Posted by: abusyakirin | 14 Julai 2011

IBU GAYONG

Ilmu Ibu Gayong

Gayong ialah sebutan Melayu Klasik untuk ‘bersilat’. Ada ulamak mengatakan bahawa Gayong adalah berasal dari perkataan QAYUM ( Berdiri ). Ianya di perkatakan oleh para Syeikh dan Habib dari Hadramaut di Yaman yang mana loghatnya berbunyi Gayum dan bila sampai ke tanah Melayu menjadi Gayong. Ianaya mungkin ada kebenarannya kerana masyarakat di sana kebanyakkan berpakaian seperti kita dan mungkin budaya antara masyarakat Melayu dan Hadramaut sudah sebati sejak dari dalu kala lagi.
Jadi Ilmu Ibu Gayong ialah bukanlah asalnya dari Silat Gayong yang diperkenalkan oleh arwah Dato’ Meor. Ilmu Ibu Gayong berkenaan dengan mengenali Zat ALLAH. Tiada cara lain untuk mempelajari ilmu ini melainkan dengan berguru dengan guru mursyid, berserah diri kepada ALLAH dan memahami Al-Qur’an. Konsep Ibu Gayong juga amatlah ringkas tetapi untuk mencapai makrifatnya amatlah sukar.Ilmu ini merangkumi beberapa makrifat asas iaitu:

1) Mengenal diri dan asal usul kejadian Alam Makhluk dan Alam Benda ciptaan ALLAH.
2) Meletakkan status diri sebagai hamba ALLAH dengan sepenuh ketaqwaan (ketakutan) kepada ALLAH semata-mata. Maka dengan ketakwaan hakiki ini pengamalnya tidak akan pernah takut kepada sesuatu apa pun yang lain melainkan hanya Tuhan Yang Maha Perkasa.
3) Meletakkan perlindungan diri dan nyawa di bawah kekuasaan mutlak Tuhan Yang Maha Kuasa, Yang Maha Melindungi hamba-Nya.
4) Meletakkan sebarang jenis ancaman dari musuh dari kalangan manusia, jin atau objek sebagai musuh kepada Zat ALLAH.
5) Meletakkan para Malaikat sebagai makhluk yang tunduk kepada Khalifah ALLAH.
6) Meletakkan diri sebagai Khalifah ALLAH dengan mempertajamkan MakrifatuLLAH.
7) Menyeru meminta perlindungan hanya dari Tuhan secara mutlak, bukan dari malaikat atau pun jin.

Ilmu Ibu Gayong ini merangkumi beberapa rangkap serapah mentauhidkan diri kepada Tuhan dan serapahnya mengandungi beberapa jenis ilmu:

1 ) Serangkap serapah BismiLLAH Tauhid 121 Asma-Al-Husna
2 ) Serangkap serapah menyumpah musuh (dari kalangan manusia, jin dan objek) sebagai musuh kepada Zat ALLAH.
3 ) Serangkap serapah bersumpah diri di bawah kandungan Zat ALLAH.
4 ) Serangkap serapah Ilmu Selisih.
5 ) Serangkap serapah Ilmu Pendinding (Kebal).
6 ) Serangkap serapah Ilmu Memulangkan Ancaman kembali kepada musuh.
7 ) Serangkap serapah Ilmu Khalifah Pemerintah Makhluk.
8 )  Dua Kalimah Shahadah.

Kejituan atau ‘sensitivity’ Ilmu Ibu Gayong amatlah tajam walaupun dalam keadaan tidur sekali pun. Contohnya ketika pengamalnya sedang tidur nyenyak di atas lantai; apabila digolekkan sebiji buah pinang yang lembut (tidak menghasilkan bunyi) ke arah pengamal, tubuh akan terangkat sendiri membiarkan buah pinang tersebut melepasi di bawah tubuh pengamal. Apabila ditetak dengan parang semasa sedang tidur, tubuh berpusing 90 darjah dan tetakan tersebut dipatahkan balik mengena diri musuh. Apabila ditembak dengan pistol, pelurunya menyimpang lalu berpatah balik mengena musuh atau senapang meletup ditangan musuh. Apabila tubuh pengamal dibiarkan untuk dipukul atau ditembak peluru, udara membentuk lapisan pendinding yang menyerap hentakan. Semuanya berlaku dengan izin ALLAH.

Apabila ada orang menyangka Ilmu Ibu Gayongnya cukup hebat, akan ada lagi seorang yang dikurniakan ilmu yang lebih tinggi makrifatnya iaitu Ilmu Ibu Gerak.

Ilmu Ibu Gerak

Aku tidak tahu jika ada lagi ilmu yang tingkatannya lebih tinggi dari Ilmu Ibu Gerak. Hanya ALLAH Yang Maha Mengetahui.

Ilmu Ibu Gerak asasnya dari Ilmu Ibu Gayong. Cuma pemahaman MakrifatuLLAH yang lebih mendalam akan menambah beberapa lagi Ilmu Hikmah kepada Ilmu Ibu Gayong iaitu:

Prasyarat Menuntut Ilmu Ibu Gayong dan Ibu Gerak

Memahami Al-Qur’an sebagaimana Nabi Muhammad RasuluLLAH memahaminya melalui Pintu Hati Yang Bersih (Ulul Albab). Perkataan ‘Ulul Albab’ difirman beberapa kali pada beberapa ayat Al-Qur’an dan salah satunya ialah pada Ayat Akhir Surah Ibrahim,
هَٰذَا بَلَاغٌ لِلنَّاسِ وَلِيُنْذَرُوا بِهِ وَلِيَعْلَمُوا أَنَّمَا هُوَ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ وَلِيَذَّكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ
(QS. Ibrahim 14:52)

Terjemahan:
“Ini adalah penjelasan yang sempurna bagi manusia, dan supaya mereka diberi pelajaran dengannya, dan supaya mereka mengetahui bahwasanya Dia adalah Tuhan Yang Maha Esa dan agar orang-orang Ulul Albab berzikir (mengambil peringatan darinya).”

Pantang Larang

Seorang lelaki pernah diajar Ilmu Ibu Gayong. Akibat melanggar Sumpah Kalimah Syahadah dan menyimpang keluar dari Perjanjian Al-Qur’an, lelaki tersebut menyeru malaikat (tidak menyeru Tuhan) lalu 7 Ekor Raja Jin Kafir menyahut seruannya. Lelaki tersebut tidak mengetahui bahawa dia telah mengamalkan Ilmu Ibu Jin lalu dia mati dipanah petir dalam keadaan kafir musyrik (engkar lagi syirik, penghuni Neraka Jahannam). Untuk melanggar pantang amatlah mudah, putar belit hukum Al-Qur’an, engkar perintah Tuhan, melakukan larangan-Nya dan menyeru sesuatu yang lain selain dari-Nya.

Penutup

Ilmu sebegini adalah ilmu-ilmu Al-Hikmah untuk jalan yang Haq (Kebenaran) , tidak berlaku sesuatu apa pun melainkan dengan izin ALLAH. Salah pemahaman makrifat akan membawa kepada kafir musyrik sebagai tiket menuju Neraka Jahannam tanpa hisab. Benar pembawaan makrifatnya pula akan membawa kepada tingkat-tingkat (maqam) yang lebih baik di sisi ALLAH, Tuhan Yang Maha Empunya Haq.

Aku tidak mahu menyembunyikan sebarang ilmu tambahan lagi Ilmu Khalifah sebegini untuk tujuan haq atau fi sabiliLLAH. Kepada mereka yang menghubungi aku melalui email untuk mempelajari ilmu sebegini, buktikan bahawa anda memahami Al-Qur’an sepertimana Nabi Muhammad Abdullah ‘AbduHU wa Rasullu

Wallahualam.

________________________________________________________________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com

About these ads

Responses

  1. Benar semua yang ditulis. Izin saya share.

    • Silakan..

  2. sangat berguna tuan guru

    • Alhamdulillah

  3. ckgu izinkn sye share,,,

    • silakan.

  4. tq..ats post entri yg terkini..ada satu blog ni dedahkn ilmu2 mcm ni..tp takut nk amal..bahaya btl tk melalui tok guru..

  5. Sebab itu disyaratkan kita belajar terus dari tok guru. Kita akan dibimbing sepenuhnya supaya tidak tersasar dari landasan yang telah ditetapkan. Senang cakap,tanpa bimbingan guru,kita akan sesat.

  6. gerakfaqir.blogspot.com- syatariah . ilmu ibu gerak

  7. minta izin share

    • silakan

  8. as slm..itulah nk cri guru tolong ajrkan..guru tak akn beri pada sebarangan org..yg terpilih je..kenapa ya ilmu2 mcm ni tidak diajarkan je kepada rakyat palestine yang dizalimi..akn setiap peluru yang ditembak pada mereka mengenai tentera israel kembali..mana tahu bom ke boleh berpatah balik pada mereka…apabila dipukul kena pada mereka balik…kenapa ilmu mcm ni byk di sini?selamat berpuasa pada para pembaca sekalian dan tuan punya blog..

    • :D Biiznillah…

  9. Si cekak: sapa kata saudara di palestine kita di sana tiada menggunakan ilmu2 hikmah? Malah mereka lebih hebat lagi.Kalau tidak masakan batu yang dilontar rakyat palestin yang tiada persenjataan moden ditakuti oleh yahudi laknatullah? Yahudi sudah ada segalanya dan juga mendapat sokongan dari negara2 tunggangannya seperti Amerika dan geng2 Nato.kenapa tidak dihapuskan rakyat palestin secara keseluruhannya? Sebenarnya ada rahsia yg tersembunyi di sana. Kalau kita sekadar guna akal utk bicara tanpa hati yg menilai, maka kita akan nampak tiada yg lebih pada Palestin secara fizikalnya. Tanyalah para arifbillah(Wali2), Pasti akan ketahui rahsianya.

  10. ok..sekadar pndgn hmba..yang kurng hmnba mohon maaf..

  11. salam.. benar.. ibu gayong dan ibu gerak memang ilmu yg lahir dri amalan zikrullah… sesiapa yg mengamalkn ibu gerak pasti mencintai akhirat lbih dari duniawi.. tapi dugaan yg dtg pasti menguji diri dan jiwa pengamalnya.. saya pernah mengamalkn ilmu ini.. hingga skrg masih terasa keindahannya.. sedalam dlm maksud makrifat besar lagi erti hakikat.

  12. Apa maksud memahami al quran seperti nabi Muhammad s.a.w. tu?

  13. cerita yang menarik…

  14. just nak tanya

    penumbuk ibu gayung hebat tak?

  15. penumbuk ibu gayung hebat tak?

    just nak tanya,sebab ada kenalan cakap yang nie berbisa dari segala penumbuk..kalau kena die cakap wallahuallam…

  16. salam qias pusaka.. sy teringin nk tau amalan ibu gayong tu leh tuan terangkan.. klau leh nk dapatkan ijazah dari tuan..

  17. assamualaikum…dah byak dgr pasal ibu gayong n ibu gerak…berminat sangt nak tahu n memahami n mahu amal..tp xtahu nk cr kat mn…kalau ada rezeki mintak ijazah dr tuan n terangkan cara2 untuk dapatkannya kalau sy ni layak..mohon pencerahan…..aslmkum…

  18. lama-lama ilmu ni akan pupus ditelan zaman di bumi melayu.. harap guru-guru lbih toleransi dlm memberi ilmu pada yg mencari.. di UK sekarang, Mat Salleh dh ramai menguasai teknik Silat dgn baik, dan rmai pelajar melayu di UK bergurukan silat melayu dgn Mat Salleh, krn terpesona dgn pekerti baik guru Mat Salleh…

  19. Jika diikut sejarahnya gayong mungkin benar ia berpandukan dari perkataan qayum ( berdiri) dan sebutannya di Hadramaut ialah gayom. Tidak salah juga merana mahaguru Dato Meor Rahman mungkin sebahagian daripada Keturunan hadramaut sayid. Dari hadramaut, yaman… Banyak sayid yang lari ke nusantara dan melahirkan keturunan disini. Ini disebabkan ketika saat selepas tamatnya kulafa ar rasyidin, para khalifah bani umaiyah dan abasiyah kebanyakannya mahu menghapuskan keturunan saydina Ali. Lalu mereka mencari para sayid untuk dihapuskan. Lalu sayid ini lari ke serata pelosok dunia. Yang datang ke nusantara, terus melahirkan zuriat . Ada kekal nama syed dan ada menjadi meor. Asalnya sebutan meor adalah amir, tetapi lama kelamaan ia menjadi sebutan meor. Itulah sebutan orang dinusantara ini.

  20. Apa yang saya tahu, ibu gayong adalah lapan petikan dari surah dalam al quran. Saya mengamalkannya sebagai satu jalan ibadah, tiada niat untuk lain. Hanya kerana Allah.

  21. assalamualaikum wr.wb.syarat memahami al quran sebagaimana nabi/rosul muhamad??? apakah ada manusia yg memahami al quran mcm nabi?rosul? yg kita sedia maklum Rosul itu maksum! apakah mereka yg telah belajar ibu gayong,ibu gerak ke,mngklaim diri mereka memahami al quran mcm nabi? malah seorang wali pun belum tentu memahami alquran mcm nabi?rosul! maafkan sy kerana sy musykil tentang ini wasallam


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 71 other followers

%d bloggers like this: