Posted by: abusyakirin | 8 Mac 2010

Kejayaan Sebenar

Terkenangkan Saat Menerima Amanah Sandang Khalifah Muda

Semasa mula berGayong, kita mengukur kejayaan diri pada bertambahnya tahap bengkung dan Cula yang kita dapat. Lebih banyak cula dan tinggi bengkung, terasa diri meningkat menjadi lebih baik dari semalam.

Bagi yang lebih mendalam, kejayaan diri diukur pada sejauh mana pengetahuan Ilmu Gayong itu berjaya menjadi amalan dan pakaian Diri. Bagaimana bertambahnya pengetahuan, menambah amal di jalan kebaikan. Pertambahan amal itu menjadikan kita lebih baik dari semalam.

Namun dengan bertambahnya usia, apabila kita bukan lagi seorang individu, kejayaan pengetahuan dan amal menjadi kecil tidak bererti. Jika selama masa yang lalu, kita adalah individu yang mengukur kejayaan pada apa yang dicapai oleh peribadi, kini ukuran itu sudah tidak bermakna.

Setiap kita, mengukur kejayaan pada sejauh mana kejayaan peribadi dapat dipindahkan kepada insan tersayang. Jika seumur hidup kita menjadi anak tersayang, pelajar cemerlang, kawan terbilang, kini… mampukah semua ini memberi bekas pada isteri, suami dan anak-anak juga sahabat?

Kita membuang segala penghargaan dunia kepada kejayaan diri, jika kejayaan itu hanya pada sebuah peribadi. Pada insan yang telah berumahtangga dan berkeluarga, kejayaan hakikinya adalah pada keupayaan diri untuk membawa orang lain berjaya sama. Membawa isteri, membawa suami, dan anak-anak untuk cemerlang sama.

Inilah perasaan seorang Gurulatih, semasa melihat perkembangan anak muridnya pada Asas dan Tapak Gayong hariannya. Pada Pukulan dan Kuncian. Pada Elakkan, serangan dan keperibadiannya. Bahawa padamulah anak muridku, erti kejayaan hidup dan matiku…

Maka saudara-saudaraku,

Semasa masih di gelanggang bertuah, belajarlah untuk berkongsi kejayaan dengan rakan dan taulan. Jika telah terasa manisnya persilatan, sebarkan kemanisan itu dengan menghulurkan tangan pada sebuah dakwah dan bimbingan. Belajarlah mengukur kejayaan diri pada kejayaan membawa orang lain berjaya sama.

Sesungguhnya pengalaman itulah bakal teruji, apabila isteri, suami, anak-anak dan sahabat menanti untuk dibawa… kepada sebuah kejayaan bersama, meniti usia pada menuju hari Tua.

_________________________________________________________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com


Responses

  1. ni cikgu iznan hok duk d binjai ko

    • Bukan binjai tapi Kedai baru hahahaha


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: