Posted by: abusyakirin | 8 Jun 2010

Kursus Penghayatan Silat

Musim cuti sekolah biasanya banyak program silat di anjurkan. Kebiasaanya kursus silat ini diadakan pada cuti sekolah yang panjang seperti sekarang iaitu 2 minggu.

Bila terkenangkan kursus silat..1001 mcama keangan menerjah di ingatan. Kalaulah dapat di putar kembali roda waktu itu..nescaya ramai yang melakukannya. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat menimba ilmu.

Namun sedarkah kita bahawa belajar silat adalah satu Fardu Kifayah yang patut kita tunaikan. Disamping menunaikan tuntutan Fardu Kifayah ini..terfikirkah kita pada tuntutan Fardu Ain kita..sudah sempurnakah ia. Kalau ye pun sempurna bagaimana pula dengan tuntutan Fardu Kifayah yang lain. Takkan silat je kita cemerlang dan dalam bab lain kita kurang cemerlang.

Kita sentiasa bersemangat melaungkan perjuangan memartabatkan silat sebagai warisan pusaka bangsa Melayu..adakah sama semangat untuk kita meningkatkan kualiti keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah s.w.t. Di bimbangi kita taksub dalam melaksanakan tuntutan fardhu Kifayah namun kita alpa pada tuntutan fardhu Ain.

Kadang-kadang saya melihat kebanyakkan kita begitu ghairah dalam mendalami ilmu persilatan. Kalau boleh semua rahsia ilmu ini nak dipelajari dalam 1 malam saja. Tak cukup dengan guru yang biasa dia ketemui..dicari lagi guru yang di dengari akan kehebatannya. Sampai berguru di alam mimpi.

Ada juga yang sanggup bermusuhan demi mendapatkan pangkat dan jawatan dalam persatuan..orang kata gilakan bengkung dan gilakan sandang…Pelik kenapa Pendekar semua tidak tergila-gilakan pangkat gelaran yg terang-terang di kurniakan Allah s.w.t kepada hambanya iaitu

” wahai orang yang Beriman.”

Tiada gunanya bengkung, sandang dan jawatan dihadapan Allah s.w.t nanti. Hanya yang beriman saja yang akan mendapat Rahmat dan perlindungan Allah s.w.t di Mahsyar nanti.

Alangkah baiknya kalau para pendekar semua berlumba-lumba pula menyiapkan diri dengan jurus serta pencak sakti dan segala ibu gerak silat untuk ke gelanggang Barzakh yang akan kita lalui nanti.

HATI YANG SEJAHTERA DI AKHIRAT

Firman Allah SWT:

Hari (Akhirat adalah hari) yang tidak bermanfaat lagi harta mahu pun anak pinak. Kecuali seseorang yang datang kepada Allah dengan membawa hati yang sejahtera” [AL-Shu’araa’ 26: 88-89]

Alam Mahsyar adalah alam penilaian terhadap manusia. Ia adalah hati pengisytiharan keputusan bagi ujian yang telah ditempuhi oleh manusia semasa hidupnya di dunia. Seandainya manusia hidup di dunia dengan berbekalkan hati yang sejahtera, maka hati itulah yang akan menjadi persembahannya kepada Allah di akhirat.

Prasangka manusia terhadap peri pentingnya harta dan anak-anak semasa hidup di dunia, akhirnya akan dihadapkan kepada kenyataan bahawa semuanya tidak bermanfaat lagi, kecuali bagi yang datang kepada Allah dengan hati yang sejahtera. Hati yang sejahtera di dunia, akan menguruskan harta sebagai amanah Allah, lantas segala tuntutan dan tanggungjawab infaq ditunaikan. Hati yang sejahtera di dunia juga, akan menguruskan anak-anak sehingga terdidik dan membesar sebagai manusia soleh dan bertaqwa, memiliki hati-hati yang juga sejahtera kepada Allah.

Maka hati yang sejahtera di akhirat, adalah indikasi kepada nilai amalan seseorang. Hiduplah di dunia ini dengan hati yang sejahtera, dan temuilah Allah di alam mendatang juga dengan hati yang sejahtera, kerana di situlah letaknya kebahagian dan keselamatan yang kekal abadi.

REBUTLAH PELUANG

Rebutlah peluang diwaktu muda dan tatkala usia kanak-kanak, kerana kanak-kanak jiwanya lebih bersih dan tidak pula sibuk. Telah diceritakan dari al-Ahnaf bin Qais, beliau telah mendengar seorang lelaki berkata:

belajar sewaktu usia masih kecil bagaikan mengukir sesuatu keatas batu…,

lalu al-Ahnaf berkata :

Orang dewasa lebih matang aqalnya, tetapi hatinya terlalu sibuk….

Wahai sahabatku , jangan sekali-kali kamu lupa , bahawa manusia apabila sampai keperingkat umur “dewasa”, pandangannya akan semakin lemah, dan mungkin dia tidak mampu lagi untuk membaca al-Qur’an  daripada helaian mashaf, ketika itu dia akan mendapatinya apa yang dia hafal didadanya sebagai “harta karun” yang akan dia baca dan untuk dia menggunakannya untuk bertahajud….dan sekiranya dia tidak menghafal apa-apa dari ayat al-Qur’an yang akan dia ingati, dia pasti akan amat menyesalinya…..

Nasihat oleh : Syeikh Dr Anas Karzoum

___________________________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com


Responses

  1. Nasihat yang baik. Ad-deenul nasihah kata Nabi s.a.w.

  2. MUHASABAH DIRI

  3. salam tuan yg mulia,
    alhamdulillah, syukran atas artikel ini. masya Allah, kekaguman saya kpd tuan semakin bertambah apabila membaca blog ini yg penuh dengan ‘jurus rasa hati hikmah’. maksudnya, tuan tidak menceritakan perihal silat gayong itu sendiri, sebaliknya memberikan intipati yg patut ada di dalam diri semua anak gayong. moga tuan berjaya membuka minda dan hati semua anak gayong dgn ‘seni’ tuan ini… Seni Hati Gayong… Insya Allah setiap niat baik tuan pasti mendatangkan hasil yg melebihi harapan tuan itu, sama ada lambat atau cepat sahaja, amin 99x…🙂


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: