Posted by: abusyakirin | 12 Jun 2010

Jangan Khianati Lagi Cikgu Hj Awang Daud

Saya cuba menulis satu dua artikel, tetapi nyata sekali menulis tanpa HATI dan perHATIan, sukar sekali.

Ini mungkin kerana saya terkenangkan luahan hati Guru saya Ayahanda Hj Awang Daud kepada saya berkenaan apa yang berlaku baru-baru ini kepada beliau dan barisan jurulatih ADMAA semasa dijemput membuat kursus ADMAA.

Teruk dan tak sepatutnya perkara macam itu berlaku. Itulah yang dapat saya simpulkan terhadap apa yang berlaku. Semua ini kerana gara-gara kesilapan penganjur yang tidak betul-betul bersedia menjalankan satu program yang besar. Mungkin kerana mereka memikirkan dan cara bekerja ala kadar.

KESILAPAN BESAR

Mereka telah melakukan satu kesilapan yang besar. Mungkin kerana mereka menganggapkan Cikgu Tn Hj Awang Daud ini bukanlah belajar sampai universiti atau seorang Grand Master kekampungan atau seorang yang tua yang tak pandai dalam bab pengurusan dan protokol maka mereka menguruskan program itu secara cincai atau ala kadar.

Betapa mereka beranggapan sekiranya mereka berjaya menambat hati Cg Tn Hj Awang Daud maka semua Jurulatih ADMAA akan redha terhadap apa yang berlaku. Sekali lagi mereka silap kerana bukan itu prinsip Cg Tn Hj Awang Daud.. Cg Tn Hj Awang Daud akan menjaga semua aspek keperluan dan kebajikan barisan Jurulatihnya. Inilah tanggung jawab seorang Guru pada muridnya. Samalah peranan seorang ayah pada ahli keluarganya. Masakan  mudah seorang Guru termakan budi lalu mengabaikan anak muridnya. Kalau berlaku begitu itu bukan Guru yang terpuji bahkan seorang guru yang keji.. laksana ayah membiarkan anak kelaparan.

Inilah yang terjadi bukan setakat barisan jurulatih tak cukup makan malah para peserta pun tak cukup makan.

Nasib baik barisan jurulataih yang diketuai oleh Pak Lang Adi yang mengeluarkan duit poket mereka membelikan nasi kepada para peserta kursus yang kelaparan.

Kesian sunguh para peserta umpama harapkan pagar pagar makan padi.

Harapkan sokong rupanya sokongan membawa rebah.

Di manakah kecekapan dan sifat AMANAH penganjur. Sedangkan yuran peserta sudah di bayar jelas oleh semua peserta. Adakah penganjur tidak PEKA pada hal- hal kontengensi macam ini.

SIKAP MEMANDANG REMEH

Kesalahan penganjur  ialah pada pengurusan keewangan dan meremehkan benda kecil.

Segera saya teringat, ketika Nabi Yusuf memberikan saranan bahawa tugas paling sesuai buat dirinya adalah sebagai Bendahara negara Mesir, beliau berkata,

jadikanlah aku pemegang harta negara. Sesungguhnya aku ini seorang yang teliti lagi berilmu” [Q  12: 55]

Kelayakan bukan hanya pada berilmunya seseorang itu menguruskan kewangan, malah pada sikap telitinya pada apa yang dihitung sebagai amanah.

Itu jugalah semangat atau sikap yang diajar dalam berwudhu’.

“Jangan membazir air, walaupun kamu di sungai,” pesan Nabi Muhammad.

Berjimat bukan soal kekurangan bekal. Tetapi latihan membentuk sikap. Peka dengan keperluan, dan mengguna pakai seadanya, biar pun pada sekecil soal wudhu’ di tebing sungai.

BERKATA YANG BAIK-BAIK

Salah seorang penganjur program tersebut mengakui sendiri kepada saya yang mereka sebenarnya ingin menganjurkan kursus SILAT bukannya ADMAA. Mereka menjangkakan Cg Tn Hj Awang Daud akan datang pada sehari sebelum program berakhir bagi upacara Mandi Minyak, Sebaliknya rombongan ADMAA telah datang dari hari pertama lagi dan ini memberi satu kesan yang besar kepada keseluruhan aktiviti program.

Mereka bukan sahaja menipu para peserta malah menipu Cg Tn Hj Awang Daud.

Katanya kursus Silat pada peserta rupanya ADMAA,

katanya kursus ADMAA pada Cg Tn Hj Awang Daud rupanya Silat

Ingin menyelam sambil minum air.. tetapi

Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.

Alangkah baik kalau diceritakan yang sebenarnya.

MEMULIAKAN TETAMU

Penganjur sepatutnya sedar bahawa Jurulatih ADMAA yang datang bukanlah sekadar datang untuk memberikan tunjuk ajar semata-mata. Bahkan mereka di jemput dan yang paling penting mereka adalah TETAMU. Bahkan para TETAMU yang hadir semasa program dan penutup program juga perlu dilayan dan diraikan. Mereka adalah TETAMU.

Jangan sesekali kita memandang remeh akan layanan terhadap TETAMU. Lihatlah bagaimana Allah s.w.t memuliakan para TETAMUNya sedangkan kita adalah hambanya dan DIA adalah KHALIQ.

Biarpun TETAMU itu musuh kita sekalipun mereka perlu dilayan dengan sebaiknya. Itu adalah akhlak yang di sampaikan oleh Junjungan Mulia Rasulullah Sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Maka ada baiknya saya sampaikan ingatan Nabi Sallallaahu ‘alayhi wa sallam:


Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia itu berkata yang baik-baik atau diam sahaja. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia itu memuliakan jirannya. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia itu memuliakan tetamunya (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

_____________________________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com


Responses

  1. Salam… alangkah bagusnya andai cikgu dapat berkongsi akan siapa yang membuat jadah tersebut agar dapat dijadikan panduan dan ingatan pada hari-hari mendatang…

    • wmslm…minta maaf pada sahabat yg bertanya.. biarlah ianya dirahsiakan. Moga ianya dijadikan iktibar buat kita semua.

  2. Biasalah tu nik…tp kalau tuan dengar kisah Cg Tua lain kena main dengan anak murid kesayangan sendiri lagi pedih.

    Entahlah….sekarang ni ada yang kejar duit ringgit, ada yang kejar bengkong melangit, ada yang kejar sandang senget benget, ada juga cuba bawa tarikat dalam silat habis hangit..macam – macam ada.

    Wallahu’alam.

    • 🙂

    • dunia sekarang dah tak pakai adad2 nieh..yang di junjung hanya nafsu dan sikap pentingkan diri sendiri..bab kene main ngan anak murid, sekarang nieh dah jadi lumrah.ada kes sampai guru masuk lokap pasai kene main ngan ank murid..tapi aper kata guru, biarkanlah, secantik-cantik enggang, akhirnya tunduk juga ke bumi untuk minum….

  3. Ambillah ilmu semasa beliau masih ada…kerana bila kehilangannya, patah tak tumbuh, hilang tak berganti dah…amat malang kalau kita mempersia-siakan ilmu dan pengalaman beliau….salam

    • semangat molek PedangSakti.. jeliro molek bakali jupo dengan Cikgu Awang. Banyak ilmu dia buleh ni..

      • Yak kelih tu cikgu nik…..kito ni jong ikut blkg jah…..hok buleh banyok tu ore lain….. tapi sajo jah duk alih ko ore lain….

        Teringat petikan kata-kata dalam filem ‘Pendekar Bujang Lapok’ selepas adegan samseng ‘taik kucing’ di belasah oleh Pendekar Mustar…….

        Sarip Dol: “Hei kemat mcm mana kau boleh kalah dengan orang tua tu haaa?

        Kemat: “Eh…kau tak tau rip…….orang tua tu BERANTAI…..”

        Fikir-fikirkan lah……..
        Jumpa lagi….
        Salam….

  4. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabaraktuh..izinkan saya bertanya abg2,dimanakah rumah tok guru awang..sudah lama saya tidak ketemu dengan tok guru selepas kematian abe joe(arwah zulkarnain)..semalam saya ada terlihat didalam majalah tiga..tp x tahu dimana kah rumahnya..

    • Waalaikumussalam wbt. Rumah Cikgu Awang di Kg Sg Ibor Gurun Kedah. ini no tel Cg Awang Daud 012 539 9577

  5. salam.. saudara bley sy bertny.? sy seorng jurulatih admaa.. bley sy tahu kursus yg saudara sebut ni di adakan di mn?

    • wmslm wbt..rasanya saya dah PM jawapan soalan ini kat FB Tuan😀


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: