Posted by: abusyakirin | 6 Februari 2010

Silat dan Senjata serta Petunjuk dari Al-Quran

Kemahiran bersenjata adalah sebahagian pakaian pahlawan Melayu dahulu kala

Senjata adalah alat terpenting dalam peperangan. Dalam Al-Quran, Allah menyebutkan tentang besi yang dikurniakan kepada manusia bukan sahaja untuk dimanfaatkan oleh mereka bagi tujuan-tujuan duniawi tetapi juga untuk dijadikan alat senjata untuk mempertahankan agama Allah.

“Dan Kami telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. (dijadikan besi dengan keadaan demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu itu dalam kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan kekuatan handal itu untuk) menegak dan mempertahankan agama Allah serta menolong rasul-rasulNya padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa”. (Al-Hadid:25) …

Kehebatan besi telah lama disedari oleh manusia bermula dari zaman batu hinggalah ke zaman serba canggih dan moden pada hari ini. Di kalangan bangsa Arab, pedang yang ramuan utamanya adalah besi, merupakan senjata yang paling dimuliakan/dihormati dan paling banyak digunakan dalam peperangan. Orang-orang Arab amat menjaga pedang mereka dan hampir setiap ketika, tersisip gagah di sisi mereka. Malah, kemuliaannya juga terserlah dalam syair-syair mereka yang penuh dengan puji-pujian terhadap pedang yang memiliki ratusan nama khusus baginya.

Dalam Islam, kelebihan pedang, khususnya yang digunakan oleh pejuang-pejuang Islam untuk menegakkan agama Allah, sudah cukup digambarkan dengan sabda Rasulullah SAW; “Syurga adalah di bawah bayangan mata pedang”.

Dalam pertempuran, pedang merupakan senjata terakhir yang akan digunakan setelah senjata-senjata jarak jauh seperti panah, tombak dan sebagainya digunakan. Bermakna, setelah kedua-dua pihak saling berhadapan, mula bercampur-baur, maka senjata jarak dekat seperti pedang adalah pertahanan terakhir seseorang pejuang di medan jihad.

Begitulah juga kebiasaan di kalangan pahlawan Melayu dahulu kala dengan kerisnya. Ia ibarat irama dan lagu; tidak boleh dipisahkan. Keris akan sentiasa tersisip kemas ibarat teman setia kepada tuannya dan sedia bila-bila masa berkhidmat bila diperlukan.

Rasulullah SAW sendiri mempunyai beberapa bilah pedang, tombak dan baju besi sebagai persediaan teknoloji (pada masa itu) dalam waktu senang, mahupun susah. Tradisi orang-orang lelaki Melayu dahulu juga memiliki senjata peribadi dalam menghadapi sebarang kemungkinan atau ancaman pihak musuh.

Persoalannya ialah pada hari ini … ada yang beranggapan tak perlu persediaan senjata-senjata tradisi ini semua. Alasan termudah ialah kerana abad ini adalah era pistol, mesin gun, bazooka, bom dan sebagainya. Kalau belajar silat atau martial art pun bakal tewas dengan senjata api yang tak kenal erti kawan dan lawan. Persoalaannya, benarkah alasan sebegitu? InsyaAllah, artikel ini cuba merungkai dan membuka minda pembaca sekalian untuk menilai sejauh mana kebenaran kefahaman begini dengan kupasan-kupasan mudah selepas ini …

Harta Intelek dan pusaka warisan persenjataan Melayu hari ini disimpan dan dikaji di negara-negara Barat bekas penjajah Tanah Melayu dan menjadikannya sebagai koleksi peribadi mereka yang tahu menghargai warisan dan sejarah Tanah Melayu.

___________________________________________________________________________________________________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com

Advertisements

Responses

  1. salam Cikgu, artikel yg menarik. yang lagi menarik perhatian sya nya, gambar tu. Cikgu dapat dari mana? kalo tak silap mata saya ni, itu mas Suriyo, dari perguruan Prana Sakti. sya pernah belajar dari dia dulu, dia pula blajar Gayong dgn sya. Cikgu ada menuntut tenaga dalam ni, nanti tolong buat artikel ek….. hehhehehehe

    • wmslm… rasanya memang tak silap kot. lawak jugak cikgu Hakim ni.. Cikgu Hakim ni banyak kenalan. Rasanya saya yang kena belajar dari cikgu

  2. artikel yang ni memang best.lepas bace memang motivate untuk keep learning Gayong!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: