Posted by: abusyakirin | 9 Jun 2010

Penyakit Ain dalam Persilatan

Ana pernah mendengar tentang penyakit ‘ain’, contohnya apabila seseorang kagum melihat kecantikan sesuatu dan memuji2 kecantikannya, kemudian tidak mengucapkan ‘masya-Allah’, maka benda yang dilihat itu akan rosak/musnah/hancur.

Atau apabila seseorg lelaki melihat kecantikan seseorang wanita, dan menjadi asyik kpdnya, kemudian tidak mengatakan masyaAllah.

Kemungkinan perempuan itu akan jatuh sakit atau mati.

Benarkah adanya penyakit ini?

Tidakkah kepercayaan ini berunsur syirik?

Kalau benar adanya penyakit ini, bagaimana nak ubati mangsa penyakit ain spt wanita di atas?

Apa punca berlakunya penyakit ain?
Harap penjelasan daripada enta, ana takut ‘ter’percaya kpd benda karut marut, sebab ana rasa macam syirik je kalau percayakan bala akan datang disebabkan sesuatu selain Allah..

Ini adalah sebahagaian pertanyaan daripada seorang sahabat saya berkenaan Ain ini…Pernahkah sahabat semua mendengar tentang penyakit ini. Betulkah penyakit ini wujud atau sekadar cerita yang direka-reka.

PENGERTIAN AIN

Ain ialah: Pandangan pada sesuatu dengan perasaan kagum, dicampur dengan rasa hasad, yang menyebabkan terjadi kemudaratan terhadap yang dilihat itu. Dalam hadis Musnad Ahmad

“Al-Ain adalah benar yang didatangkan oleh syaitan, dan oleh kehasadan anak Adam”. (no: 9668)

oleh itu, untuk mengelakkan al-Ain, digalakkan menyebut zikir apabila melihat sesuatu yg mengkagumkan. sebagaimana saranan al-Quran:

“Dan mengapakah tidak apabila kamu memasuki kebunmu, kamu berkata: Masya Allah, La haula wala quwwata Illa Billah”. al-Kahfi ayat 39.

al-Ain itu adalah penyakit, dan diubati dengan cara yang diajar oleh Nabi, sebagaimana disebut dalam hadis spt kisah Sahl bin Hunaif , dan lain2 iaitu memandikan si mangsa Ain dengan air basuhan atau air wudhu si pengena Ain itu.

Boleh juga diubati dengan cara RUQYAH, sebagaimana Nabi memerintahkan Aisyah supaya mengambil ruqyah untuk penyakit Ain. -Sahih bukhari dan Muslim,dan dalam hadis lain

“Tiada ruqyah melainkan untuk penyakit Ain dan sengatan binatang bisa”. Bukhari (no: 5378) dan Muslim (no: 220).

KEBIMBANGAN

Saya memikirkan penyakit ini sedikit sebanyak sudah menular dan berjangkit tanpa kita semua sedari di dalam diri kita khususnya pesilat semua. Apa ke tidaknya..ramai yang memuji-muji gurulatih mereka dan memuji aksi-aksi silat dalam siri demo atau persembahan tanpa memuji Allah s.w.t terlebih dahulu. Ini lah masalahnya kagum pada sesuatu tanpa memuji atau mengingati Allah s.w.t

” Wow hebat team ni.. memang tiada tandingan ”

Ini adalah kata-kata yang sering kita dengar setiap kali melihat demonstrasi Silat atau melihat seorang Gurulatih beraksi..Kita lupa bahawa Allah s.w.t lah yang menganugerahkan kehebatan itu. Lazimilah menyebut zikrullah semasa melihat sesuatu yang mengagumkan di pandangan kita.

Semua benda adalah Majazi hakikatnya Allah.. maknanya semua benda atau perkara yang berlaku adalah sandaran semata-mata. Hakikatnya ialah Allah s.w.t. Bila kita terkena keris dan luka bukan keris itu yang berkuasa melukakan kita tapi hakikatnya Allah s.w.t Bukan nasi yang mengeyangkan perut kita tapi Allah s.w.t

Justeru itu berhati-hatilah dalam memuji atau mengagumi sesuatu atau seseorang. Sebagai seorang pesilat kita perlu melengkapkan diri kita bukan sekadar dengan ilmu mempertahankan diri malah ilmu agama itu juga perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa.

__________________________________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com

Advertisements

Responses

  1. masya allah masya allah
    habibullah hakikatullah

    masya allah masya allah
    subhanallah
    astaghfirullah

    tiada bergerak walau sebesar zarah pun melainkan dengan izin allah

  2. macam pernah ku lihat tapi di mananya?

    • hehehe..komen ambo pado blog demo

  3. salam semua…emm penyakit ain, ada ubatnya…rujuk azkar nawawi atau al-aufaq imam ghazali

  4. salam tuan yg mulia,
    alhamdulillah, syukran atas perkongsian bermakna ini. moga kita semua sedar dengan kealpaan. dahulukanlah hak Allah, pasti Dia akan menyegerakan hak kita. segala pujian hanya kepada Yg Hak, Dia Yg Maha Terpuji, wallahualam… 🙂

  5. tumpang tanya..”tidak bergerak walau sebesar zarah sekalipun melainkan dgn izin allah” tu ayat alquran ka?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: