Posted by: abusyakirin | 3 Mac 2010

Mandi Seni diragui

Arwah Mahaguru dalam satu Istiadat GayongKelihatan ADMAR semasa salah satu Istiadat Gayong

Ana nak tanya anta…mandi seni ni bukan termasuk khurafat atau bidaah ke?

Yelahkan aku tengok macam mandi bunga je aku tengok..ujar sahabat saya.

Ini adalah soalan popular yang selalu saya terima dari sahabat yang kebanyakkannya berlatar belakangkan pengajian Islam..siap di minta lagi mana nas yang menghalalkannya. Saya bukanlah layak untuk memberikan jawapan ataupun fatwa berhubung perkara ini..

MERUJUK  HADIS

Namun dengan serba sedikit ilmu yang saya ada dalam pengajian Hadis dari Maulana Asri Yusof ( Darul Kausar ) Maulana Shaari Mustaffa (Darul Sunnah Pasir Pekan), Maulana Fadzilul Hakimi ( Nikmatillah ) dan beberapa orang lagi.Saya yakin Mandi Seni yang dijalankan oleh guru saya Cikgu Tn Hj Awang Daud adalah tidak salah.Tambahan pula selama beliau berada di Kelantan, beliau mengambil kesempatan untuk meminta pandangan dan fatwa daripada Dato Tn. Guru Hj Nik Abd Aziz b Nik Mat mengenai amalan dan adat istiadat dalam Silat Seni Gayong yang diwarisi dan diamalkan oleh beliau selama ini.

Sememangnya Tok Guru ada membetulkan beberapa amalan yang dianggap tidak betul..Dek kerana ingin memperbetulkan beberapa amalan dan adat istiadat inilah beliau telah dipandang serong oleh segelintir orang lama Gayong di Kedah..Alhamdulillah beliau tetap berpegang dengan panduan oleh Tok Guru..beliau berkata

Adat boleh diubah..Syariat tidak boleh di ubah

MANDI BUNGA ADALAH HALAL

Penjelasan oleh Maulana Asri Yusof

Rumusannya, amalan mandi untuk kesihatan fizikal dengan semata-mata memanfaatkan khasiat limau, bunga dan daun tertentu tidaklah menjadi masalah. Meskipun begitu, apabila disertakan dengan kepercayaan atau amalan yang tidak selaras dengan ajaran al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih, amalan Mandi Bunga dapat bertukar menjadi perbuatan bid‘ah dan khurafat yang boleh membawa kepada syirik. Islam mengajar penganutnya bahawa tidak ada sial atau tuah pada masa-masa tertentu, serta tidak akan ada pula manfaat, mudarat dan karut-marut berkaitan dengan amalan tertentu. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, yang maksudnya:

“Tidak ada penyakit yang berjangkit, tidak ada larangan atau pantang pada bulan Safar dan tidak ada kecelakaan yang ditandai oleh suara burung malam”.

Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya – hadis no: 5278 (Kitab al-Tibb)

Sebaiknya bagi kita golongan baru Gayong yang hidup di zaman sains ini, elok benarlah kiranya jika kita dapat menerangkan penggunaan bunga dan limau secara saintifik, bagi mengelakkan salah faham terutamanya dalam bab akidah dan ibadah.

Untuk Bacaan Tambahan :

http://chulahitam.blogspot.com/2009/09/bunga-warna-dan-aura-1.html


© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com

Advertisements

Responses

  1. Sejujurnya, saya pernah mempunyai prejudis terhadap mandi tapak dan mandi seni. Prejudis itu bukan terhadap bida’ah atau tidak bida’ah istiadat tersebut. Tetapi lebih kepada prejudis terhadap “isi” di sebalik istiadat tersebut. Saya pernah khuatir jika istiadat-istiadat ini ada “memasukkan” jin ke dalam pesilat Gayong, sebagai “penjaga” atau “pemudah pembelajaran Silat”.

    Kekhuatiran tersebut, walaupun sudah semakin pudar kini, tetapi masih lagi terngiang-ngiang di lubuk fikiran saya. Ini disebabkan sehingga kini, saya masih tidak tahu secara halus apa yang dibacakan/didoakan oleh guru semasa istiadat tersebut.

    Ada orang memperlekehkan soalan saya, alasannya “rahsia”. Tidak mahu memberi jawapan atas dasar menjaga amanah dan adat. Dan ada juga yang tidak tahu menahu tetapi tetap mahu kelihatan “tahu belaka”.

    Saya tetap diperlimaukan; tapak dan disusuli dengan seni.

    Justeru, saya harap saudara seGayong saya, Abusyakirin, dapat menerangkan natijah sebenar mandi tapak dan seni.

    Adat, saya pegang. Jika sekiranya adat itu salah di sisi syarak, saya ketepikan.

    • Guru saya pernah berkata Gayong dulu memang ada unsur-unsur khurafat kerana kefahaman ISLAM masih lemah ketika itu..Arwah Cikgu Razali Salleh Pemegang Amanah II dulu pernah berselisih faham dengan ADMAR dalam bab yang berkaitan dengan AKIDAH. Saudara perlu faham keadaan pemahaman ISLAM dulu dan sekarang banyak bezanya.

      Komen saya ini menjurus kepada Mandi Seni berdasarkan pengalaman saya sendiri yang bertemu, bertanya dan mengalaminya sendiri. Suka saya katakan saya tidak dimandikan Seni oleh Cikgu Tn Hj Awang Daud. Siapa yang mandikan saya biarlah ia menjadi sejarah saya dan rakan-rakan.

      Guru saya pernah menceritakan kepada saya bahawa di masa dulu selepas Mandi Seni pesilat diberikan senjata tajam sebilah seorang dan masing-masing tetak,tikam.hiris dan sebagainya antara satu sama lain untuk uji kekebalan. Maklumlah lepas mandi seni baru boleh belajar senjata.Macam mana nak main senjata kalau takut kepada luka. Bila dah ada unsur kekebalan baru semangat dan keyakinan akan ada. Lagi satu Mandi Seni dulu ada diminta disediakan benang 7 warna ( mewakili 7 pancaindera ) untuk dijadikan tangkal. Benang itu mesti diukur sama tinggi dengan empunya diri dan ukuran ini dijadikan bengkung. Kalau di ukur mengikut ukuran dari jari ke siku ianya akan dipakai di dada seakan-akan memakai sandang.

      Saya pernah bertanya pada salah seorang guru Gayong yang terkenal ( elok rasanya saya rahsiakan namanya ) bila nak guna benang 7 warna itu. Beliau menyuruh saya pakai bukan setakat didalam gelanggang ketika berlatih bahkan pakai walau kemana-mana pun.. Insya Allah kalau sesuatu berlaku kepada kita jadi macam kebal…Walau apapun ayat-ayat yang dibaca semasa Mandi Tapak / Seni semuanya ayat AL-Quran.

      Saya sempat mengenali istiadat Mandi Tapak dan Seni ini baik di pasca dulu dan kini. Bagi saya sekarang sudah tiada lagi unsur-unsur khurafat..dan jika ada pun sedikit sebanyak ianya semakin terhakis. Sama juga dengan amalan tradisi masyarakat melayu yang lain seperti puja pantai, lenggang perut dan sebagainya, semuanya dah semakin terhakis. Masyarakat sekarang sudah CELIK ISLAM. Saya memang jenis orang yang suka bertanya dan tidak menerima sesuatu secara mudah. Siap satu pasti ada alasanya. Alhamdulillah guru saya memberikan jawapan yang jujur. Ada jawapan yang saya boleh terima dan ada jawapan yang saya keliru saya akan merujuk kepada alim ulamak untuk mendapatkan kepastiannya..

      Bagi saya Mandi Seni sekarang adalah sekadar mengekalkan adat istiadat orang melayu dahulu kala.. Sekadar ini saja yang mampu saya nukilkan buat saudara. kepada pembaca yang lain jika ada maklumat bolehlah di kongsikan di ruangan komen ini.

      wallahualam

  2. Orang Melayu kita suka kekalkan adat dan cara hidup yang khurafat kerana kurangnya ilmu agama. Teringat cerita guruku mengenai amalan bertapa pesilat gayong dahulukala telah digantikan dengan 70rb Surah Al-Ikhlas setelah golongan tasauf dan agama terlibat dalam Silat Gayong ini.

    • terima kasih kerana berkongsi maklumat ni..ni kali pertama saya mendengar cerita yang berkaitan dengan amalan 70ribu surah al-Ikhlas

  3. Pernah seorang rakan saya dulu(perguruan lain) pergi bertapa ke sebuah gua di pahang selama 3 hari 3 malam berbekalkan 2 kepal beras di kiri dan kanan tangannya. Memang banyak ujian yang berlaku ketika bertapa itu namun dia berjaya lalui juga.
    Maka diapun diberi amalan-amalan berkaitan ilmu kebatinan. Begitu juga amalan 70rb Surah Al-Ikhlas, apabila tamat,kita diijazahkan kemudian guru-guru kita akan beri amalan berkaitan kebatinan. Mengapa begitu, saya pun tak tau sebab tak pernah tamat pun. hehe..
    Bukan nak kata sama, tapi bukan ke nampak macam sama, cuma kedatangan islam telah mengubah perkara khurafat kepada cara yang lebih menepati syarak.
    mengenai niat ikhlas ke tidak ketika berzikir tu, itu dah jadi perkara seterusnya. wallahualam

    • Pandangan yang jujur dan bermakna…namun eloknya komen ini di jawab oleh orang yang lebih senior..maklumlah pengalaman bergayong saya bermula 1987 namun penglibata secara serius sejak 1990… Masih ramai lagi orang lama yang layak untuk menjelaskannya. Wallahualam

  4. Salam semua,

    Amalan2 seperti bertapa, berpuasa (pati geni), amalan Qulhu 70 ribu(tanpa putus) dsb nya sebenarnya adalah sebagai penebus diri sebelum GURU menijazahkan amalan2 kebatinan yang hebat2. Kenapa perlu lakukan semua itu? Semuanya adalah kerana utk memastikan murid2 tersebut benar2 berkeinginan terhadap ilmu tersebut, menghargainya, jiwa dan keyakinan yg benar2 utuh (kalau tidak akan makan diri kerana tiada kekuatan jiwa)………dan semestinya banyak lagi rahsia yg tersembunyi.

    • Terima Kasih kekanda Azizan kerana menjelaskan tentang amalan kebatinan ni… Alhamdulillah semoga pandangan ini sedikit sebanyak dapat membuka minda dan menambahkan kefahaman kepada anak gayong, khasnya diri saya ini.. syukran jazilan.

  5. terima kasih cikgu azizan. Banyak ilmu yang saya dapat dari cikgu. Saya ni jenis yang tahu sekerat saja,main dengar-dengar aje. Maklumlah Orang muda. 🙂

  6. seperti di rancang, persoalan mandi seni ini di perkatakan. Kami di Perak juga mengalami masalah pandangan pesilat gayong sendiri mengenai perkara ini. Sebenarnya perkara ini telah di bawa kepada jabatan Agama Islam sekitar tahun 90an dahulu, dimana semua pertubuhan silat dikehendaki menerangkan secara terperinci mengenai adat ini termasuklah gayong (perjumpaan yang tidak dicanangkan kpd orang ramai, sebabnya wallahhualam). Alhamdullillah, Jabatan Agama Islam mempersetujui bahawa didalam Gayong, tiada unsur khurafat dijumpai semasa perlimau tapak/seni. Cumanya pembawaan setiap guru itulah yang akan menjadikan sesuatu upacara perlimau tapak mengikut syariat Islam ataupun tidak. Kebijaksanaan itu penting utk memilih guru.

    • Insya Allah kita generasi terkini Persilatan Seni Gayong akan cuba sedaya upaya mengekalkan adat istiadat dan menerapkan kefahaman ISLAM buat seluruh ahli Gayong. Kalau boleh digubalkan satu silibus yang menerangkan perspektif Silat dan adat istiadat menurut ISLAM. Adakan USRAH/KULIAH bulanan untuk meningkatkan sahsiah ahli Gayong. Kuatkan Biro Agama dalam persatuan kita. Insya Allah ada keberkatannya.

  7. TIDAK ADA UNSUR KHURAFAT.SETIAP BACAAN AYAT YG DI BERI ITU ADA FUNGSI TERSENDIRI.RAHSIA AYAT AL QURAN ADALAH RAHSIA TUBUH MANUSIA SENDIRI,JGN LAH MENGHUKUM DENGAN ILMU YG DANGKAL

  8. Saya ada belajar ilmu besi Khursani .

  9. assalammualaikum..byak bnda yg saya baca tentang perlimau.tujuan saya adalah untuk membuat kajian tentang adat di dalam sei silat gayong…menarik sekali

  10. Apabila seorang pesilat Seni Gayong luka sebab bermain senjata selalunya gurunya akan ditanya soalan dia sudah diperlimau senikah? Kalau belum selalunya guru itu akan disalahkan. Perlimau seni adalah macam lesen untuk belajar ilmu senjata itu. Dari segi itu saya setuju. Tetapi pernah kedengaran seperti ada yang berkata “Dia luka sebab tak diperlimau seni” tu kiranya apa pula.. Betul ke pesilat diperlimau seni tidak akan menemui kemalangan semasa bermain senjata.. Sekian..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: