Posted by: abusyakirin | 15 Jun 2010

Pecah Kaca Pecah Gelas, Rosak Bahasa Nak Komen Pun Malas

mu ada tak ibu gayung yg asli?aku dpt dari org alim kat kelantan bukan dari pendekar

Ini adalah komen yang saya terima daripada salah seorang pengunjung blog ini. Geram..Marah dan saya menganggapnya sebagai biadap dan tak bersopan. Dengan salamnya tiada terus sahaja bercakap bahasa yang agak kasar.

Sebaiknya perkenalkanlah diri dulu. Kalau ye pun anak Gayong yang senior tak sepatutnya cakap kasar sedemikian. Kita orang Islam, orang Melayu apatah lagi orang Silat yang dididik dgn adat istiadat serta budi bahasa yang terpuji.Kata dapat ilmu dari orang alim tapi macam itukah didikan seorang alim kepada anda.

Terkenangkan Rancangan Sesame Street

Harry, open the door!

Harry, can you please open the door!

Dua ungkapan dengan maksud yang sama, tetapi menghasilkan kesan yang berbeza.

Semasa saya kecil, Sesame Street adalah salah sebuah rancangan televisyen yang amat saya minati. Salah satu episod yang masih segar di ingatan saya ialah “The Magic Word“.

The Magic Word” bertujuan mengajar kanak-kanak supaya menggunakan perkataan-perkataan yang sopan terutamanya apabila meminta pertolongan. Perkataan please, kindly dan yang seumpama dengannya adalah “The Magic Word” yang dimaksudkan.

AKAL DAN HATI

Saya sentiasa berhati-hati agar jangan perkataan saya menyinggung sesiapa. Maka saya juga mengharapkan yang sama dari orang lain. Ia adalah fitrah manusia. Allah mencipta manusia dengan akal dan hati, yang saling berbeza tabiat dalam memberikan reaksi kepada perkataan. Akal memproses logik. Hati memproses emosi.

Akal dan logik menghasilkan tahu.

Hati dan emosi mencetuskan mahu.

Apabila kita meminta sesuatu dari orang lain dengan menyebut “Ali, buka pintu tu”, ia adalah arahan kepada akal. Apabila akal memahami arahan tersebut, ia akan memberikan kefahaman tentang reaksi dan tindakan yang sepatutnya diambil terhadap arahan itu.

Tetapi arahan yang hanya mempedulikan akal, walaupun boleh difahami, ia mungkin tidak mencetus mahu. Arahan itu tidak mengambil kira soal hati. Sedangkan kemahuan datang dari hati.

Bagaimana kalau ayat yang sama diungkap dengan cara yang lebih sopan, seperti “Ali, tolong bukakan pintu tu. Terima kasih!”

Bagaimanakah perasaan dan kesediaan kita untuk bekerjasama dengan permintaan yang sedemikian rupa, berbanding arahan pertama?

Saya yakin, kita lebih bersungguh dan berkemahuan untuk memenuhi permintaan itu kerana perkataan “buka pintu” memberitahu akal, manakala perkataan “tolong” dan “terima kasih” menggerakkan hati.

Tidak bolehkah peraturan semudah ini kita amalkan dalam hidup?

LUQMAN DAN BAHASA KASIH SAYANGNYA

Lihat sahaja bagaimana Luqman menasihati anaknya. Beliau mulakan ungkapan nasihat itu dengan lafaz “Ya Bunayya“, yang boleh dimaksudkan sebagai “wahai anakku sayang”. Ia adalah lafaz akal dan hati. Luqman tidak bersikap angkuh terhadap anaknya atas status dirinya sebagai bapa. Malah kuasa kasih sayang dan bahasa yang mengungkapkannya, menjadikan nasihat itu lebih berkesan dan penuh hikmah.

Manusia tidak bertindak berdasarkan apa yang dia tahu (akal), tetapi manusia bertindak berdasarkan apa yang dia mahu (hati). Jangan lupa yang itu. Jangan hanya mengeluarkan arahan, tetapi manfaatkan fitrah manusia yang ada perasaan.

BAHASA TERHAKIS

Saya semakin merasakan betapa generasi hari ini semakin tidak mempedulikan bahasa. Tidak pandai berbahasa. Tidak bijak menutur kata. Saya tidaklah mengharapkan bahasa bangsawan atau sastera. Tetapi cukup dengan bahasa “The Magic Word” yang sudah begitu sebati dengan adat resam dan budaya kita.

Banyak komen yang dihantar tetapi kurangnya “The Magic Word” .Saya tidak bermaksud mahu memperlekeh sesiapa, tetapi saya tidak enak membaca tulisan yang tidak manusiawi. Tidak cerdik berkata-kata. Apakah kerana generasi muda hari ini semakin banyak berhubung di alam virtual, maka mereka menjadi tuli terhadap nilai-nilai kemanusiaan pada bahasa dan perhubungan?

Sengaja saya cetuskan Sesama Street sebagai contoh tauladan kisah ini kerana saya ingin menunjukkan kepada pembaca betapa masyarakat Barat, masih ramai yang particular dan mengambil berat tentang hal ini. Mereka mengajar anak-anak mereka berbudi bahasa.

Bagaimana dengan kita yang Muslim ini? Islam yang mengajar kita bahawa muka dan bahasa yang manis itu adalah suatu kebajikan. Bagaimana dengan Melayu yang suka dikenali sebagai bangsa yang berbudi bahasa?

Sudikah kalian memikirkannya? Terima kasih.

Yang kurik itu kundi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

_________________________________________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com


Responses

  1. salam pendekar, ibu gayung banyak juga riwayatnya, dan banyak juga kaifiyatnya…jangan sangka pendekar itu tidak alim, dan jangan sangka alim itu bukan pendekar…salam abe nik…salam semua

  2. Budi bahasa budaya kita. Agak – agak kenapa budi dikaitkan dengan bahasa yang akhirnya menjadi budaya iaitu pakaian harian masyarakat melayu.

    Cari dan gali insya-allah akan berjumpa.w/a

  3. salam..insya-allah..sama-sama lah kita mencari.. saya nak maklumkan satu berita..insya-allah.. jikalau tiada aral melintang, majlis khatam keris peringkat kebangsaan akan di adakan pada jumaat hingga ahad ini di tanjung tuan,negeri sembilan,harap kepada sesiapa yang berkelapangan..dapatlah hadir untuk memeriahkan lagi majlis tersebut..insya-allah..

    • insya Allah..Cg Li Sendo dah tel bgtau jemput utk kesana.

  4. harap2 dapatlah berjumap dengan saudara dan ahli2 gayong yang lain…amin..

  5. arjuna gi sana ke. Saya tengah berbelah bagi antara nak gi dan tak gi. Pasal orang rumah tengah tak sihat demam dah masuk 2 hari lepas balik dari kelantan.

  6. ye3..saya akan kesana..untuk join khatam keris.. insya allah,besok saya akan bertolak dari tanjung malim ke seremban..moga orang rumah saudara wan cepat-cepat lah sembuh..saya teringin nak jumpa saudara wan,baba syarif,ckigu abu syakirin dan pengunjung-pengunjung2 blog khalifahgayong ni…nak rapatkan lagi hubungan silaturrahim..

    • tgh tadi saya dan cg li bersama keluarga masing2 berjumpa di Taman Tasik Taiping. Alhamdulillah dia sihat dan akan ke PD esok.. Saya tak dapat hadir ke sana. Saya doakan semoga program nanti berjaya. Insya Allah.

  7. Dasar pendidikan di Malaysia
    Halal haram dan trade mark jakim
    Melayu dan bahasanya.
    Melayu dan iklan percuma.
    Baca di
    http://tebangtebas.wordpress.com/


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: