(Aksi oleh Arwah Zulkarnain Awang dan Jebat Abd Majid)
Semalam saya sempat melihat beberapa orang anak murid silat saya datang ke rumah bersama sebilah parang setiap seorang. Bukannya untuk mengamuk atau belajar bermain parang tetapi untuk menebang beberapa pokok bagi dijadikan bangsal tempat berehat selepas bersilat.
Mula-mulanya segan jugak untuk membuka gelanggang persilatan di tempat orang, apatah lagi gelanggang awam, namun di atas semangat Gayong yang ada serta amanah sebagai khalifah yang diterima membuatkan saya memberanikan diri untuk membukanya..Saya bukanlah pandai..pengalaman pun kurang. Sebenarnya murid yang diterima untuk belajar bukanlah ramai cuma 5 orang saja. Setelah diselidiki latar belakang dan solat istikharah sebulan kemudian baru saya setuju menerimanya. Saya utamakan Quality bukan Quantity.
UJIAN BENGKUNG KUNING
Saya melihat kesungguhan mereka menebang pokok dan membuat tempat berehat adalah permulaan yang baik dan ujian terhadap kesungguhan untuk belajar nampaknya lulus. Begitu juga saya dulu semasa untuk mengambil bengkung kuning .
(Bersama Abg Bat di depan Gelanggang Pusat PSSPGM Gurun)
Saya di uji dengan mengali telaga untuk Gelanggang Pusat PSSPGM Gurun oleh Cikgu Majid melalui arahan Abg Bat.Sebelum ini tiada lagi telaga di Gelanggang tersebut. Ketika orang lain yang ingin mengambil bengkung Merah ke bawah sibuk berlatih, saya berpenat lelah menggali telaga dari pagi sampai ke petang..Dalam hati tertanya-tanya bila masa aku akan diajar ilmu parang dan ilmu lembing. Walau hati dan perasaan ku merungut namun aku tetap sabar dan terus menyiapkan tugasan ataupun ujian pertama yang aku tempuhi ini.
Setelah selesai menggali telaga selama 2 hari barulah aku diajar permainan untuk bengkung Kuning. Tempat belajar di asingkan daripada orang lain iaitu di depan rumah Cg Majid di bawah seliaan Abg Bat.Cg Majid dan Cg Awang hanya memerhatikannya dan sentiasa memberi kata-kata semangat buatku. Semasa berlatih memang serius, maklumlah Abg Bat yang mengajar faham-faham sendirilah bagaimana latihan tersebut. Waktu rehat baru dapat berbual mesra dengannya Cg Awang dan Cg Majid.
REZEKI DATANG BERGOLEK
( Bersama Abg Brahim dan Abg Din Beruang- hamba berbaju biru )
Belajar permainan parang saja dah begitu banyak.. cuma yang paling menyeronokkan ialah bila salah seorang gurulatih yang mengajar tersalah memberi buah parang yang dikhaskan hanya untuk Gurulatih Pusat saja. Abg Bat apa lagi marah terus kepada Gurulatih tersebut, namun selepas itu Abg Bat memberitahuku supaya Buah Parang tersebut perlulah dirahsiakan dan jangan diajar kepada orang lain..Hal ini telah dimaklumkan kepada Cg Majid dan dia kata takpe lah dan menganggap aku sebahagian daripada Gurulatih Pusat. Cikgu Awang pulak banyak memberikan petua dan seni elakkan dan serangan. Bagiku Cikgu Awang memang hebat dalam permainan parang kerana kemahiran beliau menyerang dan mengelak cukup sistematik. Biasalah Cikgu Awang ni terkenal dengan “Makan dalam Gerak”
( Permainan Parang Abg Bat dan Arwah Abg Zul banyak dipelajari daripada Cikgu Awang)
Selesai bermain Parang..aku diajar bermain lembing oleh Abg Bat Ilmu lembing ni Cg Awang tak terlibat mengajarnya untuk aku..Susah sungguh untuk menguasai seni permainan lembing. Namun ketika Cg Majid pulang dari membawa kereta sewanya pada waktu itu, dia bertanyakan Abg Bat kenapa gerakan lembing macam itu, lantas dia mengatakan Seninya begini lalu dia membuka bajunya dan terus mengajar permainan lembing. Peluang menyaksikan Cg Majid bermain lembing dengan Abg Bat sangat menyeronokkan dan begitu berharga buat diriku.
Abg Bat sempat berseloroh denganku mengatakan hari ini kita berdua adalah murid..kerana saya pun silap mengajar. Itu adalah sikap yang baik dan patut dicontohi oleh semua gurulatih dimana mudah mengakui kesilapan dan tak malu mengakui kelemahan.
Walaupun dia adalah Guru namun sikap rendah dirinya ketika itu membuatkan aku bangga mempunyai Guru Silat Seni Gayong yang tinggi Ilmu persilatannya bahkan baik akhlaknya dan lembut budi bahasanya.
Sekadar mencoret kenangan, moga ianya tak terpadam dalam ingatan buat tatapan generasi mendatang, kerana kita pewaris Hulubalang.
SIMBAT DI HAYUN, PARANG DI RELANG
LANGKAH PERSILATAN TERSUSUN SEDIA
PANTANG BERUNDUR SIFATNYA HULUBALANG
MAJU MELANGKAH MENEMPUH BAHAYA.
LEMAKNYA NASI BERGULAI UDANG
LEMAK BERBAU SANTAN KELAPA
RELA KU MATI BERPUTIH TULANG
TIDAK KU MAHU BERPUTIH MATA.
________________________________________________________________________________________________
© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.
“Aku Dan Gayong”
http://www.khalifahgayong.wordpress.com
saya pula anak murid seorang aje, itu pun setakat ambil golok dari saya. Yang lain entah..
By: Wan Kancil on 6 Mei 2010
at 9:26 am
Tak pe Wan..saya mendaftar menjadi murid Wan…sudilah terima hamba menjadi murid mu
By: abusyakirin on 6 Mei 2010
at 12:09 pm
Salam..saya kalau berkesempatan dan jika ada rezeki ingin juga berguru dengan cikgu berdua…
By: hazil on 7 Mei 2010
at 4:14 am
Wmslm…ni Hazil mana ye..dari KSSG ke? Insya Allah suatu masa kita akan bertemu
By: abusyakirin on 7 Mei 2010
at 4:35 am
Ya Cg. Nik, dari KSSG… InsyaAllah moga2 diizinkan Allah. Bukannya apa…saya ni jenis org yg tamak ilmu…jadi selagi mampu dengan izinNYa saya akan teruskan.
By: hazil on 7 Mei 2010
at 6:59 am
InsyaAllah…group KSSG semuanya hebat-hebat belaka. Ambo takdok gapo doh..tok cekap mano doh… buah silat pun ingat samar-samar sekarang ni. nampak gayanya kena berlatih balik dengan geng2 KSSG
By: abusyakirin on 7 Mei 2010
at 7:25 am
Mana ada hebat-hebat cikgu…biasa saja… org lama mmg mcm tu cikgu…di mulut je lain, tapi segala apa yg ada dalam diri tu yg penting cuma cara nak korek ilmu tu kena pandai… Cikgu amat dialu-alukan sekali ke KSSG… dan kami pun insyaAllah jika berkesempatan akan ke tempat cikgu nanti.
By: hazil on 7 Mei 2010
at 7:52 am
memang hajat dihati tu teringin sangat nak ke KSSG berjumpa dan berguru di sana barang sepatah selidah…selangkah dua
Pendekar Hazil pernah kedengaran
Jauh dimata tak lupa pandangan
Ilmu Gayong bukanlah Hak seorang
InsyaAlllah bila bertandang kita gabungkan.
By: abusyakirin on 7 Mei 2010
at 7:57 am
Jgn mcm tu cikgu…saya kalu setakat mcm hang kebun tu bolehla…pendekar jauh sekali laa. Tapi yg pasti kita akan berjumpa jua nanti.
By: hazil on 7 Mei 2010
at 8:25 am
gagah perkasa permainan cikgu jebat dan arwah zulkarnain terima kasih nik dengan koleksi gambar yang berharga ini
By: LELOH on 8 Mei 2010
at 6:48 pm
SALAM,SAYA NK TNYELA…SAYA NI BLAJA SILAT HELANG PUTIH TPI BLEH K SYA NK NK BLAJA NGN CIKGU MAEN PARANG DAN LEMBING,,,SERTA SENI YOI
By: amir on 30 Mei 2010
at 7:54 am
Seeloknya saudara belajarlah dari awal silat seni Gayong..belajarlah Tapak Gayong dahulu baru belajar seni Gayong.. Saya rasa tak salah kiranya saudara amir belajar Gayong.
By: abusyakirin on 30 Mei 2010
at 12:51 pm
bertuah demo..
By: serban_hijau on 2 Jun 2010
at 7:45 am
assalamualaikum…. kagum btl sy dgn artikel guru td….. rasa bangga jd ank gayong..:)
By: alaong gayong on 7 Ogos 2010
at 10:25 am
cuti sekolah ni bolela den poe belajar dengan ustaz tu pun kalau ustaz x sudi dan x sibuk..
By: tdpp on 10 November 2010
at 1:08 pm
Cuti sekolah balik kelantan..lepas tu balik kedah..nak pi belajar kat ayah ( Pak Ndak Majid )…ada masa kita jumpa kat Gurun lagi cantik..menghadap Big Bos…hahaha
By: abusyakirin on 10 November 2010
at 1:22 pm
adeh… huhuhu.. Gurun mesti ada kursus kan cuti sekolah ni..
By: tdpp on 11 November 2010
at 12:53 am
rasanya 26 Disember baru start kursus
By: abusyakirin on 11 November 2010
at 1:01 am
cikgu nik nanti senang leh jumpa…nak blaja ngan cikgu nik…..
By: hairul on 10 November 2010
at 1:20 pm
Insya Allah…
1.Asas Parang
2.Elakkan Parang
3.Serangan Parang
4.Gerakkan Parang
5.Buah Parang
6.gerak Bunuh Parang
7.Pentas Parang
By: abusyakirin on 10 November 2010
at 1:26 pm
gambar tu klasik sungguh… 😉
By: BurungBest on 19 Disember 2011
at 3:26 am
Saya nak tahu mane gelanggang Psspgm kat Alor Setar?Dan ade sesiapa tahu tak guru Psspgm kat KUIN(KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH)?
By: Anak Bugis. on 3 Jun 2012
at 11:44 am
Cuba Call no ni Cg Hadrid 017 5960900
By: abusyakirin on 7 Jun 2012
at 1:08 am
Assalamualaikum.. sy anak gayong dr tawau sabah.. psspgm tawau sabah.. admin ada whatsapp atau wechat?
By: Lekior on 29 Oktober 2014
at 4:54 pm
as salam… saya baru belek laman nie… saya berminat nak belajar… masih ade lagi ke…
By: ayen on 8 April 2015
at 10:05 am
Salam alaikum ustz,
walaupun tulisan ni dah brlalu 3 tahun, tp sy x prnah bosan mngulang mmbaca stiap kali singgah d blog ustz,.dn stiap kali mmbaca psti brgenang juga air mata mngenang kan persaudaraan dn silaturrahim dlm Gayong, antara sahabat, guru dn murid,.sgt menarik mndengar kisah2 guru yg sempat brguru d gurun d zaman spt dlm cerita ni,.tp bersyukur jugak sbb sy dpertemukan dlm Gayong melalui Guru yg molek benar pembawakkan nye,.sehingga sy dpt merasa silaturrahim dlm Gayong spt yg ustz kisahkan dlm catatan ini,.secara xlangsung dpt jugak mngenali Ustz Nik sndri,.beruntung plak rase,. :D,trime kasih ustz
By: Faqir_At-TamarluHi (@amerol_amer) on 14 April 2015
at 6:48 am