Posted by: abusyakirin | 2 Mac 2010

Nasihat buat seluruh Anak Gayong

Panglima Hitam Cula Sakti dan Pengarah Gurulatih Gayong Malaysia dan Antarabangsa (Serantau)

PESAN PENDITA MUFTI ANSARI

Ada pendekar minta dipuji,

Pesan pendita tidak diikuti,

Pesilat bangsa dibuat titi,

Menghambat janji yang belum pasti,

Hilang jiwa dan harga diri,

Asalkan tercapai hajat dihati,

Kata-kata pendita ini untuk orang gila politik yang telah mengunakan persatuan atau kumpulan anak silat untuk kepentingan diri dan kuasa mereka, pada mulanya sebelun jadi pemimpin kita, mereka telah berjanji dengan guru kita, berbagai janji, tapi telah jadi orang besar kerajaan…haprak..hancur ..malah telah jadi musuh anak-anak silat dari segi zahirnya.

Kita ini orang silat tak perlu orang kaya, orang besar dalam kerajan, orang politik…kumpulan kita ini hanya perlu orang jujur seperti pak guru kita atau ketua diantara kita..biar kita kumpulan kecil tapi berguna kepada bangsa dan negara kita..terutama memperjuangkan seni warisan…yang tak pernah kenal apa ertinya DERHAKA….yang Derhaka sekarang adalah orang politik..bukan orang silat..orang silat kalau derhaka pada Sultan dulu kala dah lama dipenggal kepala..

Orang politik sekarang baik kerajaan mahu pun pembangkang semuanya menderhaka sesama sendiri…berarak sana-sini katakan orang melayu derhaka pada Sultan..orang cina tengok aja kebodohan bangsa melayu..mereka nak sebut perkataan Derhaka pun tak reti..ada yang sebut “derhaka” tu “celaka…”

Kita orang Silat tak payah nak berarak sebut “Daulat Tuanku ditepi jalanan”…sebab kita tak pernah derhaka..selagi Sultan ditabalkan menjulang keris, orang silat tetap dibelakang Baginda Sultan-Sultan selurah negara.

Keris ditempa pendita sakti,
Besi kuning disisi sekali,
Terhunus keris taning Sari,
Sinarnya pancar sukar dierti.

Guru saya kata orang dulu sangat hormati Sultan, kerap pendekar atau kumpulan silat dipanggil mengadap Sultan untuk bertanyakan kabar..tapi orang sekarang dah manpak keliru…kerana dikelirukan oleh orang-orang hamba politik…ada sekejap pemuda melayu berani menjulang keris..tapi beraninya kejap sangat dah jadi takut…minta maaf satu dunia, macam mana nak memperjuangkan seni warisan bangsa berRaja..kena bentis Kapitan dah takut…orang silat kata “la…! rupanya kita harap pemuda melayu tu boleh melangkah jurus pelebat…lambangnya gambar keris.. tapi dah tersembab…tak sempat nak menepis pukulan kuntau cina”…tak habis berguru dengan Datuknya…..Datuknya dulu hebat semuanya orang silat sanjung….lebih-lebih lagi bila pakai baju silat…Beliau lah yang berani buka pintu istana.. ajak orang silat menjunjung Duli untuk merafak sembah pendekar..,

Orang Silat dah lama tunggu mungkin ada orang politik yang bersemangat pendekar memberi laluan kepada seluruh orang silat yang  bersatupadu dengan sumpah semerah bara yang digenggam mengadap dan membawa tepak sireh untuk dijamah Baginda Sultan. serta adat menjunjung kasih mencemar Duli turun kegelanggang untuk melihat ketaatan orang silat.

Keris Seri Cula sangat digeruni,

Sentiasa dibawa Tok Penanda,

Titah Baginda sentiasa dijunjungi,

Setiap pendahaka tetap disula.

Sumber : Keris warisan.com

_________________________________________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com


Responses

  1. sebut golok teringat akan mengijang. dulu pernah belajar golok dari cikgu khairul azam dan cikgu faiz di UPSI tapi tak sempat khatam pun. hehe..

    • yang sedikit tu yang mahal dan berbisa..

  2. manis benar tuan rumah berkata-kata. Yang sedikit itulah yang menjadikan tiada apa-apa pada saya. Belajar sekerat jalan sahaja.

    • SEDIKIT BELAJAR BANYAK YANG DAPAT


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: