mereka memperolehi pula telinga-telinga yang sudi mendengar, membenarkan dan membela mereka. Ini disebabkan kejahilan orang awam yang tidak mementingkan kajian dan penelitian”. (Muhammad ‘Ajjaj al-Khatib, Usul al-Hadith, m.s. 424, Beirut: Dar al-Fikr).

Adapun bagi Guru yang haq, masa depan Islam dan persilatannya, penerimaan masyarakat terhadap Islam dan persilatannya, kelangsungan mesej Islam dan pandangan baik manusia terhadap Islam dan persilatannya akan menjadi agenda penting dalam kehidupannya.

Bercerita tentang pengorbanan dan menghayati pengorbanan adalah dua perkara yang berbeza. Untuk berbicara amatlah mudah, ramai pencerita boleh lakukannya. Namun untuk menanggung amanah Islam dan segala tribulasinya amatlah sukar.

Nabi s.a.w dan para sahabah baginda telah merentasi lembah ujian yang perit untuk membawa amanah Islam ini. Di situlah mereka terpaksa membelanjakan harta, menanggung sengsara dan keperitan hidup, bahkan menggadaikan nyawa. Bukan untuk kepentingan mereka semata, tetapi untuk manusia sejagat. Begitu juga dengan para pahlawan dan pendekar pejuang tanah air dulu serta Guru- guru silat yang terdahulu.

Di situlah mereka hayati kemanisan iman, kelazatan perjuangan, kenikmatan persahabatan juga kasih-sayang yang sebenar dari lubuk jiwa para pejuang. Di situ mereka menemui cinta yang sejati kepada Allah dan RasulNya. Ketika dunia kehairanan melihat mereka bagaikan memperjudikan diri untuk membawa risalah Tuhan, padahal mereka sebenarnya tenggelam khusyuk dalam lautan nikmat kecintaan dan tawakal kepada yang Maha Esa.

Mereka sebenarnya, menjual diri dan harta untuk mendapat ganjaran agung yang jauh lebih besar dari kehidupan dunia yang sementara. Firman Allah (maksudnya):

“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan kamu suatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang pedih? (iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang pada jalan Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itu lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahuinya. (dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam syurga ” Adn “. itulah kemenangan yang besar (Surah al-Saff, ayat 10-12).

Namun sebagai insan, seteguh mana pun perasaan, sekental mana pun jiwa akan terselit juga kesedihan dan dukacita apabila ujian itu datang bertalu-talu. Apabila kebaikan dibalas dengan keburukan. Apabila keikhlasan dibalas dengan kesombongan dan hasad dengki.

Untuk itu, Allah mengubat jiwa para pejuang dengan dihidangkan kisah-kisah pengorbanan, keperitan dan kesakitan yang dibaluti kesabaran yang telah dilalui oleh mereka yang terdahulu yang melalui denai dan becak perjuangan ini. Dengan kisah-kisah itu, akan menjadikan pejuang tidak kesepian, atau rasa bersendirian sebaliknya akan sedar inilah realiti sebuah perjalanan perjuangan yang mesti ditempohi dalam memburu cinta Allah dan kasih rasulNya juga syurga yang dijanjikan.

Firman Allah: (maksudnya)

“Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa apa yang mereka katakan itu mendukacitakan engkau (Wahai Muhammad), sebenarnya mereka bukan mendustakanmu, tetapi orang-orang yang zalim itu keras kepada dengan ayat-ayat Allah. Dan demi sesungguhnya, Rasul-rasul sebelummu juga pernah didustakan, maka mereka sabar terhadap perbuatan mendustakan dan menyakiti mereka, sehingga datanglah pertolongan Kami kepada mereka; dan sememangnyalah tiada sesiapa pun yang dapat mengubah kalimah-kalimah Allah (janji-janjiNya); dan Demi sesungguhnya, telah datang kepadamu sebahagian dari khabar berita rasul-rasul itu”. (Surah al-An’am, ayat 33-34).

Dengar mendengar cerita benar tentang pengorbanan dapatlah meredakan gelora perasaan para pejuang. Ya, mendengar cerita tidaklah dapat mengurang tekanan fizikal yang dihadapi, namun ia dapat mendamaikan perasaan.

Dalam banyak keadaan keperitan itu datang dari dalaman jiwa melebihi apa yang berlaku di luar. Maka al-Quran dan juga sunnah menghidang banyak kisah-kisah pengorbanan untuk menjadi bekalan pejuang dalam meneruskan agenda menyampai Islam ini.

Kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dipilih untuk mengingatkan umat ini tentang perjuangan dan pengorbanan. Hidup Nabi Ibrahim adalah hidup yang dipenuhi oleh perjuangan dan pengorbanan tanpa henti. Bukanlah sukar untuk meletakkan pisau menyembelih seorang anak. Tetapi yang sukar itu ialah untuk bertarung dengan perasaan, kepentingan dan derita hati dalam melakukan perkara yang demikian.

Allah Yang Maha Penyayang bukan mahu supaya Ibrahim a.s. membunuh anak, sebab itu digantikan dengan haiwan yang sebenar. Allah mahu Ibrahim a.s. memperlihatkan bahawa cintanya kepada Allah mengatasi segala perasaannya. Itu kemuncak seorang nabi, itulah kemuncak seorang da’i dan itulah kemuncak seorang pejuang. Apabila kepentingan diri itu tidak lebih besar dari kepentingan dakwah dan perjuangan yang ditanggung.

Apabila kita melakukan pengorbanan dengan  menjadikanNabi Ibrahim a.s sebagai benchmark. sedangkan kita gersang jiwa dan kefahaman tentang hakikat perjuangan, maka tujuan pensyariatan itu tidak menuju ke sasarannya. Jadilah seperti melupai falsafah perjuangan dan perngorbanan di sebaliknya.

Apabila umat ini khususnya para pesilat meninggalkan tanggungjawabnya sebagai penyampai risalah kebenaran, maka banyaklah syariat yang diturunkan itu hanya ada rupa luaran namun tandus isi dalamannya. Ibarat ilmu persilatan seumpama sepohon kayu yang besar namun tiada terasnya.

Berjuang dan sekadar bercerita tentang perjuangan tidaklah sama. Apabila jiwa tidak sama, rasa pun berbeza. Apabila rasanya berbeza, kelazatan nikmat agama dan persilatan yang dihirup oleh pejuang pastinya tidak sama dengan apa yang dihirup oleh seorang yang bersantai mencerita tentang agamanya dan persilatannya.

____________________________________________________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com

About these ads

Responses

  1. Wah..hebat sungguh manusia ni..kan.

    Walaubagaimana pun kita disuruh oleh Allah s.w.t. untuk teliti terlebih dahulu…Syabas..tuan telah menegakkan satu sunnah nabi iaitu meneliti berita yang diterima sesuai dengan kehendak surah al-Hujerat ayat 6.

    “[49.6] Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

    Kalimat fatabayyanu atau fatabathatu itu banyak dibincang ulama tafsir dan ternyata mengandungi asbabul nuzulnya yang tersendiri. W/a

    • Masya Allah…Wan Kancil ni layak dengan gelaran bijak seperti Sang Kancil… Kalau ada artikel menarik untuk dikongsi bersama emailkanlah untuk diupload. Kirim salam kepada pendita

  2. salam syeikh…silat cerita memang best dr silat fizikal…x letih. x sakit..kering air liur jah…kering gak minum…ko guano?huhu

    • parok demo buwi…tapi jolo doh tuh

  3. bak kata patih karma wijaya dalam hang tuah,”kalau tak ada salahnya(hang tuah),kita ada-adakan salahnya”

    nik,kawe pernah dengar dari mulut orang-orang lama gayong,antara sebab gayong pecah kerana kepentingan poket pada masa itu.ada yang tergoda oleh mudahnya buat duit kalu dapat jadi gurulatih gayong atau pegang jawatan peringkat daerah atau negeri atau pusat…

    kebenarannya hanya allah yang tahu

    kejadian ini menyebabkan gurulatih yang tidak ada kepentingan dalam gayong mengundur diri dari berpesatuan
    menyebar ilmu melalui kampung
    anak murid yang tidak bernama
    tapi berilmu
    tidak berbengkung
    tapi berbondong bondong
    yang menjaga keaslian gayong

    • sekadar renungan buat sahabat leloh…

      Umar al-Khattab telah bertanya kepada Ubai bin Kaab radhiyallahu ‘anhuma tentang TAQWA. Lalu Ubai menjawab dengan menyoal: Apakah engkau pernah menempuh jalan yang banyak duri? Umar menjawab: Sudah tentu. Lalu Ubai bertanya lagi: Justeru apakah yang engkau lakukan? Umar membalas: Aku akan melangkah dengan teliti dan berhati-hati. Kata Ubai: Maka demikian itulah maksud TAQWA.

  4. Assalamualaikum,

    Cikgu saya kata, “Tiada sesiapa pun yang boleh menjatuhkan orang Gayong, melaikan orang Gayong itu sendiri.”

    ‘Sesiapa’ di sini bermaksud makhluk (manusia lah ditujunya), bukan Allah.

    • Islam sekarang terhina kerana Umat Islam sendiri yang Lemah

    • Betul betul betul he he he

  5. Masalah dengan orang gayong sebenarnya tak banyak mana tapi yang paling parah mendahulukan gayong dari Islam.

    Maaf kalau statement ini kasar bunyinya. Kalaulah orang gayong mendahulukan Islam banyak masalah dapat di selesaikan. Misalnya al-quran menjelaskan jika berlaku perselisihan faham kembalilah kepada Allah dan Rasul iaitu rujuk kembali al-quran dan as-sunnah juga sirah nabawiyyah — disana ada jalan penyelesaian yang baik.

    Ini tidak…terus berkeras dengan prinsip masing – masing dahlah tu heret semua anak – anak gayong sama. Pada saya sudahlah buat dosa di tambah pula dengan dosa lain.

    Islam mementingkan perpaduan, mementingkan keharmonian dan silaturahim. Tapi di sebabkan politik, serakah dan macam – macam masing – masing malu untuk duduk semeja berbincang secara baik.

    Entahlah…..inilah antara punca kenapa Islam lemah kerana Islam yang difahami tak lebih dari hal – hal ibadah khusus sahaja hal – hal bersangkutan pentadbiran, pemerintahan, penyelesaian masalah dan macam – macam lagi tak pula di rujuk kepada sumber Islam. W/a

    • wan ada masa call lah saya ni.. 013-992 3535

  6. Insya-Allah nanti saya call…skrg tengah sibuk buat report.

  7. Salam pakcik Abu. Saya suka blog pakcik Abu. Blog pakcik telah menjadi santapan pengetahuan saya sudah agak lama. Cuma kali ni baru saya taip komen. Saya rasa saya setuju dengan pendapat pakcik.

    Saya ni adalah belajar sikit-sikit silat, tapi tidaklah sampai tahap pro. Belajar saya juga bukanlah untuk mengejar bengkung, niat pertama saya adalah ikhlas kerana ilmu. Saya serasa agak bersetuju dengan pendapat ada ahli silat yang mendahulukan silatnya dari agama Islam. Malah saya pernah melihat sendiri pada satu sesi latihan persilatan gayung pusaka di universiti saya, dululah.

    Gurulatih yang merangkap senior saya telah menunjuk ajar pergerakan silat kepada para pesilat perempuan dengan menggunakan teman wanitanya sebagai pasangan. Kejadian ini berlaku apabila ketiadaan pesilat wanita yang mahir dengan buah terbaru dan hanya diketahui olehnya sahaja. Lalu di peganglah tangan teman wanitanya itu. Err.. saya rasa ini bukanlah satu keadaan darurat yang boleh menghalalkan persentuhan diantara bukan mahram. Boleh saja dia meminta rakan wanitanya dari gelanggang lain yang mahir untuk menunjuk ajar pada sesi latihan yang lain.

    Ada lagi kes di mana baju silat yang ditempah tidak sampai. Kemudian orang yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan isu itu sudah tamat belajar, pangkat gurulatih juga. Bila ahli-ahli yang menempah baju bertanya mengenai masalah itu, gurulatih baru suruh tanya gurulatih lama yang sudah hilang. Akhirnya baju tak dapat, duit pun tak dapat balik. Automatik kawan-kawan saya ini berhenti dari belajar silat akibat kecewa dengan kejadian ini. Akibat peristiwa-peristiwa ini jugalah menyebabkan saya hambar untuk meneruskan latihan di uni. Macam ada yang tidak kena. Tengoklah nanti, saya ingat nak join gurulatih gayung adik saya menuntut ilmu silat kat Abang Din Beruang. Tengoklah macam mana.

    Apa yang saya nak beritahu ialah, inilah akibat tidak mendahulukan agama dari silat. Melanggar batas perhubugan dalam agama Islam dan tidak amanah. Kepimpinan adalah melalui tauladan.

    Bukan semuanya begitu. Latihan silat yang paling saya suka pada ketika latihan Silat Harimau Hitam di mana gurulatihnya adalah ustaz saya sendiri yang juga seorang hafiz Al Quran. Saya rasa cukup bahagia berada di bawah tunjuk ajarnya. Dia seorang yang sangat tangkas dan penuh pengalaman, tetapi terlalulah amat merendah diri, dan seorang yang ramah dan lembut (bukan lembut sotong Maksudnya tak garang) tetapi diam-diam berisi. Saya cukup suka latihan silat ini yang penuh dengan suasana keagamaan Islam.

    Akhir kata, maafkan saya jika komen saya agak panjang dan ada kata-kata yang tidak kena. Saya budak baru belajar, ada silap tolong tunjukkan. Wassalam.

    • wmslm…pertama sekali syukran di atas kesudian Harith meninggalkan komen untuk dikongsikan bersama pembaca lain. Terima kasih juga kerana setia melayari blog aku dan gayong ini.

      Pertama sekali syabas di atas keteguhan Harith menegakkan AlQuran Assunnah. Memang Jurulatih yang salah wajib ditegur. Sudah tentu Batasan aurat dan ikhtilat perlu sentiasa dijaga. Bukan kerana kita orang silat tetapi kerana kita orang Islam. peganglah sabda Rasulullah s.a.w

      “Berkatalah benar walaupun ianya pahit”

      Namun perlu di ingat Kesalahan Gurulatih tersebut bukanlah penentu keadilan muktamad terhadap persilatan ataupun perguruan Pusaka Gayong. itu adalah salah Gurulatih tersebut. Adakah Islam lemah kerana Islam itu sendiri? ataupun Islam lemah kerana Umatnya? saya rasa Harith boleh mencari jawapannya.

      Sebab itu kebanyakkan guru tua dulu selalu berpesan jangan tinggalkan solat dan pesan ini menjadi sinonim dikalangan semua perguruan silat. Kenapa…? ianya adalah menifestasi terhadap maksud Solat itu mencegah segala kemungkaran. Macam mana nak solat kebanyakkannya lalai dalam melakukan ibadah ini… walaupun nampak simple je amalan ibadah ini,tetapi jika hati masih kotor tidak bersinar dengan iman macam mana nak mendirikan solat. Solat tiang Agama. kalau tiang agama runtuh sudah tentulah sifat mazmumah akan menguasai diri…

      Dalam bab belajar silat, Harith carilah yang mana Harith rasa sesuai dengan diri Harith. Semua beladiri adalah baik, terletak pada pengamalnya bukan pada bengkungnya. Silat bukan sekadar untuk dipelajari malah perlu dilatih setiap hari, barulah ia menjadi sebati, lahirlah pencak seni bertajalli.

      Pesan guru hamba, sekali bergayong teruskan bergayong.

      wallahualam

  8. Saya faham, saya tidak menyalahkan gayung, itu memang salah gurulatih sendiri yang mungkin tiada kefahaman yang jelas mengenai agama. Itu sebab saya nak sambung menuntut ilmu gayung lagi. Saya hanya rehat dari berlatih gayung di uni itu sahaja. Yang baik itu dari Allah, yang buruk itu adalah dari kelemahan saya sendiri.

    • Baguslah kalau macam tu Harith.. tuntutlah ilmu sampai ke liang lahad. satu motivasi yang amat bermakna buat kita orang Islam

  9. salam.. gayong is a powerful silat.. i love silat gayong and another silat2 nusantara…
    by amin silat lincah

  10. salam abe iznan…ni gambar masa mandi minyak kat gelanggang saya..hehe.kat belakang tu ado gambar sayo.belah kanan cikgu sazali tu cikgu saya..
    tujah..tumpang lalu.

    • waalaikumussalam wbt..oo begitu, moleklah..

  11. Assalamulaikum WBT

    Dgn harapan & niat yang tulus ikhlas.

    Nama saya Zamri ingin bertemu dgn Cikgu Sazali kerana ada kenangan saya bersama beliau semasa berada di Air Kuning.

    Harap dapat berhubung dgn Cikgu Sazali.

    Alamat serta butiran saya:

    Mohd Zamri Bin Md Harun
    017-2606855

    No 299 Felda Tersang 3
    27600 Raub
    Pahang Darul Makmur.

    • Waalaikumussalam wbt ni no Cg Sazali 019 431 2468


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 67 other followers

%d bloggers like this: