Posted by: abusyakirin | 21 Mei 2010

Sesungguhnya urusan itu memerlukan kepada seteguh-teguh keazaman


” ana dah cakap anta tak dengar..kan dah ramai yang marah pasal artikel anta” katanya sahabat saya.

” Biarlah..lumrah perjuangan..insya Allah semakin kuat ditentang semakin kuat hati ana untuk memperjelaskannya ” kata saya kepada sahabat

Alhamdulillah semalam banyak juga pengunjung yang melawat blog saya iaitu seramai 482 rating membaca artikel Ayat 9 dan Syeikh Ramli Abu Hanifah. Sila buka :

https://khalifahgayong.wordpress.com/2010/05/20/ayat-9-dan-syeikh-ramli-abu-hanifah/

bagi yang belum membacanya. Banyak juga email yang saya terima ada yang setuju dan ada yang memandang negatif pada saya.Termasuk juga ada yang menelefon saya. Alhamdulillah ada juga orang-orang lama Gayong yang bersetuju dengan saya. Saya juga mendapat maklumat ada di kalangan ahli Gayong bukan sekadar bertawassul dengan Syeikh Ramli Abu Hanifah bahkan ada yang bertawassul dengan ADMAR. Inilah yang merungsingkan saya dan para sahabat..dek kerana segelintir ahli Gayong yang sebegini memungkinkan wujudnya sisi gelap di pandangan mata masyarakat.

Sejujurnya bukan niat saya untuk menyalahkan sesiapa..ianya adalah sekadar perkongsian ilmu. Saya tak berkemampuan untuk berjumpa dengan semua ahli Gayong yang ada di seluruh pelusuk dunia.

Mungkin dengan cara perkongsian ilmu di alam maya ini dapat memudahkan saya untuk melontarkan pandangan dan juga sekelumit ilmu yang saya ada bagi  wacana minda kita semua.

Saya segera teringat kepada pesanan Luqman yang diajukan kepada anaknya:

“Wahai anakku, dirikanlah Solat. Dan perintahkanlah yang maaruf serta cegahlah kemunkaran. Juga hendaklah kamu bersabar atas apa yang pasti menimpa kamu. Sesungguhnya urusan itu memerlukan kepada seteguh-teguh keazaman[Luqman 31: 17]

Sebelum Beramal dan Berucap Tuntulah Ilmu

Bagaimana dapat dipastikan satu-satu amalan itu dilakukan sempurna dan betul, andai pelakunya tidak mempunyai ilmu tentang amalan yang mahu dilakukan.

Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam pernah menegur sahabat yang berwudhuk dengan tidak menyempurnakan basuhan air ke kaki. Baginda bersabda, “Azab seksaan dan kebinasaan bagi tumit-tumit kaki tersebut”.
Riwayat Bukhari (no: 60), dan Muslim (no: 241).

Amalan yang dilakukan jika tidak menepati sunnah, tidak berlandaskan ilmu, ia tidak diterima oleh Allah Taala. Lebih dahsyat, bukan pahala yang diperoleh, dibimbangi azab seksaan yang menanti di sana.

Justeru, menuntut ilmu sebelum membuat amalan adalah kewajipan setiap muslim, tanpa pengecualian. Amat wajar guru sekalian ulama hadits, Imam Bukhari di dalam kitab Sahihnya, membikin sebuah bab bertajuk ‘Ilmu Sebelum Pertuturan dan Perbuatan’.

Dalilnya, kerana Allah Taala dalam Al-Quran, menyebut:

Maksudnya: “Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat)” (Muhammad: 19)

Perhatikan susunan pada ayat tersebut, bagaimana Allah Taala mendahulukan arahan supaya mengetahui, sebelum menyebut arahan supaya beristighfar kepadaNya. Sifir mudahnya, ilmu mesti didahulukan sebelum perkataan dan perbuatan.

Demikian dalil al-Quran tentang perlunya ilmu sebelum amal. Apakah alasan logiknya pula? Rasionalnya, kerana setiap amalan tidak diterima Allah kecuali jika ia menepati syariat yang diturunkan. Dan tidak mungkin seseorang muslim dapat mengetahui syariat Allah, kecuali dengan menuntut ilmu. Natijahnya, wajib menuntut ilmu sebelum membuat amalan.

Akibat amalan ibadah tanpa ilmu, tersesatnya golongan Nasrani. Ibadah mereka kuat, perasaan kasih sayang mereka mendalam, dan dihiasi pula dengan rahbaniyyah yang mereka ada-adakan. Tetapi sayang, mereka tiada cakna terhadap ilmu. Lantas menjadi golongan yang menyeleweng dan sesat.

Kerana ibadah tanpa sandaran ilmu jualah, terpesongnya sebahagian pentaksub amalan tarekat batiniyyah. Lain yang disabda, lain pula yang dibuat. Yang disabda ditinggalkan, konon ia amalan orang awam. Tidak sesuai diamalkan oleh golongan khawass. Yang diamalkan pula, ada pula tokok tambahnya. Puncanya, amalan tanpa pengetahuan.

Oleh yang demikian, tuntutlah ilmu supaya amalan yang dilakukan diterima Tuhan. Jangan terikut-ikut resam orang Nasrani, amal ibadatnya banyak, tetapi ilmunya sedikit.

____________________________________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com


Responses

  1. berkata benarlah walau pun pahit

    sebagai anak gayong yang beramal dengan ilmu gayong mestilah amat sukar untuk segelintir mereka menerima.

    tapi yang benar tetap benar

    adat dan agama pasti ada tempat pertembungan dan perselisihannya

    dihujung nafas kita,akan mati dengan agama
    bukannya dengan adat

    kawe menyokong demo nik
    jangan takut jangan gentar
    sesungguhnya allah bersama dengan orang yang benar.

    • Terima kasih di atas sokongan saudara Leloh… teringat bait lagu sunnah berjuang kump nada murni…

      Berjuang menempuh susah
      menanggung derita menongkah fitnah
      itulah gelombang hidup samudera duka
      seorang mujahid memburu syahid

  2. Saya tinggalkan gayong dulu pasal benda – benda macam ini..menyebabkan saya menghabiskan masa selama 7 tahun belajar di APIUM KL kemudian sambung pula di Kolej swasta.

    Selepas dah tenang jiwa baru masuk balik dengan semangat baru iaitu memulihkan gayong dari sebarang unsur khurafat dan bid’ah semampu boleh.

    Mula – mula melangkah rasa macam keseorangan kerana itu saya lebih suka senyap dahulu..sekarang bila Nik dan beberapa sahabat lain lagi sefikrah…insya-Allah sama – sama kita membantu membersihkannya sedaya mungkin…Insya -Allah.

    • Membangun bersama Al-QUran dan As-Sunnah

  3. Bagus bagus alhamdulillah,dah ada geng dah kita ni.
    Kita ambil apa yang baik dalam gayong,kita tinggalkan apa yg buruk.Guru tua di hormati,murid baru di sayangi.Ibarat kata pepatah,ular menyusur akar tidak kan hilang bisanya.
    Baik di aturkan satu pertemuan silaturahim antara kita,di alam maya ini penghubungnya.Di alam nyata insyaallah,hamba pun teringin benar bertemu mata dengan tuan pemilik blog ni.Dulu masa dulu,tengok jauh-jauh je.Maklumla murid kebanggaan jurulatih-jurulatih pada masa tu,abe joe,abe syed.Teringat jugak hamba pada pasangan parang/golok arwah hanif dan anak jantan pak jab tu(lupa lak nama,sedi ke seli).Pasangan keris,anak-anak gadis Pak Jab.Jurulatih hamba la jugok mereka-mereka itu.Serba sikit ada juga tunjuk ajar dari mereka.

    • loh kuat demo pom kawe…takdok gapo pun ambo nih.. biso nulis jah..silat tok panda doh

  4. Minta izin persoalan tentang masalah ini saya dah postkan pada Ust Ibrahim Raja..seorang Ust Sunnah yang berkeahlian dalam hal hadith dan usuluddin.

    • sama-sama kita membuat kebajikan..yang mana terkurang minta di bantu yang mana dah elok kita perelokkan lagi. Terima kasih sahabat… Membangun Bersama AlQuran dan As Sunnah

  5. Salam alaik,

    Ana juga sekarang ini agak ditentang kerana mempertikaikan ilmu2 gayong.. ana berharap kita sama dapat membanteras perkara yang tidak sepatutnya ada dalam amalan2 berkaitan dengan ibadah kita kepada Allah.

    sebab itu di FB ana ada membentangkan ruang antara adat dan ibadat.
    ana mengatakan jika fizikal ambilah Gayong namun spiritual ambilah islam yang tulen dari golongan salaf.

    • Wmslm ya syeikh..
      Setuju sgt dgn enta..Perkara mungkar perlu ditentang habis-habisan
      apa FB enta..insya Allah ana buka nanti.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: