Posted by: abusyakirin | 7 Jun 2010

Bersilat Melalui Mimpi secara Ilham Laduni

“Sebenarnya Cikgu..saya baru-baru ini  di ajarkan  silat di dalam mimpi oleh satu lembaga. Selepas beberapa kali mengajar silat lembaga itu mengajar saya ilmu syariat Islam pula.

Namun ada sedikit kekeliruan dalam bab ilmu syariat itu bagi saya ada yang bercanggah dengan apa yang saya pelajari selama ini.

Lepas mengajar lembaga itu ghaib terus..hilang pada pandangan mata..

Adakah ini ilmu yang benar atau sebaliknya..kerana ada yang mengatakan ini adalah ilham laduni..?”  Tanya seorang sahabat kepada saya.

Sungguh sukar jawapan untuk diberikan walau soalannya tidaklah sesukar jawapan yang patut diberikan.. Ini kerana soalan ini termasuk dalam bab Mentafsir  Mimpi dan Ilmu Laduni

Sebelum ini pun saya pernah diajukan soalan seperti ini oleh seorang sahabat yang mengikuti silat aliran kebatinan yang berunsurkan sufi dan tarekat.

ILHAM LADUNI.

Dalam al-Quran, dalam Surah al-Kahf (ayat 60-82). Allah menceritakan pengembaraan Nabi Musa mencari Khidir a.s. bagi menuntut ilmu daripadanya. Semasa perjalanan Nabi Musa a.s. menemani Khidir a.s., baginda telah melihat beberapa tindakan Khidir a.s. yang menyanggahi syariat yang diturunkan kepadanya (Musa) lalu baginda membantahnya. Setelah tiga kali pertanyaan serta bantahan dibuat oleh Musa a.s. terhadap tiga tindakan yang dilakukan oleh Khidir, akhirnya Khidir pun tidak lagi membenarkan Musa a.s. mengikuti dan menceritakan rahsia segala tindakan-tindakannya yang dianggap oleh Nabi Musa a.s. sebagai kesalahan.

Dengan mempergunakan kisah dalam Surah al-Kahf berkenaan maka sesetengah golongan tarikat beralasan bahawa para wali dibolehkan tidak mengikut syariat para nabi dan boleh melakukan segala tindakan yang dianggap salah oleh golongan zahir tetapi betul di sisi ilmu hakikat atau ilmu ladunni. Ini kononnya sama seperti tindakan Khidir yang tidak mengikut Nabi Musa a.s. kerana Khidir adalah wali Allah dia menilai dengan ilmu ladunni yang terus menerus daripada Allah sedangkan Musa a.s adalah seorang nabi yang menilai dengan ilmu syariat semata. Justeru itu golongan hakikat tidak sama dengan golongan syariat dan golongan hakikat tidak perlu mengikut syariat seperti Khidir tidak perlu mengikut Musa.

Perkataan ilmu ladunni itu diambil dari ungkapan al-Quran dalam kisah tersebut pada ayat 65 dari Surah al-Kahf, Allah berfirman: (maksudnya):

“Lalu mereka berdua (Musa dan Yusya’ bin Nun) telah bertemu seorang hamba (Khidir) dari kalangan hamba-hamba Kami (Allah) yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami dan Kami berikan kepadanya ilmu dari sisi Kami”.

Oleh kerana ayat ini (dalam teks asal al-Quran) menyebut min ladunna ilma (ilmu dari sisi Kami) maka muncul istilah ilmu ladunni. Dengan istilah ini ada golongan mengambil kesempatan untuk mengatakan mereka juga mempunyai ilmu ladunni oleh itu mereka tidak terikat atau bergantung dengan syariat zahir seperti Khidir tidak bergantung kepada syariat Musa a.s.

Seorang tokoh tafsir terkenal yang juga merupakan guru saya iaitu al-Syeikh ‘Abd al-Fattah Solah al-Khalidi menyebut:

“Selepas melihat perkataan-perkataan daripada para ulama kita maka kita dapat membuat suatu keputusan yang putus iaitu: Ilmu ladunni yang diisyaratkan oleh ayat tersebut, yang telah Allah ajarkannya kepada Khidir a.s. sebenar ialah nubuwwah (kenabian) dan wahyu. Adapun pengakuan dan dakwaan golongan sufi mengenai ilmu ladunni menurut kefahaman mereka itu, adalah batil, sesat, menyanggahi syariat Islam dan petunjuk al-Quran” (Ma`a Qasas as-Sabiqin Fi al-Quran 2/186. Syria: Dar al-Qalam).

Ertinya, tindakan- tindakan Khidir dalam kisah tersebut adalah atas arahan wahyu daripada Allah. Beliau itu nabi. Nabi Musa a.s. diutuskan kepada Bani Israil, tidak diutuskan kepada Khidir. Khidir menerima arahan langsung daripada Allah melalui jalan wahyu. Segala tindakan Khidir adalah perintah Allah melalui jalan wahyu. Beliau tidak bergantung kepada ajaran Nabi Musa a.s. yang diutuskan hanya untuk Bani Israil.

Adapun Nabi Muhammad S.A.W. adalah utusan untuk sekelian manusia tanpa kecuali dan tidak ada yang terlepas dari berada di bawah lembayung ajarannya. Semua kita bergantung kepada syariat baginda dan sudah tiada nabi lagi selepas baginda. Nabi s.a.w bersabda:

“Dahulu nabi diutuskan khusus untuk kaumnya, aku diutuskan untuk manusia keseluruhannya”. (Riwayat al-Bukhari dan al-Nasai).

Maka, kita semua terikat dengan syariat nabi kita Muhammad s.a.w. Tiada sesiapa yang boleh memandai-mandai membuat syariat sendiri atau mendakwa dia mendapat syariat baru secara langsung wahyu dari Allah. Jika ini dibenarkan, bererti setiap orang berpotensi untuk mencetuskan ajaran baru atas nama Allah. Maka ajaran Nabi Muhammad tiada lagi nilainya. Justeru, al-Imam Ibn Abi al-`Izz (792H) dalam kitab akidah yang masyhur iaitu Syarh al-`Aqidah at-Tahawiyyah menyebut:

“Adapun sesiapa yang berpegang dengan kisah Musa bersama Khidir a.s. bagi membolehkannya meninggalkan wahyu kerana bergantung dengan ilmu ladunni, seperti yang didakwa oleh yang tidak mendapat taufik, maka dia adalah mulhid (atheis) dan zindak (munafik). Ini kerana Musa a.s. bukanlah Rasul yang diutuskan kepada Khidir. Khidir juga tidak diperintah untuk mengikutnya. Sebab itulah Khidir bertanya Musa: “Apakah engkau Musa dari Bani Israil?” Jawab Musa: “Ya!” (Riwayat al-Bukhari). Adapun Muhammad adalah diutuskan untuk seluruh manusia dan jin. Sekiranya Musa dan `Isa masih hidup maka mereka mesti menjadi pengikutnya. Apabila `Isa turun ke bumi (pada akhir zaman) dia hanya akan berhukum dengan syariat Muhammad. Oleh itu sesiapa yang mendakwa bahawa kedudukan dia bersama Muhammad seperti Khidir bersama Musa atau membolehkan (mempercayai) hal ini boleh berlaku untuk sesiapa di kalangan umat maka hendaklah dia memperbaharui keislamannya. Hendaklah dia kembali bersyahadah dengan syahadah yang benar kerana dia telah terkeluar dari Islam keseluruhannya. Sama sekali dia bukan dari kalangan wali-wali al-Rahman (Allah) sebaliknya dia adalah wali-wali syaitan”. (Syarh al-`Aqidah at-Tahawiyyah, m.s. 511. Beirut al-Maktab al-Islami).

Ya, kenyataan ini agak keras, namun kita patut mengambil mengiktibaran darinya.

Kenyataan-kenyataan para ulama seperti al-Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya ketika menyanggah golongan yang memutar belitkan maksud ilmu ladunni ini, begitu tegas dan keras. Ini disebab dakwaan ini boleh menyebabkan ditolak ajaran Nabi s.a.w dan wujudnya syariat baru selain Islam. Maka dakwaan ilmu ladunni dalam bentuk syariat yang berbeza dengan apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w adalah sesat dan boleh membawa kufur.

Namun, ini tidak menafikan bahawa Allah mungkin memberikan mimpi yang benar dan ilham yang benar kepada seseorang dalam hal-hal kehidupan yang bukan bersifat syariat baru. Seseorang mungkin ditunjuk pilihan yang betul dalam berkeluarga, berkerjaya atau seumpamanya. Namun, semua mimpi dan ilham itu mestilah dirujuk kepada al-Quran dan al-Sunnah untuk memasti ia bukan mainan syaitan.

_____________________________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com

Advertisements

Responses

  1. saya pernah bermimpi sebegini masa kecil dulu…

    • huhuhu…byk ilmu tuan baba ni..

      • kawan sy ade mimpi dikejutkan oleh datuk die seorang ulama kelantan yg terkenal hampir setiap malam supaya bangun tahajud…lepas tuw, die jd pandai bomoh orang…dengan guna ayat quran…
        sy tanya abg angkat sy @ guru sy pasal hal ni, die kate syaitan boleh jelma jd tok wali dalam mimpi…

  2. ada sapa sapa nak komen???

  3. Tuan Baba…mtk alamat email….boleh?
    Nok nuntut laaa…..

    Jgn mare ye Ckgu Nik….lain kemudi, lain pengkalan…hihi

    • PedangSakti kita pun apa kurang..bila nok ajar ambo hok takdok ilmu ini..

      Belajar sajo tok molek jugok..keno la ajar hok mano ado tuh..

  4. ambo nak jupo baba syarif.buleh dok ambo ambik no telepon baba syarif dari nik?izin ko dok?

  5. salam, pernah ambo mimpi, tapi mimpi tu tak molek, bila dipaksa bersilat sampai dengar bang, ambo nak smaye dia marah ko ambo..ambo lari…apa apa mngenai ambo sila jenguk blog ambo…
    mngenai ilmu ambo tu, tak seberapa pun banding nga saing saing hok ado….
    nak jumpa mari ke desa ilmu, kota samarahan, sarawak 🙂 .

  6. salam seperguruan…..dulu ketika saya aktif dalam silat gayong(tapi masih lagi dalm pringkat rendah)….saya pernah didatangi mimpi… rumah saya dipecah masuk….saya sedaya upaya melawan pencuri itu…dgn segala ilmu yg saya ada…malangnya saya tidak brupaya untuk mengalahkan dia….seingat saya pencuri itu kelihatan seperti orang tua….
    mimpi2 sebegini sering terjadi pada saya ketika saya aktif dalam silat gayong..

  7. salam tuan yg mulia,
    alhamdulillah, syukran atas info bermakna ini. maka jelaslah kini bahawa barang siapa meninggalkan syariat maka putuslah hubungan tarikat & makrifatnya. tidakkah kita pernah terfikir kenapa Rasulullah s.a.w. yg maksum & mulia di sisi Allah s.w.t. itu MASIH lagi perlu menunaikan segala syariat 5 rukun Islam? siapalah kita jika dibandingkan dgn baginda? moga menjadi renungan semua dan bertindak pada yg sepatutnya, amin 99x… 🙂

  8. dlu sy pon pernah mimpi bersilat jgk sbnyk 3 kali…xsilap sy la..mimpi pertama…sy bersilat dgn guru silat pewaris sekolah sy….yg kedua..sy bersilat dgn sifu kung fu mane enth…yg ketiga sy bersilat dgn kwn sy,..kwn sy 2 pernh belajar silat pesaka dan taekwando…dan sy nie ahli Silat Abjad..ape mkne mimpi 2?

    • sy pn ada gak mmpi2 cm2..mmpi jd pndekar lawan dgan 5 jhanam yg srba brsenjata,lawan dgn bdk kcik skti…pas2 byk org kt luar sna tgk sy ni cm pengamal ilmu persilatan..apakah suma ni?

  9. As salam tuan semua,
    Sy berminat utk mpljari silat,sy duk di area bangi.harap sesiapa boleh tolong sy utk mpljari silat warisan nenek moyang kita.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: