Posted by: abusyakirin | 9 Mei 2010

Tak kenal maka tak tahu, bila tahu fikirlah oleh mu

Saya banyak mendapat respon daripada beberapa orang pengujung blog ini berkaitan dengan post yang bertajuk Berguru dengan Wali Allah… ada yang setuju dengan saya dan ada pula yang menyangkal mengatakan saya tak memahami tasauf dan bermusuh dengan ahli tarekat.Saya tak menyesatkan sesiapa pun dalam artikel itu. Saya tak menyesat kan mana-mana ajaran tasauf dan tarekat.Tapi ada yang terasa dengan hujah saya berkenaan kedatangan Roh..terutama sekali Syeikh Abd Qadir Al Jailani.

Terkenang saya cerita oleh Ustaz Ismail Kamus berkenaan seseorang yang dikatakan diresapi oleh roh Syeikh Abd Qadir al Jailani dimana ayahnya membawanya bertemu dengan Dr Haron Din, lantas anaknya mendakwa dia adalah Syeikh Abd Qadir, lalu di herdik oleh Dr Haron Din.. dah Syeikh Abd Qadir Jailani cakap arab…terkejut budak itu kerana jin yang meresapi dia itu jin melayu, mana boleh cakap arab.. katanya Ustaz Ismail Kamus kamus.

Sebenarnya sesetengah ajaran tasauf yang sesat mempercayai konsep kedatangan roh..ini jelas dipengaruhi oleh ajaran Syiah yang mempercayai konsep ini.

Ada juga mengatakan tentang saya tak memahami  bab bersuluk dan beruzlah,memang dibolehkan selagi tidak meninggalkan kewajipan. Contohnya bersuluk di tempat terpencil sehingga meninggalkan solat berjemaah ini adalah salah.

Sekali lagi saya nukilkan sedikit penerangan mengenai

Mengenali ciri-ciri ahli bidaah dan ajaran sesat.

Orang yang tidak mengenali keburukan, mudah terjebak ke dalamnya. Orang yang tidak tahu ciri-ciri kepalsuan, cepat terpedaya dengannya. Ada orang ingin membeli permata, malangnya terbeli kaca, lantaran tidak arif yang mana manikam, dan yang mana kaca.

Orang yang mahu membeli emas jika tidak tahu yang mana tulen dan yang mana palsu, mungkin mudah tertipu. Bermodalkan hanya RM50, ada sindiket menjual seutas rantai dengan harga ribuan ringgit dengan menyadurkannya dengan warna emas dan menandakan cangkuknya dengan nombor 916. Akibat tidak kenal tulen dan palsu, ramai pelanggan sudah tertipu.

Untuk mengenali satu-satu barang yang tulen lagi asli, bukan hanya melalui ciri-ciri keaslian dan ketulenan. Kemahiran tentang kaedah penipuan dan ciri-ciri pemalsuan sangat penting agar kita cepat mengecam dan mengenal pasti jika ia berlaku.

Dalam perihal agama juga begitu. Mahu mengenal Iman yang hakiki, mestilah mempelajari apa itu kufur dengan segala cabang-cabangnya. Mempelajari Tauhid yang suci, mestilah dirangkaikan dengan ilmu mengenai syirik dan bahagian-bahagiannya. Erti sebenar ketaatan tidak akan diketahui jika tidak mengetahui apa itu maksiat. Keteguhan kepada sunnah tidak akan difahami jika tidak kenal apa itu Bidaah. Begitulah seterusnya. Setiap perkara dipelajari dengan lawannya.

Kaedah inilah yang diisyaratkan di dalam hadis Huzaifah bin Al-Yaman. Beliau berkata,

“Orang ramai bertanya Rasulullah Sallallahu Alahi Wasallam tentang kebaikan, dan aku pula bertanya baginda tentang keburukan kerana takut ia menimpaku”. (Direkod oleh Bukhari dan Muslim)

Di dalam satu puisi Arab:

Kukenal keburukan bukan untuk diamalkan,
Tapi untuk menghindarkan darinya,
Kerana orang yang tak kenal keburukan,
mudah terjerumus ke dalamnya.

Berhadapan dengan pelbagai fitnah di zaman ini, umat Islam mesti mempunyai pengetahuan tentang bidaah dan kesesatan serta ciri-cirinya. Belajar apa itu bidaah, dan apa itu sesat supaya kita terselamat. Belajar apakah ciri-ciri ajaran sesat agar tidak mudah diperdaya.

Menyedari pentingnya tajuk ini, saya akan cuba menyenaraikan beberapa ciri-ciri ajaran yang menyeleweng. Supaya apabila kita berdepan dengan kumpulan yang mempunyai ciri-ciri sebegini, kita akan lebih berhati-hati.

Antara ciri-ciri ahli bidaah dan ajaran menyeleweng ialah:

1) Tidak menyenangi ilmu hadis. Ia adalah ciri terpenting mana-mana kumpulan ajaran sesat dan ahli bidaah. Mereka amat fobia dengan firman Allah, dan sabda Nabi Sallallahu Alahi Wasallam. Manakan tidak, fakta dari dua sumber inilah yang akan membongkar temberang dan pembohongan ahli bidaah. Mereka akan kelu dan kaku jika cuba berhujah di hadapan kitab-kitab hadis.

Abu Utsman Al-Shabuni (wafat: 449H) meriwayatkan bahawa Abu Nasr bin Sallam Al-Faqih berkata,

“Tidak ada sesuatu yang lebih berat bagi kumpulan yang menyeleweng dan paling dibenci oleh mereka selain daripada mendengar hadis dan meriwayatkannya dengan sanad”.

Al-Hakim (wafat: 404H) dalam kitab Makrifah Ulum al-Hadis menceritakan bahawa Syeikh Abu Bakr Ahmad bin Ishaq Al-Faqih berdebat dengan seorang lelaki. Apabila Syeikh menyebut, “Telah meriwayatkan kepada kami oleh si Fulan…”, lantas lelaki tersebut berkata, “Tinggalkan sahaja periwayatan. Sampai bila masih mahu menggunakan periwayatan?”. Syeikh tersebut kemudian menghalau lelaki tersebut dari rumahnya.

2) Memusuhi dan memperlekahkan ahli hadis. Ahli bidaah dan sesat bukan setakat membenci ilmu hadis, malah tidak menyenangi ulama yang tutur katanya dihiasi “Firman Allah, dan sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam”. Kerana ahli hadis lah benteng kepada kemurnian ajaran Islam.

Abu Hatim Al-Razi (wafat: 277 H) berkata, “Tanda ahli bidaah ialah mencela terhadap ahli hadis”.

Ahmad bin Sinan Al-Qattan berkata, “Tidak ada ahli bidaah di atas dunia ini kecuali dia membenci ahli hadis. Apabila seorang lelaki membuat bidaah, akan tercabut dari hatinya kemanisan hadis”.

Al-Hakim (wafat: 404H) menyebut di dalam kitab Makrifah Ulum Al-Hadis, “Beginilah kami mmengenali samada ketika perjalanan atau ketika menetap, bahawa setiap orang yang dinisbahkan kepada menyeleweng dan bidaah akan memandang hina terhadap ‘Thoifah Mansurah’ (Ahli Sunnah)”.

Abu Utsman Al-Shabuni (wafat: 449H) menegaskan, “Tanda paling jelas kumpulan ahli bidaah ialah terlalu membenci terhadap mereka yang membawa hadis-hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, serta mereka memperlekehkan golongan ini”.

3) Melabelkan Ahli Sunnah dengan pelbagai gelaran. Antara gelaran-gelaran yang sering bermain di bibir ahli bidaah ialah menuduh Ahli Sunnah sebagai ‘Musyabbihah’.

Ishaq bin Rahuyah (wafat: 238H) berkata: “Tanda Jahm dan pengikut-pengikut mereka ialah: mereka mendakwa ke atas Ahli Sunnah Wal Jamaah serta celaan bohong bahawa mereka (Ahli Sunnah) adalah musyabbihah”.

Kata Abu Hatim Al-Razi (wafat: 277 H): “Tanda Jahmiyyah ialah mereka menamakan Ahli Sunnah sebagai Musyabbihah”.

Selain gelaran Musyabbihah, ahli bidaah sering menggelarkan ahli sunnah sebagai ‘Hasyawiyyah’ dan ‘Zahiriyyah’ sebagaimana disebut oleh Abu Utsman Al-Shabuni (wafat: 449H).

Malah Imam Bukhari sendiri pernah dilabelkan sebagai ‘Hasyawiyyah’ oleh ahli bidaah. Di dalam kitab Siyar A’lam al-Nubala, Imam Zahabi menyebut bahawa Al-Shahib (wafat: 385) seorang berfahaman Syiah dan Muktazilah disebut kepadanya nama Imam Bukhari. Lalu beliau berkata, “Siapa Bukhari? Hasyawi yang tidak boleh dirujuk kepadanya”.

Demikian perangai ahli bidaah dari dahulu sampai sekarang, melabelkan ahli sunnah dengan pelbagai gelaran.

4) Melampau dalam kepercayaan. Antara ciri-ciri ajaran yang menyeleweng ialah melampau dalam satu-satu kepercayaan. Sikap melampau sangat ditegah dalam Al-Quran dan Sunnah. Sesatnya Kristian adalah kerana sikap melampau mereka terhadap Nabi Isa Alaihissalam. Nabi Isa, hamba Allah yang bertaraf Rasul diangkat mereka sebagai Tuhan yang disembah.

Sikap seperti inilah yang ada pada banyak ajaran-ajaran songsang. Mengangkat guru-guru dan syeikh-syeikh mereka melebihi had yang sebenar. Menganggap guru mereka mengetahui apa yang tersembunyi dalam dada anak-anak muridnya. Ada yang percaya guru mereka boleh bertolak ansur dengan Tuhan dalam hal-hal ajal dan maut. Paling aneh lagi melucukan, setiap kumpulan ini menganggap guru mereka lah wali paling tinggi tarafnya di zamannya. Pelbagai gelaran diberikan, Sahibuzzaman, Sultan Awliya, Wakil Tuhan, dan macam-macam.

5) Guru yang mengaku bahawa dia Wali Allah. Ada sesetengah ajaran kebiasaannya ajaran tarekat, gurunya secara terang-terangan mengaku bahawa dia adalah Wali Allah. Yang lebih hebat, jika ditambah lagi dengan kelebihan-kelebihan lain seperti dilantik sebagai Wakil Allah, atau Orang Allah.

Kalau kita tahu apa makna wali yang sebenar, nescaya kita tidak akan mempercayai individu yang mengaku bahawa dia wali. Wali adalah orang yang paling bertaqwa kepada Allah Taala. Orang yang benar-benar bertaqwa tidak akan sekali-kali mengangkat dirinya dan mengaku bahawa dia paling bertaqwa. Mengaku wali bererti mengaku ketinggian taqwanya kepada Allah.

Allah berfirman, maksudnya:

“Maka jangan kamu memuji diri kamu sendiri, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang bertaqwa”. (Al-Najm: 32)

6) Berhujah menggunakan mimpi guru. Oleh kerana ajaran Quran dan Sunnah tidak mungkin memihak kepada kumpulan-kumpulan ajaran sesat, mereka terpaksa mencari helah lain bagi mengaburi mata para pengikut. Antaranya berhujah dengan mimpi.

Berhujah dengan mimpi tanpa merujuk kepada syariat menjadi sebab kesesatan. Abdul Aziz bin Nashir Al-Jalil berkata, “Hendaklah bersikap jaga-jaga dengan permainan syaitan terhadap manusia dalam mimpi waktu tidur. Betapa ramai individu malahan kumpulan menjadi sesat dengan sebab mimpi”.

Hendaklah kita meyakini bahawa syariat Islam sudah sempurna dan lengkap. Tidak berhajat kepada penambahan melalui mimpi mana-mana wali atau wakil Tuhan. Malahan, seluruh ulama bersepakat bahawa mimpi tidak boleh dijadikan hujah dalam hukum-hakam.

7) Menganggap guru mereka tidak melakukan dosa. Atau dengan kata lain guru mereka maksum, seperti para Nabi.

Lihat bagaimana Syiah Rafidhah mempercayai bahawa imam-imam mereka yang 12 orang adalah manusia maksum, tidak melakukan dosa. Kepercayaan seperti ini menunjukkan kesesatan mereka.

Begitu juga sesetengah ajaran tarekat yang menyifatkan guru mereka sebagai tidak berdosa. Tidak berani menggunakan perkataan ‘Maksum’ yang khas bagi para Nabi, mereka mencipta istilah lain, iaitu ‘Mahfuz’. Hakikat dan maksudnya sama iaitu mengangkat guru setaraf dengan Nabi Sallallahu Alahi Wasallam.

Imam Malik bin Anas (wafat: 179H) berkata, “Setiap orang diambil kata-katanya dan ditolak. Kecuali empunya kubur ini (Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam)”.

Demikian beberapa ciri-ciri untuk mengenali ahli bidaah dan ajaran menyeleweng. Semoga dengan mengenali sifat-sifat mereka, kita akan lebih berjaga-jaga apabila bertemu dengan kumpulan seperti ini. Mudah-mudahan Allah Taala menyelamatkan akidah dan pegangan kita daripada diperdaya oleh musuh-musuhNya.

___________________________________________________________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com

Advertisements

Responses

  1. Seeloknya bergurlah dulu dengan guru-guru mursyid berkaitan dengan Tauhid,Syariat,Feqah dan Tasawuf sebelum memberi komen dan hujah-hujah. Saya menjadi pengikut Naqsyabandiah sejak tahun 1989,saya tak nampak di mana silapnya dan sesatnya,malah mendapati amal ibadat saya bertambah mantap,lebih-lebih lagi amalan sunah seperti berzikir dan bersuluk.Tujuan utama ialah mencari maarfatullah dengan kaedah membersihkan hati dari kekangan hawa nafsu keduniaan.Di mana silap dan sesatnya?Kepada sesiapa yang ingin penjelasan lanjut,silalah jumap saya di Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan(TESOL),USM Penang bila-bila masa atau hantar pertanyaan ke email saya:imobile33886@gmail.com.Wassalam.

    • Assalamualaikum..

      Seperti yang telah saya jelaskan bahawa saya tidak mengatakan semua ajaran Tasuf dan tarekat itu sesat dan salah. Yang saya cuba terangkan ialah kepercayaan kehadiran roh.. Saya tak kata pun tarekat naqsyabandiah atau tarekat ahmadiyah sesat…Saya setuju dengan ilmu tasauf dan tidak mengatakan ianya ilmu sesat.Saya faham juga dengan mafhum hadis Jibril tentang Ihsan yan mana ianya meliputi ilmu tasauf.

      Namun adakah tuan setuju jika saya katakan semua gerakan sufi dan tarekat yang ada di malaysia ini benar, tiada satu pun yang sesat?

      Saya juga mempelajari Tasauf dari Ayahanda Sepupu iaitu Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz B Nik Mat. Pengertian tasauf yang saya pegang ialah at tahali bil mazaya wa takholi mina danaya.
      dan renungkanlah maksud hadis ini kerana tasauf itu berkait dengan hati.
      “Kamu tidak akan beriman kecuali kamu buat seperti mana kamu hendak orang lain lakukan kepada kamu.”

  2. Assalamualaikum,

    Bapa saudara saya merupakan salah seorang pengikut tareqat, namun tidak dinyatakan aliran tareqat itu.

    Saya pernah bertanya kepada beliau tentang ‘kesesatan’ sesetengah perguruan tareqat. Beliau tersenyum lalu memberi contoh:

    Naqsyabandiah tidak sesat. Akan tetapi, apabila masa berubah, manusia juga berubah. Wujud murid-murid Naqsyabandiah yang menokok tambah apa yang diajar oleh mursyid. Disebabkan itu, ramai yang mengaku mengikut ajaran yang benar di bawah nama Naqsyabandiah. Tetapi apabila diselidik secara mendalam, terdapat beberapa perkara yang jauh menyimpang dari ajaran Sunnah wal Jamaah.

    Oleh itu, zaman sekarang, sukar membezakan aliran Naqsyabandiah yang betul-betul berpegang kepada Sunnah wal Jamaah dan aliran yang terpesong.

    Maaf kerana saya mempunyai ilmu yang daif. Setakat yang tahu, ilmu Islam dipecahkan kepada tiga skop besar:
    (1) Tauhid
    (2) Feqah
    (3) Tasawuf

    Di bawah setiap skop terdapat cabang-cabangnya.

    Dalam mendalami ilmu Islam, mesti mengikut urutan skop tersebut satu persatu. Daripada Tauhid, diikuti Feqah dan seterusnya Tasawuf.

    Sekiranya melangkah terus ke dalam Tasawuf tanpa melalui skop Feqah, maka wujudlah pegangan yang jauh menyimpang daripada Al-Quran dan Hadith, kerana tidak tahu membezakan yang haq dan batil.

    Dalil-dalil Al-Quran dan Hadith terletak di bawah skop Feqah.

    Ramai yang terjebak dengan perkara sebegini. Maksud saya, melangkah terus ke dalam Tasawuf tanpa mengikut urutan satu persatu.

    Wallahualam.

    Jika saya salah, perbetulkan. Terima kasih.

    • Syukran jazilan di atas berkongsi pendapat

  3. minta yang tersalah faham tu rujuk awal perkara pokok artikel nik iaitu kehadiran roh apabila di seru oleh si polan atau si polan.

    saudara nik tidak mengkhususkan siapa sesat siapa kebarat

    islam yang sempurana mestilah terdiri dari empat tiang asas ini

    1.syariat
    2.tarekat
    3.hakikat
    4.marifat

    jangan meninggalkan mana-mana pun ia
    jika di tinggalkan,maka sesat lah si polan atau si polan

    jangan meletakkan guru melebihi nabi dan rasul
    jangan menhambakan diri pada guru yang mengaku dirinya tuhan

    jangan kita kita terpedaya dengan tipu daya syaitan
    sesungguhnya ia adalah musuh kita yang nyata

    kebenarannya ialah tidak ada roh orang beriman atau roh wali allah yang akan datang mendampingi apabila di seru oleh si polan atau si polan
    yang datang itu hanyalah bala tentera kerabat iblis laknatullah.

  4. Saya rasa bab agama ni. perkukuhkan dulu bab-bab fekah dan syariahnya. Baru kita fikirkan yang lain kemudian. Kalau sunnah kecil masih kita tidak mampu laksanakan. Perjalanan yang jauh mungkin menyesatkan kita..

    • Setuju sangat

  5. Assalamualaikum
    Den ni ado bukan nak belajar sangat dulu tapi kerano keadaan (maleh nak salahkan takdir) den belajar ado guru tu orang golar zindik sobab torus lompat ko makrifat ado yang ikut 4 lorong tu.. Tapi memang den x boleh ikut dan sekarang ni tuhan izinkan den jumpo yang ajak ke lorong musyahadah tanpa meninggalkan yang 4. Koko bukan orang yang belajar ajaran sosek yo x boleh terimo pendapek orang. Orang Gayong pun cubo kito cakap sebona eh majlis perlimau tapak tu adab bukan wajib atah sunat mesti marah siap kalau cop cop kek dahi den dorhako. Kalau ado ustaz dongan ilmu dio sentuh pasal kombar ADMAR mesti melonting sobab x boleh nak balas balik. Kalau den cakap ado guru tua Gayong ponah kono tondang kek Stadium maso Sukma Nogori Sembilan mau den pulak kono tondang. Kalau den kato anak dio den ponah tengok menurun nanti ado yang lipat den bagi menaik. Susah woo baru koba belum amar ma’ruf nahi mungkar. Kang kato den 3 line.. Apopun boleh email den kek tok_dukunpun_pengsan@yahoo.com

    • kawe raso kalu lagu nih gak ustza pon pese…hehehe

      Tok Guru Nik Aziz pernah memberi nasihat kepada saya..sudah lumrah orang berjuang akan melalui mehnah dan tribulasi. Pendapat orang ramai tidak akan dikira sekiranya ianya salah malah walau seorang saja yang berfikiran dengan fikiran yang benar maka ISLAM tetap memilih yang seorang.. anyway fight for your right..Quality first not Quantity. huhuhu

  6. Apakah yang dimaksudkan dengan Islam? apakah soalan begini dapat dijawab oleh mereka2 yang mengaku mempelajari ilmu2 yang tinggi dalam bidang agama..? ana ingin sangat mendengar jawapannya.. pada akhi yang mempelajari ilmu hadis pasti dapat menjawab soalan ini dengan amat mudah sekali.

    diriwayatkan dari aisyah rha : baginda saw apabila diberi pilihan baginda akan memilih yang mudah.

    islam itu mudah tapi jgn dipermudahkan..

    • Assalamualaikum..
      untuk menjawab soalan saudara Ibnu Hasan secara jujurnya saya bukanlah yang arif..namun suka saya berkongsi dengan saudara ibnu hassan apa iti Ad-Deen, Islam dan Millah

      Deen atau ad-deen mempunyai maksud yg luas. Deen dlm lughatul arabiyyah membawa maksud ketaatan.

      Kata deen di sini maksudnya mereka yg taat (tafsir tabari, juz III, ms 141). Deen juga bererti syariat dan hukum. (Tafsir tabari, Juz II, ms 485)

      Kata deen juga bermakna perhitungan (al-hisab), paksaan (qahr), keunggulan (ghilbah), sultan, penguasa, hikmah dan pemeliharaan. Salah satu sifat Allah adalah Al-Qahhar yakni bahawa Dia yg memaksa, Hakim, Yang memberi perhitungan, Pemberi balasan dan Yang tidak mensia-siakan amal makhlukNya.

      Adapun Deen dari segi syariat, membawa maksud semua aspek yg digunakan utk beribadah kpd Allah, yakni konsisten terhadap hukum dan syariatNya dlm pelbagai aspek kehidupan serta tunduk dan merendah di hadapanNya dan meninggalkan segala yg dilarang olehNya. Dlm mentafsir ayat:

      19. Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) Yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan Yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki Yang ada Dalam kalangan mereka. dan (ingatlah), sesiapa Yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka Sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisabNya.

      (Surah Al-Imran: ayat 19)

      At-tabari berkata,

      “Taat yg wajib diberikan kpdNya adalah dgn iqrar dgn lisan dan hati utk menyembahNya, tunduk dan pasrah kpdNya dgn menjauhi laranganNya dan mentaati perintahNya, merasa terhina di hadapanNya dgn meninggalkan perasaan sombong dan menghindari perbuatan syirik dlm beribadah.” (Tafsir tabari, Juz III, ms 141)

      Perkataan Islam pula berasal dari perkataan Sa-la-ma yg membawa maksud kesejahteraan, selamat, atau aman.

      Islam dari segi Istilah:

      “Islam adalah engkau bersaksi bahwa tiada ilah yang berhak disembah secara hak melainkan Allah dan Muhammad utusan Allah, menegakkan solat, menunaikan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan haji ke Baitullah jika engkau mampu” (Hadith Muttafaq ‘Alaih)

      Perbezaan Islam dan Deen ialah, deen pengertiannya luas. Islam adalah deen dan deen itu tidak semestinya Islam.

      “Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam” (Ali Imran : 19)

      “Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) darinya. Dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”
      (Ali Imran : 85)

      “Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Kucukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Kuredhai Islam itu jadi agama bagimu” (Al Maidah : 3)

      Di sana ada deen selain Islam. Ttp Allah S.W.T hanya mengiktiraf Islam sbg Deen dan menolak selain dari itu.

      Millah pula dari segi bahasa membawa maksud perintah. Millah bersangkut paut dgn para Nabi, yg kepada mereka agama diwahyukan. Perbezaan millah dgn deen ialah:
      Deen dihubungkan dengan Allah Yang mewahyukan agama, millah dihubungkan dengan Nabi yang kepadanya agama itu diwahyukan.

      wallahualam


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: