Posted by: abusyakirin | 20 Februari 2010

Rahsia Sebenar Seni Yoi

Cuti sekolah baru ini  saya tidak melepaskan peluang  menziarahi  Ayah Angkat kepada ayah saya  iaitu seorang Tua berumur 100 tahun lebih yang digelar Pendekar suatu ketika dulu. Walaupun sudah tua beliau tetap nampak bertenaga dan sihat. Setelah memperkenalkan diri dan menunjukkan sebilah badik kepada beliau sebagai bukti pengenalan diri selaku cucu angkatnya barulah saya dilayan sebagai tetamu istimewanya. Bukan apa itulah perangai pendekar dahulu kala ibarat..

Biar Pecah diperut jangan pecah dimulut…cakap siang pandang-pandang cakap malam dengar-dengar..bergerak didalam gelap bersembunyi didalam terang

Kebanyakkan Pendekar dahulu tidak suka menunjuk-nunjuk.. Ibarat resmi padi semakin tunduk semakin berisi. Sebab itu banyak ilmu orang dahulu kala banyak yang tidak kita ketahui..Hendak di ajar bimbang tidak dipatuhi,Ada waris pun tidak sudi, Ilmu pendekar tidak di peduli, akhirnya ilmu tidak diwarisi, hilanglah ilmu di bawa mati.

Malam itu saya dipelawa bermalam di rumahnya..Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, pelawaan itu saya terima, kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan. Saya memasang niat untuk cuba mengcungkil sebanyak mungkin rahsia dan petua pendekar dahulu kala.

MAHAGURU WALI SIRAT ADAM

Selepas selesai menunaikan Solat Isyak,kami bersembang dan berbual mesra dan banyak cerita yang diceritakan buat saya..namun cerita  yang menarik diceritakan oleh Tok Ki ini iaitu tentang Mahaguru Wali Sirat Adam yang dikatakan Mahaguru segala Persilatan dan merupakan Guru kepada 7 orang Daeng pahlawan Bugis termasuk Daeng Ambok Solok. Di katakan Mahaguru itu seorang pertapa di sebuah pulau di Tanah Jawa.

Selesai pengkisahan cerita oleh Tok Ki saya menzahirkan niat untuk meminta tunjuk ajar sepatah selidah dan selangkah dua darinya.

Lantas Tok Ki  menyuruh saya menunjukkan selangkah dua pencak jurus yang saya miliki.Di ajak bermain dengannya barang selangkah dua..terasa malu dan kaku bila berpencak di depan seorang Pendekar yang penuh ilmu di dada. Ibarat bunga kembang tak jadi..langkah terpaku tergerak mati.. namun apakan daya arahan guru harus dituruti itulah sikap murid sejati agar ilmu dicurahi.

Tok Ki memerhatikan setiap langkah saya dan setiap langkah dan serangan saya begitu mudah ditepis olehnya.. Sambil tersenyum dia  mengatakan,

“silat kamu ni  Silat Sendi Harimau..Silat Tok Janai..”

” Wahai cucu  mari Tok Ki tunjukkan ini dia Silat Sendi Harimau… ”

Saya terkejut..Namun yang menghairankan saya ialah bagaimana ia bersilat dengan Tapak dan Gerakan Selayang Pandang, mainkan seni Seligi, Rajawali dan Timang Puteri dan Serangan Bapak Harimau ( Seni Belian )..Bukan semua yang  mengetahui, bahkan dikalangan orang yang baru berGayong pun belum tentu pasti mengetahuinya.. Saya mengetahuinya serba sedikit kerana sempat menerima tunjuk ajar permainan ini dari Cikgu Awang dan Cikgu Majid.

Tok Ki terus melompat  dan bersilat sepenuh tenaga cukup berseni dan berahsia..Geraknya tiada cacat cela lagi, setiap jurus penuh berisi.. saya hanya mampu memerhati dengan penuh konsentrasi.

Setelah selesai Tok Ki menunjukkan beberapa gerakkan dan kelihatan tiada tanda-tanda kepenatan pun padanya.. saya pun bertanyakan kepada Tok Ki..

Tok ki ni anak murid Syed Zainal ke..?

Tok ki  hanya tersenyuman dan merenung dengan renungan tajam seolah-olah terkenangkan sesuatu..lau di berkata dalam dialek bugis

Sirebba tannga tessirebba pasorong,
Padaidi pada elo, sipatuo sipatakkong
Siwata menre, tessirui no.

kita saling hidupkan kerana kita seia sekata,
saling mengangkat dan tak saling menjatuhkan,
berbeza pendapat, tetapi tidak menyebabkan beradu kekuatan”.

Peluh yang membasahi tubuh di dinginkan dengan titisan embun jantan dan angin malam..

Minda ini terus tertanya-tanya siapakah Tok Ki ini sebenarnya. Kenapa Ayah beria-ia menyuruh saya berjumpa dengan Tok Ki ini. Bagaimana dia mengenali Silat Sendi Harimau ? Yang menjadi persoalan satu lagi siapakah Mahaguru Wali Sirat Adam seorang pertapa di tanah Jawa yang diceritakan Tok Ki sebagai Guru kepada 7 beradik Daeng pahlawan Bugis yang terkenal itu termasuk Daeng Ambok Solok.

Sekiranya ada  yang boleh menceritakan siapakah sebenarnya Mahaguru Wali Sirat Adam saya pohonkan pencerahan…Adakah Tok Ki yang berketurunan Bugis ini adalah  rakan seperguruan Arwah Dato Meor Abd Rahman suatu ketika dulu…

wallahualam.

_____________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com

Advertisements

Responses

  1. Salam,
    Memang dalam silat seni gayong seni yoi merupakan seni tangan kosong yang lebih advance kerana ianya menggunakan pendekatan yg lebih efektif dan realistik. Cuma anak2 gayong hanya berkesempatan belajar seni yoi ini pada peringkat asasnya iaitu tapak yoi…..sedangkan seni yoi terbahagi kpd 2 pecahan, tapak yoi dan buah yoi…..gabungan kedua2nya barulah dikatakan sebagai seni yoi……….itulah kefahaman saya tentang seni yoi yg dipelajari dai Ayahanda Amin Hamzah….Wallahua’lam

    • Wmslm,
      Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Abang Azizan yang layak digelar Guru bagi orang seperti saya. Saya merasa amat bangga kerana mendapat komentar yang amat bermakna dari seorang Gurulatih yang amat disegani ramai ini.

      Saya amat bersetuju dengan pandangan Cikgu… Memang kebanyakkan anak Gayong sekarang hanya mempelajari Tapak Yoi hanya segelintir sahaja yang berpeluang mempelajari Buah Yoi. Itu pun Tapak Yoi bukan semua habis dipelajari.

      Sesungguhnya Cikgu amat bertuah mendapat asuhan dan didikan dari Ayahanda Amin Hamzah…Bila la saya dapat berguru dengan cikgu pulak.. Insya Allah ada masa saya akan jadi murid cikgu pula.

      Sekali lagi terima kasih diucapkan kerana sudi melayari blog hamba yang tak seberapa ini.

  2. Kadang-kadang, dalam pembelajaran Seni Gayong, apa yang diperlukan oleh seorang murid adalah kunci kepada rahsia. Kerana mereka sebenarnya sudah belajar rahsia itu, cumanya terlalu bebal dan buta dengan apa yang sudah ada pada diri. Malas mencari apa yang ada pada diri kerana terlalu sibuk mencari apa yang ada pada orang lain.

    • Memang betul saudara Sir Pok Deng…
      Pasal itu kita kena berguru dengan guru yang sebenar. Dalam Gayong memang banyak seni rahsianya. Masalahnya belajar sekerat jalan lepas itu mengatakan Ilmu Gayong tak da apa. Setiap Rahsia atas Rahsia. Bergurulah dengan guru yang mendapat direct tunjuk ajar ADMAR Insya Allah kita akan mendapat rahsianya.

  3. Assalamualaikum.. boleh hamba bertanya siapakah orang tua ini dan dimana boleh kami berjumpanya?

    Nampaknya pemilik blog ini juga adalah seorang guru sekolah. Betulkan? Jika tiada keberatan,di manakah tempat mengajar tuan hamba?

    • Wmslm..Pendekar Tua ini tinggal di Pekan pahang. Insya Allah saya akan cuba memujuknya untuk menceritakan perihal sebenar siapa dirinya.Mengikut Ayahanda hamba Tok Ki ini dia kenali pada 1969 ketika itu negara kita di dalam Darurat ekoran peristiwa 13 Mei. Semua cina takut padanya.

      Dulu memang saya seorang Guru bermula 2010 tidak lagi kerana menjalankan urusan perniagaan Training & Consultancy.Saya sentiasa berulang alik dari Kelantan Ke Pahang kerana Isteri saya seorang Ustazah di sana. Insya Allah ada rezeki dapat kita bersua muka.

  4. salam….. minat di hati terlalu tinggi nak belajar… tapi tak berkesempatan…. mesti jer ade halangan.. xtau nape…mungkin allah tak izinkan lagi kot…

    • Insya Allah kita sama-sama doakan agar impian saudara lepat tercapai..Lepat duk kat area mana. carilah gelanggang terdekat insya Allah hendak seribu daya.

  5. Saya tinggal di Kuantan. Saya orang yang tersangat muda dalam bergayong. Tak kenal guru-guru tua kerana tak pernah nak mencari, hanya mengikut-ngikut sahaja yang orang tunjuk. Baru nak mula memahami.

    Post ini sangat menarik perhatian saya. Agaknya adakah Tok Ki ini mudah menerima tetamu? Kerana jika berkesempatan teringin rasanya untuk bertemu guru tua begini.

    • Insya Allah Nanti bila saya ke Kuantan kita sama-sama bertandang ke rumah Tok Ki.

      Wahai pendekar Gelojak Jiwa..
      Muda bukan sebarang Muda,
      Muda Umur Tua Rahsia,
      Muda bukan sebarang Muda,
      Muda penuh ilmu di dada.

  6. InsyaAllah,jika ada rezeki saya pun ingin bertemu
    dengan tuan hamba.

    Macam yang saya beritahu,saya orang yang tersangat muda dalam bergayong, tidak mengerti erti bergayong seperti tuan hamba. Segan rasanya dengan tuan hamba.

    Namun Kecik Tapak Tangan, Nyiru saya tadahkan..
    Ada rezeki, InsyaAllah..

    • Pendeka Gelojak Jiwa bukan sembarangan,
      Jauh dimata tak lupa pandangan,
      Ilmu Gayong bukanlah hak seorangan,
      Datanglah bertandang kita gabungkan

  7. pertemuan yang menarik…rezeki tuan hamba! jika permainan bukan lagi dikalam…nah itu pakaian tuan hamba…silakan

    • Duhai Adisyahid sahabat budiman
      Selaut kasih segunung sanjungan
      Apalah ilmu yang hamba simpan
      hamba ibarat budak hingusan

  8. indah sungguh pantun tuan
    mendengar pujian terasa segan
    jika tuan bertandang ke kuantan
    semoga rezeki bersama ke pekan

    InsyaAllah..

    • Hamba ke Kuantan ibarat dagang,
      Musafir hamba ke negeri orang,
      Ingin menumpang sahabat dan taulan,
      Moga kekal tali persahabatan.

  9. sy masih menuntut di ipt utara semenanjung.. susah sikit nak keluar.. kenderaan pun xde.. tp insyaalah sy akan cuba mencari guru…

    • patah sayap bertongkat paruh…daka daki ku daki juga

  10. betullah kata guru ambo, kalau jumpa org yg berjinjing@ bermain yoi, maka lawannya ialah tapak 1000… huhuhu.. mmg ngeri benda2 ni..

    • ibnulazim..anak gayong mana. dulu berguru dgn siapa

      • ambo gayong maahad muhammadi lelaki.. batch muda benar.. anak murid cikgu muzairi, cikgu nasir dan abe lan.. huhuhu.. mintak tunjuk ajar.. huhuhu

        • Baguslah macam tu..Tok guru paih hebat-hebat belako tuh. Saya pun orang baru jugok..Cumo bernasib baik dapat mendalami ilmu dengan Cikgu Awang, Cikgu Majid, Abg Bat dan Arwah Abg Zul.. Kiranya sampai sekarang saya sentiasa pulang ke kedah untuk meminta tunjuk ajar dari guru disana. teutamanya Cikgu Awang. Maklumlah Isteri saya orang sana.

  11. Salam, tumpang lalu. Sy pun kat kuantan jugak. Kalu nak gi jumpa Tok Ki jgn lupa ajak saya. Peluang mcm ni bukan selalu jumpa.

    • insya Allah

  12. Salam tuan umah.. anak cucu tumpang menyinggah..

    • wmslm..
      anak dan cucu je.. bawa la saudara yg lain

  13. Salam..

    Kata org alim….awal agama kenal Allah…dan tak keterlaluan jika kita kata…awal Gayong kenal Yoi… kalau ada cerita lanjut dari Tok Ki….paparkanlah.

    Itulah luas dan uniknya ilmu Allah ini….dalam satu ada banyak dan dalam banyak ada satu….bila kita kaji semua ada dalam diri….cuma kena berguru dengan yang sebenar guru…ye tak ?

    • Wmsl..

      Ni yang seronok ni bila mendapat ulasan dari orang lama.

      ….dalam satu ada banyak dan dalam banyak ada satu….bila kita kaji semua ada dalam diri…
      awal Gayong kenal Yoi…Akhir gayong kuasai Yoi betul tak
      A.Aik bila plak nak resend artikel. Iznan Buka email tapi masih tak sampai pun.
      tak pun A.Aik paste kedlm ruangan komen ni nanti iznan edit untuk post kan kedlm blog.

      Terima kasih kerana mengirimkan komen buat pedoman anak murid mu.

  14. Siapakah Amin Ayong ini? boleh saya tahu siapakah orang lama ini?

    Benarkah kenal yoi akan kenal gayong? nampaknya banyak yang saya kena belajar. Saya pun tak pernah belajar yoi.

    Memang setakat yang saya tahu dengan ilmu yang dangkal ini yoi hanyalah melompat-lompat, berjingkit-jingkit. Sebab itu post ini amat menarik minat saya.

    • Amin Ayong ini adalah salah seorang guru saya..

  15. salam tuan tanah,

    cerita guru lama inilah yang kami disini inginkan, ramai diluar sana yang menyimpan kuku harimaunya akibat daripada apa yang diperkatakan itu. Menjauhi pertelingkahan, tiada waris yang sudi dan sebagainya, mereka-mereka ini hanya melihat dan memerhati dari jauh, tetapi kami disini, inginkan guru-guru ini melihat kami dari dekat, membimbing kami, mungkin disatu hari nanti, kita usahakan satu seminar ilmu utk ahli gayong dimana seminar-seminar ini dihadiri oleh guru-guru seperti Tok Ki. Insyaallah….kita usahakan yang mana mampu.

    • Insya Allah saudara pewaris Gayong. Niat yang baik dan usaha murni ini akan diberkati Allah s.w.t

      Keep in touch.

  16. sy pun hanya tau jinjit-jinjit, lompat-lompat n lari-lari. tapi hanya pengenalan jer tak belajar pun.. tp kalau sy sertai kursus yg dianjurkan secara individu blh ker??

    • Itu kena tanya orang lama Gayong lah macam Cikgu Majid, Cikgu Awang, Cikgu Amin, Cikgu Mufti dan lain-lain lagi

  17. Salam hormat saya ucapkan pada guru tuan hamba Cikgu Amin Ayong.. Maaf jika terkasar bahasa, orang muda darah bergelojak,banyak yang perlu tunjuk ajar dari guru-guru sekalian.

  18. Salam,

    Artikel yang baik dan kredit untuk orang2 lama. Cuma dalam mengenal orang lama, saya lebih bimbangkan orang-orang muda. Kerana membawa hati dan mata muda. Orang tua boleh terima, tapi tiada guna.

    Bila ada yg menarik seperti ilmu fizikal batin dan senioriti, semua berminat, cuma pesan saya kepada anak muda, kurangkan bercakap banyakkan gerak.

    Agar Seni Gayong tak mati separuh jalan.

    • Pendekar seorang yang pandai akal bukannya pendek akal

  19. salam ….
    huhu…..
    ketemu kita di suatu ari
    ketemu kita di sini ari…

    wakaka

    • Insya Allah..bertemu tidak jemu dan berpisah tidak gelisah

  20. ARWAH ABG ZUL MANO DEMO BERGURU?

    • Ambo berguru dengan arwah Zulkarnain Awang Daud

  21. mu ada tak ibu gayung yg asli?aku dpt dari org alim kat kelantan bukan dari pendekar

    • Assalamualaikum.. bila nak bertanya seeloknya bagilah salam dulu. malu la ore kelate takda adab. kata dapat ilmu dari ore alim. tapi perangai tok supo ore alim pun..

      Belajarlah berakhlak dengan sebaiknya.

  22. salam saudara han, amboi bejurusnya ore klate…slam la dulu pada tuan umah, mntang-mntang demo tau ibu gayong tak hormat pada anak-anak gayong sini…sedara han jangan ingat orang alim bukan pndekar dan jangan ingat pendekar bukan alim…apa makna ibu gayong yang asli tu, untuk pngetahuan, banyak riwayat ttg ibu gayung dan kalau sama sekali pun maka terdapat perbezaan pada caranya, sekali pun sedara punya IBU GAYUNG ia tak akan sampai kemana kalau anda blm hakikat diri anda dan hakikat ketuhanan…salam maaf dari ambo.

    • Wmslm..buat Baba..Terima kasih kerana sudi memberi nasihat kepada saya dan para pembaca blog ini.

      “jangan ingat orang alim bukan pndekar dan jangan ingat pendekar bukan alim…”

      Sungguh menarik untuk dihayati

  23. assalamualaikum wbt

  24. salam bersalam

    betul tu kata baba syarif

    jadi renungan kita bersama

    saudara han,apa guna ibu gayong kalu x jumpa bapak gayong

    mcmna nak beranak pinak
    mcmna nak bercucu cicit

    mcmna nak rangkai berangkai
    mcmna nak berbadai badai
    musuh tersadai

  25. Assaammualaikum,
    Dah lama saya tunggu kesinambungan perkara ini, mungkinkah ada peluang untuk bertemu dengan Tok Ki.
    Beberapa ketika dahulu saya amat kecewa mendengar cerita dari sahabat saya..beliau menyatakan dari seorang guru utama gayong…yang yoi diajar hanya basic sahaja, yang advance belaiu hanya ajar setakat nie pada seorang sahaja…
    Saya hanya belajar sedikit sahaja asas yoi dan setakat ini saya berpendapat yoi merupakan foot work..spring…direct impact and contact…pull out.
    Kecewa tetap kecewa bila dengar statement sahabat nie..lebih 20 tahun dlm gayong cuma asas yang kita ditunjukkan…
    Lantaran itu saya lebih berminat untuk mencari Yoi saya sendiri disatukan dengan latihan Dim Mak. Klau ada rezeki, mungkin dapat saya temui yoi yang sebenar, selagi manusia bertangan dua berkaki jua dua..permainan dan konsepnya hampir sama.Tiada satu zarahpun mampu bergerak melainkan izinNYa…
    Buat saudara segayongku yang lain..gayong itu hanya terserlah didalam diri jika kita belajar, berfikir lantas menggunakannya semada dlm latihan mahupun aktiviti harian kita.

    Wassalam
    Zahar

    • waalaikummussalam wbt..adakah saudara ni Hairol Azhar Yaacob..

  26. yelah tu nik…partner den.

    • Hebat..orang2 Hebat ni dah tentu byk ilmunya..

  27. Assalammulaikum Cikgu

    Saya menangis dikala membaca rencana ini…
    Terima Kasih Cikgu…

    • Allahuakbar…Hanya yang bergerak dan digerak yang mengetahui gerak…

  28. Seni yoi yang saya pelajari dari guru saya Cikgu NorAzman UPSI terbahagi kepada 2..iaitu permainan tapakyoi, gulungan yoi, pernafasan yoi dan buah yoi…

    melihat pada rencana cikgu..meingatkan saya kepada permainan tapakyoi yang sememangnya..main rapat..ketepatan..ketuk-ketuk dan katok katok..dan dimainkan 4 penjuru mengikut guru saya permainan ini adalah permainan yoi pasak Singapura di bwah Cikgu Husin Kaslan…penerangan cikgu membuatkan saya semakin utuh dan faham permainan ini..terima kasih banyak-banyak…Allahuakbar Allahuakbar..

    • Alhamdulillah…Hanya yang berguru yang mendapat rasa.. hanya yang merasa yang mendapat Rahsia

  29. Alhamdulillah..

  30. Ibu Gayung
    zun num namanya besi
    ro ju hom penama besi
    mata Allah hujung Muhammad

    • assalamualaikum…kalau dijelaskan lagi elok..

  31. Orang belajar ilmu besi ni sayang kat besi terjumpa jarum dah berkarat diminyakkan dan diletak tempat kering tinggi..

    • 😀

  32. persidangan panglima melayu,pendekar melayu,hulubalang melayu dikota gelanggi.hang tuah,hang jebat,mat kilau,dato bahaman serta panglima hitam juga hadir.

    • Elok dibenar diceritakan kepada kami ni tuan

      • Kalau dari Lipis persidangan ini antara wakilnya adalah Tok Osman Gagah..
        Itu orang Kechau bagitau den..
        wAllahua alam..

  33. Hizbul Jan
    Post under ل at 2:21:00 PM Posted by Anak Ulu Cheka
    حذب الجن
    قصمت عليكم يأيها الجن والشياطين
    والإمر الذى فى هذ المكان إن شرف بهن
    بسلام مقداره وله مزر
    الوها ×3
    ألأعجل ×3
    السعئتو ×3

    3 kali 1 hari 1 malam
    ditarikatkan 3 kali setiap malam setiap lepas solat diikuti dengan puasa 7 kali isnin dan 7 kali khamis-rutin harian 3 kali

    • Mohon tuan perjelaskan serba sedikit tentang Hizbul Jan ni 😀

  34. hehehe,pendekar abusyakirin lg mengetahui…..

  35. hehehe,bgus saudara melayu ku sekalian..hamba sungguh bangga dgn kamu kalian kerna pandai bermadah..hidup melayu ku!

  36. salam pada anak jati lipis, saya lihat hizib yang tuan bawakan itu ada banyak kesilapan dari segi kalimah dan huruf…rujuk kembali kpd guru tuan untuk pemebetulan..tq

  37. tq dato..mmg sy xbg yg betul tu dato sagor sb bhaya pd org yg x di ijazahkn lg kerna bimbang mereka mngamal tnpa berguru maka sesat dan silap2 mereka isim.tq dato sagor.hamba menghormati dato sagor,hamba ingin melihat melayu kita serapat2nya saf sbgai melayu&islam

  38. dato sagor,tok uban berada di negeri sembilan ke pd waktu sekarang?

  39. Saya nak tanye bolehkah gayong warisan belajar dgn gayong pusaka?sy ni orrg baru dlm gayong….maaf kalau menggannggu

    • boleh..

  40. salam, maaf saya cuma inginkan pengetahuan..berkaitan asal usul silat.silat gayong..yoi?kalau boleh beri penerangan dan penjelasan.amat dihargai,
    tq

  41. salam,maaf .ada sedikit luahan perasaan yang mengguris hati.apabila saya cuba mempertahankan silat itu sebagai warisan dan pusaka bangsa melayu.ade seorang rakan yang rapat dan berbangsa jawa.mengatakan bahawa, “SILAT DR ORG JAWA TAU X
    ORG JAWA DARI INDON
    PENGASAS YG BETUL
    JGN NK BERLAGAK MCM TU WARISAN MELAYU”
    ape komen anda tentang ini.apa yang harus saya terangkan kepada individu tersebut.
    tq


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: