Posted by: abusyakirin | 23 April 2010

Isi Hati mu..

“Rahsia kehebatan Silat Seni Gayong ini adalah sebahagian daripada apa yang disebut ADMAR ialah

Gayong bergayut kata bersahut,Kera Lutong makan bersama,Kalau Gayong sudah tersauk, Gunung yang tinggi boleh diparas sama!”

saya berbicara bersama sekumpulan anak muda, mengisi masa yang ada.

Cuaca yang sejuk di Taman Negara Pahang Sungai Relau memberikan rasa selesa untuk kami duduk rapat-rapat mengadap unggun api.

“Dan mungkin salah satu daripada kehebatan itu, adalah pada keupayaan Seni Gayong menyerlahkan isi hati kita di gelanggang ini, dan sekembalinya ke gelanggang masing-masing nanti.Renungkan kembali kisah seorang Arab Badwi di zaman Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam,”

Saya cuba menjelaskan pemahaman yang tersurat dan tersirat…

TELADAN SIRAH

Suatu ketika, seorang Arab Badwi datang kepada Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam, beliau beriman dan kemudian mengikut Baginda berhijrah ke Madinah. Di dalam satu peperangan, Baginda memperolehi rampasan harta seorang wanita lalu diberikan kepada Arab Badwi itu.

“Apa ini?” tanya lelaki itu.

“Aku membahagikannya untukmu,” jawab Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

“Bukan untuk ini aku mengikutmu. Apa yang aku inginkan adalah sekiranya aku menjadi sasaran anak panah ke sini – sambil menunjukkan lehernya – lalu aku mati dan masuk Syurga!” jawab lelaki itu.

“Jika kamu jujur, Allah akan membuktikan kejujuranmu!” balas Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Di dalam satu peperangan yang lain, lelaki itu terbunuh.

Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam memeriksanya dan mendapati lelaki itu terbunuh kerana terkena anak panah di tempat yang ditunjuk itu.

“Apakah ini dia orangnya?” tanya Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

“Benar,” jawab para sahabat yang lain.

“Jika kamu benar-benar jujur, Allah akan membuktikan kejujuranmu,” Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam berbicara terhadap lelaki itu.

Lalu Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengkafan lelaki itu dengan jubahnya, meletakkannya, dan mengerjakan solat ke atas jenazah lelaki itu dan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda, “Ya Allah, hamba-Mu ini keluar untuk berhijrah di jalan-Mu lalu dia terbunuh sebagai syahid dan aku menjadi saksi ke atasnya”

Kisah yang dirakamkan dalam riwayat oleh an-Nasa’ie dengan isnad yang sahih.

ISI HATI

Sahabat…

Selama bersilat di gelanggang Gayong ini, tanyalah hatimu dari satu hari ke satu hari, apakah yang engkau dambakan daripada keberadaanmu di gelanggang bertuah ini.

Jika di celah doamu di bawah awan bumi gelanggang persilatan Gayong ini ada sekelumit calar terhadap keikhlasan berjuang dan menjadi pewaris ilmu Allah s.w.t ini, calar itu nanti akan menjadikan engkau pencalar umat sekembalinya kalian ke pangkuan masyarakat.

Justeru ikhlaskanlah hati pada meninggikan cita-citamu dan Allah akan membuktikan keikhlasan hatimu.

Seni Gayong ini penuh barakah.

Setiap perlakuanmu di gelanggang bertuah ini adalah permintaan tentang siapa dirimu, suatu hari nanti…

Yang ku anyam kata,

Yang ku sulam bahasa

__________________________________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com

Advertisements

Responses

  1. salam..lawati blog ana..ansitara.blogspot.com..
    mari kita kenal mengenal dan jalinkan hbungan persahbatan dalam dunia persilatan…salam..

  2. alhamdulillah, sejuuuk hati membacanya…moga kita termasuk golongan yg ikhlas & mukhlis, insyaAllah.

    • Insya Allah…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: