Posted by: abusyakirin | 15 Februari 2010

Ilmu Kebal kepada yang Bebal

Ilmu kebal digunapakai oleh sesetengah idividu dalam masyarakat melayu dahulu kala. Terdapat beberapa Ilmu Kebal antaranya ialah

kebal tahi,Kebal ini tidak baik dituntut kerana ianya menyalahi fitrah kejadian manusia itu sendiri. Kebal jenis ini diperolehi dengan memakan kepala najis sendiri yang telah diletak didalam sebiji pisang dan diamalkan setiap malam jumaat selama tiga malam berturut-turut dengan syarat-syarat dan mentara tertentu. Mendengarnya pun kiter naik geli geman.

Setengahnya kebal dengan menanam taring babi tunggal didalam kulit mereka. Biasanya dilakukan oleh orang bukan Islam. Rambut dan kuku lama-lama jadi panjang dan tak boleh dipotong. Kadang-kadang sampai kelutut. Buat apa saja mereka tahan. Tikam ke, tembak ke mereka tak takut. Kebal begini menjadi satu cabaran kepada kita dek kerana benda tu najis. Pakai ayat Quraan pun kadang-kadang memantul dan tak jalan. Hanya yang betul-betul handal jer dapat menumbangkan mereka.
Sesetengah kebal mengunakan jin. Nama-nama Jin diseru dengan mentera tertentu dan disuruh masuk dalam tubuh sendiri. Ader Jin-Jin yang kedudukannya senentiasa menelangkup kebumi dan ader yang kedudukkannya menelentang ke langit. Setelah diseru masuk ketubuh manusia, mulalah biji mata menjadi merah terbelalak dan terbelolok. Membengis mencari lawan dengan tempikan yang membelah bumi. Kalau ditest kulit mereka dengan plyer pun mereka tak rasa sakit. Puaslah kita sepit dan tarik kulit mereka dengan plyer mereka selamber jer. Kulit jadi liat macam kulit gajah. Tahan palu dan tahan tikam. Kadang-kadang mereka diseru ketika bermain silat.

Setengah pula memakai kebal syitan yang datangnya dari keris, tangkal, azimat tok sami, tok siam, tok batin atau dari benda-benda lain. Benda-benda begini akan memakan tuannya bila dah tua, bila dah nak mati kelak. Ader yang akhirnya nak mengucap dua kalimah syahadah pun dah tak boleh lagi. Kebal begini tidaklah susah ditewaskan bagi mereka yang mahir dan sanggup berdepan menghadapi cabaran. Kalah mereka dengan cara-cara tertentu.
Kebal sesunguhnya bukan untuk masyarakat Melayu sahaja, orang kafir pun boleh kebal dan kita harus berwaspada.
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com


Responses

  1. huhu dulu ada member cakap makcik dia maso 13 mei 1969 poe central market (masa tu jual ikan lae). Maso tu ternampak ado orang bergaduh.. bila yang mim tikam ke perun ca peh x lut tetiba nampak ada pompuan melayang angkat si ca dan si mim pun bole la tikam sampai mati.. den ingek cito kelako yo jadi golak yo. Satu hari tengok ado orang berubat lopeh tu sembang la… Bilo dio balik tanyo abg angkat dio kato orang tu salah seorang Dato’ Harun. Maso 13 Mei tinggal kek China Town.. Dio ado cito maso gaduh dio lawan seorang ca dan bila ditikam x lut. Lopeh tu datang seorang pompuan melayang paut dan bawa ke atas sambil cakap “Dia ni x lut kalau berpijak di bumi”.. Den diam la pulak 2 cito samo.. Maso tu yang menikam tu dah tuo pun jadi yang pompuan pun dah tuo jugo dan ke 2 2nyo kojo dongan Bas Sri Jaya….. cito tahun 94.. huhu..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: