Posted by: abusyakirin | 21 Januari 2010

Hampir Mati kerana Serangan Cindai Cikgu Awang Daud




LISA ROWLAND gemar memakai baju silat dan kain sarung. Walaupun realitinya dia bukan berketurunan Melayu, wanita kelahiran Brisbane, Australia ini pandai bersilat.

Guru tadika ini telah bertunang dan bakal berkahwin tidak lama lagi. Dalam nada lucu Lisa memberitahu, dia belajar silat supaya tidak akan mudah dibuli suaminya apabila berkahwin nanti.

“Silat bagi saya merupakan seni yang unik, laju, tegas dan cantik. Saya membuat latihan selepas bekerja pada Isnin, Khamis dan Sabtu selama dua jam serta latihan di rumah.

“Latihan diadakan di Bondi Pavalion, di Bondi Beach, Australia dikendalikan Ed Chard. Senjata yang paling saya gemar gunakan semasa bersilat ialah kerambit kerana ia padat, selesa dan mudah untuk dikendalikan,” katanya yang begitu teruja dengan silat kerana ia banyak menggunakan senjata berbanding seni mempertahankan diri yang lain.

“Walaupun pernah patah kaki kerana berlatih silat dan terlantar di hospital berbulan lamanya, namun itu tidak mematahkan semangat saya untuk terus belajar silat.

“Malah, saya juga dapat mempertahankan diri daripada diragut beberapa bulan dahulu tanpa mengalami sebarang kecederaan,” ujarnya yang dihubungi menerusi e-mel.

Lisa menaruh harapan untuk berkunjung ke Malaysia suatu hari nanti bagi mendalami ilmu silat dengan guru-guru silat Melayu.

Persoalannya siapakah gerangan Ed Chard yang menjadi guru silat Lisa tersebut? Apa yang jelas, Ed bukan lelaki Melayu.

Kisah cinta dua dekad

Mempelajari dan bergiat dalam seni mempertahankan diri Jepun, aikido,Edwin Chard pernah menganggap silat sebagai kekampungan dan tidak relevan dengan dunia moden.

ED CHARD (atas) menimba ilmu persilatan dengan ramai guru silat Melayu dan ED tidak kisah berhabisan wang ribuan ringgit demi untuk meraih kemahiran ilmu persilatan

Lelaki ‘mat saleh’ berusia 43 tahun ini boleh dilabelkan sebagai individu yang sangat obses dengan silat. Pemilik nama penuh Edwin Chard ini sudah 20 tahun mempelajari ilmu persilatan.

Obsesi Ed terhadap silat malah sehingga membuatkan dirinya terpanggil untuk mempelajari cara bagaimana sarung keris digunakan sebagai senjata bagi melawan musuh, sedangkan orang Melayu sendiri mungkin ramai yang hanya melihat sarung keris semata-mata berfungsi sebagai alat bagi menyimpan keris.

Begini kisah ‘cinta’ lebih dua dekad antara Ed dan silat. “Ceritanya bermula lebih 20 tahun dulu semasa saya sedang menyambung pengajian peringkat ijazah dalam bidang ekonomi di Universiti Surrey, di Guildford, Britain.

“Ketika itu saya tinggal satu asrama dengan seorang pelajar Melayu bernama Jak Osman yang mengambil jurusan penyiaran. Jak banyak bercerita mengenai silat,” tutur Ed yang sebelum ini mempelajari dan bergiat dalam seni mempertahankan diri Jepun, aikido yang dipopularkan di layar perak oleh aktor terkenal Hollywood, Steven Seagal menerusi filem-filem aksi lakonannya seperti Under Seige dan Out For Justice.

“Jak kemudian mengajak saya belajar silat. Pada mulanya saya menolak kerana menyifatkan silat sebagai seni mempertahankan diri yang kekampungan dan tidak relevan dengan dunia moden hari ini.

“Saya berbahas dengan Jak selama beberapa hari tetapi kemudiannya bersetuju untuk mempelajari silat sebelum akhirnya jatuh cinta dengan silat,” akuinya.

Sejak itu, Ed selalu berlatih silat dengan Jak yang dipanggilnya dengan gelaran Tok Guru.

“Namun merasakan banyak lagi yang perlu dipelajari menyebabkan saya sanggup menghabiskan wang ribuan ringgit dengan berulang-alik berpuluh kali dari Australia ke Malaysia semata-mata untuk belajar silat dengan Jak Othman,” beritahunya yang mengajar silat kepada 20 hingga 30 pelajarnya di Bondi Beach, Sydney, Australia.

Denyutan jantung berhenti

Tekad mahu bergelar pendekar silat sejati yang mahir menggunakan senjata menyebabkan Ed lalu berguru dengan ramai guru silat Melayu yang lain.

“Saya bertuah kerana dapat mempelajari ilmu senjata silat dengan beberapa orang mahaguru walaupun saya bukan orang Melayu.

“Antaranya Tok Guru Haji Awang Daud yang merupakan pengasas Awang Daud Martial Art ( ADMAA ) juga MANTAN Pengarah Majlis GurulatihPertubuhan Silat Seni Pusaka Gayung Malaysia yang memiliki kemahiran bersilat bersenjatakan parang dan kain sarung,” katanya yang ditemu bual di studio Kick Boxing milik Jak di Seksyen 14, Petaling Jaya.

Namun, Ed hampir maut ketika Haji Awang membuat demonstrasi bersilat bersenjatakan kain sarung.

Secara tiba-tiba leher saya dibelit dengan kain sarung sehingga saya sesak nafas, sebelum pengsan.”

“Rupa-rupanya, Haji Awang tersilap melakukan belitan kain dengan dengan agak kasar. Saya disangka sudah mati kerana denyutan jantung telah berhenti.”

“Namun mujurlah saya berjaya dipulihkan. Jika tidak tamatlah riwayat saya,” ujarnya sambil ketawa.”

Berjalan atas kaca

Ed dalam pada itu menuntut ilmu silat menggunakan kerambit dengan Tok Guru Ramintan Samingon.

Dia terkejut apabila kemudian disyaratkan supaya berjalan di atas kaca sebelum belajar ilmu tersebut.

“Mendengar bunyi botol-botol kaca dipecahkan sudah menakutkan saya, tetapi saya kuatkan tekad dan semangat,” ujarnya.

Penggemar ikan perkasam ini juga pernah cedera dan koma sehingga menyebabkan dia terlantar di hospital selama enam bulan gara-gara belajar silat. Namun perkara itu tidak sedikit pun mematahkan semangatnya.

“Silat merupakan sebuah seni mempertahankan diri yang amat unik. Bunga silat bukan sekadar retorik tetapi untuk menyembunyikan senjata.

“Kain sarung, kerambit yang disembunyikan di sebalik rambut, selain sarung keris yang boleh dijadikan sebagai senjata membuatkan seni silat begitu mengagumkan,” akhiri Ed.

Sumber rujukan Akhbar  Kosmo :wartawan-MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM

Kisah Dari Cikgu Awang

” Sebenarnya Mat Salleh tu was-was kain ni untuk apa dan boleh ke kain digunakan untuk berlawan”

“Dia beritahu dia ada bertanya dengan beberapa orang guru silat di Indonesia dan Brunei mengapa kebanyakkan mereka membawa kain dan di letakkan di atas bahu…dan guru silat tersebut memberitahu untuk senang di buat hamparan bila nak duduk atau solat..”

” Apa lagi ayah  panggilan saya kepada cikgu Awang) kata cuba serang..dia gerak je zapp..ayah bagi…lemas macam nak mati”

“Mak marah kat ayah kenapa buat macam tu kesian kat dia..kalau tak tunjuk Mat Salleh ni mungkin perlekehkan.”

Itu adalah cerita cikgu Awang kepada saya..Hebatkan Ilmu yang ada pada seorang GURU..Sememangnya Cikgu Awang mempunyai banyak ilmu yang perlu kita semua pelajari. ( kunjungilah beliau dan hormatilah beliau ). Liahtlah Para Gurulatih-Gurulatih kanan PSSPGM yang ada sekarang termasuk Cikgu Jebat, Cikgu Ibrahim, Cikgu Kasturi, Cikgu Mat Wahab dan lain-lain lagi kesemuanya adalah Anak Didik Cikgu Awang.

Kalau bangsa asing boleh menilai dan mempelajari ilmu pusaka bangsa kita dengan begitu baik sekali kenapa kita tidak.. Lihat ED sanggup menjelajah ke seluruh pelusuk nusantara semata-mata mendalami ilmu persilatan.Bagaimana dengan usaha kita.

Fikir-fikirkanlah saya sudahi dengan kata-kata,

Perahu sudah di air..Dayung sudah ditangan..

aku dan gayong

http://www.khalifahgayong.wordpress.com


Responses

  1. Mak guru Ramintan tu ibu Datin Suliza Salam..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: