Posted by: abusyakirin | 20 Mei 2010

Ayat 9 dan Syeikh Ramli Abu Hanifah

nik,kawe nak tanya sikit,demo pernah beramal dengan ayat tapak gayong?
apa hukumnya di sisi islam?sapa syeh abu hanifah di penghujung ayat tersebut?

By: leloh on 19 Mei 2010
at 11:04 am

Selepas membaca komen daripada sahabat ini saya merenung jauh untuk memikirkan jawapan yang terbaik buatnya..

Sejujurnya saya bukanlah arif di dalam bab ini namun saya cuba untuk menjawabnya berdasarkan maklumat yang saya ada.Jika ada para pembaca mempunyai maklumat bolehlah kongsikan dengan kami.

Ayat Tapak Gayong saya tak pernah dengar nama tersebut. Namun saya boleh mengandaikannya ayat tersebut ialah Ayat 9 kerana saudara Leloh bertanyakan siapakah Syeikh  Abu Hanifah. Ini kerana dalam PSSPGM ayat 9 dibaca 17 kali sehari setelah menerima ijazah daripada guru bagi yang telah Khatam AlIkhlas. Cuma setelah selesai kita membaca ayat 9 kita perlu menyebut

“Ya Syeikh Ramli Abu Hanifah”

Siapakah Syeikh Ramli Abu Hanifah ini..? saya pernah bertanyakan kepada Gurulatih Tertinggi Silat Seni Gayong dan beliau menjawab Syeikh ini lah yang menyusun amalan ayat 9 ini, maka selepas kita membacanya kita perlu menyebut namanya.

Sekali lagi saya bertanya kenapa kita perlu menyebut atau menyeru namanya. Lantas di jawab  supaya Allah s.w.t menyampaikan pahala kepadanya dan kita mendapat keberkatan. Inilah jawapan yang saya terima daripada Gurulatih tersebut.

Saya menganggap perkara ini sudah termasuk dalam bab TAWASSUL

Boleh Atau Tidak Tawassul

Tawassul didalam bahasa arab bermaksud memohon agar menjadi hampir. Bertawassul kepada Allah bermaksud ingin mendekatkan diri dengan Allah. Allah swt berfirman :

masing-masing mencari jalan mendampingkan diri kepada Tuhannya (dengan berbuat ibadat), ” – [al-Isra’ 17:57]

Diantara tawassul yang dibenarkan :-

a. Bertawassul kepada Allah dengan mentauhidkannya.

Ini seperti tawassul Nabi Yunus as. Firman Allah swt :-

Dan (sebutkanlah peristiwa) Zunnun, ketika dia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan dia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka dia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri. ” – [Surah al-Anbiya' : 87]

b. Bertawassul dengan cara beriman kepada Allah swt.

Firman Allah swt :-

Wahai Tuhan kami! Kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan, dan kami mengikut RasulMu; oleh itu suratkanlah kami berserta orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui keesaanMu dan kebenaran RasulMu). ” – [Aal-Imran : 53]

Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu, maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti (yang banyak berbuat kebajikan)”. – [Aal-Imran : 193]

c. Bertawassul dengan Nama-nama dan Sifat Allah swt.

Firman Allah swt :-

“Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.” – [al-'Araf : 180]

“Katakanlah (wahai Muhammad): Serulah nama “Allah” atau nama “Ar-Rahman”, yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia …” – [surah al-Israa']

d. Bertawassul kepada Allah swt dengan do’a lelaki yang soleh (orang yang masih hidup).

Seperti mana kisah Umar al-Khattab meminta  Uwais AlQarni mendoakannya

Nabi berpesan kepada Umar  :

“ Akan lahir di kalangan Tabiin seorang insan yang doanya sangat makbul. Namanya Uwais al-Qarni dan dia akan lahir di zaman kamu. ”

Kita telah mengenali siapa dia Sayyidina Umar dan iaitu orang-orang yang telah disenaraikan sebagai “ al-Mubasyirun bil Jannah ” iaitu mereka sudah dijamin masuk syurga. Nabi seterusnya berkata kepada Umar  :

“ Di zaman kamu nanti akan lahir seorang insan yang doanya sangat makbul. Kamu  pergilah cari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul di zaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia minta tolong dia berdoa untuk kamu .”

Umar  bertanya kepada Nabi s.a.w.  :

“ Apakah yang patut saya minta daripada Uwais al-Qarni, Ya Rasulullah? “

Nabi menjawab :

“ Kamu minta kepadanya supaya dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian.”

e. Bertawassul kepada Allah dengan cara melakukan amalan2 soleh.

Seperti kisah 3 orang pemuda yang terperangkap di dalam gua.

Ketika tiga orang pemuda sedang bepergian, mereka tertahan oleh hujan dan mereka berlindung di dalam sebuah gua pada sebuah gunung. Sebongkah besar batu jatuh dari gunung melewati mulut gua tersebut dan menutupnya. Mereka berkata satu sama lain,

‘Fikirkanlah perbuatan baik yang pernah engkau lakukan di jalan Allah, dan berdoalah kepada Allah dengan menyertakan perbuatan-perbuatan itu sehingga Allah akan membebaskanmu dari kesulitan yang kau hadapi.’
Salah satu di antara mereka berkata,

‘Ya Allah! Aku memiliki kedua orang tua yang telah lanjut usia, dan aku memiliki anak-anak yang masih kecil yang aku telah memberikan susu yang aku miliki kepada kedua orang tuaku terlebih dulu sebelum memberikannya kepada anak-anakku. Suatu hari, aku pergi jauh untuk mencari tempat merumput (bagi ternakan), dan tidak kembali ke rumah hingga larut malam dan menemukan kedua orang tuaku sedang tidur.  Aku mengisi persediaan makanan dengan susu seperti biasanya dan membawa bejana susu tersebut serta meletakkannya di atas kepala mereka, dan aku tidak ingin membangunkan mereka dari tidurnya, dan aku pun tidak ingin memberikan susu tersebut kepada anak-anakku sebelum orang tuaku, walaupun anak-anakku sedang menangis (kelaparan) di bawah kakiku. Maka keadaanku dan mereka tersebut berterusan sampai ke pagi. (Ya Allah!) Apabila Engkau menganggapnya sebagai perbuatan yang ku lakukan semata-mata hanya karena Engkau, maka tolonglah bukakan sebuah lubang agar kami dapat melihat langit.’

Maka Allah membukakan untuk mereka sebuah lubang yang dengannya mereka dapat melihat langit.

Kemudian pemuda yang kedua berkata,

‘Ya Allah! Aku memiliki seorang saudara sepupu yang aku cintai seperti halnya gairah seorang pemuda mencintai seorang wanita. Aku telah mencuba merayunya tetapi ia menolak hingga aku membayarnya sebanyak seratus dinar. Maka aku pun bekerja keras sampai dapat mengumpulkan seratus dinar dan aku pergi menemuinya dengan uang itu.  Namun ketika aku duduk di antara kedua kakinya (untuk melakukan hubungan seksual dengannya), ia berkata: Wahai hamba Allah! Takutlah kepada Allah! Jangan merosakanku kecuali dengan cara yang sah (dengan perkawinan)! Maka aku pun meninggalkannya. Ya Allah! Apabila Engkau menganggapnya sebagai perbuatan yang kulakukan demi Engkau semata, maka biarkanlah batu tersebut bergerak sedikit lagi untuk mendapatkan lubang yang lebih besar.’

Maka Allah bukakanlah batu tersebut untuk menjadi lubang yang lebih besar.

Dan pemuda yang terakhir (ketiga) berkata,

‘Ya Allah! Aku mengupah seorang budak dengan upah sebanding dengan satu Faraq beras, dan ketika ia telah selesai dengan tugasnya, ia meminta upah, tetapi ketika aku memberikan upah kepadanya, ia menyerah dan menolak untuk menerimanya. Kemudian aku tetap memberikan beras tersebut kepadanya (beberapa kali) hingga aku dapat membeli dengan harga hasil produksi, beberapa ekor sapi dan gembalanya. Setelah itu, budak tersebut datang kepadaku dan berkata: (Wahai hamba Allah!) Takutlah kepada Allah, dan jangan berbuat tidak adil kepadaku dan berikanlah upahku. Aku berkata (padanya): Pergilah dan ambillah sapi-sapi itu beserta gembalanya. Maka ia pun mengambilnya dan pergi. (Maka, Ya Allah!) Apabila Engkau menganggapnya sebagai perbuatan yang kulakukan semata-mata demi Engkau, maka bukakanlah  batu tersebut.’

Maka kemudian Allah membebaskan mereka (dari kesulitannya) dan batu tersebut telah berpindah seluruhnya dari mulut gua tersebut. ( Hadis Sahih Riwayat Imam al-Bukhari )

Tawasul yang di Bahaskan

Tawassul kepada Allah dengan menggunakan keistimewaan Nabi (setelah baginda wafat)di perselisihkan oleh ulama’ kebenarannya. Bagi kebanyakkan fuqaha’ dari mazhab Maliki, Syafie dan Hanbali mengatakan boleh melakukan demikian.

Menurut Dr Ahmad Al-Kurdi (anggota Mauso’ah Fiqh Kuwait dan anggota Majlis Fatwa Kuwait) mengatakan bahawa yang tidak dibenarkan adalah terus memohon kepada Nabi  [http://www.islamic-fatwa.com/index.php?module=fatwa&id=1688]

Hadis yang menjadi Pertikaian

Mafhum hadis riwayat At-tabarani;

“Ya Allah aku memohon kepada ENGKAU dengan Nabi ENGKAU Muhammad,Nabi yang rahmah.Wahai Muhammad sesungguhnya aku bertawajjuh dengan engkau kepada Tuhanku dalam hajatku untuk diperkenankan ……..(sebutkan hajat kita)

Hadis ini ialah hadis Uthman bin Hunaif. Iaitu:

Maksudnya: Seorang lelaki buta datang kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam dan berkata: “Berdoalah supaya Allah sembuhkan aku”.
Baginda berkata: “Kalau engkau mahu, aku akan berdoa, dan kalau engkau mahu, engkau boleh bersabar dan ia lebih baik untuk kamu”.
Lelaki itu berkata, “Berdoalah”.

Lalu baginda memerintahkannya berwudhu’ dengan cara sempurna, dan berdoa dengan doa ini:

“Ya Allah, aku meminta dariMu, dan aku bertawajjuh kepadaMu dengan NabiMu, Muhammad, Nabi Rahmah. Sesungguhnya aku bertawajjuh denganmu kepada Tuhanku dalam hajatku ini supaya ditunaikan. Ya Allah, terimalah syafaat baginda kepadaku”.

Direkod oleh: Tirmizi (no: 3578), Ibn Majah (no: 1385). Kata Tirmizi: Hasan, Sahih, Gharib.

- Hadis ini bukan bermaksud tawassul dengan zat atau kemegahan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Tetapi tawassul kepada doa baginda. Ia difahami daripada matan hadis tersebut;

i) lelaki itu datang meminta baginda berdoa.
ii) Baginda menjanjikan untuk berdoa jika dia mahu, atau dia bersabar.
iii) Lelaki itu kemudian memilih supaya baginda berdoa.

- Maka tawassul seperti ini adalah dibenarkan, malahan disepakati padanya.

- Adapun, yang disebut dalam riwayat Thabarani dalam mukjam-mukjam beliau, iaitu tambahan cerita bahawa Uthman bin Hunaif menyuruh seorang lelaki yang mempunyai hajat supaya berwudhuk dan berdoa dengan doa tersebut, maka ia tidak sahih.

- Kisah ini tidak disebut dalam kitab-kitab hadis Sunan, dan dinilai dhaif oleh Ibn Taimiyyah dalam kitab Al-Tawassul Wa Al-Wasilah (110-112). Dinilai munkar oleh Al-Albani dalam kitab al-Tawassul (95). Kerana ia adalah riwayat Ibn Wahb daripada Syabib, dan beliau meriwayatkan daripadanya hadis-hadis munkar.

Satu lagi dalilnya yang membolehkan tawassul adalah hadis riwayat Imam bukhari n imam muslim yang keseluruhan maksudnya saya tak ingat tetapi antara lain kefahaman adalah mengenai “minta pertolongan daripada nabi-nabi di akhirat nanti”

Ia berkaitan dengan syafaat kubra, yg diberikan kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Dan tidak ada dalil tentang permasalahan tawassul dengan zat atau kemegahan Nabi atau orang soleh.

Bertawassul selain dari yang atas ini, misalnya kepada wali-wali dan sebagainya adalah tidak dibenarkan. Perbuatan ini boleh menjadikan seseorang itu syirik. Orang lain lebih2 lagi yang sudah mati, tidak memberi kesan kepada amalan seseorang itu,Mukmin hanya meminta doa daripada Allah. Firman Allah:

Dan tiada yang lebih sesat dari orang yang menyeru selain Allah, yang tidak dapat menyahut seruannya sehinggalah ke hari kiamat, sedang mereka (makhluk-makhluk yang mereka sembah itu) tidak dapat menyedari permohonan tersebut. Dan apabila manusia dihimpunkan (untuk dihitung amalan pada hari akhirat), segala yang disembah itu menjadi musuh (kepada orang-orang yang menyembahnya) dan membantah mereka (surah al- Ahqaf: 5-6).

Firman Allah lagi :

Allah jua yang memasukkan malam kepada siang dan memasukkan siang kepada malam (silih berganti), dan Dia yang memudahkan peredaran matahari dan bulan; tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Yang melakukan semuanya itu ialah Allah Tuhan kamu, bagi-Nyalah kuasa pemerintahan; sedangkan mereka yang kamu sembah selain Allah itu tidak mendengar permohonan kamu, dan kalaulah mereka mendengar pun, mereka tidak dapat memperkenankan pemohonan kamu; dan pada hari kiamat pula mereka mengingkari perbuatan syirik kamu. Dan (ingatlah) tiada yang dapat memberi tahu kepadamu (Wahai Muhammad, akan hakikat yang sebenarnya) seperti yang diberikan Allah Yang Maha mendalam pengetahuan-Nya (surah Fatir: 13-14).

Maka perbuatan memohon selain Allah, sama ada menyeru berhala secara terang atau memanggil nama para wali seperti, Syeikh Ramli Abu Hanifah,Syeikh  Abdul Qadir al-Jailani atau wali ‘songo’ atau apa sahaja termasuk dalam kerja-kerja syirik yang diharamkan oleh nas- nas al-Quran dan al-sunah.

Ada yang cuba membela dengan menyatakan:

“bukan apa, mereka ini ialah orang yang dekat dengan Allah, kita ini jauh. Maka kita gunakan perantaraan mereka. Macam kita hendak dekat dengan menteri atau raja”.

Saya tanya balik:

“Adakah awak menganggap Allah itu sama dengan tabiat raja atau menteri awak?”

Dakwaan inilah yang disanggah oleh al-Quran sekeras-kerasnya. Firman Allah: (maksudnya)

Ingatlah! Hanya untuk Allah agama yang bersih (dari segala rupa syirik). Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung itu berkata: “Kami tidak menyembah mereka (tuhan-tuhan palsu) melainkan untuk mendekatkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya”. Sesungguhnya Allah akan menghukum antara mereka tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan- bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik) (al-Zumar:3).

Pendapat yang paling selamat adalah bertawassul dengan Nama Allah dan Sifat2nya. Tawassul itu adalah didalam bab berdo’a. Do’a ialah ibadat, dan ibadat tidak boleh dilakukan melainkan didatang nas yang membolehkan. Secara logik akal pun, mana boleh orang yang sudah meninggal membantu mereka yang hidup! Pohon terus sahaja kepada Allah swt.

Hakikat Doa yang Sebenar

Allah berfirman (maksudnya):

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka mendapat petunjuk (surah al-Baqarah: 186).

Demikian, Allah itu sentiasa hampir dengan kita, mendengar dan memperkenankan doa kita. Sesiapapun boleh sampai kepada-Nya. Tiada pengawal atau orang tengah yang menghalang seorang hamba untuk merintih dan merayu kepada Tuhannya. Siapapun hamba itu. Apa pun bangsanya dan apa pun bahasa doanya. Apa pun sejarah buruk dan baiknya. Tuhan sentiasa sudi mendengar lalu memustajabkan pemohonan mereka dengan cara yang dikehendaki-Nya. Bertambah banyak hajat dan permohonan seorang hamba, bertambah kasih dan dekat Allah kepadanya. Amat berbeza dengan tabiat makhluk yang lemah ini. Walau bagaimana baik pun seseorang dengan kita, namun jika kita terlalu meminta, perasaan jemu dan bosan akan timbul dalam jiwanya. Allah Maha Suci dari demikian. Dia menyuruh kita berdoa dan membanyakkan doa. Ini kerana doa adalah lambang kehambaan diri kepada zat yang Maha Agung. Firman Allah (maksudnya):

Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat (berdoa kepada-Ku) akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina (surah Ghafir: 60).

Wallahu A’lam.

_____________________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com

About these ads

Respon

  1. Aiwa,..cantik dah tu. Pernah tanya Pendita adakah beliau mengamalkan amal yang sama, katanya dia kekalkan ayat 9 tapi tang zikir menyebut segala nama syeikh tu dia tinggalkan dan dia gantikan dengan selawat atas nabi.

    Katanya di Selangor zaman dia orang sepakat tinggalkan zikir tersebut dan kekalkan ayat 9 sahaja.Wallahu’alam..jika masih terdapat guru – guru lama di selangor masih mengamalkan apa yang ADMAR berikan.

    Saksi saya..hakim cuba tanya dia Pendita ada jawab gitu ke tidak…just cross check. W/a

  2. Saya setuju jika ayat 9 Gayong TIDAK diamalkan oleh anak2 Gayong.

  3. Ayat 9 pada saya tak ada masalah — itu pun bergantung pada niat.

    Jika awak baca tapi niat nak kuat, hebat..betulah boleh kuat dan hebat tapi sendiri mau ingat siapa yang bagi kuat dan hebat tu, Allah ke atau ????

    Yang bermasalah adalah zikir menyebut nama syeikh tu. Begitu juga dengan silat warisan Panglima kiai salleh, ayat 4 takde masalah kerana itu doa nabi Yunus yang bermasalah niat dan tujuan orang yang beramal tu…apa yang dia minta..kepada siapa yang dia minta…kalau minta pada khadam ayat…hmm..jawabnya…jinlah yang datang..begitulah dengan ayat 9 ni.

    Nak minta, minta terus pada Allah s.w.t….makbul alhamdulillah tak makbul boleh pahala takde rugi apa – apa pun.W/a

  4. TERIMA KASIH DAUN KELADI
    RASANYA AMALAN AYAT 9(AYAT TAPAK GAYONG) VERSI PAK PENDITA MUFTI ASRI LEBIH BAIK KITA AMALKAN DALAM GAYONG.IAITU SELEPAS BACA AYAT 9,SELAWAT PADA NABI.
    ALHAMDULILLAH
    TERIMA KASIH SAHABAT AMBO NIK DAN SAUDARA SEGAYONG YANG LAIN
    BERSATU BERTAMBAH MUTU
    SENI GAYONG MEMANG ASLI
    PAKAT PAKAT PELIHARA

    • loh bukan mufti asri…mufti ansari. Mufti asri tu ex mufti perlis…hehehe

      • Alhamdulillah, syukur benar apabila tajuk ini dikupas kerana hati ini selalu bimbang apabila amalan2 tertentu diberikan kepada anak murid tanpa ada penerangan atau tapisan berdasarkan bimbingan agama.
        Ramai yg suka menjadi kuat,hebat dengan amalan2 yg diberikan namun ditipu oleh jin dengan kelebihan2 yg diperoleh…
        Moga Allah menyelamatkan kita daripada segala fitnah akhir zaman..
        wallahuaklam..

        • Adat manusia buat Syariat Allah yang Buat..

  5. ya,ya mufti ansari
    silap taip
    hehe

  6. Apabila antum ingin melakukan AMALAN maka sebaik2 amalan adalah yang ditunjuk Rasulullah saw dan para sahabat kerana ibadat adalah perkara yang disyariatkan Allah melalui lidah RasulNya dan kita tidak boleh menambah2 apa jua bentuk ibadat walaupun pada pemikiran kita itu adalah baik.

    • Syariat Allah buat..Adat manusia Buat..

  7. boleh bagi ayat dalam tulisan arab dan maksud eh..

    • Allah amat besar kekuatan dan amat keras siksaan(Nya). (ayat pertama dalam ayat 9 Gayong terkandung dalam AQ ; An Nisaa’ 84)

      Yang lain ana x pasti, mungkin doa sahaja. dan sebenarnya ana dapat ayat 9 ni ada pelbagai versi, ada versi yang ada nama syeikh abu hanifah dan ada yang xde.

  8. salam alaik..
    bicara yg menarik ttg ayat 9.hampir 90% anak2 gayong sekarang tidak tahu mengenai nya. malang..dakwah para anbia melalui gayong tak sampai nampaknya..=(

    tuan2 perlu belajar dan kaji sebaiknyaa tentang ayat 9 ini sebaiknya.dan dengan guru mursyid yg layak,kuat agama nya,dan mengamalkan ilmu ini. jgn komen sebarangan.kelak jadi fitnah pada ilmu Allh taala yg luas.

    • alhamdulillah…betul kata saudara nafi isbat…

  9. salam pd anak gayong..bg sy ayat 9 tu boleh amalkn tp kita berlindung dbawah kalimah lailahaillallah….

  10. Hulubalang apakah membuka rahsia mencari noda?

  11. Kena bincang secara tertutup

  12. Baru selamat

  13. Assalamualaikum,,, saudara2 sekelian sebelum tu maafkan saya…jaka komen2 saya ne tak masuk akal atau jauh lari dari kelian ceritakan…baiklah apa yg tuan2 komen semua benar,,,yg penting niat kita….apa pun..disini saya ingin jelaskan…saya bukan lah pandai bab2 agama banyak yg perlu belajar…tentang ayat 9 yg tuan2 sebut tu ayat apa? ..surah ? sepanjang saya baca hadis2 nabi tak pernah sy jumpa apabila rusullallah akan beramal dgn apa2 ayat ..hanya baginda akan suruh para sahabat bermamal dgn apa yg diwahyu kan Allah pada baginda..banyakkan sembayang mlm berzikir dan baca seluruh al quran..baginda bentuk kan keyakianan hanya pada Allah saja.mintalah pada ye..rosaknya umat hari ni bukannya maksalah apa kerana iman yakin tiada yang Allah tu wujud..masjid2 dikosongkan…kekuatan umat hari ni bergantung pada amal dan yakin…kalau kita belajar apa pun ,,,kalau iman keyakiaan tak terbentuk Allah tak pandang…5 amal masjid perlu dilaksanakan pada setiap org…kemunculan dajal lebih habat lagi…cukuplah samapi ne dulu nanti kita sambung…wasslam jazakalaah qhir

  14. ermm… ap hukumnya kita guna ilmu kebatinan utk membantu rakyat palestien? syahid x mati kita?


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 66 other followers

%d bloggers like this: