Posted by: abusyakirin | 25 Januari 2010

Hanya yang Bergerak dan digerak yang mengetahui erti gerak

Keris Ku hunus Langkah ku mula

“Bergerak riadhatun nafs bersih suci dalam diri……Terbukalah selubung menembus segala hijab yang menyelubung…Disisinya segala anak kunci keghaiban, tidaklah gugur daun-daun melainkan dengan setahunya, tidak pula suatu biji kecil dalam kegelapan bumi….Dan tidak ada yang basah, tidak ada yang kering.  Wajibul Wujud, Yang Hidup dan Yang Tegak Teguh…..Bagi-nya seruan Haq!!…Maha luaslah kursi-nya meliputi semua langit dan bumi!….Maha Luas dalam Malakut dan Jabarut-Nya…..Tidak tercapai ke lawang langit….Tidaklah akan usak-usainya…..Maha Besar dalam Zat dan Sifatnya…

Gerak dan Pencak adalah ekspresi rasa baik dari dalam diri atau dari luar diri. Sungguh pun Gerak tidak bersuara tetapi ia tetap mampu bertutur. Ia sesungguhnya boleh berbahasa. Gerak penuh berseni bisa berkomunikasi. Gerak  juga bisa mengetuk atau menutup pintu hati.

Hantaran  rasa di bingkai langkah dari gerak hati penuh keikhlasaan biasanya akan dapat dikesan, dibaca dan difahami oleh penonton yang berhati suci. Bagaikan sekeping kaca jernih, Pencak ilmuan yang berilmu ini adalah tempat tilikan terang bagi mereka yang mahu menilai.

Itu lebih-lebih lagi benar apabila pencak yang bergerak itu milik seorang Guru. Berada dalam keadaan yang berdepan dengan Insan yang bergelar guru..biarpun tidak melibatkan sepatah kata sekalipun seakan-akan sama juga dengan berada di sebuah sesi kenal-mengenal yang bahagia. Walaupun tanpa kata tentunya pertemuan itu akan sarat dengan makna..penuh dengan nikmat dan kerap kali terhimpun didalamnya makna-makna dari rahsia keindahan bertajalli.

Disebalik tirai-tirai pencak rahsia itulah diamnya maksud dari mana maujud di langit-langit tinggi. Ia indah justeru mesejnya bersifat batin. Ia tersembunyi. Diam itulah indah. Galilah di situ. Mungkin tuan akan menemui emas itu.

“Jadi mari kita diam sejenak.Izinkan potret-potret ini bertutur”

Timang Puteri dan Selayang Pandang

Timang Puteri dan Selayang Pandang

Serangan Harimau dan Rajawali

Hanya yang Bergerak dan digerak yang mengetahui erti gerak

Ini adalah kenanganku semasa kursus di gelanggang Pusat PSSPGM Gurun. Alangkah bertuahnya kumpulan dulu dapat menerima didikan secara terus dari Cikgu Awang dan Cikgu Majid sendiri.

Guru ku yang disanjungi

________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

aku dan Gayong

http://www.khalifahgayong.wordpress.com

Advertisements

Responses

  1. Abe Nor akan pulang ke kelantan dan teruskan bergayong di sana lepas April 2010.

    Nik, rasanya lembaga hitam yg ekao nampak tu aku ke? mas atu aku pun belum putih lagi.

    Bagi yang pernah merasa didikan mcm Cg Awang dan org lama, rasa pengalaman dan semangatnya lain sikit. Yang kena sipi-sipi ni pun rasa dah menjulang semangatnya.. Cg Awang pernah kata, kena dengan cikgunya, sampai bila awak akan tahu apa hubungan awak dengan silat.

    • Abg Nor balik Kelate tak pe Abg Shams ada… Lembaga Hitam tu tak pasti pulak..sebab ramai yang hitam ekekek

      Tentang cikgu awang tu..pasal tu aku tulis yang bergerak dan digerak yang mengetahui erti gerak. Ringkas kata Carilah guru yang Mursyid…

      Jom kita pakat ramai-ramai Berguru dengan orang lama GAYONG tak kiralah PSSGM,PSSPGM,WARISAN,SERANTAU semuanya anak GAYONG… aku dan gayong.

  2. yea sokong..janji gayong….yang penting kita segayong….

  3. Terima kasih kepada Saudara orang tua…

    Tua bukan sebarang tua,
    Tua datang dari Jawa,
    Tua bukan sebarang tua,
    Tua penuh ilmu didada

    tak gitu wahai saudara Orang Tua.

  4. x adakah usaha untuk mengabungkan semula gayong x kira dari pecahan mane sekalipun?

    • Sentiasa ada..cuma takdir Allah belum tiba


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: