
Kenangan Kursus Bengkung Merah Kelihatan Cikgu Shams dengan Kerisnya dan Cikgu Sabli dengan Lembing dan hamba berada di tengah.
“Ya Allah, Ya Ilahi Rabbi.. Anta maqsudi wa ridhaka matlubi!”
Mari tanya sama hati nurani.. Biarlah kesucian jiwa dan ketulusan sanubari berbicara… Benarkah kita sudah berjuang? Atau selama ini kita hanya bermunafiq dengan diri dan kepada ALLAH? Apakah segala pengorbanan dan perjuangan kita sebelum ini benar-benar boleh diiktiraf sebagai pengorbanan dan perjuangan?
Adakah perjuangan kita selama ini kerana ALLAH dan RasulNYA atau atas kepentingan diri? Paling penting, redhakah ALLAH kepada kita dengan segala usaha dan ikhtiar kita selama ini? Andai kita mati hari ini atau mungkin saat ini, adakah kita layak menghuni SyurgaNYA yang penuh kenikmatan?
Ya ALLAH, kami tidak layak masuk SyurgaMU.. Namun kami tidak mampu menanggung seksa NerakaMU! Justeru kami yaqin dengan sesungguhnya dengan firmanMU: “Tiada sama penghuni-penghuni Neraka dengan penghuni-penghuni Syurga; penghuni-penghuni Syurga itulah orang-orang yang beruntung.” (Surah Al-Hasyr, ayat 20).
Dari itu Ya ALLAH, ampunilah hambaMU dan permudahkanlah segala usaha ikhtiar kami dalam mencari seteguk kasihMU dan menagih sekelumit cintaMU. Jadikanlah wahai TUHAN kami agar solat kami, ibadah kami, hidup dan mati kami semata-mata keranaMU Ya Rabbal ‘Alamin! Amiin.
______________________________________________________________________________________________________________________________________________
© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.
“Aku Dan Gayong”
Zaman kawe lompat 20 ni. Lepas tak lepas belakang cerita deh!
By: shams on 15 Februari 2010
at 7:40 am
Kawe raso buke 20 deh..30 hok senggoti
By: abusyakirin on 16 Februari 2010
at 1:19 pm