“Masya Allah..biar betul dah la di bawah badan dia ada beratus paku tajam, lepas tu ditindih dengan batu besar…tak cukup dengan itu di naik pula oleh seorang pesilat dan sesudah itu batu itu dipukul dengan tukul pemecah simen..kalau macam ni boleh mati….”
Bersua Mahaguru
Itu adalah rintihan hatiku semasa kali pertama menyaksikan aksi persembahan Silat Seni Gayong dibawah pimpinan Arwah Dato Meor Abd Rahman sendiri.Aku bernasib baik kerana pakcikku yang juga merupakan ahli gayong dan juga Jawatankuasa Kejuaraan tersebut membawa aku bersama menyaksikan kejuaraan Silat Sedunia 1987 .
Kejuaraan Silat Sedunia 1987 meninggalkan memori yang cukup istimewa dalam hidupku. Di situlah aku mengenali dan menyaksikan kehebatan seorang Mahaguru bersama anak muridnya dengan ilmu persilatan yang tinggi sekali. Hebat, Ngeri, teruja dan mengkagumkan. Kehebatan ADMAR cukup teserlah. beliau hanya menyaksikan setiap susunan persembahan dengan bersahaja, tidak ternampak kegelisahan dan bimbang sekiranya yang dirancang tak menjadi. Di kejuaraan inilah juga aku dapat mengenali Lagenda Persilatan Indonesia Dicky Zulkarnaen atau lebih dikenali Si Pitung bagi penduduk Indonesia .

Dicky Zulkarnaen @Jagoan Betawi (bernama asal Iskandar Zulkarnaen; lahir di Jakarta, 12 Oktober 1939 – meninggal 10 Mei 1995 pada umur 55 tahun)
( foto di Kejuaraan tak dapat di upload kerana berada dalam simpanan pakcikku.)
Di ketika itulah aku mula memasang niat suatu hari nanti aku akan belajar Silat Seni Gayong dan menjadi anak murid ADMAR. Sebelum ini aku hanya mengenali kehebatan Silat Seni Gayong daripada Ayah dan Pakcikku saja. Pakcikku pernah menceritakan tentang kehebatan Silat Seni Gayong mengalahkan Silat Kebatinan yang terkenal iaitu Nasrul Haq. Dan aku pernah dibawa oleh pakcik aku untuk berjumpa dengan seorang guru Nasrul Haq dan dia sendiri menceritakan kehebatan ADMAR mengalahkan ilmu kebatinannya. Dia sendiri mengakui Kehebatan amalan didalam Silat Seni Gayong..Dia kata Ayat semasa buka gelanggang saja sudah cukup hebat sehingga jurus-jurus Nasrul Haq tidak berkesan langsung kepada pesilat Gayong semasa diadakan cubaan menguji ilmu kebatinan suatu ketika dulu.
Yang menjadi masalah sekarang kebanyakkan Pesilat Gayong sekarang belajar tak habis dah mula mencemuh Silat Seni Gayong ini. Macam artikel saya yang lepas Sindrom Fast Food. Bagi ku Istiqamah lebih penting dari Keramat
Berbalik kepada cerita tadi…Selepas pertunjukkan itu aku dibawa oleh bapa saudaraku berjumpa dengan ADMAR dari dekat..dan disitulah aku dapat melihat ketokohan dan kehebatan seorang Mahaguru Lagenda.
“Berada dalam keadaan yang berdepan dengan Insan yang bergelar Mahaguru..biarpun tidak melibatkan sepatah kata sekalipun seakan-akan sama juga dengan berada di sebuah sesi kenal-mengenal yang bahagia. Walaupun tanpa kata tentunya pertemuan itu akan sarat dengan makna..penuh dengan nikmat dan kerap kali terhimpun didalamnya makna-makna dari rahsia”
Bapa saudaraku telah memperkenalkan aku kepada ADMAR..dihulurkannya salam kepadaku dan kusambut dengan penuh rasa gementar dan terharu..ADMAR bertanya
“Anak minat silat ye.. kalau minat pergi rumah Dato. Kena mandi Gayong dulu baru boleh belajar”..ADMAR bertanya sambil mengusap kepalaku.
Aku hanya mengangguk dan berkata ” ya Tok..kita minat nak belajar Silat Gayong”
“Bagus-Bagus..Kita kena ada semangat kuat baru boleh belajar silat…nanti bawa budak ini kerumah Dato..Dato nak mandikan dia.” ADMAR berpesan kepada pakcikku.
Itu diantara kenangan kali pertama aku berjumpa dengan ADMAR.
Dan aku merasakan satu kebangaan kerana dapat mengenal ADMAR dan Alhamdulillah aku menjalani perlimau tapak dengan ADMAR sendiri kerana pakcikku bekerja di Taiping sebagai Pegawai Kerajaan ketika itu. Aku menjalani perlimau tapak bersama dengan beberapa orang anak murid pakcik ku dan aku ketika itu masih budak lagi.
Sesungguhnya amanat Mahaguru akan ku genggam..perjuangan akan ku teruskan. Ikrar Istiadat ini akan aku ingati..
Wallahi Wabillahi watallahi , bahawasanya aku mengaku taat setia menjadi murid Silat Seni Gayong, aku mengaku taat setia kepada Allah dan Rasulullah, aku mengaku taat setia kepada ibu dan ayahku, aku mengaku taat setia kepada guru-guruku, aku mengaku taat setia kepada saudara segayong denganku.
Segayong, Sekendi, Seperigi, Seperminum, Sedarah, Sedaging, Sejadi, Sejalan, Sepadu .
Dicky Zulkarnain dan Pengakuannya
Kita selaku anak gayong sememangnya sudah sedia maklum tentang cerita penjelasan Dicky Zulkarnain bahawa bukan beliau yang mengalahkan Bruce Lee sebaliknya Mahaguru Persilatan Lain…Dicky tak pernah menyebutkan nama ADMAR yg mengalahkan Bruce Lee.
Ini terbukti apabila wartawan menanyakan kepadanya betulkah cerita yang tersebar bahawa dia yang menewaskan Bruce Lee…lalu dia mengatakan tidak..dan beliau berkata bukan saya tetapi MAHAGURU Silat yang berada disana. Ketika itu tangan dia menunding kesuatu arah yang mana di sana terdapat beberapa orang Tokoh Persilatan termasuklah ADMAR. Mungkin ADMAR mungkin tidak..namun ketika itu di Malaysia hanya ADMAR yang bergelar MAHAGURU.
Namun pernahkah kita selaku anak Gayong mendengar kisah Pengiktirafan Dicky kepada salah seorang Guru Gayong bahawa sekiranya ADMAR tiada maka Dicky mengatakan bahawa Guru itulah yang layak bergelar MAHAGURU.
Resmi Padi
Cerita ini saya dengar sendiri dari mulut beberapa orang lama Gayong dan saya sendiri bertanyakan kepada Guru tersebut dan Beliau mengesahkannya pengiktirafan yang telah diberikan oleh Dicky Zulkarnain kepada beliau. Siapakah Guru tersebut….biarlah ianya menjadi rahsia kerana guru tersebut belum memberi keizinan kepada saya untuk menulisnya. Mungkin sifat peribadi Guru ini yang begitu merendah diri…Ibarat Harimau menyimpan kukunya.Dan beliau menegaskan
itu pendapat Dicky yang pandai mengambil hati..juga terlalu merendah diri sehinggakan saya dipanggil Bapak oleh Dicky sebagai menghormatinya.
Itulah sikap yang harus pada setiap anak Gayong Insya Allah kita semua doakan semoga suatu hari nanti beliau sendiri akan membuat pengakuannya.
Perguruan Gayong tiada sempadan
Ilmu diambil jadi pedoman
Adat dicabar musuh dan lawan
Rahsia seninya tak dapat ditawan
© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.
aku dan gayong
http://www.khalifahgayong.wordpress.com
t setia kepada ibu dan ayahku, aku mengaku taat setia kepada guru-guruku, aku mengaku taat setia kepada saudara segayong denganku…
salam khalifahgayong, masyaallah, cerita sebeginilah sepatutnya diluahkan pada umum. bagi anak2 muda mcm yg masih belajar mcm diri saya, yg tidak pernah berpeluang bertemu arwah mahaguru secara nyata, nasihat dan kata2 arwah menjadi pembakar semangat…
terima kasih kerana sudi berkongsi cikgu! 😉
By: narapatinantaboga on 30 Januari 2010
at 3:07 pm
Terima kasih kerana memeberi sedikit komentar kepada hamba… Nasihat dan perkongsian daripada Cikgu amat bermakna buat saya selaku orang baru yang bertatih dalam gelanggang persilatan Gayong ini. Moga Ukhwah kita akan tetap terjalin walau jauh di perantauan
By: abusyakirin on 31 Januari 2010
at 5:41 am
tak terkomen ustaz…masa ni saya baru lahir…=)
rasa2 saya mcm dah dapat kenal pasti siapa gerangan guru gayong tu..=)
By: jebat serban hitam on 25 Oktober 2010
at 6:23 am
Ur post, “Kenangan Bersua Mahaguru dan Si Pitung Jagoan Betawi Aku dan Gayong” was in fact very well worth
writing a comment on! Simply wanted to announce you really did a remarkable work.
Thank you ,Del
By: http://google.com on 13 Februari 2013
at 9:03 am
apakah manfaat berlatih jurus’bunga’ dalam silat? untuk bisa membela diri apakah berlatih bunga jurus saja sudah cukop?
By: tabaco on 4 Mei 2013
at 6:44 am
Salam, saya putra pendiri nasrulhaq,hebat sekali komentar yang anda buat,mana mungkin ,dhikir mnyerahkan diri ke ALLAH,boleh takluk dengan ilmu fizikal yang anda agung2 kan ,tuntut lah ilmu yang banyak baru buat komentar,salam persaudaraan dari saya.
By: Putra nasrulhaq on 9 Mei 2013
at 2:20 am
biar kita yg teruskan…..pejuangan ini………
By: Senyum Ariee on 3 Julai 2013
at 7:05 am
salam..
sementelahan menerawang sejarah ADMAR,sedikit terluka dgn kata2 di
http://akmaledge.blogspot.com/2011/08/bruce-lee-hidup-dan-matinya-masih.html
bukan sahaja hamba ini buah yg tidak masak,malah putik pun belum tentu menjadi.maka,mohon penghuraian dari tuan hamba yg lebih arif.
By: jehan on 9 Mei 2013
at 6:34 pm
Setiap org mesti cakap ilmu yg dia tuntut la yg paling hebat…. Yg mengatakan yg tu hebat dan yg ini hebat sebenarnya masih mentah lagi walaupun umur dah tua bangka… Ilmu yg hebat dtg dari allah kpd org yg beriman dan beramal soleh.. Mat kilau,tok bahaman dan banyak lagi pahlawan melayu menuntut ilmu pada alim ulamak akhirnya samada ilmu akhirat atau pun ilmu dunia contohnya depa pi menuntut pd tok ku paloh iaitu seorang yg diketahui umum sebagai ulamak besar di trg… Ilmu yg hebat sebenarnya ada pada org2 yg alim ulamak krn bila belajar ilmu akhirat ilmu dunia pun dapat sebab kita sudah mengenali
By: sam on 9 Januari 2015
at 4:09 am
Alhamdulillah semoga ada mahaguru yg mahu mengajar anak melayu mempelajari ilmu persilatan.Sudah sampai masanya kita pertahankan agama,bangsa dan negara berbekalkan ilmu persilatan.
By: Hafizi ahmad on 2 Januari 2014
at 1:53 pm
Silat Nusantara memang terkenal seperti gayung,sendeng,kuntaw,pangean,cimande,teratai,tapak suci,budi suci dan lainnya. Memegang prinsip ilmu padi.
By: Mhd fader on 20 November 2014
at 10:53 pm