Posted by: abusyakirin | 15 April 2010

Fikir-fikirkanlah

Assalamualaikum..

Saya mendapat komen dan cadangan daripada sahabat kita Wan Kancil berkenaan kemantapan Silat Seni Gayong untuk masa yang akan datang.

Di bawah adalah cadangan yang telah di kirimkan kepada saya dan saya merasakan amat sesuai untuk kita anak Gayong menilainya. Harapan saya agar cadangan ini dapat di jadikan visi dan misi bagi seluruh Anak Gayong.

rizuan-wazir@ambankgroup.com
202.162.10.9

2010/04/12 at 5:06am

Aku mengidamkan muzium gayong di bangunkan. Tapak paling sesuai adalah gelenggang AIr Kuning iaitu Tapak rumah ADMAR. Dalamnya kita letakkan sejarah gayong, Lapis – lapis generasi gurulatih gayong awal hingga ke hari ini. Pengaruh gayong pada politik, pemikiran dan budaya dan sebagainya.

Itu angan – anganlah ntah menjadi kenyataan tak taulah pula.W/a
rizuan-wazir@ambankgroup.com

2010/04/15 at 4:54am

syeikh,

Ana ada satu lagi cadangan, iaitu kenapa tidak serantau tubuh sebuah Yayasan. Tujuan penubuhannya,

1. Menjana dana untuk melancarkan lagi operasi pentadbiran serantau melalui peluang – peluang perniagaan yang ada. Contohnya menjual baju silat, lencana, senjata untuk latihan, tempahan team demo untuk pelbagai majlis dan sebagainya.

2. Membantu Gurulatih – gurulatih lama yang banyak berjasa terutama yang mengalami kesulitan dan kesempitan ekonomi.

3. Menyediakan derma kilat bagi ahli yang menghadapi kesulitan seperti kematian, miskin dan sebagainya.

4. Membantu meringankan beban kos perubatan gurulatih lama dan ahli yang memerlukan bantuan kewangan untuk tujuan kos rawatan.

Sumber Dana

Buat permulaan kita memerlukan sedikit dana melalui sumbangan daripada Anak – anak gayong yang sudah berjaya dalam kehidupan.

Kedua, dana boleh diterima dari skim potongan gaji ahli yang bersetuju untuk mencarum

Ketiga, kita usahakan dengan lembaga hasil supaya mendapat status sesiapa yang menderma kepada Yayasan gayong Serantau mendapat pelepasan dari dikenakan cukai pendapatan setakat mana mereka mencarum.—ini kena guna kabel politik.

Keempat, kita boleh minta sumbang bakti dari menteri atau YB – Yb yang menerima sandang kehorman supaya menyumbang sedikit kedalam yayasan.

Dengan ada yayasan, nasib anak gayong yang menjadi ahli mungkin sedikit terbela dan tidak dibiarkan hidup di himpit kemiskinan seperti yang berlaku keatas ramai gurulatih – gurulatih gayong yang lama – lama.

….hanya cadangan…w/a


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: