Posted by: abusyakirin | 6 Mac 2010

Pernafasan dan Tenaga Melayu.

Dahulu lain sekarang lain. Dahulu mundur, sekarang moden. Tapi dahulu orang Melayu berjiwa besar, mempunyai kecekalan yang tinggi dan tidak mudah tunduk kepada musuh. Melayu zaman sekarang? Entahlah! Tidak dinafikan masih ada yang menjiwa resam silat Melayu, gaya dan bunga penuh makna serta mempelajari penjagaan diri yang hebat. Tetapi berapa ramaikah bilangan mereka?

Dengan berbekalkan sumber serba kurang, ye la.. setakat keris, tombak dan badik ditangan, pahlawan Melayu dahulu dianggap yang terbaik di dalam mewujudkan variasi sejarah kepahlawanan Melayu. Bukan setakat itu, malah tidak cukup dengan hanya menghunus keris ditangan, jikalau dada tidak penuh dengan ilmu kepahlawanan.

Pesan tok guru saya, perkara yang paling asas ialah penjagaan diri. Topik ini meluas dan boleh diertikan bermacam-macam. Penjagaan diri yang diajar tok guru saya lebih menjurus kepada kekuatan jasad dan rohani serta spritual. Jika dilihat dari kesinambungan ajaran bangsa selain Melayu seperti Jepun, Cina atau India, matlamatnya hampir serupa. Cuma kaedah atau teknik serta konsep atau niat dan penguasaan teknik yang berbeza.

Contohnya seperti perubatan Cina dan Jepun dalam kaedah perubatan Akupuntur, kaedah merawat pesakit dalam mengetahui bahagian organ yang mempunyai masalah dilakukan oleh perawat dengan cara memegang nadi pesakit dan mengira denyutan serta berhubungan melalui ‘chi’ atau aliran tenaga antara kedua mereka. Jarum yang dicucuk pada titik tertentu meransang pengeluaran dan cas elektrik atau impul tenaga yang dialir melalui saluran darah.

Berbeza sedikit dengan kaedah perubatan Melayu yang diajar tok guru saya. Konsep yang seakan sama tetapi amat berbeza penggunaan aspek dan eleman semasa serta pengolahan ‘cakra’ atau tenaga dalaman yang lahir dari dalam badan manusia, yang sememangnya telah dicipta terbaik oleh Allah. Cuma ilmu sahaja yang membezakan kaedah berbeza antara satu sama lain di dalam menguasai ilmu penjagaan dan pernafasan dalaman. Dengan dibantu niat suci kerana Allah, matlamat yang dibenarkan hukum agama Islam, serta kaedah yang betul, barulah ilmu serta doa yang dipelajari serta diamalkan menjadi unggul dan berhasil ketika diperlukan. Penghayatan dan kaedah Islam inilah yang membezakan anatara MElayu dan bangsa lain.

Tidak hairanlah jikalau ada orang melihat satu elemen yang berjasad dan saling perlu memerlukan antara satu sama lain. Seperti contoh air di dalam gelas kaca. Air memerlukan gelas untuk menampung keperluan air berada di dalam gelas. Tetapi akan menjadi hairan dan ajaib, jikalau ada jasad lain yang dilihat bergerak atau seakan berdiri sendiri tanpa dibantu elemen jasad lain yang nampak dimata. Mungkin jasad tersebut ghaib atau tidak kelihatan pada pandangan mata.

Artikel oleh :  anak waris

______________________________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com

Advertisements

Responses

  1. salam……..ni hakim………


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: