Posted by: abusyakirin | 27 Mei 2010

Pemegang Amanah Silat Seni Gayong Sebenar

Bicara Buat Yang Merebut Jawatan

Beberapa orang sahabat bertanyakan pendapat saya berkenaan krisis ataupun musibah yang menimpa Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia berkenaan Siapa sebenarnya Pemegang Amanah.

Saya katakan pada mereka biarlah Mahkamah yang putuskan, kerana hal ini sudah menjadi kes Mahkamah.Lagipun saya hanyalah ahli biasa.Tidak layak dan tiada kapasiti untuk saya mengulasnya.

Bila terkenangkan betapa seriusnya perebutan jawatan tersebut saya teringat beberapa Hadis Rasulullah yang saya kira boleh dijadikan renungan kita bersama.

Dalam Al-Mukjam Al-Kabir li At-Tibrani, dinukilkan satu hadis bahawa Rasulullah SAW bersabda;

إِذَا كَانَ عَلَيْكَ أُمَرَاءُ مَنْ دَخَلَ عَلَيْهِمْ فَصَدَّقَهُمْ بِكَذِبِهِمْ، وَأَعَانَهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ، فَلَيْسَ مِنِّي وَلا أَنَا مِنْهُ، وَلا يَرِدُ عَلَى الْحَوْضِ، وَمَنْ دَخَلَ عَلَيْهِمْ فَلَمْ يُصَدِّقْهُمْ بِكَذِبِهِمْ، وَلَمْ يُعِنْهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ، فَهُوَ مِنِّي وَأَنَا مِنْهُ

maksudnya;
“Sekiranya wujud pemimpin di kalangan kamu; barangsiapa yang masuk terhadap mereka, dan membenarkan penipuan mereka, dan membantu mereka terhadap kezaliman mereka lakukan, maka dia bukan dari kalanganku, dan aku bukan dari kalangan dia. Dia tidak layak masuk ke kawasan kolam, dan barangsiapa yang masuk ke atas mereka, dan tidak membenarkan mereka terhadap penipuan mereka, dan tidak membantu mereka terhadap kezaliman mereka, maka dia daripadaku dan aku daripadanya” (15692)

Juga hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari, daripada Ma’qil berkata bahawa dia dengar Rasulullah SAW bersabda;

مَا مِنْ وَالٍ يَلِي رَعِيَّةً مِنْ الْمُسْلِمِينَ فَيَمُوتُ وَهُوَ غَاشٌّ لَهُمْ إِلَّا حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ

maksudnya;
“tidaklah seseorang yang menjadi pemerintah/ketua/pemimpin yang mengurus urusan orang Islam, lalu dia mati dalam keadaan dia menipu (akan rakyatya/orang bawahnya), kecuali Allah haramkan atasnya Syurga” (6618)

Saya rasa itulah nasihat saya kepada pihak yang merebut Jawatan Pemegang Amanah Silat Seni Gayong. Rujuklah kembali artikel saya sebelum ini

https://khalifahgayong.wordpress.com/2010/02/03/tanggungjawab-mencari-pengganti-mahaguru-yang-berwibawa/

_________________________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com

Advertisements

Responses

  1. salam..hurm..payah hendak mengatakan bahawa siapa yang layak memegang amanah silat seni gayong malaysia,bagi ana,semua adalah pemegang amanah silat seni gayong malaysia..

    ana bukan lah hebat dalam berpencak silat,bukan hebat dalam menyampaikan hujah, namun, dalam situasi begini,rasa moleknya kita serahkan segala-galanya kepada yang Maha Esa, berdoa sahaja la supaya orang yang bakal memimpin pertubuhan ini dapat melaksanakan tanggungjawab dengan pernuh amanah,jangan pula kita selepas dilantik memegang satu-satu jawatan,kita lupa diri..lupa jasa orang lama,ingat.. kita perlu bersatu jikalau ingin terus berjuang dalam gayong,jangan kerana pangkat, kita lupa yang mana langit,yang mana bumi.. layari blog ana,bacalah satu artikel ”sekadar renungan di ansitara.blogspot.com.. tegur lah jika ada kekurangan dalam artikel ana..

  2. Salam…
    Ntahla cg. nik… pelbagai spekulasi, andaian, ciptaan, tohmahan di sebalik kebenaran yang sepatutnya timbul. Amanah kononnya… takutla saya bab2 macam ni… apa yang saya sangat pasti amanah dengan ALLAH itu yang mesti diutamakan… Yg tua sepatutnya membimbing dan yang muda sepatutnya tidak perlulah fanatik sangat atau ikut membabi buta. Bagi saya semua orang adalah guru saya kerana semuanya paling tidak akan memberi contoh maupun pengalaman yang berharga buat saya…

    • Wmslm..

      Tumpang tanya ni siapa ye..tgk pd nama…hebat bunyinya..apa pun inilah realiti yg berlaku moga Allah memberikan petunjuk buat kita semua

  3. amin..sama2 la kita mendapat petunjuk dari yang maha esa…

  4. salam perkenalan

    • salam perkenalan jua buat kiaisepuh

  5. salam sy setuju dgn kata guru td.. mudah-mudahan kita sedar dari lena dan jaga..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: