Posted by: abusyakirin | 26 Mei 2010

Silat Melayu kaya Falsafahnya

Keris tidak sebarangan barang,
Keris Melayu bersepuh tangkainya;
Garang tidak sebarang garang,
Jika tidak dengan hemahnya.

Selasih bukan sebarang selasih,
Di tengah laman lebat daunnya;
Kasih bukan sebarang kasih,
Jika bukan sepenuh hatinya.

Lebah bukan sebarang lebah,
Membawa madu banyak gunanya;
Sembah bukan sebarang sembah,
Sembah Melayu dengan taatnya.

Kelat bukan sebarang kelat,
Kelat mengkudu ada khasiatnya;
Silat bukan sebarang silat,
Silat Melayu kaya falsafahnya.

Seni Gayong Seni Pusaka
Seni Hulubalang Bani Jawi
Seni Gayong adalah rahsia
Rahsianya terkandung di dalam diri.

Seni Gayong ilmu Handalan
Tiada penamat untuk diakhiri
Selagi hayat dikandung badan
Gayong dituntut menabur bakti.

Ilmu Gayong ilmu rahsia
Di hati nurani harus bersemadi
Ke akhir hayat tuntulah ia
Kerana ilmunya kekal abadi.

Keris di gengam baunya harum
Permainan Gayong tak kenal jemu
Bagaimana halus tajamnya jarum
Begitulah jua kedudukan ilmu.

Kunci Mati Amanah Ilmu
Pembuka Langkah Rahsia Guru
Cintakan Damai Jauhi seteru
Sabar dan Syukur tiang Ilmu.

Berhati-hati belajar senjata
Berhati-hati bila berkata
Jika bahasa tidak dijaga
Nama diri rosak binasa.

Makan sireh bertemu urat
Air sakti di dalam kendi
Wahai Melayu belajarlah silat
Agar Gayong kekal abadi

_________________________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com

Advertisements

Responses

  1. Cantik,indah dan berseni kata-kata di atas. Pantun bukan sebarang pantun,pantun terbilang sepanjang zaman,santun bukan santun,santun bersemi akal budiman.

    • dalam maknanya tu…

      Santun bukan sebarang santun
      santun bersemi akal budiman
      Pantun bukan sebarang Pantun
      Pantun buat pendekar Handalan

  2. masyaallah,indah sungguh hamba berdua berpantun, tersusun rapi bait-bait kata..

    dari jawa pergi ke china,
    singgah ke melaka bermain seligi,
    ilmu gayong tetap terjaga,
    selagi kita bersatu hati…

    • Ilmu Gayong tetap terjaga
      Selagi kita bersatu hati
      Ajaran Islam perlu dijaga
      Semoga Iman bersemi di Hati

  3. betul 2 saudara…

    indah sungguh tikar mengkuang,
    dianyam pula sang rajuna,
    walau adat terus dijulang,
    agama islam jangan dilupa,

    harimau sakti mati tersepit,
    gajah sura mati tertambat,
    walau berdentum guruh dilangit,
    bumi tak berkecai sebelum kiamat,

    dari bugis ke iderapura,
    ingin berjumpa wali kesakti,
    jangan berjihad kerana dunia,
    tapi berjihadlah kerana ILLAHI,

    • Walau adat terus dijulang
      Agama Islam jangan di lupa
      Selagi hayat dikandung badan
      Ilmu yang baik di kenang jua

      Walau berdentum guruh dilangit
      Bumi tak berkecai sebelum kiamat
      Ilmu tak di nilai dengan wang ringgit
      Hargailah ia jangan di khianat

      Jangan berjihad kerana dunia
      tapi berjihad kerana ilahi
      Hidup di dunia tak kekal lama
      Akhirat jua kekal abadi

      Salam Hamba mengundur diri,
      Buat Arjuna Sitara sahabat Sejati,
      Pendekar Lanang Sejagat cula sakti,
      Gelaran hamba anugerah diberi.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: