Petang semalam saya mendapat sms dari guru silat yang saya sayangi dan sanjungi iaitu A.Aik, terasa terharu bila mendapat smsnya tambahan A.Aik menulis sedikit komentar di blog ini buat saya yang dahagakan nasihat seorang guru.
Salam..Baru sempat buka blog, terima kasih…malu pulak bila dikatakan sebagai guru silat ni… A.Aik tak layak lagi untuk dapat title tu…Ilmu itu milik Allah jua…Apa pun terima kasih atas ingatan Iznan. Terharu rasanya…
Selepas membaca SMS tersebut saya terkenangkan kembali memori indah yang tak mungkin saya lupakan iaitu bersilat di Gelanggang Silat SIC yang cukup bermakna buat diri saya.
TEMPAT JATUH LAGIKAN DIKENANG
Kedudukan Gelanggang Silat SIC yang strategik menjadikannya sesuatu yang unik. Di kelilingi Blok kelas dan gelanggang tersebut berada di tengah-tengah blok akademik. Gelanggang inilah diantara salah satu Gelanggang Silat Seni Gayong yang paling awal bertapak di negeri Kelantan.
Kalau Dulu biasanya latihan adalah pada Pagi Jumaat dan Petang Selasa. Kalau Di Bulan Ramadhan hanya pagi Jumaat saja. Keahlian paling kurang pun 60 orang. Di zaman saya dulu PSSPGM SIC diantara persatuan yang aktif di Maktab Sultan Ismail ini.
Gelanggang ini jugalah yang banyak melahirkan Pahlawan Silat Seni Gayong di Kelantan ini. Ia pernah mendapat Sentuhan daripada sebilangan besar Gurulatih Kanan Silat Seni Gayong di Kelantan. Cikgu Tn Hj Awang Daud pernah mencurahkan ilmu di gelanggang ini. Arwah Dato Meor suatu ketika Dulu pernah hadir ke Maktab Sultan Ismail ini bagi menyaksikan pertunjukkan oleh anak-anak Gayong di Maktab ini. Gelanggang ini jugalah tempat untuk dijadikan Kursus Pemantapan dan Ujian bagi anak-anak Gayong Daerah Kota Bharu.
Di sinilah tempat saya bertatih mendalami Ilmu Gayong. Di sini juga tempat saya berehat selepas mengulangkaji pelajaran. Disini juga tempat saya dan rakan-rakan suka berbincang. Sungguh banyak kenangan yang tak mungkin dapat saya coretkan di sini. Segala suka duka, pahit manis semuanya tersimpan menjadi khazanah buat saya menempuhi dunia persilatan ini.
PERISTIWA DI CABAR DI GELANGGANG SENDIRI.
Di antara kenangan yang tak dapat dilupakan ialah apabila seorang sahabat saya sendiri iaitu Ihsam B Halim datang bertemu saya ketika saya sedang mengajar adik-adik di gelanggang ini.
” aku ni mari nak belajar silat dengan mung” kata Ihsam
” Molek lah lagu tuh..kawe suko benar..” kata saya kepadanya.
” Tapi aku nok berlawan dulu dengan mung..kalu aku kaloh baru aku nok belajar dan kalu mung kaloh aku too jadi belajar dengan mung..” balas Ihsam
Tergaman saya dibuatnya. Dia memamg ikhlas ingin belajar dan ikhlas juga ingin mencabar. Mungkin inilah yang biasa dihadapi giri-guru silat suatu ketika dulu..Baru saya mengerti dicabar didalam gelanggang sendiri. Dihadapan anak murid saya dan beberapa sahabat, saya membeli apa yang dijual oleh Ihsam. Saya hanya memohon kepada Allah s.w.t agar saya dapat membuktikan yang Silat Seni Gayong ini hebat dan Allah s.w.t melindungi saya.
Ihsam telah memulakan dengan melayangkan tumbukan swing kepada saya. alhamdulillah saya menepisnya dan seboleh-bolehnya tak ingin mengasarinya. Namun semakin saya berlembut dan bersabar dia semakin ganas dan nampak beriya-iya untuk mengalahkan saya. Maklumlah dia pun pernah belajar seni beladiri ni.
Namun serangan terakhir Ihsam iaitu sepakan tebar jala telah saya atasi dengan sedikit petua oleh guru hamba, iaitu
Siapa yang gerak dahulu dia yang akan mati
Dengan berbekalkan Elak Sebutir Padi dan Selayang Pandang..Ihsam telah jatuh tersungkur di tanah gelanggang itu. Ada yang bergembira melihatkan Ihsam yang rebah tersungkur ke bumi itu..namun saya sedikit terkejut kerana Ihsam seperti pitam.
Lantas dengan segera saya mengangkatnya dan memicitnya untuk sedarkannya. Alhamdulillah Ihsam telah sedar kembali…Hati saya bertambah risau kerana situasi yang lebih buruk telah berlaku iaitu Ihsam telah mengalami Retrograde amnesia–kegagalan jelas seseorang mengingat sesuatu ingatan lepas, lebih teruk dari biasa. Dia hanya mengenali diriku sahaja dan semua yang lain dia tak kenali. Begitu juga dimana dan kenapa dia berada disitu. Allah s.w.t sahaja yang mengetahui isi hatiku ketika itu..menyesal sangat-sangat.
Saya telah memberitahu warden asrama dan kami semua telah menghantarnya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu. Ihsam telah dimasukkan ke Wad Neurologi dan dikatakan mengalami gegaran otak. Dan itulah penyebab dia mengalami Retrogade Amnesia, Doktor juga memberitahu bahawa jika dia jatuh lebih kuat lagi tadi kemungkinan besar Ihsam akan lumpuh ataupun Koma.
Alhamdulillah setelah hampir sebulan di wad Ihsam telah pulih dan kembali kesekolah dan betul-betul berminat mempelajari Silat Seni Gayong. Ini adalah diantara cebisan kenangan saya selaku Anak Gayong SIC.
KENANGAN DI SIC
Di akhir pertemuan, jangan diucap Selamat Tinggal
Bahkan ucaplah Hingga Bertemu Lagi
Seandainya tidak di bumi Tuhan
Mudah-mudahan di Syurga-Nya nanti..
_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.
“Aku Dan Gayong”
Assalamu’alaikum wmt
Tengok kehijauan gelanggang lama kita tu..meremang bulu roma….menggamit kerinduan bersama rakan-rakan seperguruan…jam ni gak rasa nak pegi bersilat kat gelanggang tu….tapi apa kan daya.. diri ini tidak mampu untuk pergi sekelip mata…lagipun kalau pegi sekarang ni mungkin pak guard maktab tak bagi masuk…
Terlalu banyak kenangan manis dan juga pahit yang berlaku…..masih teringat insiden ‘Ma dan A.Joe’, Muslim yang beramal tanpa bimbingan dan lain-lain…..Insya Allah kita semua akan berjumpa semula bila tiba masanya…
By: A.Aik on 19 Februari 2010
at 4:36 am
Insya Allah..memang betul kata A.Aik, terlalu banyak kenangan untuk diingati dan dikongsi..
Masih segar dalam ingatan bagaimana A.Aik dan A.Joe ubatkan Izani partner Muslim yang terkena ganguan dengan slumber macam tepuk amai-amai belalang kupu-kupu… Abe Safrisyam dengan kuda-kudanya ,
dan lain-lain lagi.
Tak lupa juga kenangan Kita berkursus di Jeram Linang. A.Aik tunjukkan Skill Rolling atas batu … gara-gara Abe Zamani..hehehehe
Terlalu banyak kenangan untuk diceritakan. Insya Allah kita akan berjumpa semula.
Bertemu tidak jemu, Berpisah tidak gelisah.
By: abusyakirin on 19 Februari 2010
at 5:05 am
bila teringatkat kekuda Abe Safrisyam…tersenyum sorang-sorang, A.Aik rasa dia sorang je yang boleh buat kekuda camtu..hehehehe
By: AminAyong on 24 Februari 2010
at 2:31 pm
Cikgu majid pun tokleh buat kekuda macam tu…tapi suara dia memang power akibat denda cikgu mansor
By: abusyakirin on 25 Februari 2010
at 7:04 am
hehehe..tengok pade sic seribu kenangan bagi kawe..rolling atas kerusi cengal..
By: abejoe on 30 Januari 2012
at 1:44 pm
assalamualaikum abang iznan.entah abang ingat tak saya lagi.dulu saya pernah belajar di sic.teringat gelanggang lama.time tu abang iznan,abang ikhwan,abg saiful,abang etok,mamat.
sempat belajar bwah abang iznan sebelum abang iznan tamat form 5 dan pas tu di ambil alih oleh azra aiman.sekarang saya belajar di selangor.pernah berjumpa ngan cikgu sham.salam perkenalan dari anak murid lama.gelanggang di sic tu siapa yang mengajar sekarang?ada saya dalam gambar kat atas,barisan belakang sekali.
By: nazim abdullah on 21 Februari 2010
at 2:02 pm
Wmsalam..
Pendekar Nazim pernah kedengaran,
Murid hamba yang pernah bergelanggang,
Lama benar tak bersua pandang,
Balik kelantan silalah bertandang.
Nazim kat IPT mana sekarang. Moleklah kalau tak lupa segala kenangan kita di Gelanggang SIC tu. Kalau tak salah sekarang ni Cikgu Ali Hafidz yang mengajar. Bekas anak Gayong SIC jugak, beliau sempat berguru dengan Abe Lat, A.Joe dan A.Aik. balik kelate emaillh kat abg Iznan. nikiznan@gmail.com
By: abusyakirin on 22 Februari 2010
at 9:42 am
salam..
Ali Hafidz ke yang mengajar kat SIC sekarang…ada gak penyambung warisan..dari Abe Lat…A.Aik & A.Joe…Iznan dan Ali lak…Alhamdulillah. Satu yang A.Aik perasan + bangga sket…cara Ali ngajar bebudak lebih kurang cara A.Aik…
Insya Allah kalau ada cuti panjang nanti kita buat reunion Gayong SIC kat padang tu….
By: AminAyong on 24 Februari 2010
at 2:26 pm
Mcam mana ye A.Aik dengan Ali mengajar… kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasinya
By: abusyakirin on 25 Februari 2010
at 7:06 am
alhamdulillah..bagus gak tu kalau boleh buat reunion.rindu nak jumpe guru2 lama saya masa kat sic dulu.nanti kalau saya balek kelantan,saya call abg iznan.cari gak dulu.sekarang saya bergelanggang di kampung subang,selangor.boleh la tgk di blog kami yang tidak seberapa daengkuning-kms.blogspot.com
By: nazim abdullah on 25 Februari 2010
at 2:12 pm
Ok lah tu terus bergayong..balik nanti kita buat reunion sekali dengan Kursus penghayatan Gayong sekali.. kalau boleh hubungi ex-gayong SIC yg lain lagi elok. ada masa sms a.iz6 0139923535
By: abusyakirin on 25 Februari 2010
at 3:12 pm
salam,
bab padang hijau ni, banyak benar aku lupa. Yang aku ingat, etok memang pilihan kalau nak demo buah, mamat tu bukan reti sakit!
By: shams on 1 Mac 2010
at 7:10 am
Urat besi tulang dawai…
By: abusyakirin on 1 Mac 2010
at 7:36 am
etok memang jenis tahan sakit.ingat die dulu main ragbi.badan bagak besar giler.time tu cikgu penasihat bertukar..time saya masuk cikgu fauzi kut…pas tu cikgu rajion.
By: nazim on 2 Mac 2010
at 3:05 pm
Besar pun kena kunci mati ambo selok jugok…ko guano?
By: abusyakirin on 3 Mac 2010
at 7:14 am
saya nak tnya satu soalan..berapa bnyak yang space yang digunakan tuk satu persilat?? saya nak design gelanggang silat..
By: azi ahmad on 29 November 2010
at 2:27 am
kurang faham maksud tuan
By: abusyakirin on 30 November 2010
at 2:48 am
masa zaman cikgu solihin, abe min, abe lan, abe lat, abe di mengajar..huh..memang giler..ramai yang nak lari balik..nasib baik demo tehe kena marah syed..kawe guling pah ke dale parit..hehe nyo suko ko ore..tahan sabar..tahan diuji..akhir sekali jadi pembantu abe lat..buleh jugak ada anak2 murid..yang ingat abejoe alhamdulillah..hok sebaliknya tuh..nasib diri abejoe lah berbudi pada yang tak sudi..
sekarang ni anak murid dah hebat2..tapi thanks abe lat..sekali ingat perjuangan sekali air mata berlinang..sekali ingat murid sekali hati terusik..sekali ingat guru rasa ingin bertemu..
syed..demo tetap kawe sanjung..sahabat dan teman..saper yang cederakan saper..mesti pegi jumpa ibubapa mangsa..last sekali main di bachok..kawe terpasak kepala demo denge golok..kawe gi oyat ko umi demo..umi kata biasalah ore bersilat..semua tuh dalam ingatan kawe..
nak lahirkan pesilat kena lalui segalanya..
salam sayang penuh kerinduan kepada semua..
perjalanan seorang guru untuk menjadi guru tak semudah guru mengajar anda menjadi guru..
allah selamatkan perjuangan anak-anak gayong seluruh dunia..
By: abejoe on 30 Januari 2012
at 1:40 pm