Posted by: abusyakirin | 7 Mei 2010

Berguru dengan Wali Allah

Seorang kenalan telah bertanyakan saya tentang kebenaran dan hakikat yang didakwa oleh sesetengan daripada kita, bahawa datang kepada mereka beberapa roh wali-wali dan roh-roh itu berinteraksi dengan mereka. Bahkan dalam beberapa keadaan, roh-roh tersebut membantu mereka menyembuhkan penyakit dan mengajar mereka beberapa ilmu dan hikmat. Sebelum menjawab persoalan yang menyentuh akidah ini, saya ingin tujukan kepada golongan yang mempercayai akan kedatangan roh tersebut beberapa soalan. Antaranya ialah:-

1- Adakah mereka yakin dan mengetahui bahawa yang datang itu adalah roh, sedangkan mereka juga tidak mengenali roh? Dan Allah SWT pula berfirman: Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh, maka katakanlah: “Roh itu termasuk dalam urusan Tuhanku, dan tidaklah kamu diberikan pengetahuan melainkan sedikit”. Surah al-Isra’:85. Kerana itu, apakah alamat yang membolehkan mereka kenal bahawa yang datang itu adalah roh?

2- Kalaulah benar roh yang datang, mengapa ia datang dan memasuki jasad orang lain, kenapa ia tidak datang kembali kepada jasadnya? Tidakkah lebih baik dan munasabah roh orang yang mati itu datang dan memasuki jasadnya, berbanding memasuki jasad orang lain?

3- Adakah benar roh orang yang mati itu boleh kembali dan memasuki mana-mana jasad yang ingin dimasukinya atau mana-mana jasad orang yang disuruh oleh pemanggilnya? Tidakkah ini bertentangan dengan fakta yang difahami daripada firman Allah SWT: Sehinggalah datang kepada salah seorang daripada mereka itu kematian, dia akan berkata: “Wahai Tuhanku, kembalikan daku (ke dunia) {99} supaya aku dapat berbuat amalan salih (kebaikan) yang aku tinggalkan”. Sekali-kali tidak! Sesungguhnya itu adalah perkatan yang diucapkan sahaja. Dan di hadapan mereka ada dinding (barzakh) sampai hari mereka dibangkitkan{100}. Surah al-Isra’: 99 dan 100. Ayat ini menerangkan bahawa sesudah kematian mereka berada di alam berzakh, iaitu satu kehidupan yang baru yang membatasi antara dunia dan akhirat.

4- Roh orang yang mati akan berada di alam barzakh. Itulah akidah kita orang Islam. Adakah roh yang sudah kembali ke alam barzakh boleh datang semula ke alam dunia, sedangkan dua alam ini berlainan? Tidakkah manusia dengan segala kecanggihan yang ada tidak mampu untuk kembali berada dalam alam rahim setelah keluar dari perut ibunya, sekalipun pada alam yang sama?

5- Alam barzakh bukan lagi tempat beramal. Kenapakah roh itu datang dan berinteraksi dengan manusia, bahkan menolong manusia. Adakah lagi amalan yang mampu dibuat setelah roh meninggalkan jasad, sedangkan Allah SWT berfirman: Dan belanjakanlah sebahagian daripada apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang daripada kamu, lalu dia berkata: “Wahai Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku mampu bersedekah dan aku termasuk dalam golongan yang solih?”. Surah al-Munafiqun: 10.

6- Jika benar roh yang datang, kenapa dia tidak mengambil peluang ini untuk bertaubat, bersedekah dan melakukan segala jenis amalan kebajikan? Tidakkah ini lebih baik baginya daripada membuang masanya dengan berbual-bual kosong memperkenalkan dirinya kepada manusia? Atau memang mereka dihalang untuk kembali walaupun sesaat ke dunia ini?

7- Jika benar roh yang datang dan membantu manusia (membuat kebaikan), maka persoalannya adakah roh itu akan mendapat pahala daripada amalannya itu, sedangkan Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila mati seorang anak adam, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara: (iaitu pahala amalannya yang dilakukannya semasa hayatnya masih diberikan pahala), sedekah yang berkekalan, atau ilmu yang dimanfaatkan atau anak yang solih yang berdoa kepadanya. Hadis riwayat Muslim daripada Abu Hurairah.

8- Dan jika roh itu datang dan mengganggu manusia (membuat dosa), adakah dia akan dianggap berdosa? Tidakkah perhitungan amalan manusia hanya sesudah roh keluar daripada jasad? Allah SWT berfirman: Dan beribadatlah kepada Tuhanmu sehingga datang kepadamu keyakinan (kematian). Surah al-Hijr: 99. Tidakkah dua akidah ini bercanggahan?

9- Kalaulah dikatakan bahawa roh yang membuat amalan salih itu diberikan pahala, maka tidakkah ini membawa kepada mengingkari ayat-ayat suci al-Qur’anul Karim dan juga Hadis-hadis Nabi s.a.w.? Ini kerana dunia ini tempat beramal, dan alam selepasnya adalah tempat balasan. Tidakkah benar begitu?

10-Dan jika dijawab bahawa roh itu tidak akan mendapat pahala, maka siapakah yang akan mendapat pahala daripada amalan salih yang dilakukannya tadi? Atau memang roh tidak boleh kembali sebagaimana yang mereka percayai itu?

11-Dan jika ia melakukan pembohongan dan dosa, adakah ia akan berdosa? Maka jika dijawab dengan ya, maka bilakah ia akan dikenakan azab seksaan kuburnya? Atau orang yang mempercayai kedatangan roh itu menolak aqidah seksaan kubur? Dan bilakah roh ini akan mengetahui kedudukannya yang sebenar? Sedangkan Allah SWT berfirman: Kamu telah dilalaikan oleh sikap ingin bermegah-megah (dengan memperbanyakkan harta, pengaruh, pangkat dan sebagainya). Sehinggalah kamu memasuki kubur. Jangan begitu, kelak kamu akan mengetahui. Kemudian, janganlah begitu, (kerana) kelak kamu akan mengetahui. Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin. Nescaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahim. Kemudian kamu sesungguhnya benar-benar akan melihatnya dengan ainul yaqin (mata kepala sendiri sehingga menimbulkan keyakinan yang kuat). Kemudian kamu pasti akan ditanya pada hari itu tentang kenikmatan. Surah at-Takasur: 1-8.

12-Dan jika dikatakan bahawa roh itu tidak berdosa, sebaliknya yang berdosa ialah orang yang dimasukinya. Maka persoalannya ialah, tidakkah ini berlawanan dengan akidah Islam yang menganggap bahawa seseorang itu tidak akan menanggung dosa orang lain? Kenapa dia dipersalahkan sedangkan roh orang lain yang melakukannya? Firman Allah SWT: Dan seseorang yang berdosa tidaklah memikul dosa orang yang lain. Surah al-Isra’: 15

13-Ada roh yang datang mengaku bahawa ia adalah roh wali si polan atau Nabi Khidir dan sebagainya. Adakah benar dakwaan roh tersebut, sedangkan kita tidak mengenalinya dan tidak juga mengenali jasadnya? Kita hanya mengenali sirahnya. Kalaulah manusia yang nampak dilihat ini boleh mengaku apa sahaja namanya kerana kita tidak mengenalinya, maka tidakkah persoalan yang sama boleh kita letakkan ke atas roh ghaib yang datang tadi?

14- Kalaulah benar roh yang datang itu roh para wali, kenapakah ia datang membantu kita? Tidakkah lebih munasabah ia pergi membantu saudara-saudara kita yang dibunuh dengan kejam oleh orang-orang Yahudi, Amerika dan juga Rusia? Atau pergi membantu menyekat remaja-remaja muslimah yang hendak dirogol oleh lelaki jahat atau mahramnya? Tidakkah ini lebih baik jika ia mampu untuk pergi menolong siapa sahaja yang dikehendakinya?

15-Tidakkah Allah SWT sahaja yang berkuasa mencabut roh? Tidakkah orang yang mengangap bahawa yang datang itu adalah roh mengetahui yang Allah SWT berfirman: Allah (jualah yang) memegang jiwa (roh manusia) ketika matinya dan (Dia jugalah yang memegang) jiwa (roh) yang belum mati diwaktu tidurnya. Maka Dia tahankan jiwa (roh orang) yang telah Dia tetapkaan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa (roh) yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berfikir (menggunakan akal fikiran. Surah az-Zumar: 42. Adakah mereka tidak beriman dengan ayat suci ini atau dalam hati mereka ada penutup yang menyebabkan mereka menolak ayat-ayat Allah SWT?

16-Kalaulah roh itu dapat datang setelah dipanggil, kenapa tak dipanggil saja roh Saidina Hamzah, Khalid al-Walid, Saidina Umar dan seumpama mereka untuk membantu menguatkan kekuatan Islam? Kenapa tak dipanggil saja roh Imam Syafie, Maliki, Ghazali, Nawawi dan seumpama mereka untuk diajukan persoalan masalah-masalah fiqh yang baru dan terkini?

17- Diriwayatkan dalam suatu hadis, Rasulullah SAW ada bersabda: Kubur itu samada satu taman daripada taman-taman syurga atau satu lubang daripada lubang-lubang neraka. Riwayat Tirmizi. Kalaulah roh yang baik yang datang, kenapakah mereka bersusah payah datang sedangkan mereka berada dalam kenikmatan?

18-Dan jika roh orang yang berdosa yang datang, tidakkah ini boleh merehatkannya daripada azab kuburnya? Mungkin semua roh orang yang berdosa akan keluar untuk melepaskan diri daripada azab kuburnya? Adakah ini benar bagi orang yang berakidah dengan akidah Islam yang sebenar?

19-Tidakkah mempercayai kedatangan kembali roh itu bererti menolak banyak daripada ayat-ayat suci al-Qur’anul Karim dan juga Hadis-Hadis Nabi s.a.w.? Manakah yang lebih patut bagi seorang yang beragama Islam, antara mempercayai ayat-ayat suci al-Qur’anul Karim dan juga Hadis-Hadis Nabawi atau mempercayai suara yang hanya menumpang jasad orang lain dan mendakwa ia adalah roh si polan bin si polan?

20-Adakah orang yang mempercayai kedatangan roh itu akan tetap berdegil dengan pegangannya itu setelah dikemukakan persoalan-persoalan ini? Atau mereka akan bertaubat dan kembali kepada kebenaran dan mengikut titah Allah SWT melalui firmanNya: Maka tanyalah orang yang berilmu jika kamu tidak mengetahui. Surah an-Nahli: 43.

Setelah diajukan solan-soalan ini, maka saya dengan yakin mengatakan bahawa yang datang itu bukanlah roh orang yang dah mati. Yang datang dan mengaku sebagai roh wali si polan dan si polan tidak lain melainkan jin yang ingin menyesatkan dan memperdayakan manusia. Mungkin kita tidak nampak akan kemudharatannya, kerana ia seumpama meletakkan racun yang halus di dalam madu yang manis. Memohon pertolongan jin boleh membawa kepada kesyirikan. Dan boleh jadi juga yang datang itu adalah “Qarin” si mati yang sentiasa mendampingi si mati semasa hayatnya. Kerana itulah dia sangat mengenalinya dan menyerupainya. Semoga kita semua terselamat daripada tipu daya syaitan. Allah Maha Mengetahui.

_______________________________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com

About these ads

Responses

  1. Bab ini sudah masuk ke bab tasawuf. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut,eloklah belajar ilmu persulukan dan amalkan beruzlah mengikut lunas-lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.

    • Bagi saya belajarlah dulu memehami ALQuran dan As Sunnah… perbanyakkan mempelajari ilmu hadis.

      Tiada jalan untuk mendapatkan petunjuk Allah melainkan menerusi Islam. Tiada jalan memahami Islam melainkan memahami al-Quran dan as-Sunnah dengan kaedah-kaedahnya yang sahih. Malangnya masih ada di kalangan yang mendakwa diri mereka muslim lebih suka kepada tafsiran-tafsiran Islam yang tidak berteraskan kefahaman yang betul terhadap al-Quran dan as-Sunnah. Di kalangan mereka ada pula yang begitu berminat jika memiliki aliran atau tafsiran agama yang tersendiri dan menyimpang dari petunjuk al-Quran dan as-Sunnah. Antaranya dengan menyertai atau menganut ajaran sebahagian tarekat atau aliran kerohanian yang membuat beberapa tafsiran agama yang sangat bahaya pada penilaian aqidah Islamiyyah.

      Golongan seperti ini menganggap diri, guru dan aliran yang mereka ikuti adalah istimewa dan mulia. Mereka bangga dengan tafsiran-tafsiran pelik yang menyimpang jauh dari jalan petunjuk yang sebenar. Mereka mendakwa mereka telah menemui ilmu kerohanian dan makrifat. Justeru itu, mereka tidak lagi bergantung kepada hukum zahir atau kepada syariat yang dipegang golongan zahir atau awam. Mereka mendakwa kononnya mereka adalah golongan batin atau hakikat yang mempunyai ilmu ladunni(ilmu secara langsung dari Allah), kasyaf (singkapan hijab) yang tidak lagi memerlukan lagi nas-nas al-Quran dan as-Sunnah.

      Sebenarnya, tarekat atau aliran kesufian yang seperti ini sangat merbahaya kerana menatijahkan kerosakan aqidah dan tulisan ini akan cuba membahaskannya dengan ringkas.

      Kepentingan Aqidah

      Telebih dahulu hendaklah seseorang sedar bahawa persoalan `aqidah adalah teras kepada ad-din. Tanpa aqidah yang sahih iaitu yang berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah maka seluruh amalan adalah sia-sia belaka, sekalipun nampak pada zahirnya hebat.

      Firman Allah:

      وَمَن يَعْمَلْ مِنَ الصَّالِحَاتَ مِن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُوْلَـئِكَ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ وَلاَ يُظْلَمُونَ نَقِيرًا
      Maksudnya

      “Sesiapa yang beramal dengan amalan yang solih samada lelaki atau perempuan dalam keadaan dia mukmin, mereka itu memasuki syurga dan mereka tidak dizalimi walaupun sedikit”
      (Surah an-Nisa’ 4:124)

      Dalam ayat di atas Allah dengan jelas mensyaratkan seseorang yang ingin melakukan amal solih itu hendaklah mukmin iaitu beriman kepada Allah dalam ertikata iman yang sebenar dan pastinya tidak melakukan perkara-perkara yang merosakkannya. Dengan itu sesiapa yang akidahnya rosak maka amalannya sama sekali tidak diterima walaupun kelihatan banyak dan hebat. Ini kerana setiap amalan dalam Islam dibina di atas asas aqidah.

      Iktikad Yang Merosakkan

      Iktikad yang ada pada sebahagian golongan tarekat yang menganggap bahawa sesiapa yang sudah sampai kepada peringkat tertentu dalam amalan atau tarekat yang mereka ikuti maka dia tidak lagi bergantung kepada syariat seperti tidak perlu lagi solat, puasa, jihad dan sebagainya. Mereka beranggapan kononnya yang perlu beramal ialah golongan awam sedangkan mereka adalah golongan khusus atau ahli hakikat atau makrifat.

      Sebenarnya hendaklah diketahui bahawa fahaman ini termasuk dalam aliran kufur dan sesat yang telah lama dibahaskan dan ditentang oleh para ulama Ahl as-Sunnah wa al-Jama`ah. Mereka perlu jelas bahawa kesimpulan perbahasan berkenaan menyatakan kepercayaan atau pegangan tersebut boleh mengeluarkan mereka dari Iman dan Islam. Dalam kata lain ianya boleh membatalkan syahadah mereka dan menjadikan mereka kafir. Para ulama aqidah memasukkan kepercayaan seperti itu dalam senarai perkara kufur. Disebut dalam ‘Taisir dhi al-Jalal wa al-Ikram bi Syarh Nawaqid al-Iman’ seperti berikut: “Sesiapa yang beriktikad bahawa sebahagian manusia dibolehkan keluar dari syariat Muhammad s.a.w maka dia adalah kafir. Ini berdasarkan firman Allah:

      وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ الإِسْلاَمِ دِينًا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ
      “Sesiapa yang mencari selain Islam sebagai din (agama) maka sama sekali tidak diterima daripadanya dan dia di akhirat kelak termasuk daripada kalangan golongan yang rugi”
      (Surah Ali `Imran 3:85)” (m.s. 97, Cetakan Dar Isybilia, Saudi)

      Al-Imam Ibn Kathir dalam Tafsir al-Quran al-`Azim, menafsir ayat dalam Surah Ali `Imran di atas menyatakan: “Sesiapa yang melalui suatu cara yang lain dari apa yang disyariatkan Allah maka sama sekali ianya tidak diterima” ( jld. 2, m.s. 378, Cetakan Dar al-Ma’rifah, Beirut).

      Guru-guru ajaran sesat yang seperti ini biasanya akan mengemukakan kepada para pengikutnya yang jahil dalam memahami al-Quran dan as-Sunnah berbagai-bagi tafsiran palsu, bohong lagi menyesatkan. Para pengikut yang tidak begitu jelas kefahaman terhadap Islam akan menerima dan menganggap mereka memiliki hujah dan dalil yang kuat terhadap apa yang mereka percayai. Antara apa yang dihuraikan oleh golongan ini untuk menghalalkan tindakan mereka yang enggan mengikut syariat dan menganggap mereka telah sampai kepada suatu makam yang istimewa ialah:

      Penyelewengan Huraian Maksud al-Yaqin

      Mereka berhujjah dengan firman Allah dalam Surah (15) al-Hijr ayat 99:

      وَاعْبُدْ رَبَّكَ حَتَّى يَأْتِيَكَ الْيَقِينُ

      Maksudnya:

      “Beribadatlah kepada tuhanmu sehingga datangnya kepadamu al-yaqin”.

      Dengan membuat tafsiran salah mereka menyatakan bahawa ayat ini bermaksud “beribadatlah kepada tuhanmu sehingga engkau memperolehi ilmu dan makrifat, setelah engkau telah memperolehinya maka gugurlah kewajipan `ibadat”. Di sana ada lagi beberapa tafsiran lain yang mereka cipta bagi membolehkan mereka menganggap perkataan al-yaqin dalam ayat di atas adalah bermaksud makam sufi. Apabila mereka menganggap diri mereka telah memperolehinya maka tanggungjawab ibadat atau mengikut syariat sudah tidak diperlukan lagi kerana ayat tersebut menyatakan sehingga datangnya yakin maka apabila yakin yang ditafsirkan oleh mereka telah diperolehi maka syariat pun gugur.

      Tafsiran Sebenar

      Sebenarnya perkataan al-yaqin di dalam ayat di atas telah ditafsirkan oleh semua mufassirin yang muktabar sebagai al-maut iaitu kematian. Dengan ini ayat tersebut bermaksud: “Beribadatlah kepada tuhanmu sehingga datangnya kepadamu kematian”

      Al-Qadi Abu Bakr Ibn al-`Arabi di dalam kitabnya yang masyhur iaitu Ahkam al-Quran menjelaskan maksud ayat ini: “Perkataan al-yaqin bermaksud al-maut (kematian), Allah memerintahnya agar terus menerus dalam ibadat selama-lamanya, iaitu sepanjang hayat.” Seterusnya Al-Qadi Abu Bakr Ibn al-`Arabi mengemukakan alasan mengapakah perkataan al-yaqin di dalam ayat di atas ditafsirkan sebagai al-maut. Iaitu berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari, apabila Rasulullah menziarah jenazah Uthman bin Madh`un, baginda bersabda:

      “Adapun dia telah datang kepadanya al-yaqin. Demi Allah aku mengharapkan untuk kebaikan…” ( jld. 3, m.s. 116, Cetakan Dar al-Fikr, Beirut).

      Daripada hadith riwayat al-Imam al-Bukhari (hadith ke-1243) yang dikemukan oleh al-Qadi Abu Bakr Ibn al-`Arabi dengan jelas menunjukkan Rasulullah s.a.w. mengucapkan kepada jenazah Uthman bin Madh`un yang telah meninggal, baginda menggunakan perkataan al-yaqin dengan dimaksudkan al-maut iaitu kematian. Dengan jelas sunnah atau hadith sendiri telah menafsirkan maksud ayat tersebut. Maka ini yang kukuh kerana tafsiran yang paling kuat terhadap sesuatu ayat al-Quran ialah samada di tafsirkan dengan ayat al-Quran yang lain atau dengan as-Sunnah. Setelah datangnya tafsiran yang ma’thur (daripada Rasullullah) maka tidak boleh wujud lagi sebarang tafsiran aqli yang menyanggah tafsiran Nabi s.a.w.

      Daripada ucapan Nabi s.a.w. yang jelas itu maka ayat tersebut bermaksud setiap mukmin diwajibkan terus beribadat sehingga tibanya kematian. Justeru itu ternyata, ayat tersebut bukanlah hujah yang menyokong kesesatan golongan berkenaan sebalik ianya adalah dalil yang menentang pendapat mereka yang menyeleweng yang hanya menghadkan ibadat sehingga ke tahap tertentu sahaja.

      Al-Imam Ibn Kathir dalam menafsir ayat daripada surah al-Hijr tersebut, menyebut alasan tambahan yang membuktikan kesesatan tafsiran golongan tarekat atau sufi tersebut, katanya: “Sesungguhnya ibadat seperti solat dan seumpamanya adalah wajib bagi bagi setiap insan selagi akalnya masih berfungsi, maka hendaklah dia mengerjakan solat mengikut keadaannya. Ini seperti yang sabit di dalam Sahih al-Bukhari daripada `Imran bin Husoin r.a. sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Solatlah dalam keadaan berdiri, jika tidak mampu maka dalam keadaan duduk dan jika tidak mampu maka di atas lambung”. Berdalilkan ini menunjukkan kesalahan pendapat golongan mulhid yang berpendapat maksud al-yaqin ialah makrifat dan apabila telah seseorang di kalangan mereka telah memperoleh makrifat maka gugur daripadanya tuntutan agama. Ini adalah iktikad yang kufur, sesat dan jahil. Sesungguhnya para anbiya a.s. dan sahabah mereka adalah golongan yang paling mengetahui tentang Allah, paling mengenali tuntutan-tuntutanNya, sifat-sifatNya dan apa yang paling layak untuk mengagungkanNya, namun begitu mereka adalah golongan yang paling kuat dan banyak ibadat serta terus menerus melakukan amalan kebaikan sehingga menemui kematian. Dengan itu maksud al-yaqin di sini adalah al-Maut (kematian) (jld. 2, m.s. 581)

      Cuba lihat dalam petikan di atas al-Imam Ibn Kathir dengan jelas menghukum golongan ini sebagai mulhid (tidak percayakan agama), kafir, sesat dan jahil. Ini menunjukkan betapa bahayanya kepercayaan seperti ini terhadap aqidah dan wajibnya golongan ini ditentang.

      Menyelewengkan Tafsiran Kisah Musa dan Khidir

      Selain itu golongan ini juga beralasan dengan peristiwa Nabi Musa a.s. dan Khidir a.s. yang disebut di dalam al-Quran, di dalam Surah al-Kahf. Jika kita merujuk kepada Surah al-Kahf (ayat 60-82) Allah menceritakan pengembaraan Nabi Musa mencari Khidir a.s. bagi menuntut ilmu daripadanya. Semasa perjalanan Nabi Musa a.s. menemani Khidir a.s., baginda telah melihat beberapa tindakan Khidir a.s. yang menyanggahi syariat yang diturunkan kepadanya (Musa) lalu baginda membantahnya. Setelah tiga kali pertanyaan serta bantahan dibuat oleh Musa a.s. terhadap tiga tindakan yang dilakukan oleh Khidir, akhirnya Khidir pun tidak lagi membenarkan Musa a.s. mengikuti dan menceritakan rahsia segala tindakan-tindakannya yang dianggap oleh Nabi Musa a.s. sebagai kesalahan.

      Dengan mempergunakan kisah dalam Surah al-Kahf berkenaan maka golongan sufi atau tarekat yang sesat beralasan bahawa para wali dibolehkan tidak mengikut syariat para nabi dan boleh melakukan segala tindakan yang dianggap salah oleh golongan zahir tetapi haikatnya betul di sisi ilmu hakikat atau ilmu ladunni. Ini kononnya sama seperti tindakan Khidir yang tidak mengikut Nabi Musa a.s. kerana Khidir adalah wali Allah dia menilai dengan ilmu ladunni yang terus menerus daripada Allah sedangkan Musa a.s adalah seorang nabi yang menilai dengan ilmu syariat semata. Justeru itu golongan hakikat tidak sama dengan golongan syariat dan golongan hakikat tidak perlu mengikut syariat seperti Khidir tidak perlu mengikut Musa.

      Inilah dakwaan mereka yang sangat jahil bagi menilai apa yang terkandung di dalam lafaz-lafaz atau bentuk-bentuk ayat (siyaq al-Ayat) yang membawa maksud bagi sesuatu tafsiran yang benar. Golongan sufi yang menyeleweng dan tarekat yang sesat mempergunakan ayat 65 dari Surah al-Kahf (18) yang menyebut:

      فَوَجَدَا عَبْدًا مِّنْ عِبَادِنَا آتَيْنَاهُ رَحْمَةً مِنْ عِندِنَا وَعَلَّمْنَاهُ مِن لَّدُنَّا عِلْمًا
      “Lalu mereka berdua (Musa dan Yusya’ bin Nun) telah bertemu seorang hamba (Khidir) dari kalangan hamba-hamba Kami (Allah) yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami dan Kami berikan kepadanya ilmu dari sisi Kami”.

      Oleh kerana ayat itu menyebut min ladunna ilma (ilmu dari sisi Kami) maka muncul istilah ilmu ladunni. Dengan istilah ini ada golongan sufi dan tarekat yang sesat mengambil kesempatan untuk mengatakan mereka juga mempunyai ilmu ladunni seperti Khidir oleh itu mereka tidak terikat atau bergantung dengan syariat zahir.

      Sebab itu seorang tokoh mufassir semasa iaitu Solah `Abd al-Fatah al-Khalidi dalam mengulas ayat ini dalam buku Ma`a Qasas as-Sabiqin Fi al-Quran beliau menyebut: “Para penafsir golongan sufi telah berbicara dengan perkataan-perkataan yang pelik mengenai ilmu ladunni dan memisahkan antara hakikat dan syariat, yang zahir dan batin. Mereka telah mencampur aduk dan merosakkan dalam menafsirkan ayat-ayat ini dan juga selainnya.” (jld. 2 m.s. 186. Cetakan Dar al-Qalam, Syiria) .

      Beliau juga menukilkan beberapa ulasan para ulama mengenai ayat ini, antaranya ulasan al-Imam as-Syinqiti di dalam tafsirnya, Adwa al-Bayan iaitu: “Sesungguhnya rahmat dan ilmu ladunni yang kedua-duanya Allah kurniakan kepada kepada Khidir bermaksud kenabian dan wahyu. Ini kerana Khidir berkata kepada Musa:

      وَمَا فَعَلْتُهُ عَنْ أَمْرِي
      (Maksudnya) “Aku tidak melakukannya dengan kehendakku”. (Surah al-Kahf: 82)

      Perintah Allah tidak diketahui kecuali dengan jalan wahyu. Tiada jalan kepadanya melainkan wahyu. Allah telah menentukannya (pengetahuan mengenai perintahNya) hanya dengan jalan wahyu dengan firmannya dalam Surah al-Anbiya (21) ayat 45:

      قُلْ إِنَّمَا أُنذِرُكُم بِالْوَحْيِ
      (Maksudnya)”Katakanlah (Wahai Muhammad !) Aku hanya memberikan peringatan dengan wahyu”. (ibid. m.s. 190)

      Setelah menghimpunkan ulasan dan tafsiran para ulama mengenai ilmu ladunni yang diisyaratkan oleh al-Quran, Solah al-Khalidi membuat kesimpulan seperti berikut, katanya: “Selepas melihat perkataan-perkataan daripada para ulama kita maka kita dapat membuat suatu keputusan yang putus iaitu: Ilmu ladunni yang diisyaratkan oleh ayat tersebut, yang telah Allah ajarkannya kepada Khidir a.s. sebenar ialah nubuwwah (kenabian) dan wahyu. Adapun pengakuan dan dakwaan golongan sufi mengenai ilmu ladunni menurut kefahaman mereka itu, adalah batil, sesat, menyanggahi syariat Islam dan petunjuk al-Quran. (m.s. 92)

      Ini bererti seluruh tindakan Khidir adalah wahyu daripada Allah. Khidir adalah nabi. Nabi Musa diutuskan kepada Bani Israil tidak diutuskan kepada Khidir. Khidir juga sebenarnya adalah Nabi yang menerima arahan langsung daripada Allah melalui jalan wahyu. Beliau tidak bergantung kepada syariat yang dikhususkan kepada Bani Israil. Justeru itu, segala tindakan Khidir adalah perintah Allah yang pasti melalui jalan wahyu dan tidak bergantung kepada ajaran Nabi Musa a.s. yang diutuskan untuk Bani Israil. Adapun Nabi Muhammad adalah utusan untuk sekelian manusia tanpa kecuali dan tidak ada yang terlepas dari berada di bawah lembayung ajarannya.

      Al-Imam al-Allamah Ibn Abi al-`Izz dalam kitab aqidah yang iaitu Syarh al-`Aqidah at-Tahawiyyah dengan jelas menyebut persoalan ini dengan katanya: “Adapun sesiapa yang berpegang dengan kisah Musa bersama Khidir a.s. bagi membolehkannya meninggalkan wahyu kerana bergantung dengan ilmu ladunni, seperti yang didakwa oleh yang tidak mendapat taufik, maka dia adalah mulhid (atheis) dan zindak (munafiq). Ini kerana Musa a.s. bukanlah Rasul yang diutuskan kepada Khidir. Khidir juga tidak diperintah untuk mengikutnya. Sebab itulah Khidir bertanya Musa:

      “Apakah engkau Musa dari Bani Israil?” Jawab Musa: “Ya!”
      (Riwayat al-Bukhari).

      Adapun Muhammad adalah diutuskan untuk seluruh manusia dan jin. Sekiranya Musa dan `Isa masih hidup maka mereka mesti menjadi pengikutnya. Apabila `Isa turun ke bumi (pada akhir zaman) dia hanya akan berhukum dengan syariat Muhammad. Oleh itu sesiapa yang mendakwa bahawa kedudukan dia bersama Muhammad seperti Khidir bersama Musa atau membolehkan (mempercayai) ianya berlaku untuk sesiapa di kalangan umat maka hendaklah dia memperbaharui keislamannya, hendak dia kembali bersyahadah dengan syahadah yang benar kerana dia telah terkeluar dari Islam keseluruhannya. Sama sekali dia bukan dari kalangan wali-wali ar-Rahman sebaliknya dia adalah wali-wali syaitan”. (m.s. 511, cetakan al-Maktab al-Islami, Beirut).

      Lihatlah betapa jelasnya pendirian para ulama akidah terhadap golongan sufi dan tarekat yang seperti ini. Nyata sekali, sesiapa yang mendakwa perkara seperti ini terhadap dirinya atau orang lain seperti guru tarekat atau syeikhnya maka dia sama sekali adalah terkeluar daripada Islam. Di samping itu, sesiapa yang mendakwa dirinya seperti Khidir bererti dia mendakwa dirinya diberikan wahyu seperti Khidir atau dalam kata lain dia mendakwa diri menjadi nabi setelah datangnya penutup sekelian nabi. Ini adalah kekufuran di atas kekefuran.

      Al-Imam al-Qurtubi yang merupakan tokoh mufassir besar. Beliau juga tidak lupa membahaskan persoalan ini dalam tafsirnya al-Jami’ li Ahkam al-Quran. Beliau menukilkan ulasan gurunya al-Imam Abu al-`Abbas mengenai golongan ahli kebatinan yang dihukum sebagai zindiq iaitu katanya: “Mereka itu berkata: “Hukum-hakam syarak yang umum adalah untuk para nabi dan orang awam adapun para wali dan golongan khusus tidak memerlukan nas-nas (agama) sebaliknya mereka hanya dituntut dengan apa yang terdapat dalam hati mereka. Mereka berhukum berdasarkan apa yang terlintas dalam fikiran mereka”. Golongan ini juga berkata: “Ini disebabkan kesucian hati mereka dari kekotoran dan keteguhannya maka terjelmalah kepada mereka ilmu-ilmu ilahi, hakikat-hakikat ketuhanan, mereka mengikuti rahsia-rahsia alam mereka mengetahui hukum-hakam yang detil maka mereka tidak memerlukan hukam-hakam yang bersifat umum seperti yang berlaku kepada Khidir. Mencukupi baginya (Khidir) ilmu-ilmu terserlah kepadanya dan tidak memerlukan apa yang ada pada kefahaman Musa”. Golongan ini juga menyebut: “Mintalah fatwa dari hatimu sekalipun engkau telah diberikan fatwa oleh para penfatwa”. Seterus al-Qurtubi mengulas dakwaan-dakwaan ini dengan katanya: “Kata guru kami r.a.: Ini adalah perkataan zindiq dan kufur dibunuh sesiapa yang mengucapkannya dan tidak diminta daripadanya taubat, kerana dia telah engkar apa yang diketahui dari syariat. Sesungguhnya Allah telah menetapkan jalanNya dan melaksanakan hikmahNya bahawa hukum hakamnya tidak diketahui melainkan melalui perantaraan rasul-rasul yang menjadi para utusan antara Allah dan makhlukNya. Meraka adalah penyampai risalah dan perkataanNya serta penghurai syariat dan hukum-hakam. Allah memilih mereka untuk itu dan mengkhususkan urusan ini hanya untuk mereka.” Dalam huraian tambahan al-Qurtubi menyebut lagi: “Telah menjadi ijma’ salaf dan khalaf bahawa tidak ada jalan mengetaui hukum-hakam Allah yang berhubung suruhan dan laranganNya walaupun sedikit, melainkan melalui para Rasul. Sesiapa yang berkata “Disana ada cara lain untuk mengetahui suruhan dan larangan Allah tanpa melalui para rasul atau tidak memerlukan para rasul maka dia adalah kafir, dihukum bunuh……” (jld. 11, m.s. 40-41, cetakan Dar al-Fikr, Beirut).

      Demikian betapa tegasnya al-Imam al-Qurtubi dalam mengulas dakwaan sesat lagi kufur ini bagi membukti betapa bahayanya iktikad yang seperti ini. Bahkan kebanyakan para ulama Ahli as-Sunnah tidak lupa untuk memperingatkan perkara ini setiap kali mereka menyebut kisah Musa dan Khidir bagi memerangi golongan yang mempergunakan tafsiran yang salah lagi sesat ini untuk memperlihatkan keistimewaan diri dan akhir mereka tercerumus ke lembah kekufuran. Umpamanya, lihatlah ulasan yang begitu jelas oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah dalam Majmu’ al-Fatawa dalam menentang kefahaman-kefahaman yang seperti ini. Demikianlah para ulama yang lain bagi setiap zaman. Maka golongan ilmuan yang wujud pada zaman ini juga perlu memerangi perkara yang seperti ini. Ini kerana aliran kepercayaan ini masih wujud dan mempengaruhi kalangan yang jahil dan mencari kesempatan untuk melepaskan diri dari agama. Jika mereka tidak ditentang habis-habisan maka akan hancur binaan Islam dan yang tinggal hanyalah Islam tanpa syariat.

  2. Awaluddin maarifatullah.Kenali apa itu syariat dan tareqat,maarifat dan haqiqat,sirru-sirr dan kasyaf,umum-khusus-khususul khusus…laduni dan banyak lagi.

  3. Salam…
    Terima kasih banyak cikgu Nik di atas segala info… banyak yg saya dapat pelajari. Teruskan perjuangan…Wassalam.

  4. Naqsyabandiah…..Ilahi,anta maksudi…

    • salam en ismail cuma nak bertanya,en ada belajar tarekat Naqsyabandiah ni ka? blh tau ngan sapa?sekadar ingin tahu ja.

  5. Asalamualaikum

    Tasauf, tarekat dan istilah-istilah yang berkaitan dengannya sering dimomokkan oleh mereka seolah-olah setiap yang bernama tasauf dan tarekat itu sesat, bidaah dan khurafat.

    Strategi memomokkan istilah ini sebenarnya suatu cubaan mengunci minda dan menjadikan masyarakat jauh hati daripada tasauf tanpa benar-benar mengenali dan memahaminya dengan tepat.

    Mereka ini sedar jika masyarakat meneliti dan mendekati tasauf dengan adil dan bersungguh-sungguh, kefahaman dan penghayatan yang murni terhadap tasauf akan menjadi salah satu benteng yang memisahkan masyarakat daripada terpengaruh aliran yang ingin mereka juarai.

    Tasauf sebagai cabang ihsan

    Kunci utama kepada kefahaman yang murni terhadap tasauf adalah dengan menyedari bahawa sebenarnya ia tidaklah melainkan cabang atau dimensi Ihsan daripada agama kita.

    Ihsan selain daripada Islam dan iman serta kesedaran tentang akhir zaman merupakan cabang dan dimensi utama al-Din seperti yang kita semua tahu daripada hadis Jibril yang merupakan antara induk hadis-hadis Nabi SAW.

    Begitu besar pengajaran yang hendak dibawa melalui hadis tersebut sehingga Jibril telah menyampaikan secara istimewa iaitu dengan merupakan dirinya sebagai manusia dan berdialog secara langsung dengan Nabi SAW bersaksikan para sahabat.

    Dari situ, kita semua maklum bahawa agama yang kita anuti ini sebenarnya terdiri daripada tiga cabang Islam, iman dan ihsan yang terjelma kepada tiga cabang ilmu utama agama iaitu syariah, akidah dan akhlak.

    Tiga istilah alternatif bagi ilmu-ilmu ini adalah fiqh, tauhid dan tasauf. Jadi sebenarnya dalam peta minda Islam, tasauf adalah istilah lain bagi dimensi ihsan atau akhlak.

    Jika itulah kedudukan tasauf dalam kerangka faham agama kita, tidak peliklah jika kita melihat para ulama muktabar sepanjang zaman, sebagai mereka yang paling menguasai selok-belok agama ini, bersikap sangat positif terhadap tasauf dan dunia tasauf.

    Kebanyakan mereka terjun langsung ke dalam dunia tersebut dengan mengamal, mengajar dan mengarang kitab-kitab rujukan dalam bidang ini. Selebihnya menjadi mereka yang mencintai para ulama dan pemuka tasauf atau sekurang-kurangnya tidak mengambil sikap memusuhi mereka.

    Imej-imej negatif tasauf

    Tetapi kenapa masih ada yang takut dengan tasauf atau memandangnya sebagai asing atau negatif?

    Jika direnungi, tasauf adalah dimensi dalaman atau batin agama kita. Kerana sifatnya itu telah timbul salah-faham dan kekeliruan terutama di peringkat amalan dan perbahasan yang lebih tinggi.

    Mendekati tasauf di tahap yang tinggi tanpa panduan guru yang berkelayakan boleh menyebabkan timbulnya ajaran sesat. Bila ini berlaku, ajaran-ajaran salah ini sering mendapat liputan meluas dan sensasi di media seperti dalam kes Hassan Anak Rimau, Ayah Pin dan al-Arqam.

    Kumpulan dan ajaran tasauf yang menyeleweng sering menggunakan istilah-istilah dalam dunia tasauf seperti tarekat, sheikh, mursyid, aurad, kasyaf, yaqazah dan seumpamanya. Akhirnya istilah-istilah ini turut terpalit dan dilihat negatif sedangkan hakikatnya tidak begitu.

    Sebenarnya penyelewengan turut berlaku dalam cabang lain seperti syariah. Malah penyelewengan dalam cabang syariah mungkin lebih meluas dan melibatkan lebih ramai orang dan kumpulan.

    Cuma mungkin kesannya tidak begitu kelihatan atau kurang dirasakan oleh mereka yang terlibat. Bukankah masih banyak penyelewengan daripada landasan hukum syariah yang ada dalam masyarakat kita?

    Dalam bidang dan kumpulan mana pun akan ada mereka yang menyeleweng atau ekstrem. Soalnya, adakah kita adil menilai dan menghukum sesuatu bidang atau kumpulan hanya dengan merujuk kepada mereka yang menyeleweng atau sesat yang muncul dari bidang atau kumpulan itu?

    Jika begitu, banyaklah bidang dan cabang ilmu yang harus kita tolak kerana adanya bebiri hitam yang muncul daripada kalangan pengamalnya!

    Adakah bijak kita meminggirkan tasauf hanya kerana beberapa individu dan kelompok yang sesat yang timbul dari dunia tasauf?

    Segelintir mereka yang salah menghayati tasauf juga menyebabkan timbul imej seolah-olah tasauf adalah anti-dunia, anti-kemajuan dan anti-perjuangan.

    Harus diingat, jika tasauf hendak dinilai dengan neraca seseorang yang memang tenggelam dan mabuk dengan dunia dan material memanglah tasauf akan dilihat pasif dan tidak cukup dinamik.

    Ada juga orang yang baik-baik dan minatkan agama tetapi punya tanggapan bahawa tasauf adalah ilmu yang terlalu tinggi untuk mereka. “Kami belum layak mengaji tasauf”, kata mereka.

    Ini juga satu sindrom yang amat merugikan kerana ia menjauhkan mereka daripada apa yang amat diperlukan dalam kehidupan mereka.

    Siapakah di kalangan kita yang tidak perlukan penyucian diri dan peningkatan kerohanian?

    Malah ini adalah suatu keperluan bagi setiap Muslim pada setiap ketika dalam hidupnya. Kita akan jelaskan nanti betapa tasauf, seperti juga ilmu-ilmu lain ada tahap dan peringkat-peringkatnya.

    Selagi mana kita mendatangi tasauf mengikut tahap dan kaedahnya, dengan bimbingan guru yang layak maka tidak timbul sindrom tidak layak atau belum sesuai belajar tasauf.

    Ada juga di sana kelompok dan kumpulan yang sentiasa mencemburui dunia tasauf dan pendokongnya kerana tasauf dilihat sebagai aliran tandingan kepada aliran yang mereka juarai.

    Lantas mereka sering cuba menempelkan label-label bidaah, khurafat dan taksub kepada tasauf.

    Insya-Allah kita akan membahaskan asas-asas al-Quran dan al-sunnah di sebalik tasauf. Jika difahami dengan jujur, tasauf yang murni adalah bebas daripada label-label ini.

    Sebaliknya, jika diteliti, kelompok yang mentohmah tasauf, sering terlibat dengan unsur-unsur bidaah, khurafat dan taksub.

    Tengok sahaja bagaimana mereka menjulang tokoh-tokoh mereka sendiri dalam pelbagai bentuk dan cara. Seolah-olah tokoh-tokoh ini sahaja yang memonopoli kefahaman dan kebenaran. Bukankah ini taksub walaupun tiada tangan yang dicium atau berkat yang diambil?

    Wasalam.

    • Saya ingin mengingatkan pembaca tentang satu hakikat yang penting bahawa Islam itu ditegakkan atas prinsip-prinsip akidah yang jelas. Paksi akidah Islam terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah. Apa-apa pengalaman kerohanian yang tidak berasas akidah Islam adalah tertolak. Siapa pun syeikh, besar mana pun serbannya, sepetah mana pun dia, apa pun tafsirannya tentang kerohanian, namun jika ia bercanggah dengan nas-nas al-Quran dan al-Sunnah, maka ia tertolak.

      Agama-agama lain juga ada pengalaman kerohanian mereka, namun itu semua tidak dijadikan sukatan dalam ajaran Islam untuk menentukan ketepatan ajaran. Pengalaman kerohanian itu diterima jika tidak bercanggah dengan wahyu yang diturunkan. Rasulullah s.a.w ialah guru kerohanian yang agung dan utama, mengatasi segala tokoh dan syeikh tarekat. Jika ajaran kerohanian itu tidak sama dengan ajaran Rasulullah s.a.w maka itu bukan jalan hidayah yang diimani oleh seorang muslim.

      Ya, kita akur persoalan kerohanian dan penyucian jiwa adalah perkara yang penting dan ada dalam ajaran Islam yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah yang sahih. Usaha untuk membersihkan diri itu mestilah dengan panduan kedua sumber tersebut secara tepat. Tanpa tarekat tertentu, apa yang ada dalam al-Kitab dan al-Sunnah sudah memadai bagi setiap muslim. Bukanlah bererti bahawa seseorang jika tidak menyertai terekat bererti dia tidak akan dapat membersihkan diri.

      Sebaliknya, sekiranya seseorang berpegang dengan ajaran Nabi s.a.w dia akan menemui semua penawar untuk jiwa. Nas-nas al-Quran dan al-Sunnah begitu banyak berhubung dengan tazkiah al-Nafs (penyucian jiwa). Ahlus Sunnah wal Jama’ah berpegang bahawa jalan untuk membersih telah pun ditunjukkan dengan jelas oleh baginda s.a.w. Itulah tonggak kerohanian. Bahkan mana-mana jalan (tarekat) kerohanian yang bercanggah dengan jalan Rasul s.a.w adalah ditolak, seperti yang dinyatakan sebelum ini.

      Seorang tokoh ilmuwan Islam terkenal Dr. `Abd al-Karim Zaidan dalam buku yang masyhur Usul al-Da’wah menyebut:

      “Amalan soleh adalah apa yang sahih dan ikhlas kepada Allah. Apa yang sahih itu adalah yang menepati syarak, maka membuat bid`ah dalam agama dengan menambah atau mengurangkannya adalah sesuatu yang tidak dibolehkan dan tiada pahala bagi pengamalnya sekalipun dengan niat beribadah kepada Allah. Bid`ah itu lebih buruk daripada maksiat. Ini kerana bid`ah itu mengubah agama serta menghukum dan mentohmah syarak sebagai cacat, berhajatkan kepada penyempurnaan, pengurangan dan mengubahan. Ini adalah perkara yang sangat besar yang tidak boleh kita beriktikad atau beramal dengannya. Untuk itu al-Rasul S.A.W memberi amaran mengenai bid`ah, sabdanya:“Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan dalam agama, kerana setiap yang diada-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah di dalam neraka” (sahih: riwayat Abu Daud). Maka segala kebaikan apa yang bawa oleh syarak dan berpada dengannya. (m.s. 41, Beirut : Muassasah al-Risalah)

      Perkara kedua yang patut kita sedar, bahawa sebahagian ajaran tasawwuf dan tarikat dipengaruhi oleh anasir-anasir luar daripada Islam, seperti unsur-unsur ajaran Kristian, Hindu, Parsi, Yunan dan lain-lain. Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi:

      “Para pengkaji tidak boleh membantah bahawa tasawwuf telah terpengaruh –pada tahap tertentu- unsur-unsur asing, samada anasir Kristian, Hindu, Parsi atau Yunan, juga unsur-unsur Islam. Dalam tempoh masa sekian lama, telah masuk ke dalam tasawwuf pemikiran yang pelik daripada sumber-sumber yang disebutkan tadi atau selainnya. Sehinggakan sebahagian tasawwuf sampai ke peringkat percaya kepada al-hulul, atau al-ittihad, atau wahdatul wujud. Sebahagian mereka pula bercakap mengenai qidam nur Muhammad atau yang mereka namakan al-hakikat al-Muhammadiyyah (hakikat Muhammad). Juga mereka bercakap mengenai kewalian, para wali, kasyaf, mawajid, zauq dan berhukum dengan perkara-perkara tersebut dalam nas-nas agama. Mereka memisahkan hakikat dan syariat, berpegang bahawa dalam mendidik murid tasawwuf hendaklah dia di hadapan gurunya bagaikan mayat di hadapan orang yang memandikannya. Mereka melampaui batas dalam zuhud dan apa yang berkaitan dengannya sehingga ke peringkat terkeluar dari kesederhanaan Islam kepada kerahiban Kristian”. (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Thaqafah al-Da`iyah, m.s. 94-95, Beirut: Muassasah al-Risalah)

      Saya menimbulkan hal ini, bukan bertujuan mematahkan semangat mereka yang ingin membersihkan diri. Saya menimbulkannya untuk kita berhati-hati. Jangan sampai ada pihak yang tersangkut dengan ajaran yang memisahkan antara hakikat dan syariat, atau dalam erti kata lain menganggap kerohanian yang mereka pelajari tidak lagi bergantung kepada al-Quran dan al-Sunnah.

      Dalam kehendak ingin mendekati Allah, janganlah kita tersasul sehingga terjun ke lembah falsafah kerohanian yang mengeluarkan pemikiran dan cerita-cerita yang pelik, yang akhirnya bukan membawa insan mendekatkan diri kepada al-Quran dan al-Sunnah, sebaliknya ‘seronok sendiri’ dengan bahasa dan istilah yang dia anggap orang lain tidak tahu. Bak kata tokoh ilmuwan besar al-Syeikh Munna’ al-Qattan ketika memperkatakan tentang tafsir golongan sufi:

      “Tasawwuf telah bertukar menjadi falsafah andaian semata-mata, yang tiada lagi hubungan dengan warak, taqwa dan kezuhudan. Falsafah ini mengandungi pemikiran-pemikiran yang bercanggah dengan Islam dan akidahnya”.( Manna’ al-Qattan, Mabahith Fi `Ulum al-Quran, m.s. 356, Riyadh: Maktabah al-Ma`arif).

      Dalam dunia umat Islam berbagai ajaran kerohanian atau tarekat wujud. Hingga ada yang salah faham, sehingga menganggap tarekat sufi yang memakai ‘skirt’ berpusing berjam-jam tanpa henti dalam keadaan khayal seperti di Turki, itulah kerohanian Islam. Sama sekali tidak. Kita berpegang apa yang al-Imam al-Syatibi (w. 790H) kata:

      “Golongan sufi juga sama seperti orang lain yang tidak maksum (terpelihara dariapada dosa). Adalah mungkin untuk mereka silap, lupa dan bermaksiat samada dosa kecil atau besar. Justeru itu para ulama menyatakan: setiap percakapan boleh diambil atau ditinggalkan, kecuali percakapan Nabi s.a.w…sepertimana kemungkinan untuk selain golongan sufi melakukan maksiat dan bid`ah, demikian mereka (ahli sufi). Maka wajib bagi kita untuk mengikut orang yang terhalang dari silap (maksudnya RasululuLah s.a.w) dan berhenti daripada mengikut sesiapa yang tidak terhalang daripada silap apabila melihat pada ikutan tersebut kekeliruan. Bahkan kita bentangkan apa yang datang daripada para imam kepada al-Kitab dan al-Sunnah. Apa yang keduanya (al-Quran dan al-Sunnah) terima, maka kita terima, dan apa yang kedua tidak terima kita tinggalkannya. Kita hanya diwajibkan mengikut syarak dan kita tidak pula diwajibkan mengikut perkataan dan perbuatan golongan sufi, melainkan setelah dibentangkannya” (kepada al-Quran dan al-Sunnah).( Al-Syatibi, Al-`Itisam m.s 165, Beirut Dar al-Kitab al-`Arabi, Beirut)

      • syariat tanpa hakikat hampa,hakikat tampa syariat sia sia, paham dan merasakan

  6. Eloklah dipelajari dan dikenalpasti apa itu Karamah, jenis-jenis karamah,jenis-jenis para aulia dan martabat mereka di sisi ALLAH.Kenal siapa itu Sheikh Abdul Qadir Jailani,Khalid An-Naqsyabandi dan ramai lagi tokoh-tokoh sufism,nescaya kita akan lebih memahami dengabn lebih jelas dan terang tanpa memandai-mandai mengikut akal dan ilmu sendiri.

    • Memang kebanyakian pihak yang anti-tassauf lebih ramai yang menggunakan akal fikiran mereka saja dan tidak mahu melihat atau mempelajari fakta2 mengenai sufi/tassauf dalam Islam. Mereka lupa para ahli sufi ini yang lebih banyak mengenmbangkan Islam berbanding kumpulan mereka yang kebanyakan lebih banyak cakap dari berbuat…..

  7. Masya Allah…tak cukupkah al-quran dan as-sunnah menjadi pertimbangan dan petunjuk. Manusia sering kali tertarik hal – hal ghaibiyyat sedangkan hal – hal sedemikian sebahagian besarnya menjadi rahsia Allah s.w.t.

    Sebahagian lagi sewenang – wenangnya mentafsir ayat – ayat al-quran sedangkan penguasaan ilmu Usul Tafsir, Balagah dan lainya tak ada langsung. Paling malang apabila menyangka kata – kata hukama sebagai Hadith Nabi s.a.w.

    Sedangkan Nabi s.a.w. bersabda ” Barang siapa berdusta atas nama aku, sedangkan aku tak berkata sedemikian, maka satu tempat di sediakan untuknya didalam Neraka “.

    Sifir mudah apabila sesuatu ilmu itu bercanggah dengan nusus (al-quran dan as-sunnah) maka hal itu tertolak ketepi. Termasuk hal ilmu laduni, karamah, irhas, ma’unah, sihir dan sebagainya.

    Penjelasan – penjelasan yang bertujuan “membolehkan” sesuatu perkara yang bertentangan dengan al-quran dan as-sunnah juga tergolong didalam hal yang sia – sia.

    Cukuplah Allah tempat aku bergantung dan bermohon.W/a

    • Salam, Panjang lebar penjelasan dan nasihat memang bagus la. Jadi Ikut lah cara masing-masing, kerana Tuhan pun masing2.Tuhan kamu, kamu yang tahu bagaimana kamu dengan Dia dan orang lain dia tahu bagaimana dia dengan Tuhan dia. Allah Satu.

  8. Saya ingin menarik perhatian tuan-tuan terhadap Wali Sembilan atau Wali Songo. Kenalkah tuan-tuan siapa gerangan mereka? Mungkin ada yang lupa Wali Sembilan membuka jalan ke arah penyebaran agama Islam ke seluruh Nusantara bermula dari Demak dengan mengalahkan kerajaan Majapahit yang besar itu.Raden Patah menjadi Sultan Demak yang pertama.Baginda dibantu oleh rakan-rakan dari para wali yang juga merupakan pakar persilatan. Banyak karawah yang ditunjukkan oleh Wali Sembilan ini.Mereka meletakkan asas Ahli Sunnah Wal Jamaah yang kita warisi hingga ke hari ini. Adakah tuan-tuan mengatakan mereka tersesat dari lunas-lunas Islam kerana mengamalkan tareqat?Adakah tuan-tuan merasa tuan-tuan lebih dari mereka yang berasal dari keturunan Rasulullah SAW?Renungkanlah.

    • Saya berpegang apa yang al-Imam al-Syatibi (w. 790H) kata:

      “Golongan sufi juga sama seperti orang lain yang tidak maksum (terpelihara dariapada dosa). Adalah mungkin untuk mereka silap, lupa dan bermaksiat samada dosa kecil atau besar. Justeru itu para ulama menyatakan: setiap percakapan boleh diambil atau ditinggalkan, kecuali percakapan Nabi s.a.w…sepertimana kemungkinan untuk selain golongan sufi melakukan maksiat dan bid`ah, demikian mereka (ahli sufi). Maka wajib bagi kita untuk mengikut orang yang terhalang dari silap (maksudnya RasululuLah s.a.w) dan berhenti daripada mengikut sesiapa yang tidak terhalang daripada silap apabila melihat pada ikutan tersebut kekeliruan. Bahkan kita bentangkan apa yang datang daripada para imam kepada al-Kitab dan al-Sunnah. Apa yang keduanya (al-Quran dan al-Sunnah) terima, maka kita terima, dan apa yang kedua tidak terima kita tinggalkannya. Kita hanya diwajibkan mengikut syarak dan kita tidak pula diwajibkan mengikut perkataan dan perbuatan golongan sufi, melainkan setelah dibentangkannya” (kepada al-Quran dan al-Sunnah).( Al-Syatibi, Al-`Itisam m.s 165, Beirut Dar al-Kitab al-`Arabi, Beirut)

  9. Sila rujuk pada karamah mengikut Hadis Rasulullah Saw,karamah empat sabahat besar,karamah sahabat-sahabat lain dan karamah para salihin sepertimana yang disebut dalam Al-Qur’an. Imam Tajus-Subki dalam kitabnya TABAQATUL KUBRA menyebut bahawa karamah oara aulia itu bermacam-macam.Tetapi mereka tidak wajib membuktikan kewalian mereka,bahkan dikehendaki merahsiakannya dari umum. Antaranya Wali Qutub,Wali Al-Aimmah,Wali Al-Autad,Wali Abdal, Wali Naqib,Wali Najib,Wali Hawariy dan Wali Rajbihun. Jumlah para anbia dipercayai mencapai ribuan orang sejak Nabi Adam lagi.Dan para aulia ini semua mengamalkan tasawuf/persulukan.sufism untuk mengekang hawa nafsu mereka menuju Maarifat dan Haqiqat.

    • Tolomg berikan kitab hadis mana untuk saya rujuk.

      • tak perlu rujukan,,,,,,,,, macam mana mau bersyariat kalau tak mengenal tauhid,nabi muhammad mengajar kan tauhid di mekkah slma 13 tahun itu pun blum berhasil ,baru kemadinah negri yg subur baru berhasil baru lah nabi isra dan mi’raj,baru lah ada syariat,jadi jaman sekarang ni lucu belajar solat,puasa ,zakat,haji baru sahadat.yg seharusnya,sahadat solat puasa zakat haji,jadi islam itu harus satu (ahad) jadi kita hhhhharuskkkkkomplit,,(,syariat ,tarikat,hakikat,ma’rifat)

  10. Ulama Muktazilah sentiasa menyandarkan urusan agama kepada akal danm menolak kisah-kisah karamah ini kerana berlawanan dengan logik mereka.
    Dari Abu Hurairah,katanya:Rasulullah SAW telah bersabda:’Sesungguhnya ALLAH telah berfirman: siapa memusuhi Wali-KU,AKU umumkan perang ke atasnya.Tiada seorang pun yang menghampiri-KU dengan amalan wajib yang AKU senangi dan yang mendekati-KU dengan amalan sunat sehingga AKU emncintainya.Bila AKU mencintainya,AKU akan jadi telinganya untuk mendengar,AKU akan jadi matanya untuk melihat,AKU jadi tangannya untuk memegang dan AKU jadi kakinya untuk berjalan.Jika dia minta pada-KU,akan KU-beri dan jika dia minta perlindungan-KU nescaya akan KU-beri perlindungan itu kepadanya.” (Hadis riwayat Imam Bukhairi)

  11. Kenapa?Hadis tersebut tidak boleh diterima-pakai? Tuan hendakkah hadis,saya berikan.Tuan hendakkan bukti wujudnya karamah di kalangan sahabat Rasulullah SAW,saya berikan.Tuan hendak saya terangkan apa itu sufism,dah saya terangkan. Apa sebenarnya yang tuan hendak dari saya? Tuan tak hendak mengamalkan tareqat persifian,itu hak dan pilihan tuan tetapi janganlah ditentang kami yang mengamalkannya.Kami juga berpegang pada Ahli Sunnah Wal Jamaah dan kami yakin kami tidak terkeluar dari syariat agama Islam. Ini response saya yang terakhir dan kita tutup perbincangan ini.Assalamualaikum.

  12. bismillahirohmanirrahim

    perbincangan ini memang sensitif sejak dari dulu lagi

    tapi saudara-saudara,marilah kita muhasabah kembali….

    yang dipanjangkan usianya oleh Allah hingga hari kiamat ialah IBLIS,dia bersumpah demi umurnyanya yang panjang itu hanyalah untuk menyesatkan adam dan keturunannya,iaitulah kita semua umat manusia di muka bumi ini.

    bab perbincangan ROH awalnya tadi tu,saya setuju dengan nik
    soal memanggil roh orang yang telah mati,hanyalah kerja bomoh2 yang bersekutu dengan iblis.

    ingatlah kejadian yang menimpa wali allah syeh qadir jailani,tatkala dia di tipu iblis dengan mengatakan bahawa,beliau tidak perlu lagi menjalankan syariat yang di tentukan oleh allah ke atas orang islam.maka syeh qadir jailani mengherdik suara itu dan dia di beri petunjuk oleh allah.

    kebanyakan manusia yang mengaku dirinya sufi
    sebenarnya di tipu oleh nafsunya sendiri.

    wali allah tidak akan mencari murid
    ilmunya hanya untuknya

    hanya rasul yang di beri tugas menyampaikan ilmu,syariat dan pengenalan allah

    wali allah tidak di tugas untuk menyampaikan

    wali palsu lah yang mencari murid demi kebanggaan,kemegahan dan keduniaan

    kepada saudara saudara yang merasa ilmu sufi,laduni atau apa saja yang mereka istilah kan itu betul,periksa kembali dan rujuklah al quran,apakah amalan dan itikad dan kepercayaan saudara saudara sama dengan di perintahkan allah dalam alquran.

    memang orang yang belajar ilmu tarekat,hakikat,marifaat kebanyakannya akan merasakan diri masing-masing telah sampai tahap sampai makam,sampai ada yang meninggalkan syariat dan beritikad dengan diri sendiri kerana percaya kepada awwaludin marifatullah,kemudian waman arafa nafsahu faqod arafa rabbahu,waman arafa rabbahu fasada
    ljassad

    rujukklah kembali pada panduan al quraan

    dunia ini tempat beramal,lepas mati sudah tiada syariat lagi untuk di amalkan

    barzah tempat tinggal sementara menunggu hari kiamat

    periksallah kembali dengan al quran wahai saudara saudara yang merasakan diri di perjalanan tarekat,hakikat,marifat

    kalau betul dengan kehendak syariat maka alhamdulillah

    orang yang mengkhabarkan tentang roh orang yang telah mati,atau memanggil roh orang yang telah mati hanyalah sekutu dengan iblis yang sentiasa mencuri dengar rahsia allah di pintu langit,selepas di rejam dengan bola api mereka lari,kemudian mereka datang lagi mencuri dengar rahsia allah untuk mereka palsukan kepada sekutu sekutu mereka

    siapa yang akan gembira jika keturunan adam sesat dan di humbankan ke neraka?
    tentulah IBLIS,kerana berjaya menjadikan keturunan adam teman azabnya di neraka

    periksalah kembali amalan dan itikad sufi kita dengan al quran saudara-saudara
    apakah sama atau bercanggah

    janganlah berbahas dengan firman allah firman nabi sebab apa yang saudara saudara nas kan itu memang betul dan memang ada dalam alquran mahu pun hadis

    tetapi apa yang saya maksudkan ialah
    amalan kita kita sendiri ini,itikad kita kita ini
    apakah sama dengan maksud alquran itu sendiri

    wali allah memang ada.

    tetapi,adakah wali allah akan mengaku dirinya wali???
    hanya allah yang mengenali wali Nya sendiri

    jangan sampai saudara saudara yang mengaku berada di jalan sufi sampai berani beritikad ana al haq… nauzubillahiminzaliq

    jangan sampai tipu daya iblis itu kita sangkakan
    karomah,yaqazah atau sampai tahap maqam.
    periksalah kembali,kalau sampai amalan dan itikad bersalahan dengan syariat islam maka bukan arifi billah itu,tapi tipu daya iblislah itu…

    wassalamunbikhairiajmain

    • Membangun bersama AlQuran dan As Sunnah..

  13. amin

    • Lega rasanya sahabat ambo ni memahami isi yang tersurat dan tersirat…Loh kalau ada gambar silat koleksi demo minta scan dan hantar ko email ambo nikiznan@gmail.com. Kita pakat molek puok kito

  14. Masya Allah, cantik sungguh..lega rasa hati.W/a

    • Wan kalau ada koleksi foto persilatan scan dan emailkan kepada saya untuk di jadikan koleksi

  15. insyaallah nik,kena selongkar balik gambar lama

  16. Aku suka thread ni. Aku save dlm phone. Aku bosan baca thread ilmu ghaib semuanya mengaitkan karomah n tasauf sbg pokok ilmu mereka. Lbh2 lagi thread Indon. Aku lega geng gayung kat cni teguh pegangan. Aku cadangkan korang buat satu group pi cabar mana2 sarung Wali, Hang Tuah dll or ahli ilmu kebal, pukulan jarak jauh yg ngaku Islamik or sufi tasauf tuh. Aku yakin dgn iktikad yg ada tu korang menang Insya Allah. Aku nk join. Debat je diorang x paham.

  17. Heheh….Wahabi memang jenis suka debat.Caakap je pandai. Ilmu tarak.Kalau rasa nak tunjuk ego dan riak dan rasa terror sangat , saya cadangkan pergi la cabar Tok Belajar dari darul saka dan Tuan Kelarias dari Melangkah Ke Alam Jin dan Bunian.

    Tak sedor ke Gayong tu asal dari sape?

    • Asal dari mana yer…

  18. yea la cucu adi putra
    asal dari mana ya
    tok belagak pula asal dari mana ya
    tok kelarias pula asal dari mana ya

  19. salam….saya ingin mengajukan pendapat saya…..tentang bab ini…….pada saya tarikat ini lebih kepada formula untuk mendekatkan diri pada allah taala…kerana itu dalam tarikat dibekalkan zikir dan pengkhususannya lebih kepada bab hati(qalbu).soal tentang qaramah atau ilmu laduni … itu tidak menjadi titik penting dalam tarikat……..jika mengamalkan tarikat hanya untuk mencapai qaramah atau ilmu laduni ……. maka salah lah perjalanan itu…ataupun menolak al quran dan hadis……..adapun kadang kala pengikut tarikat ini terlampau taksub dengan keajaiban(karamah) guru mereka , maka sehingga diagung-agungkan ……. keadaan ini yang membuatkan mereka tergelincir dari landasan sebenar serta mendatangkan fitnah dari orang lain…..kembali balik kepada asas……. jika dilihat dari sanad amalan tarikat spt nasanbadi…ahmadiah …. guru mereka berpengetahuan tinggi dalam agama dan tidak mengadakan benda yang melanggar syariat…..dalam pencarian mengenal allah…… perlu la berguru……dan bukan ade satu tempoh yang pasti…seperti 1 tahun…2 tahun….. persoalan ini yang dirumuskan oleh ahli sufi….dan mereka mencipta kaedah atau formula …. dan mengariskan hanya sebagai ukuran …mencapai makam ni…makam ni….tetapi bukan untuk bangga diri…lebih mengingatkan ape lagi yang masih perlu dibaiki….. zikir yang mereka amal lebih kepada amalan tambahan….tidak lebih dari itu….. syariat tetap dijalankan………..itu pendapat hamba dari insan yang kerdil dan hina ini…kalau salah silap minta betulkan …

  20. dah betul dah tu

  21. Mudah-mudahan engkau, aku dan dia secara sedar mahupun tidak terhindar dari fitnah serta memfitnah, juga dari menyebarkan berita buruk ke atas sesuatu kaum.
    Jangan kerana kesalahan individu sesuatu jemaah/pertubuhan tariqat maka, kita sewenang-wanangnya menjatuhkan hukum sesat ke atas sesuatu jemaah/pertubuhan tariqat. Perbincangan ini sepatutnya hanya menyentuh kesalahan/kesesatan individu dalam tariqat bukan tariqat itu sendiri. Jangan kerana sebilangan pelajar yg rosak akhlaknya, kita menuduh sekolah itu sesat dan mengajar kejahatan kepada pelajar2nya.
    Perlu bijak dalam menilai kesalahan individu dan pertubuhan/jemaah.
    Yang pastinya perbincangan ini tidak hanya akan berakhir di sini. Setiap butir bicara kita disini akan dipertanggungjawabkan olehnya di mahkamah akhirat kelak.

    Barangsiapa mengerjakan kebajikan walau sekecil zarah sekalipun akan dilihat (balasannya),
    dan barangsiapa mengerjakan kejahatan walau sekecil zarah sekalipun akan dilihat juga.

    http://syariathakikattarikatmakrifat.wordpress.com/2010/07/07/syariat-hakikat-tarikat-dan-makrifat-2/#more-8

    http://jihadmilitia.blogspot.com/2010/07/ilmu-tasauf-dan-tariqat.html

    Wassalam…

  22. Assalamualaikum, tuan Abu Syakirin, tumpang lalu blog tuan. Masaloh ore ngaji tarikat,hakikat ni, ambo jupo ramai doh. Hok banyok dok nyohor pasa syeikh, dok nyohor pasal buleh tinggal ibadat, dan lain-lain fiil udoh tu golongan budok-budok baru ngaji,ataupun ore tuo hok ngaji tapi tok pehe. Kalu ore hok betol-betol faham dio tok kecek gitu. Pegangan sebenar tarikat ialah hakikat tidak boleh berpisah dengan syariat,ibarat zahir batin seorang manusia. Supo budok-budok baru belajar Gayong, dok cerito merato, dok jual kokser, adokah dengan perangai budok-budok tu kito nok kato silat Gayong ni karut? Baiklah kito ikut jalan hok ulama tinggal ko kita, terutama ulama silam dari alam melayu spt tok kenali, tok selehong, tok perdana, Hj Daud Bukit Abal dan lain-lain.

    • Assalamualaikum…
      Istimewanya Islam dibandingkan ajaran lain, dalam Islam kita masih mempunyai sumber rujukan tertinggi iaitu al-Quran dan al-Sunnah untuk mengukur sejauh manakah pendapat golongan agamawan ataupun tokoh itu kukuh ataupun lemah. Kita disuruh menghormati tokoh ilmuan, apatah lagi ilmuan Islam atau yang kita bahasakan sebagai ulamak.

      Namun penghormatan kita kepada mereka tidaklah sama sekali bererti kita tidak boleh memberikan pandangan yang berbeza atas asas-asas ilmu atau penghujahan yang berteraskan fakta dan angka. Umpamanya, ketokohan al-Imam al-Ghazali dihormati, namun kritikan tetap diberikan oleh para ulama terhadapnya. Kritikan bukanlah menunjukkan jasanya dilupakan. Antaranya, al-Hafiz al-Zahabi (meninggal 748H) yang menyebut:

      “Aku katakan: Al-Ghazali adalah imam yang besar, namun bukanlah menjadi syarat seorang alim itu untuk dia tidak melakukan kesilapan”.

      Lalu al-Imam al-Zahabi memberikan kritikan ilmiah terhadap Kitab Ihya ‘Ulum karangan al-Imam al-Ghazali, katanya:

      “Adapun kitab al-Ihya padanya ada sejumlah hadis yang batil. Sekiranya tidak ada padanya adab, cara dan zuhud yang diambil dari ahli falsafah dan golongan sufi yang menyeleweng, padanya ada kebaikan yang banyak. Kita memohon daripada Allah ilmu yang bermanfaat. Tahukah anda apa itu ilmu yang bermanfaat?. Ia apa yang dinyatakan al-Quran dan ditafsirkannya oleh Rasulullah secara perkataan dan perbuatan”. (Al-Zahabi, Siyar `Alam al-Nubala 19/339, Beirut : Muassasah al-Risalah, Beirut)

      Begitu juga ilmuan tafsir yang terkenal al-Imam Ibn Kathir (meninggal 774H) memberikan kritikan ilmiah terhadap karangan al-Imam al-Ghazali dalam Al-Bidayah wa Al-Nihayah:

      “Ketika berada di Damsyik dan Baitul Maqdis, al-Ghazali mengarang kitabnya Ihya `Ulum al-Din, ia sebuah kitab yang ganjil. Ia mengandungi ilmu yang banyak berkaitan syarak, bercampur dengan kehalusan tasawwuf dan amalan hati. Namun padanya banyak hadis yang gharib, munkar, dan palsu”. (Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, 12/186, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah).

      Demikian ramai ilmuan lain dalam sejarah islam ini menerima berbagai kritikan dan perkara itu bukanlah ganjil. Saya sebutkan contoh ini bagi menggambarkan bahawa tidak pernah kemaksuman itu diberikan dalam Islam kepada sesiapa pun selain Allah dan rasulNya.

      Inilah jalan untuk menjamin agar ilmu sentiasa mengatasi tokoh atau institusi. Dengan itu agama yang tulen akan terpelihara.

      Namun, dalam mengkritik dijaga adab dan bersikap adil. Bukanlah seperti sesetengah laman web kelompok agama atau politik agama yang mengharamkan orang lain mengkritik pimpinan mereka dan menjadikan maki-hamun itu halal bagi mereka dalam menghadapi golongan yang mereka tidak setujui.

      Sebenarnya, hanya kelompok yang jahil hakikat Islam sahaja yang menyatakan pandangan ulamak dalam semua perkara tidak boleh dikritik.

      Ya, jika pandangan itu jelas berteraskan al-Quran dan al-Sunnah, kita wajib akur kepada kedua sumber agung tersebut. Namun, jika padangan itu masih dalam isu yang samar atau pandangan itu tidak berasaskan fakta yang kukuh, maka tidak menjadi kesalahan untuk kita berbeza dengan ulamak sekalipun namanya dianggap besar.

      wallahualam

    • Cuba kau guna bahasa melayu yg betul …. Ingat ni kampung kamu ke nak cakap ikut bahasa tempat kamu tu….. Ini bukan kelantan le

  23. betul doh tu tok dekar samas serial…
    ada skeleng ko samas dua amas
    ambo nok tukar ni,hehe.

  24. Assalammualaikum, Nik punya latest reply mengingatkan saya bulan puasa lalu. Hmmm…satu keberuntungan kepada kita kerana Nabi s.a.w. meninggalkan warisan ilmu yang tidak akan sesat sampai bila – bila — Al-Quran Dan Sunnah Nabawiyyah.

  25. Ado skeleng ni, abe leloh nok wat gapo, nok wat bayar parking meter MPKB ko hehe

    • bakali LeLoh nok wak bayar tol gamoknyo..

  26. tarikat hakikat dan makrifat tertaluk pada syariat
    hok tu yg jelas dan nyato.
    jange duk pegang ajaran sufi yng menyeleweng.
    tok dekar samas serial ambo nak wat mahar la nga tuk dekar samas serial hehe
    paduka nik,ambo byr tol nga touch n go hehe…
    abe wan kancil kemah sokmo dio,rayo mana taun ni eh?

    • ajaran sufi tak ade yg menyeleweng,tapi yg nerimanya yg tak paham,jadi klu ada yg bilang klu sudah ma’rifat tak perlu syariat,itu tandanya blum sampai ma’rifat atau disebalik perkatanya ada yg tersurat lg tersurat pahamilah dan merasakan. seperti perkataan ( saya tuhan)bagi yg tak paham jalan ni akan kafir baginya, tapi yg paham ada rahasia di sbalik rahasia subhanaAllah (yg tak tahu jangan lah di katakan salah, yg dah tahu jangan lah di mudah mudahkan) yg datang pasti kembali,

  27. rayo kelatelah mano lagi…tapi rayo ke 3 dah kelik sini dah pasa senin kejo.

  28. tak payah layan la mamat tarikat makrifat ni… nizam alquburshy dah belit dia orang semua dan tak boleh lepas lagi dah…

    yang belum masuk tu jangan masuk… majlis fatwa dah istihar nasyabandi ni SESAT…

    masalahnya banyak sangat pengikut buta diaorang

  29. gak perlu saling memfitnah/menuduh menjelek jelekkan satu sama lain….,renungkan aja perjuangan para kekasih ALLAH dgn banyak karomah yg di kasih ALLAH sama beliau untuk menyebarkan islam dan mengislamkan nusantara dulu…renungkan APAKAH mungkin kita2 mengenal ISLAM tanpa ada WALI2 Allah yg memiliki banyak karomah yg Memang dipilih ALLAH ditempatkan Di nusantara ini????

  30. Salam semua. Jalan Nabi Muhammad Rasullullah SAW itu ialah syariat, tarikat hakikat dan makrifat. ijmak ulama bersepakat ketiga ilmu fekah, usul dan tasawuf dihimpunkan kepada jalan yang empat itu. Semua hamba Allah perlu mempelajari keempat-empat ilmu tersebut. Jika syariat sahaja tanpa hakikat semua amalannya hampa dan ilmu hakikat tanpa syariat semua amalnya batal. Had ilmu syariat mengetahui syarat, sah, sebab, batal, halal, haram, makruh, harus dan sunat. Had ilmu usul mengetahui 68 Aqidatul Iman. Tarikat ilmu zikir yang sampai salasilah kepada sahabat yang 4 dan seterusnya dari Nabi Muhammad SAW dan tujuannya membersihkan hati. Bila hati bersih nampaklah segala yang tak nampak selama ini. Hakikat ialah ilmu mengenal diri bermula dari alam roh lagi, mauk dalam perut ibu, keluar kedunia balik ke alam barzakh seterusnya alam akhirat. Bila terhimpunnya ketiga-tiga ilmu tersebut dapatlah hasilnya iaitu makrifat. Sudahkah anda lengkap dengan ilmu tersebut, jangan jadi orang syariat yang buta kayu. Cari firman Allah ini, bila buta didunia ini maka terlebih butalah diakhirat nanti. Bagi mereka yang sampai ke makrifat nampaklah selama ini yang kabur dan terkelu seribu bahasa. Macammana anda beribadat sedangkan anda tidak mengenal tuhan yang disembah, anda letak tuhan itu didepankah, dibelakangkah, dikanankah atau dikirikah. Ibarat orang yang bekerja disebuah kebun, tapi tak kenal Tuan punya kebun. cukup time nak minta gaji, tapi tak tahu nak minta kat siapa pasal tak kenal tuannya. Begitulah anda yang tidak mengenal diri anda sendiri. Wassalam

  31. salam smuanya mas haimi anda salah persepsi menyikapi komentar saya. Komentar saya yg kmarin saya tujukan pada orang2 yg menyikapi bahwa makrifat itu sesat dan para wali hanya crita/dongeng rakyat blaka. Padahal tanpa khadiran wali di bumi kita ini mungkin sampai skarang kita blum menganut agama islam mas. Nurut saya karomah para wali benar adanya dan makrifat memang ilmu tertinggi dlm islam untuk mendekatkan diri pada ALLAH….maaf mas saya sendiri msih blajar kearah situ dan di bimbing seorang SUFI yg ada di daerah saya. Maaf klok tulisan saya tdk berkenan. Moga kita smua slalu dlm kerukunan dan slalu dlm lindungannya Amin3x

  32. salam..maaf la ambo nak mencelah sikit deh, ore zaman loni terutama yg muda-muda banyak yg tak ngaji, kalu ngaji pun sekerat2 jah, kitab2 pun tak kenal, kadang2 tu dok dengar buah mulut ore jah, pahtu pakai buah mulut ore tu wak bedal ore lain..ngadap tok guru malas..keras keng awo ko ngaji sikit balik kampung habih tolak pandangan dan pendapat ore tuo2..baca kitab tu dan kitab ni nak wak bedebat padahal dia tak penah mengaji pun kitab hok dia baca tu..pahtu wak rujukan nga kitab arab..padahal ilmu nahunya tebalik kuang..maka pahamannya pun litang pukang…sebab tak ngajilah dok kato ilmu tasauf ni tak betul lah, nabi tak ajar lah ilmu ni, ilmu ni takdok dalam Al-quran dan sunnah lah dan mcm2 lagi tuduhan dan penilaian yang karut2 dilebelkan ..so lagi sejak jaman ritu lagi kebanyakkan ulama syariat ni tak belago lot dengan ulama sufi….mcm imam ghazali lah banyak ulama syariat kritik..pasal hadis2 yang dikatakan batil dlm kitab imam ghazali tu, kita perlu ingat bahawa imam ghazali dia ada ilmu mustolah hadisnya yang tersendiri… hok mane tak ngaji tu hok moleknya toksoh kecek lah wak koho celaru, klu nak bekecek lbh baik berhati2 jangan sampai kesucian ilmu tasauf diperlekeh dan dihina2….kalu kita tak ngaji ilmu tasauf dan toksir ngaji jgn dok kato kokse lah ko ore ngaji deh, benda ni kena ngaji dulu pahtu gak pikir2 lah…tapi hok tak tahannya fitnah ni kadang2 tu berpuca dr murid2 yg baru setahun jagung belajar tasauf…..cuba kita pikir semetar, zaman loni “nak paka ilmu gapo kita nak faham rukun agama yang ketiga yaitu “ihsan” hok nabi sebut dalam hadis jibril tu? pakat2 kita fikir dan cari jawapannya…jangan sapa dok ngace belajar silat siang malam , hok fardhu ain tak lepas lagi…wasalam

    • stuju 1000% ngan tokuban. orang yg mengatakan tasawuf ini sesat adalah mereka yg ujub dgn diri sendiri. renung lah ke dlm diri, adakah cukup ilmu di dada utk mengatakan yg ini sesat dan yg itu sesat? ISLAM ITU TERSANGAT TINGGI DAN ILMIAH. abusyakirin…anda perlu membuat lebih pengajian dan pengkajian sebenarnya….

  33. salam pada hamba yg dangkal ini,tidak sekali-kali menyangkal ilmu para wali yg di sebut karomah itu.wali songo,mau pun wali tok kenali,tok selehor dan yang memang terbukti benar jalannya.pada pemahaman saya mengenai artikel abu syakirin ini ialah,tasauf yg di pertegahan jalannya adalah menyeleweng.mungkin tuan2 belum pernah berjumpa dgn guru yang tidak solat 5 waktu,tidak puasa di bulan ramadan dan perlakuan2 yg menyalahi syariat islam.atau org yg pernah berguru dgn ayah pin,hasan anak rimau,hj ahmad laksamana dan sejalan dengan mereka ini.ingat lah iblis lebih tua dari manusia,iblis lebih mengenali manusia lebih dari manusia mengenali iblis.teringat hamba akan kata kata isteri guru mursyid di lundang paku,jgn kita ingat bila kita berzizkir,iblis akan lari,malahan dia pun akan ikut sama berzikir dengan kita.wallahu a’lam

  34. orang yang kata tasauf tu sesat adalah orang yang x tahu apa tentang hakikat islam.hakikat diri hakikat dia di jadikan dan hakikat hidup selepas mati.kebanyakan orang macam ni nak ajak manusia ingat ke tuhan masa sembahyang jer.orang tasauf setiap saat ALLAH di hati mereka.salam

  35. sy percaya jika baca buku “MUKADIMAH”.karangan ibnu khaldun menjelaskan segala persoalan di atas.saya sendiri telah pun membacanya.baca bahasa melayu punya terjemahan lah.memang satu karya yg menjelaskan banyak persoalan yg selalu anda dan kita semua persoalkan.

  36. Salam….pengetahuan agama sy dibandingkan tuan2 suma terlalu sedikit. Apa pun sy terbuka dlm mendengar hujah2 yg diutarakan….sy telah berjumpa dgn seseorang yang pada mulanya sy xpasti apa ilmu yg disampaikan. setelah berbulan sy selidik boleh la sy katakan ilmu yg disampikan itu adalah ilmu2 tasawuf/tarikat mengikut pemahaman/ilmu sy yang terbatas ini. sebahagian yg disampikan kepada sy memang bagus tp sebahagiannya amat mengelirukan. Sy tidak mahu berperasa sangka buruk, beberapa perkara sy biarkan ianya tergantung selagi sy belum bertemu jawapan/yaqin dgnnya….antaranya dia berkata dia sudah ada “Jaminan”. Sholat tak perlu….selawat jer…..syahadah org melayu tak sah…ada yg mendengar statementnye trus tak sholat…sbb syahadah pun xsah lagi….puasa..haji apa tah lagi?? pesannya kena selawat byk2 nanti akan datang ‘pembawa’ syahadah (yang nih saya xphm…kalu mcm tu susahnya nk masuk islam, tp kalu selawat dan zikir dpt menyucikan hati dan mendekat diri pada Allah dan rasul..sy terima.

    Mulanya sampi Migrain sy memikirkan….tetapi kenyataan2 beliau tidak langsung membuatkan sy untuk meninggalkan sholat dan puasa. Saya cuba ambil pengajaran dari kenyataan2nya dengan cara sy. Malah sy semakin ingin memperbaiki diri dan ibadah saya. Dalam byk2 perkara yg disampikan saya ambil 1 perkara saja untuk masa ini. Bykkan zikir/selawat utk menyucikan hati

    mungkin level ilmunye tinggi….untuk org2 seperti sy nie…

  37. bagus2 belaka idea dlm forum ne….ambo nk mencelah pn rasa2 x berani krana ilmu ambo x byk dlm hal2 geni…apa2 ……Allah nk menunjukan kepada kita bahawa DIA lah yng brkuasa atas tiap2 sesuatu….smuanya kembali kpd allah.perbezaan2 mcm ne tlh timbul sejak dulu lagi….ambo rasa smuanya betul .cuma pendekatan dan kaedah yg berlainan.

  38. salam….

    alhamdulillah… nampaknya ramai yang faham tentang syariat, tarikat, hakikat dan makrifat.. kita dah di akhir zaman… pada yang belum memahami, buatlah kajian… mengaji sambil mengkaji.. carilah guru2 yang murshid… jadikan komen sahabat2 kita ini sebagai pencetus atau booster dalam perjalanan kita mengenal diri, mengenal alam, mengenal malaikat.. dan mengenal allah swt… bukankah kita ini khalifah dibumi allah

    matikan dirimu rata-rata… barulah mengenal allah dengan nyata…

  39. salam…pening palo ambo baca….. takut sero nak baca, tapi baca jugak..nak tahu… byk nyer dok tahu…ada kecek pasal solat tak…xselongkar abis g blog nih… nih pun saing bagi blog nih… nih sume sek2 gayong kelate ko

    • Wmslm..selamat membaca coretan peribadi Aku Dan Gayong…

  40. Salam semua. Ada pendapat yang mengatakan silat abjad bersalasilah dari nabi Muhammad. Betul ke. Nabi mana ada bersilat. tq

  41. Salam.Saya mohon kepada ahli forum di sini yang masih keliru rujuk kepada ahlinya.sama ada mereka yang mengatakan tasauf tareqat itu benar mahupun yang menolaknya.Ada yang tidak menolak tasauf dan tareqat cuma menolak kepada unsur2 mistik dan kerohanian yg digembar gemburkan.Mungkin saudara2 di sini boleh rujuk kepada seorang ahli dalam bidang ini,iaitu tuanguru Ibrahim bin Mohammad asyatari,pengasas Ribath Syeikh Abdul Malik,Pulau Manis,Kuala Terengganu.Beliau seorang yang luas ilmu pengetahuannya dan berfikiran terbuka serta sedia menerima sebarang pertanyaan berkaitan persoalan2 semacam saudara bincangkan.Insyaallah semoga dipermudahkan untuk saudara2 sekalian.Wallahu alam.

  42. Dari Allah..Kepada Allah…Kembali Pada Allah..
    Wahai Tuhan Ku ..Engkaulah Tujuan Ku…Keredhoan Mu yang ku cari…

  43. Ilahi…anta maqsudi…

    • hikayat panglima agung hang yang merapu tu bila nak sambung balik..

  44. Salam untuk semua,
    Laksana dan tunaikanlah rukun islam dan iman….itulah pokoknya.
    Selebihnya tambahlah amalan selagi tidak terkeluar dari landasan Al Quran dan Sunnah demi mendapatkan keredaan dariNya.

    wassalam.

  45. Salam semua. Org syariat dok nipu diri jah. ambo ambil contoh bila org azan kat Hayaala Solah, dia jawab Lahaulawala, lpas tu gi sembahyang dia kata usali……… Aku sembahyang sekian2………Dia amik kat mana pula kuasa nak sembahyang. Tadi kata tak ada daya upaya. bukankah menipu diri sendiri namanya, malah syirik sekali. Ini soalan yg paling bodoh.hehehe.

  46. salam..kalau begitu syirik semua lah orang syariat? adakah begitu maksud hamba Allah?

  47. Sabda Nabi S.A.W: Ada ilmu yang seperti tiram (tersembunyi). Hanya orang-orang yang mengenal Allah sahaja mengetahuinya. Bila mereka berbicara maka, orang-orang agung tidak dapat menolak.

    Tidak disangka-sangka lidah yang lantang mengkritik amalan torikat datangnya daripada seorang muslim. Sungguh menyedihkan, seharusnya yang ditegur atau dikritik adalah individu yang menyimpang daripada ajaran sebenar torikat! bukannya torikat (jalan) itu sendiri.

    Pesanan saya kepada mereka yang menentang ilmu syariat, torikat, hakikat dan ma’rifat berjumpalah dengan orang yang arif mengenai ilmu ini, mudah2an kita tidak tersilap dalam menilai kerana manusia yang bodoh akan sentiasa memusuhi apa yang mereka tidak ketahui. Mereka hanya mengetahui ilmu2 zahir yang bersifat kulit sahaja sedangkan mereka jahil akan ilmu2 isi yang bersifat kebatinan.

    As-Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani menyebut dalam kitab sirrul Asrar: Ilmu itu ada dua macam, pertama ilmu syariat (zahir) kedua ilmu batin Ma’rifat (batin).

    Ilmu Ma’rifat merupakan ilmu mengenal Allah dengan sebenar2nya. Sebagaimana sabda Nabi: Awwaluddin ma’rifatullah (awal agama itu mengenal Allah).

    Atau anda mungkin boleh cuba membelek kitab2 seperti kitab Fathul Ghaib dan kitab Sirrul Asrar karangan As-Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani. Ada baiknya anda mendalami dahulu kitab2 ini sebelum anda mengkritik, mudah2an anda tergolong dalam orang2 yang mencari kebanaran. Ingatlah ilmu Allah itu Maha Luas.

    Sabda Nabi: Syariat bagaikan pohon, tarikat bagaikan cabang, ma’rifat bagaikan daun dan hakikat bagaikan buah.

    Wassalam…

  48. kat sini macam itik macam ayam hanya masing masing yakin pada pandangan sendiri jgnlah cuba nak ajar org lain sbab yg tak faham tetap tak akan faham yg faham selamatlah dia dgn kefahaman nya

  49. “Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat”

    Al-Arif Al-Rabbani Kamil Mukamil Wali Qutub Sheikh Abi Madyan r.a. dalam kitabnya “Kanzul Manan” menyebut:

    “Diharamkan mereka itu sampai kepada Allah kerana meninggalkan mengikut”Thoriqat Muhammadiyah” (iaitu amalan dan perbuatan Rasulullah SAW. di samping suruhan dan tegahannya) dan berjalan mereka itu dengan keinginan mereka”.

    Sesungguhnya syariat, torikat, hakikat dan ma’arifat merupakan jalan para wali dan sufi, apabila ada yang menentang salah satu daripadanya maka, hamba merasa begitu marah dan geram seolah-olah mereka menentang jalan yang digunakan wali dan sufi untuk mendekati Allah disebabkan kejahilan dan ceteknya ilmu mereka.

    Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu berkata : Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda : Sesungguhya Allah ta’ala berfirman : Siapa yang memusuhi waliku maka Aku telah mengumumkan perang dengannya. Tidak ada taqarrubnya seorang hamba kepada-Ku yang lebih aku cintai kecuali dengan beribadah dengan apa yang telah Aku wajibkan kepadanya. Dan hambaku yang selalu mendekatkan diri kepada-Ku dengan nawafil (perkara-perkara sunnah di luar yang fardhu) maka Aku akan mencintainya dan jika Aku telah mencintainya maka Aku adalah pendengarannya yang dia gunakan untuk mendengar, penglihatannya yang dia gunakan untuk melihat, tangannya yang digunakannya untuk memukul dan kakinya yang digunakan untuk berjalan. Jika dia meminta kepadaku niscaya akan aku berikan dan jika dia minta perlindungan dari-Ku niscaya akan Aku lindungi “ Riwayat Bukhori.

  50. Masalah Syariat, Tariqat, Haqiqat dan Makrifat adalah bidang-bidang atau cabang ilmu yang sangat khusus dan amat berbeza disegi pendekatan dan sumber perantara ilmu itu.
    Pertelingkahan antara Ulama Haqiqat dan Ulama Syariat telah berlaku sejak dulu lagi. Mereka sebenarnya “betul” dalam bidang masing-masing. Sebagaimana berlaku antara Nabi Musa dan Nabi Khaidir. Nabi Musa, walaupun seorang Nabi, beliau tidak mempunyai Makrifat. Jadi beliau menghukum sesuatu kejadian berdasarkan ilmu Syariat yang beliau tahu. Nabi Khaidir pula dikurniakan Allah ilmu Makrifat, jadi beliau menghukum sesuatu mengikut ilmunya. Jadi dalam perjalanan bersama-sama Nabi Musa, Nabi Khaidir telah membunuh seorang budak, membangun semula rumah yang telah hampir musnah dan mengapak kapal yang beliau tumpangi. Perbuatan ini amat bersalahan dengan Syariat Nabi Musa. Kerana tidak sabar, Nabi Musa menegur perbuatan Nabi Khidir. Dengan itu mereka terpaksa berpisah sebagaimana perjanjian yang telah dibuat sebelum perjalanan. Nabi Khaidir berbuat demikian kerana pada pandangan Makrifatnya, budak itu mesti dibunuh kerana ia bakal menjadi anak yang nakal, sedangkan ibu/bapanya orang yang solleh. Dibawah bangunan lama terdapat harta anak yatim yang belum dewasa. Dalam perjalanan dengan kapal, Nabi Khaidir merosakkan sedikit kapal yang ditumpanginya supaya tidak dirampas oleh Raja yang zalim di pelabuhan yang mereka akan singgah. Raja ini akan merampas kapal-kapal yang baik.
    Dalam hal ini Nabi Musa betul dengan ilmunya dan Nabi Khaidir betul dengan ilmunya.
    Seperti juga berlaku pada Halaj, seorang wali Allah. Ia dihukum bunuh kerana dikatakan mengaku dirinya Allah dengan berkata `Anal Haq’. Pada pandangan Feqah (ilmu syariat) beliau telah bersalah dan perlu dihukum bunuh. Setelah kepalanya dipancung, darah tersembur dan membentuk perkataan “La ila ha illa llah” dipermukaan tanah. Dalam hal ini, ahli Syariat yang menghukum tidak bersalah dan Halaj juga tidak bersalah. Halaj berkata demikian kerana terlalu ‘Zuk” atau telah fana didalam kewujudan Allah SWT.
    (jalanakhirat.wordpress)

    Diharap selepas membaca cerita ini ahli syariat tidak lagi menentang ahli ma’rifat. Peristiwa ini berlaku beribu-ribu tahun dahulu tp malangnya masih ramai yg gagal mengambil pedoman sehingga mereka berterusan memusuhi ahli ma’rifat…

  51. benarlah kata ar-rijal

  52. salam,buat saudara ar rijal.tiada siapa di sini menyangkal kisah al halaj,mau pun cerita nabi khidir dan musa.begitu juga dengan hujah tok uban78.hujah dan kisah yg benar tetap benar dan yang menyeleweng tetap menyeleweng.sesungguhnya memang ada guru-guru yang membawa tarikat dan sampai di pertengahan jalannya dia pun menyelewengkan pengikutnya.contoh yang terdekat bagi masyarakat melayu malaysia ialah ayah pin.Atau ada,pembaca di sini yang mau mengatakan tarikat ayah pin adalah benar di sisi allah dan rasulnya?saudara abu syakirin tidaklah menyangkal tarikat yang benar tetapi menyangkal tarikat yang menyeleweng.itulah yang saya faham dari artikel beliau “berguru dengan wali allah” ini.tidak ramai guru-guru mursyid yang tarikatnya sampai kepada allah,hanya beberapa orang sahaja.bahkan ramai guru-guru tarikat yang sampai kepada iblis.wassalam.

  53. emm

  54. salam. boleh tahu siapa syeh gayung?

  55. Jangan sampai lebih sudu dari kuah,
    abusyakirin yg makan leloh yg kenyang,
    abusyakirin yg kenyang leloh yg sendawa..

  56. pada masa ini, amat sukar mencari guru mursyid dan tareqat muktabar yang benar-benar…..mengikut acuan Al-Quran dan As-sunnah….sedangkan Al-Hujjatul Islam Al Imam Al-Ghazali pernah menyatakan bahawa pada zamannya sudah cukup payah untuk cari Mursyid yang sejati…….apa lagi pada zaman kita yang amat mencabar ini…..

    Walaubagaimanapun, pelajaran tareqat dan tasauf telah pun ada sejak zaman Rasulullah Sollollohu Alaihi Wasallam lagi…………walaupun banyak yang sesat….namun tareqat muktabar yang benar mengikut Al-Quran dan assunnah yang sebanyak 41 jenis ini…masih lagi ada…..perkataan tareqat pun ada dalam al-Quran pun ada……..sesungguh sape2 yang berani menafikannya……Na’uzubillah…fikir2kanlah……

    ada terkandung dalam Surah Al-Jin Ayat 16…tuan-tuan cari sendiri

    “Wa al lawis taqomu A’la THORIQOTI La’as Qoinahum ma an ghodaqo (A-jin ayat16)

    maksudnya: (Nabi Muhammad diwahyukan menerangkan lagi): “Dan bahawa sesungguhnya! Kalaulah mereka (manusia dan jin) itu berjalan betul di atas jalan (Islam), sudah tentu Kami (akan memberikan mereka sebab-sebab kemewahan, terutama) menurunkan hujan lebat kepada mereka.

    berkenaan tareqah dah tasawuf ini tuan-tuan bolehlah rujuk fatwa Mufti Mesir Syeikh Ali Jum’ah yang juga Syeikh tareqah Asy-Syazuliah……

    Jawapan Mufti Mesir Persoalan Berkaitan tasawuf dan tarekat

    Mufti Kerajaan Mesir iaitu Prof. Dr. Sheikh Ali Jumaah dalam kitabnya Al-Bayan Lima Yashqholu Al-Azhan, cet. Al-Muqattam, Kaherah, hlm. 328-331.

    .
    Petikan dari: http://hanputra.blogspot.com/2010/11/mufti-mesir-jawab-persoalan.html

    Teks terjemahan:

    Tasauf adalah manhaj tarbiyah ruhiyah dan sulukiyah yang mengangkat manusia kepada martabat ihsan yang dinyatakan oleh Nabi Muhammad SAW yang bermaksud : “Hendaklah kamu menyembah Allah seolah-olahnya kamu melihatnya, maka jika kamu tidak melihatnya maka sesungguhnya dia (Allah SWT) melihatmu”.

    Maka tasauf itu merupakan program pendidikan (tarbiyah) yang menitik beratkan penyucian jiwa daripada pelbagai penyakit yang mendindingi manusia daripada Allah SWT. Ia juga membetulkan penyelewengan jiwa dan sulukiyah manusia dalam hubungan bersama Allah SWT, bersama yang lain dan juga dengan diri sendiri.

    Tarekat sufiah pula ialah sebuah madrasah yang menyempurnakan melaluinya penyucian jiwa dan pembentukan peribadi. Syeikh pula sebagai pembimbing atau guru yang bersama-sama dengan muridnya.

    Jiwa manusia secara tabiatnya terangkum di dalamnya pelbagai himpunan penyakit seperti takabbur, ujub, angkuh, keakuan, bakhil, marah, riya’, sukakan maksiat, berkelakuan tak senonoh, gemar membalas dendam, kebencian, dengki, khianat, tamak dan rakus.

    Firman Allah SWT yang mendedahkan kisah isteri Al-Aziz:

    وَمَا أُبَرِّئُ نَفْسِي إِنَّ النَّفْسَ لأمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلا مَا رَحِمَ رَبِّي إِنَّ رَبِّي غَفُورٌ رَحِيمٌ

    Yang bermaksud : “Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. [Surah Yusuf: 53]

    Kerana itulah, golongan terdahulu menginsafi hal ini dan menyedari betapa perlunya pentarbiyahan jiwa dan membersihkannya dari segala penyakit-penyakitnya agar (penyucian tersebut) bersekali dengan masyarakat serta mencapai kejayaan dalam perjalanan menuju tuhan mereka.

    Tarekat sufiah hendaklah melengkapi dengan beberapa perkara.

    Pertamanya ialah pegangan kukuh dengan kitab Al-Quran dan Sunnah Nabawiah. Ini kerana tarekat sufiah itu ialah manhaj kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Setiap perkara yang bercanggah dengan Al-Quran dan As-Sunnah maka ia bukan daripada tarekat. Bahkan tarekat itu sendiri menolaknya dan melarang daripadanya.

    Kedua ialah tidak meletakkan tarekat itu sebagai pengajaran yang terpisah daripada pengajaran syariah, bahkan ia merupakan intisari kepada syariah.

    Bagi tasauf terdapat tiga elemen utama yang digesa oleh Al-Quran akan ketiga-tiganya iaitu :

    1-Menitikberatkan jiwa, sentiasa mengawasi jiwa (muraqabah) dan menyucikannya daripada sebarang kekotoran.

    Firman Allah SWT:

    وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا ، فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا ، قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا ، وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا

    Yang bermaksud: “Dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya, sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya”. [Asy-Syams : 7-10]

    2-Memperbanyakkan zikrullah.

    Firman Allah SWT:

    يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا

    Yang bermaksud : “Hai orang-orang yang beriman, berzdikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya”. [Al-Ahzab: 41]

    Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sentiasakanlah lidahmu dalam keadaan basah mengingati Allah SWT”.

    3-Zuhud di dunia, tidak terikat dengan dunia dan gemarkan akhirat.

    Firman Allah SWT:

    وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَلَلدَّارُ الآخِرَةُ خَيْرٌ لِلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلا تَعْقِلُونَ

    Yang bermaksud : “Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sesungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?”. (Al-Anaam : 32)

    Adapun syeikh yang memperdengarkan kepada murid-muridnya akan zikir-zikir dan yang membantu usaha menyucikan jiwa dari sebarang kekotoran serta menyembuhkan hati mereka daripada penyakit-penyakit maka dia adalah penyelia (qayyim) atau seorang guru (ustaz) yang menunjukkan cara yang tertentu yang paling sesuai dengan penyakit yang ada atau keadaan murid itu sendiri.

    Petunjuk Nabi SAW juga menasihatkan setiap manusia dengan perkara yang mendekatkan diri kepada Allah SWT berdasarkan kepada keadaan setiap jiwa yang berbeza. Pernah seorang lelaki datang menemui Rasulullah SAW, lalu dia berkata : Wahai Rasulullah ! Beritahu kepadaku tentang sesuatu yang menjauhkan diriku daripada kemurkaan Allah SWT. Maka sabda Rasulullah SAW : Jangan kamu marah !. Dalam kes yang lain, Rasulullah SAW didatangi seorang lelaki yang berkata kepada Rasulullah SAW : Beritahu kepadaku tentang sesuatu yang aku boleh berpegang dengannya ! Jawab Rasulullah SAW : Sentiasakanlah lidahmu dalam keadaan basah mengingati Allah SWT.

    Di kalangan para sahabat terdapat golongan yang membanyakkan qiamullail, antara mereka juga yang memperbanyakkan bacaan Al-Quran, ada yang banyak terlibat dengan jihad, ada yang banyak berzikir dan ada yang membanyakkan bersedekah.

    Perkara ini tidak membawa erti meninggalkan terus keduniaan. Tetapi di sana terdapat suatu ibadat tertentu yang memperbanyakkannya oleh orang yang melalui jalan menuju Allah SWT. Secara asasnya berbilang-bilangnya pintu-pintu syurga. Tetapi pada akhirnya walaupun ada kepelbagaian pintu masuk tetapi syurga tetap satu.

    Sabda Nabi SAW yang bermaksud : “Setiap golongan yang melakukan amalan (baik dan soleh-ketaatan) ada satu pintu daripada pintu-pintu syurga yang memanggilnya oleh amalan, dan bagi puasa itu ada satu pintu yang memanggil golongan yang berpuasa, digelarkannya ar-rayyan”.

    Demikian juga tarekat-tarekat, ia mempunyai berbilang-bilang jenis berdasarkan syeikh masing-masing dan murid masing-masing. Antara mereka ada yang mengutamakan puasa, ada yang mengutamakan al-Quran lebih banyak dan tidak mengabaikan puasa dan demikianlah seterusnya.

    Apa yang dijelaskan di atas adalah tasauf yang sebenarnya, tarekat yang sahih dan syeikh-syeikh yang komitmen dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Kita juga telah mengetahui kenapakah berbilang-bilangnya jenis tarekat, iaitu kerana kepelbagaian cara pentarbiyahan dan rawatan serta perbezaan cara untuk mencapai maksud yang dicita-citakan. Akan tetapi keseluruhannya satu sahaja pada maksud dan tujuan iaitulah keredhaan Allah SWT sebagai tujuan utama.

    Kami juga ingin mengingatkan bahawa apa yang dinyatakan di atas tidak dilaksanakan oleh sebilangan besar golongan yang mendakwa sebagai ahli tasauf iaitu golongan yang merosakkan bentuknya. Mereka di kalangan orang yang tidak mempunyai agama dan kebaikan. Mereka yang melakukan tarian pada hari-hari perayaan dan melakukan amalan keghairahan yang khurafat. Ini semua bukan daripada tasauf dan bukan dari jenis tarekat sufiah. Sesungguhnya tasauf yang kami nyatakan tentangnya tiada hubungan langsung dengan pandangan kebanyakan manusia berhubung fenomena negatif yang memburukkan. Tidak harus juga bagi kita untuk mengenali tasauf dan menghukumkan ke atasnya dari kalangan sebahagian pendakwa-pendakwa tasauf yang jahil (yang mendakwa tarekat sebagai ajaran yang salah). Sepatutnya kita bertanyakan ulama’ yang memilih tasauf sehingga kita memahami punca sanjungan mereka terhadap tasauf.

    Untuk akhirnya, kami mengambil kesempatan ini untuk membantah pendapat golongan yang menyatakan : “Kenapakah tidak dipelajari adab-adab sulukiyah dan penyucian jiwa dari Al-Quran dan As-Sunnah secara langsung?”.

    Pendapat ini pada zahirnya terkandung rahmat. Tetapi pada hakikatnya terkandung azab. Ini kerana kita tidak mempelajari rukun sembahyang, sunat-sunat sembahyang dan perkara-perkara makruh dalam sembahyang dengan semata-mata melalui bacaan Al-Quran dan As-Sunnah. Tetapi kita mempelajarinya melalui suatu ilmu yang dikenali sebagai ilmu feqah.

    Fuqaha’ telah menyusunnya dan mengistinbatkan semua hukum-hakam tersebut daripada Al-Quran dan As-Sunnah. Bagaimana pula lahirnya kepada kita mereka yang mendakwa bahawa kami mempelajari fiqh dan hukum agama daripada kitab dan sunnah secara langsung? Kami tidak pernah mendapati seorang ilmuan/ulama’ yang mempelajari fiqh daripada kitab dan sunnah secara terus.

    Demikian juga, di sana terdapat perkara yang tidak disebut oleh Al-Quran dan As-Sunnah. Tetapi tidak dapat tidak daripada mempelajarinya dengan guru secara musyafahah (secara berdepan atau mengadap guru).

    Tidak boleh sekadar melalui kitab, sebagai contohnya ilmu tajwid. Bahkan mestilah beriltizam dengan mustalah-mustalah yang khusus dengannya. Maka ulama’ menyatakan sebagai suatu contoh : “Mad Lazim enam harakat” ! Siapakah yang menjadikannya sebagai mad lazim? Apa dalilnya dan siapakah yang mewajibkannya ke atas ummat Islam? Tentunya mereka adalah ulama’ dalam bidang tersebut.

    Begitu juga dengan ilmu tasauf. Ilmu yang diasaskan oleh ulama’-ulama’ tasauf sebermula zaman Junaid rahimahullah dari kurun yang keempat sehingga hari ini. Ketika rosaknya zaman tersebut dan rosaknya akhlak, rosaklah juga sebahagian tarekat-tarekat kesufian. Mereka mula bergantung dengan fenomena-fenomena yang bercanggah dengan agama Allah SWT. Lantas manusia menganggap ianya merupakan tasauf. Sedangkan Allah SWT akan mempertahankan tasauf, ahlinya dan melindungi mereka dengan kekuasaannya.

    Firman Allah SWT:

    إِنَّ اللَّهَ يُدَافِعُ عَنِ الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ اللَّهَ لا يُحِبُّ كُلَّ خَوَّانٍ كَفُورٍ

    Yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang telah beriman. Sesungguhnya Allah tidak menyukai tiap-tiap orang yang berkhianat lagi mengingkari nikmat”. [Al-Hajj: 38]

    Mudah-mudahan apa yang dinyatakan itu dapat memberikan pendedahan kepada erti tasauf, tarekat, syeikh, sebab berbilang-bilangnya tarekat, kenapa kita mempelajari suluk, penyucian hati dari ilmu yang dikenali sebagai tasauf ini, kenapa kita ambil dari syeikh dan tidak terus kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah.

    Kita memohon kepada Allah untuk memperlihatkan secara jelas terhadap urusan-urusan agama kita.

    (Tamat terjemahan teks asal berbahasa Arab)

    Demikianlah terjemahan bebas daripada teks asal jawapan Sahibul Samahah Prof. Dr. Ali Jumuah, Mufti Kerajaan Negara Mesir yang dinaqalkan daripada Al-Bayan Lima Yashqholu Al-Azhan, cet. Al-Muqattam, Kaherah, hlm. 328-331.

    • Terma kasih di atas perkongsian maklumat ini..

  57. Janganlah kita mudah menyangkal atau menafikan keilmuan tareqah dan tasawuf ini kelak kita sendiri yang rugi……..sedangkan…inilah pakaian ulama-ulama kita terdahulu seperti Tok Kenali, Syeikh Daud Al-Fatani, Tok Selehor, Tokku Paloh, Tok Pulau Manis, Haji Abdul Rahman Limbong, Haji Muhammad Said Al-Linggi, Syeikh Abdullah Fahim, Tuan Guru Haji Daud Bukit Abal, Syeikhuna Tok Wan Ali Kutan, Dato Mufti Haji Musa, Tok Kelaba,Syeikh Abdul Wahab Rokan, Syeikh Abdul Rauf Al-Fansuri, Wali 9, Syeikh Habib Noh, Syeikh Abdul Qodir Al-Jailani Q.S, Syeikh Imam Abu Hassan Asy Syazuli Q.S, Al-Hujjatul Islam Al-Imam Al-Ghazali Q.S, Habib Abdullah Alawi Al-Haddad R.A, Habib Abdul Rahman Al-Attas, dll

    sementara itu terdapat ulama-ulama terkini yang masih hidup atau telah meninggal dunia juga adalah pengamal tareqah dan tasawuf seperti Al-marhum Prof. Dr. Sayyid Muhammad Alawi Al-maliki Al-Hasani R.A, Al-Marhum Habib Abdul Qodir As-saqqof R.A, ulama-ulama besar dari Yaman (AHLUL BAIT) termasuklah Habib Umar bin Hafidz R.A, Habib Muhammad Al-Jufri, Habib Salim Asy-syatirie, Habib Zein As-summaith, dll, Dato’ Mantan Mufti Negeri Sembilan Haji Murtadho bin Haji Ahmad (Syeikh Tareqah Ahmadiah Idrisiah), Syeikh Fuad Kamaluddin Al-Maliki – Pondok Rembau, Tuan Guru Dr. Haji Jahid Sidek, dll yang tidak dapat disebut oleh ambo…..sebab terlalu ramai……….

    bagi 10 sebab mengapa kita tak boleh ikut mereka sedangkan…mereka adalah ulama-ulama besar Ahli Sunnah Wal Jamaah dan sebagian besar daripada mereka adalah Ahlul bait (Keturunan Rasulullah Sollollohu Alaihi Wasallam)……Wali-Wali Qutub pada zamannya……Sedangkan mereka itulah sebenar-benarnya pewaris Nabi Sollollohu Alaihi Wasallam….yang wajib kita ikut……nak ikut dan nak sampai pada Allah mesti kena ikut imam yang menunjukkan kita akan jalan itu………..yang membimbing kita………yang dapat tarbiyyah dan tarkiyyah kita………..cuba beri kaedah lain untuk kita rasa buah ihsan itu….seperti mana dalam Hadis Jibril tu…….ada cara lain selain daripada tasawuf dan tareqah..????

  58. Saya juga merupakan seorang ahli tarekat AlKhalwatiyah/Uluhiyah.. cuba faham betul- betul tulisan saya..saya hanya katakan SESAT kepada tarekat seperti yang tidak lagi Solat dimana solat hanya dengan niat semata-mata..tarekat seperti inilah yang saya kata SESAT… bukannya saya maksudkan keseluruhan Tarekat dan ilmu Tasauf ni SESAT..bacalah dengan Hati yang Tenang dan jangan beremosi.. Fahami akan maksud saya yang sebenarnya… Selagi kita bergelar manusia dan bukannya Nabi dan Rasul, maka sudah tentunya kita ni bukan MAKSUM..

  59. Hadis Jibril (dipetik daripada :http://aye83.blogspot.com/2007/04/hadis-jibril.html)

    Hadiths – Islam, Iman dan IhsanMafhum hadiths: Daripada Saiyidina ‘Umar juga, RadiALLAHuanhu beliau berkata:
    ”Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SalALLAHualaihiwasa lam pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya.Lalu dia duduk menghampiri Nabi Rasulullah SalALLAHualaihiwasa lamlalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: “Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam.”Lalu Rasulullah SalALLAHualaihiwasa lam bersabda: “lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan ALLAH dan bahawa Muhammad itu utusan ALLAH, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke Baitullah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. “Lelaki tersebut berkata: “Benarlah engkau.” Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya. Dia bertanya: “Terangkan kepadaku tentang lman.” Baginda bersabda: “(lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada ALLAH, para MalaikatNYA, kitab-kitabNYA, para RasulNYA, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk.” Lelaki itu berkata: “Benarlah engkau. Dia berkata lagi: “Terangkanlah kepadaku tentang Ihsan.” Baginda bersabda: “Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah ALLAH seolah-olah engkau melihatNYA. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNYA, maka sesungguhnya DIA melihatmu.” Lelaki itu bertanya lagi: “Terangkan kepadaku tentang Qiamat.” Baginda bersabda: “Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya.” Lelaki itu berkata: “Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya.” Baginda bersabda:“(Antara tandatandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya). Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: “Wahai ‘Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu?” Aku berkata: “ALLAH dan RasulNYA lebih mengetahui.” Baginda bersabda: “Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.”

    – Hadiths Riwayat Al-lmam Muslim (Hadiths riwayat Muslim, kitab Al-iman, no: 9 dan 10, Al-Tirmizi, kitab Al-iman, no: 2535, beliau berkata: hadiths ini hasan shahih, al-Nasaa’ie, kitab Al-iman, no: 4904, 4905, Abu Dawud, kitab Al-sunnah,no:4075, Ibn Majah, kitab Al-muqaddimah, no: 62 dan 63, Ahmad, musnad العشرة المبشرین , no: 346 )-

    Co royat lagu mano atau ado kaedah lain untuk kito raso Buoh Ihsan……”“Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah ALLAH seolah-olah engkau melihatNYA. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNYA, maka sesungguhnya DIA melihatmu.”

    ambo nok cabar pado puok hok tolok atau pun memandang lekeh ilmu toreqah dan tasawuf……cubo bui kaedah /teknik/strategi /petuo atau gapo-gapo pung……caro hok laing selain daripada ilmu tareqah dan tasawuf bagi membolehkan kita dapat raso buoh “IHSAN” tersebut dalam Hadis Jibril diatas………….silakan tuan-tuan….

  60. Kepada Abu Syakirin…ambo bukan tujukan tulisan ambo pada tuan….kalau tuan terasa ambo mohon maaf banyak-banyak sebab ambo tidak berniat sebegitu….sebenarnya tulisan ambo ini secara khususnya….ambo tujukan pada orang yang menolak keilmuan tareqah dah tasawuf….bukan ambo beremosi….tidak sekali…….tapi ambo raso terpanggil dan tergerak hati untuk cuba memartabatkan keilmuan tareqah tasawuf yang kian terpinggir /dipinggirkan / diejek dan diperlekehkan oleh individu-individu yang belum dapat hidayah daripada Allah……ambo doakan semoga Allah memberikan hidayah-Nya kepada mereka Amin…….

    • Kita komen ko hok sore tuh hok kuat kata kita tuh.. :D baca tok habis dan tok faham mana lepas tuh emosi pulok. molek lah usaha Saudara Rizal tu utk memartabatkan keilmuan di bidang ni..kita sokong 100 %.

  61. Alhamdulillah….sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak ini ambo doakan semoga Allah sentiasa merahmati kita semua….Ameen!

    “ALLAHU AKHBAR NAHNU MUHAMMADIYUN WALILLAHIL HAMD!”

  62. Alhamdulillah,

    Semoga kita semua berada di dalam rahmat kasih dan sayang Allah selalu, dimana setiap persoalan yang benar dan hak hanyalah Dia yang tahu, olehitu, kembalilah persoalan itu kepadaNya dengan penuh rasa kasih dan sayang kepadaNya kerana Allah amat menyayangi hamba-hambaNya. Allah tidak pernah menzalimi hambaNya bahkan Allah menghukum hambaNya yang benar-benar ikhlas kepadaNya dengan kasih sayang Semua yang diciptaNya adalah kerana kasih sayangNya kepada hambaNya. Oleh itu janganlah kita hilang rasa kasih dan sayang sesama mahkluknya baik yang batin dan zahir.

  63. kenapa hamba baca blog ni rasa mcm x masuk jerr,mungkin sebab masing2 nak tegakkan pegangan masing2, pertengkaran x mbawa kepada penyelesaian,kita atas matlamat yang sama mencari redha Allah pa salahnya kita berkongsi pengetahuan kerana pengetahuan juga bukan milik sape2,ia milik Allah..siapa kita nak tentukan dan nak menghukum mana betul mana salah…hanyasanya Yang Maha Mengetahui lah yang berhak mutlak meletakkan betul atau salah pada hamba-hambaNYA..Allah Maha Segala2 nya,HARUS BG ALLAH MENETAPKAN SESEUATU ATAS HAMBA-HAMBANYA…tp pape pun nak tanya sikit tentang “tiada suatu zarrah pun yg bergerak melainkan atas kudrat iradat NYA” dan “tiada daya upaya ku melainkan atas kudrat dan iradat NYA”…boleh x sape2 perhalusi..

  64. Salam,

    Hanya salah paham je ni. tak bace betul2. intinya mana2 org “bertarekat” yg mengaku Islam, iman dan ihsan tapi mengabaikan syariat Islam itu tandanya tarekat Azazil@Iblis. Mana2 tarekat yg mengaku Islam, iman dan ihsan tapi berpegang teguh dgn syariat islam itu tandanya tarekat Allah swt.

    Atau pun, mana2 wahabi yg mengaku Islam tapi tak mempraktikan syariat islam itu tandanya sahabat Azazil@iblis. Mana2 wahabi yg mengaku islam dan mempraktikan islam tapi mengatakan Allah swt itu berjisim, itu wahabi sesat lagi musyrik. syariat je cantik…( itupun kalau cantik )

    Ataupun, mana2 org islam yg menambah2 syariat islam itu sendiri, maka boleh la masuk kelab kristian atau hindu supaya bertambah glamour syariat2 yg baru.

    Atau pun mana2 org yg mengaku islam tapi tak memperaktikan syariat islam itu, itu bukan org islam. mana2 org yg mengaku islam serta memperaktikan syariat islam itu tandanya bukti mereka org islam.

    jadi kesimpulannya, bukan Islam itu yg salah, bukan tarekat itu yg salah ataupun bukan wahabi itu yg salah ( tapi skg ni org yg pro wahabi paling suka menyalahkan dan bidaahkan manusia islam ni…)

    yg salahnya adalah kita yg suka menyalahkan org lain dgn menurut nafsu dan menegakan benang2 yg basah. maka Allah swt pun mengizinkan setan2 kepada kita utk merancakkan lagi kita dgn membolak balik hati kita dan menambah nafsu amarah kita ini sampai, sampai, dan sampai kita sedar akan kesilapan kita dan dgn RahmatNya yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani lagi Maha Mengetahui mudah2an kita diberi pengampunan dgn kita mengucap keampunanan 70kali sehari dgn sebenar2 memohon ampun.

    Semoga kita yg mengaku Islam ini benar2 diberi petunjuk melalui asbab2 yg diredhoi olehNya serta di pelihara iman kita yg telah diberi olehNya pada kita dan semuga kita sentiasa berada dalam RahmatNya di dunia dan akhirat…

    AMINNNNNNNNNNNNNNNNNN.

  65. emm.. orang zaman skang ni pelik2 jugak aku tengok, bercakapnya pasal ilmu hakikat bukan main hebat, tapi kepala lutut tubik julur..pakai seluar pendek..bercakap pasal hakikat tinggi melangit, tapi pusat tubik jolor…bercakap pasal ilmu hakikat hebat, tapi sembahyangnya beri-beri ekspress mcm ayam patuk padi…hakikat apokobondonya kalu mcm tu tuan2 takde maknenya..pernah sekali aku lihat org tabligh, minta maaf kalu terasa, bukan main hebat berceramah pasal agama, berserban, berjubah tapi dia punya bini kuar rumah pakai seluar jeans ketat sampai nampak lurah bontotnya dan tak pakai tudung rambut plak menggerbang mcm hantu raya..apa nak jadi la dunia skang nih..

    • Salam. Kalau kita belum benar-benar memahami apa itu Tariqat,yang mana Tariqat benar atau palsu,perjalanan maqam dalam Tariqat dan latihan kerohanian yang diperlukan demi mencapai maqam-maqam tertentu, usahlah kita terlalu mudah melabel semua orang begitu. Alangkah baiknya jika kita belajar dari para arifbillah lagi mursyid,yang bersifat syuhud, qana’ah serta lain-lain sifat mahmudah. Jangan terlalu cepat menjatuhkan hukum kalau belum benar-benar masak dalam bidang ini.

    • Kau ni pun… Suami soleh belum tentu isterinya… Baca Gak kisah nabi noh… Kuat ngata. Org…

  66. Tak kenal maka xcinta… Gi jumpo sendiri lah dgn Tuan Kelarias atau dgn org yg Kita kayakan tu… Tulis kat sini buat tambah dosa..jadi bebaloh.. Saya pun baca juga blog tu… Mari ke alam jin.. Pastu saya fb ,pastu saya call Dan jumpa sendiri.. Cuba ingat2 maksud ayat… Sesungguhnya org2 mukmin Dan shuhada tidak mati di sisi Allah….Dan untuk ahli kubur yg beriman…kuburnya s

  67. Alam barzah org ygberiman sejauh matamemandang…apa maksudnya itu… Hok Kena siksa yg ingkar… Kalau belum matang jangan bercakap tentang ilmu kesufian ini.. Walaupun Kamu ahli tarekat kalau x matang jangan cakap.. Nanti nampak kejahilanya..yang ditulis oleh Kamu tentang maksud ayat bahawa roh itu urusan Allah.. maka kenali Allah maka .. Tanya pada Allah maka Kamu akan tahu tentang roh Dan rahsianya..

  68. sufi bodoh2 belaka

  69. Salam Abu Syakirin, Jangan saudara fikir yg saudara tulis tu kami tak faham maksudnya, Adakah saudara seorang Ulama? yg faham semua Isi kandungan Al Quran dan tafsirnya, juga penghafaz hadis dan faham kesemua tafsirnya, Siapa guru saudara? Mungkin lecturer @ Ustaz graduate dari mana2 universiti? Jika kita baru belajar beberapa potong ayat AL Quran atau hadis..sampaike tahap utk kita berhujah? Oleh itu janganlah sesekali cepat menjatuhkan hukum jika tak sampai ilmunya. Ilmu Allah amat luas, Belajarlah dan kenalilah tok2 guru zaman dahulu di Malaysia dan juga di Nusantara yg nampak keramahnya, Sebab mu org kelate, Kenalilah Tok Kenali dahulu sebelum yg lain…cari dan belajar ilmu yg Tok Kenali belajar…Insya’Allah saudara akan faham..dan belajarlah bab mengenal diri dengan guru2 mursyid..dan fahamilah sebenar-benarnya makna ‘Lahaula wala quata illa billahil ayihil azhim’,…Fahamilah apa yg di panggil Guru2 Mursyid, Carilah perbezaan diantara belajar ilmu di sekolah2 pondok dengan di sekolah2 kerajaan @ universiti..Insya’Allah Allah akan tunjuk jalan kpd hambanya yg mencari.

  70. terima kasih akhi ar rijal,adakah bagi akhi,ambo ni lebih sudu dari kuah.kalu dari segi ilmu meme abu syakirin lebih belako.bak kata khaisara,cuma salah faham.bak kata abu syakirin sendiri,baca x habis dah tuduh mcm2.kalau sapa2 pernah dengar cerita kisah cikgu awang berlawan dengan bruce lee,insya allah akan faham maksud artikel asal saudara abu syakirin.tarekat tu kan jalan,kalau betul jalannya ya sampai lah maksud yang di tuju.kalau salah jalannya,sampailah ke tempat yang salah.ingat,iblis dan syaitan hanya tidak mampu menggoda hamba allah yang ikhlas sahaja,yg lain x soh royat la gajoh rimau pun,tewas juga di tangan iblis.pada ambo,memang ada orang yang mengaku tareka,tmengaku wali,mengaku nabi,tapi menyeleweng di pertengahannya dan punah ranah.

  71. pada saya semuanya betui belaka, cuma salah paham jer. tak usahlah berbalah melalui tulisan ni.. tiada kesudahannya. Cuba cari titik persamaan, pasti ada kalau kita pegang pada al-quran dan sunnah.
    Sebabnya tulisan tidak dapat menerangkan maksud sebenar kehendak penulis. Fahaman berbeza dengan apa yang tersirat dan tersurat.

  72. syariat bererti jalan, tariqat juga bererti jalan, tasawwuf bererti menyucikan. untuk lengkap sempurna sebagai insan kena ada 4 rangkaian ini: syariat,tariqat,hakikat dan makrifat. hakikat dan makrifat itu pemberian allah. syariat dan tariqat tu kena cari. tujuan tariqat bukan nak buang syariat tapi nak cari jalan supaya jiwa bersih dalam menjalankan syariat. boleh dikatakan 99% org islam mengetahui tentang buruknya sifat riak,ujub,sum’ah,takabbur,sombong dsb. tapi payah nak buang sifat ni. setakat mengaji syariat saja tak boleh buang benda ni. memahami ilmu syariat kena mengadap guru. memahami ilmu hati juga kena mengadap guru juga. Allah tak terima solat yg tidak khusyuk. ilmu fiqh kata cukup rukun dan cukup syarat maka sah. oleh itu gabungan ilmu syariat + ilmu tariqat menjadi syarat supaya solat mencapai khusyuk. lebih mudah nak faham tariqat ni jalan supaya diri menjadi bersih dan ikhlas dalam melakukan ibadah. sekian……hati-hati belajar silat banyak pakai jin takut-takut jadi syirik. dok sebuk kupas syariat diri bergelumang syirik.

  73. Sebenarnya apa cabang ugama pun menuju tuhan yg satu, islam adalah ugama yg benar, alquran adalh yg tersurat n tersirat, isi alquran itu menceritakan tentang diri, tentang para nabi…….kehidupan…kiasan…supaya umat yg mengaku diri islam mencari isi intipati alquran itu, dikaji, digali,disingkapi, sampai kemakam2 seterusnya..sbb itulah makanya diwajibkn mukalaf dan mukhalafin yg tlh cukup umurnya mmpelajari…ilmu yg diwarisi para nabi n sufi ini yaitu, syariat,tarikat,hakikat,makrifat…syariat tentang hukum ilmu kalam ini apa yg ada disurau2 n masjid menceritakan tntang tatacara hidup, bermasyarakat,hukum hakam, maka tarikat…jalan menuju kesatu makam lagi takkn sekolah TADIKA jer selamanya untuk budak2 boleh lah diajari tatasusila kehidupan, takkan sampai umur 70 thn duk belajar shariat jer, naiklah satu tingkat lagi…selepas itu Hakikat alam kesufian ( hendaklh mncari guru2 yg ghaib sahaja) maksudnya tidak terdapat di surau2 dan masjid, yg dipelopori para wali wali n nabi dahulu kala, lepas tu naik kesatu makam lagi yaitu Makrifat menuju ketuhanan kenal akan DIA sekenal2 nya( hanya allah lah yg akan memperkenalkan DIRInya itu nanti……takkan ilmu yg diwarisi para nabi n wali ini dikatakan salah n tidak benar, cuba ceritakan dimana yg BENARnya jalan menuju ke makam yg lebih tinggi kalu tidak kita pelajari ke4 jalan ini?…bukankah dlm alquran n hadith tu dah dinyatakan, ‘awaludin makrifatullah’ Awal2 beragama itu mengenal Allah…barulah syahadah,solat,puasa,zakat, hajinya…ilallah, bukan kerana sape2 ikhas sebenar2 ikhlas…berbalik pd alquran yg tersurat n tersirat tadi tu makanya dikatakan suruh mengenal diri, ‘ kenali dirimu nyata maka kenal akan tuhan mu nyata’ ……..alquran tu diri, dlm kitap tu hanya cerita supaya maknusia mencari, mengkaji, bukan dibaca saja isinya…jin iblis pun 70 ribu thn dulu beribadat dari maknusia ha….tu kan, ternyata iblis pun pandai mengaji berhati2….

  74. Pada yg belum memahami atau merasai kemanisan ilmu kesufian ini, jgnlah sesedap hati menuduh org yg menuju kejalan ini sesat, rasai manisnya dahulu…nanti anda akan malu dgn diri sendiri, menuduh org sesat sedangkan diri sendiri ternyata sesat…hanya ‘jauhari yg mengenal maknikam’…….bukankah hendak menjadi khalifah dimuka bumi ini tidak semudah sprti petik diari? Khalifah ni bukan bermakna untuk sesebuah negara/ negeri sahaja…ambil yg mudah dalam sesebuah keluarga bagaimana hendak menjadi khalifah untuk keluarga sendiri, sedangkan apa yg ditinggalkan oleh Nabi saw tidak diikuti dgn betul?
    …Sidiq,amanah,tabliq, fathonah! Bagaimana hndak mmbimbing sebuah keluarga sendiri jika keempat2 ini tak ada. Berbalik pd cerita yg asal tadi untuk mencari ilmu para wali ini bukan setahun dua, saya ni dari remaja sehingga dh 54 tahun kini masih belum puas mempelajarinya lagi bak kata tok guru saya belajar ilmu ikhas ini, atau pun ilmu mencari jalan pulang ini ibarat ‘telor dihujung tandok’ maknanya sesiapa yg mmpelajari jln ini tak boleh lah sekerat2 jalan, bila tak faham tuduh org2 golongan ini tak betul, tak solat, dn sebagainya, ILMU itu benar…tapi badan diri org yg mmbawanya itu tidak benar, belajar main2 tidak ikhlas…tidak sampai kpd Kemanisannya ILMU itu, wahai saudara, saya ni seorang perempuan yg mmpunyai akal dan fikiran yg sama sprti saudara juga, pd pringkat awal pengajian saya org sering menakut2kan dgn mengatakn nnti tak betul n macam2 lagi now dah 30thn saya mmpelajarinya tk gila pun, kalau takut kpd benda yg belum kita tempohi sampai bila kita nk dapat yg betul? Cuba beritahu saya! Takkn kita ashik disogokkn yg halal haram jer….ini tk betul itu tk betul mana hebatnya ISLAM itu! Org islam zaman kini lemah….kenapa zaman kerajaan uthmaniah dulu islam berkembang maju? dan islam dinusantara dahulu hebat….gilang, gemilang……saya nk tanya..adakah golongan orang2 masjid ini nanti yg akan bangkit sekiranya sesuatu yg akan berlaku?… Lihat shj 13 mei siapakah org2 yg muncul dahulu? Org masjidkah…..saya bukan mengatakan org2 syariat ini tdak bagus….tapi terpulanglah ilmu para wali ini adalah anugerah allah kepada sesiapa yg hendak diberinya… tapi kita wajib berusaha untuk mempelajarinya……wallhualam.

    • salam saiidahtul latifaf dari golongan al ikhsan. lapang akal saya bila tgk artikal kak pah saya setuju nagn apa yg kak pah nyatakan, ini la beza antara org yg tahu dan org yg kenal. iman tak ada pada pangkat, tak ada pd rupa, tak ada pd harta benda, teruskan lah menyeru kak. pandai akak dah cabut balak akak hempapkan kat org yg baca yeeeee :) bekecai tulang saya terhampap balak hehehehe.

      • Benar. Jika tidak tahu,maka bertanyalah pada yang tahu.

        • la dok mengajar di mana…. panglima agung hang bila nak sambung…………..

  75. ni la masalah melayu islam melaysia tak habis2 bertingkah pasal islam sendiri.
    islam tu mudah.lu pilih la lu nak jadi islam yg mcm mana.
    lu pilihla lu nak jadi manusia ke nak jadi insan.
    sesiapa yang pernah mengalami kemanisan perjalanan ghaib dan nyata saje yang sedar betapa ilmu yg ada kat akal kita memang sedikit.tak terjangkau dek akal.
    lagipun bukan kita aje yg jadi hamba allah kat dalam planet bumi ni,ramai lagi makhluk lain.
    yg penting tujuan tetap menuju pada yg satu.
    selagi lu tak mengenal diri lu,mcm mana lu nak kenal siapa yg cipta seluruh alam semesta??
    tepuk dada,tanya mulut kecik lu!

  76. mcm kata sis LATIFAH,,,yes!!ilmu mencari jalan pulang..carilah guru2 yg expert bab ni.. guru aliran ni x dapatnya korang jumpa kalau cari dalam masjid atau surau.
    pembawakan simple..janji rock!

    • Korang buat la ikut kepercayaan masing2…… Ikut cara masing2 utk beribadat kpd kpd allah…. Dan kenal allah ikut cara masing2….. Jgn gaduh gduh nanti aku “LEMPANG” kang!

  77. Dah amal rukun islam mesti percaya rukun iman.. Kalau dah caya rukun iman mestilah berakhlak mulia.. Dah berakhlak mulia berpanjangan dtglah pertolongan Allah berupa perkara2 ghaib.. Turun nya islam nak betulkan akhlak.. Para para wali punya akhlak yg baik.. Mereka boleh hadir dlm hidup kita membantu kita bila Allah swt izinkan .. Tiada mustahil bagi Allah .. Asalkan akhlak mulia saja Allah akan datangkan bantuan.. Tak susah nak faham kalau nak bertahun2 beribadat dan berakhlak mulia.. Fikir positif dan jgn dengkikan org yg punya anugerah ini..


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 67 other followers

%d bloggers like this: