Posted by: abusyakirin | 27 Februari 2010

“Sundang Lipas” dari pandangan Guru Hamba : Pendita Mufti Ansari.

aksi Mahaguru bersama sundang lipas dan keris

Sundang Lipas adalah senjata pahlawan Bugis..orang bugis bermakna orang Laut,pandai belayar dan suka berlayar..maka senjata yang sering dibawa adala sundang yang serba kegunaan didalam kapalnya..kedudukan dibelakang penguna menyebabkan pahlawan tersebut boleh menjalankan kerja harian diatas kapal tampa gangguan pergerakannya..seperti memanjat tali layar atau sebaginya..

Senjata ini digunakan untuk menyerang dalam sebarang keadaan..senjata ini tidak belaga bila bertempur tidak seperti permainan parang atau pedang..teknik permainan ini kena bergerak pantas..menyababkan sentaja ini tidak akan belaga apabila diserang atau menyerang musuh.

Dalam gayong tak semua gurulatih yang dapat permainan ini kerana dianggap senjata tertinggi..selain daripada seni sundang lipas satu senjata yang masih sebahagian jurulatih tua miliki adalah seni “Serampang” sama ada Serampang Laut atau Serampang Barat..permainan ini dianggap gerun dalam segala permainan senjata..kelebihan senjata ini dapat melakukan serang musuh yang ramai..lagi ramai adalah lagi baik..dan bayak lagi senjata kuno yang belum lagi terungkap oleh persilatan sekarang yang manjadi rahsia dalam Ilmu Persilatan kita….

Pendita Mufti Ansari@ Golok Saka Cula Sakti Perguruan Pencak Golok Melayu

MADAH PENDITA UNTUK DIRENUNGI BERSAMA

“Kata Pendita bukan nya maki, hanya ingatkan yang dah lali, langkah jurus hati penganti diri”

Sekian lama berada dikota, kerja tidak berdiri, badan pun naik lali, lemah lesa sepanjang hari, sakit sireh berganti hari, jiwa ibaratkan mati, bersilat jauh sekali, bercerita hebat sampai lupa diri, ada yang sedar tak sampai didaki, beladiri asing disanjung tinggi, ayah ibu tidak memiliki, anak bangsa disuruh pergi, walaupun tahu hilang harga diri, warisan bangsa tidak lagi dimiliki.

Ada pendekar sentiasa minta dipuji, kata pendita tidak dituruti, hanya menghambat janji yang belum pasti, jadikan persilat sebagai titi, lupa sumpah dan janji pertiwi.

Tiada seri bertatahkan seni, tiada cogan bertiangkan agama bersendikan adat, saban hari meniti hari ibarat pintu dipaku besi.

Bangan lah si pendekar dan serikandi, genggam semangat waja diri, berganding diri bersatu erti, gendang perang sekali berbunyi, berarak masak di Wangseri yang sudah lama keramat menanti, sembahkan ufti yang ampunya seni.

Anak bangsa tak satu hati, lupa erti dan lupa diri, gejala sial tanam dihati, dari hidup dibunuh mati agak tidak tukar ganti,

Kecewa hati tiada diubati, bebekalkan seni merantau jauh membawa hati untuk dibeli, hidup senang bersandarkan ufti, yang mati hidup kembali, walaupun keras lembut dihati, dari bertatih dah pandai berlari,

Tak serupa malam dan juga hari, langkah diteruskan tak henti-henti,
Amanat guru tak boleh dicurangi, agar seri diwajah diri,

Hantaran ufti sebagai ganti, walaupun tari sudah dimiliki,
Besi tetap besi, yang hilang perlu dicari, yang ghaib kekal abadi,
Yang pimjam tetap dipulangi, walaupun jauh ditantar pergi,
agar mati kekal abadi.

Setelah jauh membawa diri, pulang hajat membawa erti, tiang seri rebah kebumi, pintu tetap dipaku besi, karat besi sudah sebati, bangsa layu berdiri, tiada lagi warisan dimiliki,

Tujuan seri tiada erti, gabungan pencak disalah erti, petualang bangsa tegak bediri, menjadi murid sebagai titi, walau pun maruah digadai diri, asal dapat hajat dihati.

Berebut sudah taming sari, wajah tidak menampak seri, hilang segala darjat digeruni, tiada lagi wajar sari untuk jenarasi ibu pertiwi.

Parah sudah pukulan besi, cuba bangkit berkali-kali, tak cukup semangat berani, jangan cuba tongkat berdiri,

Besi ditempa sang raja wali,
semangat besi diseru kini,
yang pipih diisi kembali,
yang karat bersinar mentari,

Langkah diatur berhati-hati,
agar tak jatuh teguh berdiri,
menari lenggok simayang sari,
irama gendang tak sama bunyi.

Pendita besi tetap di isi,
besi kuning tetap dimiliki,
tiada lagi ditawar ufti,
saka cula sakti dighaib kini,

Selamat tinggal wahai pertiwi,
sang belantara sedang menanti,
tak tampak jasad berhati seri,
menjadi sahabat kekal abadi,

Golak ditempa sipendita sakti,
Besi kuning sebagai ufti,
Golok Saka Cula Sakti,
Sinarnya pancar sukar dierti.

Sumber : komen Master Mufti di blog Gayong France dan keriswarisan.com.

_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com


Responses

  1. Salam. Saya mencari info tentang sundang 3 beradej. Dulu pernah keluar surat khabar…satu di pahang.. saty di Johor dan satu dipercayai di perak. Jika ada yg mencari… di perak ada dgn keluarga saya. Semoga dapat mengikat silaturrahim kembali.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: