Posted by: abusyakirin | 3 Jun 2010

“langkah tari tak sama dendang…Langkah Seni tak sama Sendi”

Alhamdulillah..2 malam yang lepas saya menerima tetamu yang agak istimewa yang datang jauh dari Kuala Lumpur menuju pulang ke Pasir Puteh Kelantan. Selama ini kami hanya berhubung melalui dunia blog dan telefon, Namun malam ini kami dapat bersua muka dan mengenali dengan lebih mesra lagi.

Tetamu yang saya maksudkan ialah Cikgu Saiful Hakim@Akim France bersama isterinya.  Walau ini kali pertama kami bersua, namun dek kerana persaudaraan Islam dan sealiran dalam dunia persilatan, menyebabkan suasana kemesraaan seakan telah wujud begitu lama sekali antara kami.

Mereka tiba tepat jam 12 malam. Kelewatan berpunca daripada kemalangan di Kuala Lipis yang menyebabkan jalan menjadi sesak dan kenderaan terpaksa bergerak perlahan.

BILA 2 ANAK GAYONG BERTEMU.

Malam itu kami berdiskusi panjang tentang Gayong. Banyak perkara yang kami bualkan. Perbualan menjadi semakin rancak selepas isteri saya dan isteri Akim masuk beradu. Apabila kedua Permaisuri masuk beradu sembang kami bertukar menjadi Pencak Pendekar. Malam itu kami mengulangkaji bab Keris dan sedikit Ilmu Seni Cindai..Saya menunjukkan beberapa teknik memakai bengkung dan ikat kepala yang khusus untuk permainan cindai yang mana saya mewarisi ilmu ini daripada arwah Cikgu Siti Kalsom..

Bertuahnya saya bila dapat bergayong dengan seorang Gurulatih yang disegani ramai ini.

Dalam kami berpencak kami berkongsi banyak pandangan mengenai keaslian Seni Gayong yang ada sekarang. Misalnya Seni Keris. Kalau mengikut pemerhatian kami sudah terdapat banyak perbezaan dalam Asas Keris. Itu belum lagi buah Keris. Entah mengapa perkara ini terjadi. Dimanakah silapnya sedangkan semua mengaku mempelajari Seni Keris Gayong. Adakah sesetengah  Gurulatih telah pandai mereka-rekanya mengikut selera ataupun kehendak mereka..? Mungkin sesetengah Anak Gayong belum melihat ataupun belajar Seni Keris yang sebenar..Jangan tergelak atau merasa pelik jika melihat cara tapak atau kedudukan Orang-orang lama Gayong  bila menunjukkan Permainan Keris ini. Pernah melihat Tapak Ketam? Justeru itu bergurulah dengan sebenar-benar guru. Pusakailah Ilmu dengan sebenar-benarnya. Jangan ghairah memburu Bengkung dan Sandang semata-mata, sebaliknya burulah, galilah khazanah Seni Gayong yang sebenar.

Pernah satu ketika dulu saya bertanya kepada seorang pemegang bengkung Hitam yang agak muda serta begitu bangga dengan bengkungnya itu tentang mengapa Silat perlu ada Kekuda..? Tercengang guru tersebut, maklumlah bengkung je tinggi ilmu silatnya belum tentu lagi ( saya pun masih bertatih ). Sememangnya rahsia kekuda itu cukup hebat jika anda semua mengetahuinya. Bergurulah..jangan sesekali segan untuk bertanya.

Ada juga yang saya berjumpa pemegang bengkung kuning PSSGM bila disuruh buat Kunci Mati 5..tak menjadi dan yang paling sedih sekali ditanya bacaan untuk buka gelanggang pun tak tahu. Macam mana ini boleh berlaku. Sedangkan saya melihat Gurulatihnya pemegang bengkung Hitam Cula 5 dan salah seorang AJK negeri serta Pusat ( maaf nama beliau terpaksa saya rahsiakan )

Kalaulah generasi Gayong sekarang menimba pelajaran Gayong dengan Gurulatih seperti ini….saya rasa saudara semua tentu maklum akan natijahnya.

Usah dikhianati Silat Seni Gayong ini..

kami agak terkilan juga bahawa Seni dan Silat sekarang jauh berbeza walau pun langkahnya sama, ibarat kata hulubalang “langkah tari tak sama dendang” “Langkah Seni tak sama Sendi” “Yang keras jangan disangkakan kuat” “Yang lembut disangkakan lembik” “Yang hitam disangkakan Cula” ahkirnya Putih, Hijau, Merah, Kuning dan Hitam menjadi rebutan sematanya sedangkan tidak tahu apa warna bayang dalam rahsia Silat Gayong sebenarnya.

LIMAU NIPIS DI BAHAGI SAMA
AKAR SINTUK PEMBERSIH DIRI
JIKA AMANAH TIDAK DI JAGA
DIRI TERCEMAR MARUAH DI KOTORI

_____________________________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com

Advertisements

Responses

  1. salam..wah..menarik topik kali ni..saudara cikgu akim france pun tak lama lagi nak bersanding.. tanniah di ucapkan..

    hurm…memang di akui,permainan seni keris silat seni gayong bnyak perbezaannya,itupun mengikut guru yang menurunkan pelajaran keris, buah asas pun banyak yang berbeza,belum buah keris,tari,ada sesetengah guru yang ada asas elakan dan tikaman keris,ada pulak yang ada buah kunci keris,dan berbagai lagi..ada yang mengatakan,ADMAR menurunkan pelajaran keris berbeza-beza mengikut negeri,dengan alasan supaya anak gayong mencantumkan kembali pelajaran keris tersebut, kalau sesiapa yang pernah belajar permainan seni keris pasak, pasti akan terjumpa buah tabur gula,jalan itik,gulung mayat@tikar,atas dulang dan bebrapa gerkan asas dalam seni keris pasak..itu adalah olahan ADMAR sendiri sewaktu di singapura..

    berkaitan dengan mengejar bengkong dan sandang,tak dinafikan memang fenomena ini berlaku,pelajaran ditolak tepi,dengan alasan yang tidak munasabah,tak tahulah hendak dikatakan apa lagi,bila ditanya,ada pelajaran itu,ada pelajaran ini,dengan senyum bangganya mengatakan tak de,bengkong dan sandang tinggi, namun pelajaran dan silibus tak ambil tahu..ada yang sampai tidak mengenali ADMAR sendiri, itu la yang paling mengecewakan, bila ditanya, kenapa bengkong gayong mulanya hitam akhirnya pun hitam,bezanya bercula,diam membisu,itulah yang sebenarnya berlaku dalam gayong..bergayong,tapi tak tahu makna gayong, bersilat,tapi tidak tahu erti silat,pelajaran di abaikan, pangkat diutamakan,maka,jadilah persilat yang tidak ada hala tuju dalam bersilat, maaf kalau saya berkata begini,tapi demi mahu tegur menegur,kita perlu mengungkap perkara yang benar,bagi memastikan gayong tidak di pandang rendah begitu sahaja..terima kasih saudara kerana terbitkan rencana ini,moga diharapakan kita sama-sama belajar antara satu sama lain..insyaallah…

  2. huhu…ambo kena ngaji jugok ni ngan dua orang ni…ada masa ambo jelujur caghi jugok dua orang ni…

  3. salam cikgu……. tu masaalah dlm kebanyakkan silat,
    berburu ke pdg datar
    dapat rusa berbelang kaki
    berguru kepalang ajar
    bagai bunga kembang tak jadi

    jika sudi jengah saya di http://www.tarisilatpusaka.wordpress

  4. Salam seGAYONG,

    Isu yang diketengahkan ini memang yang berguna dan baik untuk anak GAYONG dan juga warga silat. Seni keris ini begitu banyak sekali. Kalau dihimpunkan seni keris dari GAYONG Pasak, GAYONG Pusaka, GAYONG Malaysia, GAYONG Warisan dan GAYONG Serantau, kita dapat beratus jenis seninya.

    Kadang-kadang rasa sedih bila melihat persilat bermain keris dan dibuangnya sarung keris tersebut. Sedangkan sarung keris tersebut merupakan salah satu senjata.

    Wasalam

    • Terima Kasih diatas ulasan dan pandangan saudara Jamal..kalau tak keberatan ni jamal mana yer.. Jamal partner Cg Koharullah ke. Apa pun terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Harap dapat mendengar lagi pendapat saudara sebagai wacana ilmu buat kita semua.

  5. Salam GAYONG,

    Mohon maaf kerana tidak memperkenalkan diri. Saya ahli dan juga murid GAYONG. Saya bkn partner Cg Koharullah.

    Sebenarnya saya tertarik dengan info yang saudara abusyakirin berikan di dalam laman web saudara. Sedikit sebanyak memberi ilmu pengetahuan kepada saya.

    Kalau kita perasan atau kita sedar, banyak seni keris yang telah hilang. Saya pernah menegur perkara ini kepada persilat tentang betapa pentingnya seni keris ini. Tetapi tidak di senangi oleh gurulatih mereka. Jadi untuk tidak memanjangkan isu tersebut, perkara terbaik hanya diam.

    Seni keris itu sebenarnya indah. Sebab itu ia diguna pakai semasa adat istiadat sultan/raja dan orang-orang melayu(perkahwinan dll). Masih teringat lagi kata-kata orang nombor SATU dalam GAYONG semasa perlimau seni, bahawa seni keris itu perlu dipelajari dari hulu hingga ke sarungnya. Begitu juga rentak dan tarinya. Sebab di dalamnya ada buah kunci. Carilah ia.

    Kita sering melihat orang bermain keris dengan keris. Keris dengan parang (dalam pusaka gayong ada permainan ini). Bagaimana keris dengan lembing. Bolehkah ia dimainkan sekali berpasangan?????

    Wasalam..

    • Dalam permainan Pusaka Gayong memang terdapat permainan antara Lembing vs Keris. Rujuk Cg Abd Majid Mat Isa insya Allah sudara Jamal akan ketemui permainan itu

  6. Salam Kembali,

    Terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Abusyarikin kerana sudi membalas email saya.

    Sebenarnya perkara ini pernah saya tanya dengan Cikgu Majid dan juga murid-murid GAYONG Pusaka lama dahulu (era 90an). Dan juga saya pernah tengok permainan ini suatu ketika dahulu.

    Tetapi apabila apabila saya bertanya/minta di tunjukkan permainan ini dengan GAYONG Pasak (Singapura), mereka menyatakan bahawa senjata ‘keramat’ ini tidak boleh berpasangan.

    Meraka menyatakan bahawa kedua-dua senjata ini merupakan senjata lama yang tidak boleh bertemu.

    Di dalam GAYONG M’sia pula, hanya ada sorang dua guru sahaja yang mempunyai permainan ini. Dan saya tidak pernah melihat permainan ini di pertontonan atau di buat latihan.

    Sekadar berkongsi maklumat. Wasalam.

    • Terima kasih ..
      lebih elok kiranya saya panggil cikgu Jamal..mungkincikgu Jamal pun tahu permainan ini…saje buat-buat tak tahu.. Saya rasa bersyukur di atas perkongsian cikgu. Moleklah kiranya cikgu menyampaikan maklumat dan ilmu buat kami semua di sini. Cikgu tinggal dimana ye..dan kerja kat mana. Mana tahu ada rezeki boleh berjumpa.

  7. Salam kembali,

    Saya hanyalah insan biasa yang meneruskan amanat Pengasas GAYONG. Tidak ada yang istimewa dari saya. Hanya sekadar murid dan ahili GAYONG sahaja. Saya baru di dalam silat GAYONG ini. Sebab ada orang lebih lama dari saya yang telah berGAYONG.

    Sebenarnya saya baru bekerja di Seri Iskandar, Perak. Jika berkelapangan bolehlah kita berjumpa untuk bertukar-tukar pengalaman serta pengetahuan juga menjalinkan silaturahim sesama GAYONG. (teringat sumpah GAYONG sambil menjunjung al-Quran di hadapan Pengasas GAYONG. ‘aku mengaku taat setia kepada saudara SeGAYONG denganku’.

    Saudara boleh menghubungi saya di tel 05-374 2333 (office). Boleh saya tahu saudara berkelana di mana?

    Kita bangga kerana silat GAYONG telah ‘mengaum’ di serata dunia. Tetapi tidak kah kita merasa sedih bila silat GAYONG diperlekehkan oleh bangsa sendiri khususnya di bumi Malaysia.

    Terima kasih kerana sudi membalas email saya.

    Wasalam.

    • Subhanallah.. cikgu jamal ni sempat bersama dengan ADMAR rupanya..
      Alhamdulillah..beruntung diri saya dan rakan2 mendapat pandangan dan perkongsian maklumat daripada cikgu.
      Eloklah kiranya cikgu menyumbangkan artikel buat kami semua. Berkongsi pengalaman Cikgu dalam dunia Silat Seni Gayong ini.

      Buat masa ini Saya menetap di Merapoh Pahang…jika kebetulan ke sini bolehlah hubungi saya.. 013 992 3535.

      Terima Kasih sekali lagi buat cikgu Jamal

      SEGAYONG,SEKENDI, SEPERIGI,SEPERMINUM,SEDARAH, SEDAGING, SEJALAN, SEPADU

      Wassalam

  8. Salam kembali,

    Memang saya berkesempatan bersama dengan allahyarham Mahaguru kita. Walaupun tak lama, tetapi kenangan bersama pengasas GAYONG cukup bermakna.

    Yang penting ilmu yang diturunkan kepada kita semua, tak kiralah GAYONG mana sekalipun hendaklah dikembangkan ke arah yang betul. Semoga diberkati hendakNYA ilmu yang diperolehi. Amin

    • Betul tu Cikgu..

      Saya amat setuju dengan pandangan cikgu. Moleklah kiranya cikgu memberi nasihat kpd kami semua.

  9. Salam perkenalan dan persaudaraan. Semoga artikel yang di tulis memberi manfaat kepada orang islam dan bangsa melayu..

    • insya Allah..salam perkenalan jua dari hamba yang lemah ini.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: