Posted by: abusyakirin | 4 November 2010

ANTARA KEBATINAN DAN KEBATILAN

Dunia persilatan sudah sinonim dengan ilmu kebatinan, Jika pukulan dan Kuncian ibarat kulit, ilmu kebatinan ini diibaratkan isinya. Namun tidak dinafikan sesetengah ilmu kebatinan di pengaruhi unsur-unsur khurafat, bidaah dan syirik. Padahnya kebanyakkan pesilat menerima secara bulat-bulat apa jua amalan yang diberikan oleh gurunya tanpa menilai dan menganalisis dulu kesahihan ilmu kebatinan tersebut sama ada ianya bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah.

Sesetengah guru pula suka membawa mitos tentang kehebatan dirinya dan juga gurunya sebagai permulaan penjajahan minda di kalangan anak muridnya. Ada yang mendakwa memperolehi kebatinan ini melalui mimpi. Setelah di datangi syeikh atau guru tertentu dan diberikan amalan yang khas maka sahlah guru tersebut memperolehi ilmu kebatinan. Ada Guru mendakwa dia adalah ahli tarekat dan gurunya seorang Sufi yang banyak mendapat pertolongan dari Rijallul Ghaib..malah bertaraf Wali..Wali Qutb..Wali Ghaib dan lain-lain lagi.

Saya terkenangkan perbualan bersama sahabat saya yang juga selaku anak murid Gayong saya suatu ketika dulu..

Beliau begitu teruja menceritakan kepada saya tentang satu ilmu persilatan yang keseluruhannya mengamalkan ilmu kebatinan. Kita boleh mengalahkan musuh hanya dengan jurus-jurus tertentu sahaja. Musuh di sebelah dinding batu pun boleh rebah jika kita gunakan jurus silat tersebut. Selain itu bukan setakat memperolehi ilmu persilatan malah ilmu perubatan berkenaan makhluk halus pun akan diperolehi. Gurunya juga dikatakan seorang Ahli Tarekat dan banyak memperolehi ijazah amalan dan wirid kebatinan dari para guru-guru Sufi..selain itu banyak karamah dan maunah ada pada dirinya.

“ Habis tu kau dah belajar ke silat tu..semuanya kau tahu..„ tanya saya

“ Ye aku dah daftar dan di berikan amalan yang tertentu untuk beramal..“ jawabnya

“ Amalan apa yang diberikan oleh guru tersebut kepada engkau..„ ujar saya lagi

“ Guru tersebut meminta disediakan kain putih sebanyak 7 helai untuk di tulis Doa Haikal di setiap helai kain dan kain tersebut di jadikan bengkung ataupun selempang..Dan saya juga di suruh beramal dengan Doa Haikal tersebut setiap hari…Kata guru Doa Haikal banyak khasiatnya dan ianya ada di dalam Buku Surah Yassin..„

“ Oo..maksud kau kitab Majmuk Syarif..yang di dalamnya selain daripada Surah Yassin terkandung juga bab Fadhilat Surah, Kaifiyat Doa Nisfu Sya’ban, faedah Istighfar Rejab, Doa awal dan akhir tahun,Talqin,Doa Kanzul Arasy, Doa Ukasyah r.a seterusnya Doa Haikal yang kau katakan tadi…

Saya merenung jauh memikirkan krisis penilaian ilmu dikalangan orang silat, terutamanya umat Islam yang suka kepada amalan-amalan berbentuk fadilat Mujazafah ( berlebih-lebihan ).

PENILAIAN ILMIAH TERHADAP DOA HAIKAL DAN KITAB MAJMUK SYARIF

Kitab yang tidak mempunyai nama pengarang ini menghimpunkan di dalamnya sebahagian surah-surah daripada Al Quran serta fadilat-fadilatnya, doa-doa dan zikir-zikir yang dijadikan amalan oleh sebahagian masyarakat. Namun hamper kesemua doa, zikir dan fadilat-fadilatnya yang terkandung didalam kitab ini tidak sahih daripada Hadis Nabi s.a.w.

Berdusta keatas nama Rasulullah s.a.w adalah dosa besar dan diberi ancaman kepada pelakunya dengan Neraka. Hadis-hadis di dalam persoalan ini telah disebut oleh ulama hadis sebagai hadis Mutawwatir. Abu Hurairah r.a berkata Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud :

“Sesiapa yang berdusta ke atas namaku dengan sengaja maka siap tempat duduknya di dalam neraka” ( al Bukhari dan Muslim )

Sesungguhnya Allah s.w.t telah menyatakan di dalam Al-Quran bahawasanya Dialah yang akan menjaga agama ini. Maka Allah s.w.t telah menganugerahkan kepada umat ini para ulama yang ikhlas mempertahankan agamaNya ini, menjelaskan kepada ummat tentang hadis-hadis baginda serta mengkategorikan antara yang sahih boleh beramal dan yang Dhoif ( lemah ) dan Maudhu’ ( palsu ) yang sama sekali tidak boleh beramal dengannya. Demikian agama Islam ini dijaga dan dipelihara dari sebarang unsur yang boleh merosak serta memesongkan agama ini dari landasan yang sebenarnya.

Hadis –hadis yang mengandungi unsur-unsur yang berlebih-lebihan ataupun keterlaluan  ( mujazafah ) adalah sesuatu yang Rasulullah s.a.w tidak pernah melafazkannya. Antaranya melampau-lampau dalam menyatakan ancaman atau sesuatu ganjaran yang besar hanya kerana perbuatan atau amalan yang biasa. Hadis sebegini  banyak diriwayatkan oleh para penceramah ( qussas )  atau orang yang zuhud ( zuhhad ) dan seumpamanya.

Hal sebegini banyak terkandung di dalam kitab Majmuk Syarif yang disebutkan tadi.

Fadilat atau kelebihan sesuatu amalan itu mesti lah bersumberkan al-Quran atau as-Sunnah Nabi s.a.w. Ini kerana fadilat itu adalah suatu benda yang ghaib yang tidak ada jalan lain untuk mengetahuinya melainkan melalui wahyu. Penentuan sesuatu fadilat tertentu kepada amalan yang tertentu mestilah datangnya daripada Allah s.w.t. Justeru itu seseorang tidak boleh mendakwa sesuatu amalan itu ada fadilat tertentu tanpa membawakan dalil daripada al-Quran  atau as-Sunnah yang sahih. Dan Salah satu isi kandungan kitab Majmuk Syarif ialah Doa Haikal.

Doa Haikal adalah doa yang tidak warid dari nabi s.a.w serta fadilat yang melampau-lampau. Di dalam kitab Majmuk Syarif dinyatakan seperti berikut

“Inilah Khasiat fadilat doa haikal yakni tujuh doa daripada nombor 1 sampai 7 dan sampai Qul’Auzu birab binnas bahawasanya adalah diriwayatkan oleh nabi kita s.a.w pada suatu hari sedang nabi kita duduk di dalam masjid Madinah maka Jibrail a.s pun datang membawa firman ujarnya:

Wahai Rasulullah salamullah ta’ala pada tuan hamba dan firmanya hai kekasihku adapun doa HAIKAL yakni 7 doa ini dihantarkan tuhan pada tuan hamba maka barangsiapa yang tiada percaya pada doa ini KAFIR lah ia…Ya Muhammad s.a.w barang siapa menaruh doa ini di dalam rumahnya maka tiada boleh masuk jin dan syaitan ke dalam rumahnya itu. Ya Muhammad barangsiapa suratkan doa ini dan dipakai diperbuat tangkal nescaya terlepaslah ia daripada azab sengsara dan wabak dan duduk dalam aman dan lagi barangsiapa yang menaruh doa ini sentiasalah ia dihormati orang termulialah ia pada orang yang banyak dan ketika hendak mati pun tiadalah ia merasai azab sakarat maut itu maka dengan mudahnya saja nyawa itu keluar. Barangsiapa membaca doa ini tiap-tiap hari dan jika tiada boleh membaca diperbuatnya azimat nescaya beroleh pahala umpama membaca 70 ibu kali khatam al Quran dan 70 ribu mati syahid dan 70 ribu naik haji dan mendapat kebajikan seumpama membuat 70 ribu masjid dan memerdekakan 70 ribu hamba,menjamu 70 ribu orang berbuka puasa,70 ribu orang hafaz al-Quran,70 ribu ahli ibadah, 70 ribu malaikat, 70 ribu nabi dan beroleh kekayaan, kebesaran Jibrail,Mikail,Israfil,Izrail.”

Inilah fadilat-fadilat yang disebutkan didalamya. Dan di  akhir fadilat yang dinyatakan dalam kitab tersebut

“Adapun fadilat doa haikal ini terlalu banyak kadar diambil ringkasnya sahaja disini, sesungguhnya tiadalah syak lagi barang siapa tiada percaya doa ini nescaya menjadi KAFIR”.

Hukum hakam syarak dibina di atas dalil al-Quran dan as-Sunnah. Ancaman kafir sesiapa yang tidak mempercayai doa ini adalah satu pembohongan kerana ia tidak diketahui dari manakah datangnya fadilat-fadilat terhadap doa ini sedangkan soal Takfir merupakan hukum syarak. Sekiranya dilihat dari fadilat doa ini seolah-olah cukup hanya mengamalkan doa ini kita akan mendapat pahala yang sangat besar seperti pahala 70 ribu nabi dan sebagainya. Ia juga tidak masuk akal dan bercanggah dengan al-Quran. Al-Quran menyatakan Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Adakah doa ini lebih baik dari Lailatul Qadar.

Inilah antara contoh ( mujazafah ) berlebih-lebihan dalam menyatakan ganjaran yang sangat besar bagi sesuatu amalan yang ringkas, dengan hanya membaca doa, membuat azimat maka pengamalnya akan mendapat pahala 70 ribu nabi,malaikat dan sebagainya. Adalah mustahil bagi sesiapa sahaja yang beramal dengan amalan tertentu boleh mencapai darjat para nabi. Imam Ibnu Qayyim menyatakan:

“Seolah-olah si pendusta yang keji ini tidak mengetahui bahawasanya selain daripada nabi, walaupun dia bersembahyang selama umur Nabi Nuh sekalipun dia tidak akan mencapai pahala seorang nabi pun”. (Al-Wad’u fi al-Hadis, hlm 72, dinukilkan dari kitab al-Manar al-Munif Ibn al-Qayyim)

Kata al-Imam al-Syatibi (meninggal 790H) selemah-lemah hujah mereka (puak bid‘ah) adalah puak yang mengambil amalan agama bersandarkan mimpi-mimpi. Mereka ini berpegang atau meninggalkan sesuatu amalan berdasarkan mimpi-mimpi tersebut. Mereka berkata: “Kami bermimpi lelaki soleh tertentu berkata kepada kami: Tinggalkan ini!, buat ini”.

Ini banyak berlaku kepada mereka yang mengamalkan panduan tasawwuf. Di kalangan mereka ada yang berkata: “Aku melihat Nabi s.a.w dalam mimpi, baginda berkata kepada sebegini..dan memerintah aku sebegini”. Lantas dia pun mengamalkannya dan meninggalkan apa yang ditetapkan oleh syari`at.

Ini adalah salah, kerana mimpi individu selain nabi tidak boleh menghukum ketetapan syarak, dalam apa keadaan sekalipun. Melainkan setelah dibentangkan kepada hukum-hakam syariat yang ada. Jika syarak membolehkan, maka ia diamalkan, jika tidak, ditinggalkan”.(Al-Syatibi, Al-`Itisam, 198, Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi).

Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi:

“Di sana ada golongan sufi yang melampaui batas dalam menilai ilham. Bahkan ada di kalangan mereka yang mengiranya sebagai jalan mengetahui kebenaran yang tidak akan silap. Mereka mencerca ulama syariat yang berpegang dengan dalil dan tidak menerima sesuatu dakwaan tanpa bukti dari hujah yang baik atau akal atau wahyu. Golongan sufi ini mencerca mereka dengan menyatakan mereka ini jumud dengan ilmu zahir. Bagi mereka; ilmu zahir kedudukannya seperti kulit, sedang ulama syariat berpaling daripada ilmu batin yang mana kedudukannya seperti isi”.( Al-Qaradawi, Taisir al-Fiqh li al-Muslim al-Mu`asir, m.s. 134, Beirut: Muassasah al-Risalah).

“Kita tidak akan dapat menghayati Islam yang tulen selagi minda kita tidak kritis menapis antara yang baik dengan yang buruk. Antara yang salah dengan yang betul. Islam membentuk minda kritis dan penuh analisis”.

_________________________________________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com

About these ads

Respon

  1. bersetuju dgn cikgu iznan. seelok eloknya, setiap ayat, setiap amalan dirujuk pada yang A’lim. ia untuk diri kita sendiri juga, bila tahu yang itu adalah Haq, hati kita Yaqin, bebas dari Was-Was. cikgu, send nombor tepon kat email saya. byak persoalan saya ni. shaifulhakim@yahoo.com

    orait salam

    • Cikgu Hakim ni email saya nikiznan@gmail.com dan no tel saya 0139923535. kalau boleh sebelum call sms lah dulu bgtau ni no cikgu hakim.

  2. enta bermanhaj salaf..?

    • Membangun Bersama Al Quran dan As Sunnah

      • ana kagum dengan enta yang mana tidak ramai generasi gayong yang mampu menapis apa yang elok dan yang tidak elok didalam gayong ini.teruskan usaha enta..

        • Hamba masih belajar dan menulis apa yang dipelajari serta difahami

  3. Cikgu Iznan,

    tahniah atas usaha dan info yang Cikgu berikan. Amat bermanfaat sekali. Tak ramai ahli silat yang mampu menganalisis ilmu dan amalan yang diajar oleh guru.
    Pada masa yang sama, terlalu ramai pula ahli silat yang hanya menerima 100% apa yang diajar oleh guru.
    Saya amat tertarik bila Cikgu menulis mengenai ilmu kebatinan yang mampu membuat ahlinya bersilat atau menjatuhkan musuh. Saya ingin mendapat penjelasan Cikgu sebagai orang yang berpengalaman dalam dunia persilatan ini mengenai perkara ini.
    1. Apakah mungkin ilmu kebatinan sedemikian boleh diterima (benar)?
    2. Apakah mungkin seorang itu mampu bersilat dan menjatuhkan lawan dari jauh dengan amalan sahaja? atau ia melibatkan unsur-unsur lain?
    3. Bagaimana kita nak kenal hal itu adalah khurafat, bidaah atau syirik? apakah perlu masuk dan beramal dulu atau boleh dikenal dari luar?
    4. kalau betulllah cara silat batin itu, kenapa perlu kepada silat yang mengambil masa yang lama pula! atau dalam silat biasa juga ada kebatinan, cuma tidak diajar dulu di peringkat awal manakala yang silat batin ini, ambil jalan ringksa sikit sebab nak cepat!
    Maaf Cikgu kerana banyak bertanya. Nak faham kerana saya takut tersilap pilih guru kerana ada hasrat nak belajar, tanpa nak selidik dulu.
    Terima kasih Cikgu. Mohon bantuan dan banyak kemaafan.

    • Insya Allah saya akan menulis 1 artikel untuk menjawab soalan tuan.

  4. Terima kasih cikgu.

    assalamualaikum.

    • waalaikumussalam wbt..sama-sama

  5. Salam pada tuan blog…“Adapun fadilat doa haikal ini terlalu banyak kadar diambil ringkasnya sahaja disini, sesungguhnya tiadalah syak lagi barang siapa tiada percaya doa ini nescaya menjadi KAFIR”.

    Soalan aku, mana satu yang jadi kafir? Yang tak caye kat doa ni ke atau yang tak caye kat fadhilat doa ni??? Apa yang aku paham, maksud penulis majmuk tu adalah orang yang tak caya pada doa ni (dlm doa ni terkandung ayat2 alquran dan tambahan doa)..org yang tak caye pada Quran ni memang kapir la..tuan ni penah belajar ke kitab jawi? Sampai ungkapan begitu pun nak diputar belit..sampai berani dilabel penulis majmuk syarif ‘pembohong’.eemmm sungguh angkuh manusia zaman skang nih

  6. Susah ek sebab ni bab pembelajaran dari kitab semata jangan cepat marah atau den silap baco maksud ayat akhir dari tuan firdauf tu… Tapi den pun baco ayat itu raso cam yang tuan blog punyo cakap tapi den ni ikut maksud sebona kafir ( x percaya) bukan tafsir kafir ( x percaya kepada arahan Allah).. hu.. err den ni makin mengelirukan kot.. baik den diam hehe .. Maaf ek.. tumpang lalu..

  7. salam ukwah.
    saya tertarik dengan artikel ni.
    ini pengalaman saya.
    pada usia 18-19 tahun,saya belajar ilmu kebatinan(silat) saya dapati banyak yg was-2 tentang ilmu kebatinan ni.
    1-menyeru,nama-2 panglima-2 dahulu-kala.megat terawis,hang tuah,panglima hitam dll.
    2-ada sesetengah ayat-2 nya disambung.
    3- kami diberi 7 jurus(utama).dan selebih nya akan d dalam amalan seruan/pertapaan.

    sekarang saya dah tinggal kan ilmu tersebut.kerena terdapat banyak unsur-2 yg syirik.

    nasihat saya klu nak belajar,cari lah guru yg betul dan yg paling utama.
    belajar ilmu agama dahulu sebelum ilmu dunia.

    cikgu ada facebook x????.sila add saya klu cikgu ada facebook.sbb banyak yg nak saya tanya.

  8. salam
    ustaz nik minta jasa baik supaya tidak publish komen saya diatas dan yang ini..
    Tengah merapu huhu..

  9. Assalamu’alaikum,

    Doa Haikal itukan himpunan ayat-ayat suci beberapa surah dalam Al Quranul Karim? Maka tiada percaya kepada ayat-ayat Al Quran tentulah dapat menjatuhkan seseorang hamba kepada kekufuran.

    Wallahu a’lam bissowab.

    Assalamu’alaikum.

    • :D

  10. assalam……………..
    Haiqal 7……………..dah baca ke haiqal tu?..kanke ianya terdiri dari ayat ayat quran?…kalau dah tak percaya khasiat/fadilat quran…tak payahle baca…pas tu jgnlah nak beri ulasan bukan bukan pada yg mengamalkanya…soalan aku,..kau dah/pernah amalke doa tu? ke/ATAU buat istiharah minta petunjuK dariNya sebelum kau nak amal SESUATU….jgnle kau tuduh melulu kalau kau tak amal. Kau kata KAU berpandukan sunah,..jadinya, yg kau nak pertikaikan ayat quran dalam doa haikal tu…sunahke?……………………..soalan aku, semuake yg kau pakai, makan, minum, tidur, jaga ikut sunah…..?……oh ye….semua ilmu yg kau ada tepat dgn sunahke?……………………kalau tepat……………AKU NAK JUMPA KAU!…………….

  11. salam..terima kasih atas perkongsian….sebelum ni saya ada amalkan ayat ni dab meletakkan kepercayaan sepenuhnye…sambil berdoa supaya ditunjukkan kebenaran dan kefahaman drpd ALLAH mengenai islam…alhamdulilah, lama2 terdapat keraguan bila ada ayat sape xpercaya tergolong dalam golongan kafir…dan sy mula meragui krn telah dinyatakan saat akhir zaman byk sekali statement yang xsahih akan keluar..jadi sy berhati2 dan cr di internet…semoga ALLAH terus memberi petunjuk jalan agar tidak sesat dalam hidup ni…..

  12. lau na btul2 knal dri dn tuhan..cari la ilmu ketuhanan..lengkap adat dn syarak..7 ptala bumi 7ptala langit…4 penjuru alam…!!! hakikat tarikat makrifat syariat..lengkap!!


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 67 other followers

%d bloggers like this: