Posted by: abusyakirin | 14 Januari 2010

Mencari Hulubalang Melayu Terakhir

Mana pergi mereka-mereka itu?
Mana menghilang para hulubalang Melayu?

Kisah yang terdengar terlalu hebat!
Berjuang mereka tanpa erti mengenal penat…

Bagai di kata;

KALAU ROBOH KOTA MELAKA
PAPAN DI JAWA HAMBA DIRIKAN
KALAU SUNGGUH BAGAI DIKATA
NYAWA DAN BADAN HAMBA SERAHKAN

Mereka berjuang bermati-matian;

BERPUTIH TULANG HARAM BERPUTIH MATA

Hanya mereka ini lah….

DICAMPAK KE DARAT MENJADI GUNUNG
DICAMPAK KE LAUT MENJADI PULAU

Namun apa pun bicara kita….
Merekalah…merekalah…. sahaja……
Sehinggakan kita masih dapat bertapak dan berpijak di bumi ini
Yang telah di kurniakan tuhan YA RABBI
Tuhan tujuh petala langit, Tuhan tujuh petala bumi
kepada bangsa kita, anak-anak Melayu, Bani JAWI.

Ini sajalah sebidang tanah yang tinggal…..
Yang harus kita pertahankan kekal!!!

Tanah ini yang kita pijak milik kita
Jangan sesekali kita lupa
Ini tanah bergelar Tanah Melayu
Hak miliknya ALLah yang tentu

Tapi… Mana mereka-mereka sekarang ini?
Sedang kala anak Melayu lemah dan mangli

Takut nanti bumi yang semakin tergadai
tak tertebus oleh anak-cucu yang lalai

Maka terjual semenanjung tanah ini
merempat kita di bumi kita sendiri

dan sekiranya kita di halau pergi!!
Kemana hala kita…?
Tanah mana menerima kita?
Tanah Derita?

Jangan kita mengharap…..

memohon akan simpati?
atas kelemahan untuk sedarkan diri!!!

Mana?

Mana pergi mereka-mereka itu?
Mana menghilang para hulubalang Melayu?

“Bumi yang kita pijak ini adalah tanah tumpah darah kita… telah sentiasa kekal sebagai Tanah Air yang tercinta… Ada pun mereka-mereka itu telah mengorbankan diri demi mempertahankannya agar anak cucu Melayu terus kekal di sini… Moga-moga kita adalah waris sebenar mereka-mereka itu… para Hulubalang Tanah Melayu”

Aku dan Gayong

http://www.khalifahgayong.wordpress.com

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: