Posted by: abusyakirin | 13 Januari 2010

Mat Kilau

Pejuang Melayu Pahang didakwa meninggal dunia pada 22 Oktober 1895 dedah diri sebenar di Pulau Tawar pada 1969

PAHLAWAN terbilang Melayu, Mat Kilau tidak hanya berjuang menentang penjajah di negeri kelahirannya, Pahang malah turut sama menyemarakkan semangat perjuangan bagi menebus maruah bangsa dan agama di negeri jiran iaitu Terengganu dan Kelantan.

Anak kelahiran Kampung Masjid Pulau Tawar, Jerantut itu adalah anak kepada orang besar Pahang, Imam Rasu yang turut dikenali sebagai Tok Gajah.

Sekitar 1890-an, berlaku pemberontakan rakyat di Pahang yang marah dengan tindakan British mengambil alih tugas memungut cukai dan hasil daripada pembesar negeri yang dilantik.

Antara yang menerima akibat daripada campur tangan pentadbiran British di Pahang adalah pembesar negeri iaitu Tok Gajah dan Datuk Bahaman.

Kesan daripada itu, bermula siri pemberontakan di kalangan pembesar negeri hingga mengakibatkan mereka diburu British kerana menentang penjajah.

Rentetan daripada peristiwa itu, British mengisytiharkan perang terhadap beberapa pembesar Pahang dan mengarahkan mereka ditangkap serta dihukum.

Bagaimanapun, Mat Kilau dan beberapa pembesar lain berjaya melarikan diri dan menyebarkan semangat perjuangan menentang penjajahan di negeri jiran iaitu Kelantan dan Terengganu.

Perjuangan Mat Kilau mendapat sokongan padu daripada dua tokoh ternama kedua-dua negeri iaitu ulama terkenal Terengganu, Tokku Paloh dan Abdul Rahman Limbong serta Tok Janggut di Kelantan.

Melalui kerjasama dan sokongan padu yang diberikan, Mat Kilau yang agak mahir dengan ilmu hutan menyusup masuk ke Terengganu dan Kelantan melalui beberapa laluan khusus yang hingga ke hari ini laluannya masih tetap digunakan khususnya pencari gaharu.

Dipercayai, terdapat tiga laluan yang digunakan Mat Kilau untuk ke Terengganu dan Kelantan bagi mendapatkan sokongan penduduk di kedua-dua negeri itu.

Antaranya, laluan dari Kampung Bantal di Jerantut ke Kampung Pasir Raja di Dungun, laluan dari Jerantut ke Pasir Nering, Hulu Terengganu dan laluan dari Jerantut ke Gua Musang Kelantan.

Bagaimanapun, laluan yang kerap digunakan Mat Kilau dan pengikutnya bagi mengelakkan diri daripada British adalah laluan antara Kampung Bantal ke Kampung Pasir Raja.

Penentangan Mat Kilau yang berterusan terhadap British menyebabkan dia menjadi orang buruan yang paling dikehendaki dan dicop sebagai penderhaka oleh Inggeris menyebabkan beliau mengasingkan diri dan hidup berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat.

Pada Oktober 1895, laporan akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura, iaitu The Straits Times dan The Free Press menyatakan “Ketua Pendehaka, iaitu Datuk Bahaman ditahan pemerintahan Siam. The Free Press pula menyatakan Mat Kilau yang melawan ketika ditangkap cedera pada muka dan kepala. Kecederaannya dikatakan parah dan dia mati dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan darah yang banyak.

Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober 1895, maka tamatlah riwayat pahlawan Melayu itu.

Bagaimanapun, apa yang sebenarnya berlaku tidak diketahui kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa Awang Mat (Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim (Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain.

Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai ‘penderhaka’ oleh Inggeris, maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang. Sejak 1930, Mat Kilau terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.

Pada Disember 1969, Tuhan menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim, memperkenalkan dirinya yang sebenar. Untuk mengelakkan dirinya daripada menjadi tumpuan ramai, Mat Kilau bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya.

Atas daya usaha Omar Mat Kilau, pahlawan Melayu itu dibawa ke kampung asalnya iaitu Kampung Masjid, Pulau Tawar.

Pada Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau pergi ke masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau membaca Quran dan kemudian mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau.

Pengisytiharan itu menggemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau. Setelah disahkan, pada jam 10.30 pagi Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang, Raja Tan Sri Yahya Mohd Seh.

Setelah empat hari pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kilau meninggal dunia kerana uzur. Usianya ketika itu dipercayai 122 tahun. Dengan kematiannya itu, beliau tidak sempat menceritakan kisah perjuangannya lebih lanjut.

p/s : Raja Ibrahim@Pak Him Sabut Kering  adalah Moyang ku disebelah ayahndaku. Insya Allah akan ku ceritakannya nanti pengalaman beliau.

Responses

  1. assalamualaikum wbt,

    saya tertarik dengan kisah-kisah yang telah dipaparkan. dalam buku sejarah pahang, terdapat satu nama iaitu haji ahmad yang turut sama berjuang dengan mat kilau, dato’ bahaman dan rakan-rakan. malangnya, segala usaha untuk mencari lebih banyak maklumat mengenai haji ahmad menemui jalan buntu. dari apa yang saya tahu, haji ahmad ini diakamkan di bandar maran pahang. bolehkah pihak tuan kongsikan apa-apa maklumat mengenai haji ahmad di site ini. terima kasih

  2. assalamualaikum wbt,

    semasa melayari site tuan, saya terlihat gambar di mana to pramu/ tok bahaman dikelilingi oleh sanak sauara beliau dari negeri sembilan. semasa kecil, tok aki saya pernah bercerita bahawa kami turun dari jalur yamtuan pagar ruyung, datang ke negeri sembilan sebelum menetap di pahang. menurut aki saya, tok bahaman adalah sebahagian dari jakur keturunan kami. bolehkah phak tuan kongsikan kisah-kisah dato’ bahaman untuk diturunkan kepada generasi akan datang. terima kasih

  3. wmslm.
    Insya Allah Saya akan usahakan pengkisahan sejarah Dato Bahaman dari masa ke semasa. Jutaan Terima kasih kerana saudara sudi melawati blog ini

  4. Aslkm Tuan, Salam kita dari Kota DiRaja Kuala Kangsar, Perak DR. Kita anak buah Datuk Bahaman kini bersiap-siaga untuk PRU ke13 menjelang nanti dgn hujan banjir besar di KL. 2012!? InsyaAllah Tok Bahaman yg Rijazulghaibi kini akan menurunkan pustaka selempang merah pedang terbang di wakaf Mat Kilau nanti pd bln Muharam 1432. Hidup Dato’ Meor dan Megat. Jutaan terimakasih99 dari Kemega Blogspot.

  5. Satu artikel yang menarik.. mohon share.. tq

  6. Assalamualaukum…
    Saya amat tertarik dengan cerita-cerita yang di paparkan dalam blog ini. Memandangkan saya juga berasal dari tempat yang sama di mana lahirnya Mat Kilau. Keturunan datuk moyang saya berasal dari Burau dan, atuk saya juga pernah menjadi penghulu di Burau. Nama datuk saya ialah Nong Teh. Mungkin juga ada perkaitan serba sedikit pertalian. saya pun tidak pernah mengkaji salah silah saya di sebelah ibu saya. harap kita dapat berhubung lagi untuk kepastian.

    • waalaikumussalam wbt..insya Allah.. layari Facebook saya. Nik Iznan.

    • Lame tak dengo name Penghulu Nong Teh ter

  7. Pada 1975 saya singgah di kg Org Asli Jentong Trolak Perak. Batin Chong namanya pernah bercerita tentang Mat Kilau yang membunuh beberapa orang Melayu sendiri kerana menangkap Orang Asli dan menjual sebagai Hamba atau Sakai. Mat Kilau juga membunuh Polis Benggali semasa hendak menagkapnya kerana menyerang Pedagang Manusia tadi.
    Saya hendak bertanya, adakah pernah Mat Kilau itu datang Perak?
    Batin Chong (dah meninggal) pernah menyebut Engku Reba atau Rimba. Siapa?

  8. Saya waris akhir cicit anak piat piut Mat Kilau sesiapa Staff HKL atau orang yang ada ilmu persilatan jangan cabar beradu tenaga nanti maut kerana moyang saya Mat Kilau amat marah sesiapa yang ganggu cucu cicitnya Faham semua Amaran terakhir!!!!!!! biar saya hidup bebas tau !!!!

  9. Assalamualaikum…

    Bile panji hitam nak muncul…? adakah mereka ade kena mengena dengan susur gaur pahlawan melayu…?

  10. boleh terangkan kepada saya tentang rakan mat kilau iaitu mat tahir? dengan penerangan tuan dapat mencari susur galur keturunan belah emak saya.

  11. assalamualaikum … saya nak tau sangat nama-nama keturunan mat kilau ni sebab bapa saudara ayah saya adalah anak saudara kepada mat kilau .. kami memanggil beliau pak itam mat atan … nama ayah saya pula mansor bin akil . jadi saya nak tau lah salasilah keturunan mat kilau ni …

  12. Assamualaikum..
    Sekadar ingin berkongsi. Saya duduk di kuantan. Saya ada kenal seorang tua disini nama dirahsiakan. Siapa orang tua itu? Beliau adalah anak murid dan juga anak murid Dato Bahaman yg dibela sejak kecil.
    Beliau pernah mengubat isteri Sultan Abu Bakar hanya dengan memindahkan penyakit ke perutnya. Beliau juga pernah berguru dengan Tok Janggut di Perak.
    Banyak kisah2 pendekar seperti Dato Bahaman, Mat Kilau dan Tok Janggut saya dengar darinya kerana dia amat rapat dengan tokoh2 ini.
    Ada banyak ilmu yg diperturunkan kepada saya tp saya masih belum amalkannya kerna ada pantangannya yg saya belum bersedia untuk ikuti. Salah satunya adalah Salamun Kaulam Mir Rabirrahim

  13. salam..sye nk tnye..ade x sape2 yg belajar ilmu besi khusani ni???kalau ade sye nk jmpe

  14. salam..saya ingin tahu seorang lg sahabat mat kilau rahsia kn identiti itu..tq


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: