Posted by: abusyakirin | 10 Februari 2010

Rahsia Keris – Mata

Wilah Keris Pendawa

Walaupun sudah mengetahui sedikit sebanyak permainan keris hasil dengan pembelajaran secara formal dan tidak formal, hati ini selalu merasakan masih tidak cukup, tetapi saya tak tahu apa yang tak cukup. Setelah ditelek dan dibaca, tahulah saya bahawa tanpa SENI, permainan keris tidak akan lengkap, kerana bermulanya seni, kemudian falsafah, barulah permainan keris itu hidup. Tanpa seni dan falsafah juga, permainan keris menjadi sumbang, apatah lagi apabila memikirkan cara untuk makan gerak lawan, kerana sesungguhnya dalam berkeris itu, siapa cepat dia dapat. Nak makan gerak lawan macammana? Pantang sentuh (melapis) atau yang lebih hebat lagi pantang lawan bergerak, maka senjata keris sudah menyampai terlebih dahulu.

Apabila mempelajarinya dari segi seni dan falsafah tempurnya, maka permainan keris HIDUP dengan sendirinya. Perkataan HIDUP dalam permainan keris amatlah penting, kerana tanpanya, permainan keris menjadi sumbang, kekok, kaku dan akhirnya mati. Antara sebab orang Melayu memanggil badan keris sebagai “mata” ialah kerana dengan matanyalah maka keris itu HIDUP. Dahulu saya menyangka bahawa tukang keris atau pembuat sarung tidak melaksanakan tugasnya dengan betul apabila mata keris tidak tersarung dengan sempurna. Keris Melayu apabila disarungkan, ganjanya sentiasa “mengintai” keluar dan bersedia untuk berkhidmat kepada tuannya pada bila-bila masa. Ini juga bermaksud permainan keris hidup sentiasa.

bilah keris malela... kalau ditikam celaka padahnya

Dari segi falsafah, keris itu sendiri bermata tiga iaitu Kalih, Hiris dan Rodok. Secara fizikal, sememangnya kita tahu keris itu mempunyai 3 mata secara dasarnya, namun apabila kita campurkan permukaannya yang berpamor kesat atau belurah, maka matanya menjadi 5. Sekiranya dicampurkan dengan hujung hulu dan aringnya, maka, keris bermata 7. Kesemua mata ini mempunyai nilai tempur yang tidak akan terfikir oleh oleh para sarjana barat yang banyak menulis buku-buku tentang keris. Mata keris adalah tajam, tetapi tidak perlu tajam sebagaimana golok, kelewang, parang dan sebagainya. Kenapa?

“Tak perlu tarik tangan kamu itu sebelum melakukan tikaman, memadai dengan bawa mata secepat kilat ke sasaran lawan…..secolek sudah cukup untuk membawa maut!!”

Rahsianya ialah pada ramuan semasa pembuatan mata keris itu sendiri – campuran bahan besi dan doa sang empu sudah cukup untuk mebinasakan lawan dengan hanya secolek.

Mata keris mesti menunduk / tidak selari dengan hulunya, kenapa? Ianya dikatakan amat berkait rapat dengan falsafah atau budaya Melayu itu sendiri yang selalu merendah diri – kepada Yang Maha Esa dan kepada Rajanya kerana Melayu itu tidak akan bertuan kepada selain rajanya. Dari segi fizikal, hujung matanya yang serong itu berkait rapat dengan falsafah permainan keris itu sendiri yang penuh dengan tipu helah. Arah tikaman tidak akan sama dengan sasaran tikaman.

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: