Posted by: abusyakirin | 21 Jun 2010

Siapakah yang mengucapkan Gayong Bergayut Kata Bersahut Biduk Berlalu Kiambang Bertaut

Gayong Bergayut Kata Bersahut

Biduk Berlalu Kiambang Bertaut

Kata-kata atau ucapan ini cukup sinonim dalam Silat Seni Gayong. Ianya cukup mendalam akan makna tersurat dan tersiratnya. Ramai yang mengucapkannya dan ada juga yang menjadikan motto gelanggang silatnya.

Namun sedarkah kita sebagai anak Gayong siapakah sebenarnya yang mengucapkan kata-kata tersebut..?

Ada yang mengatakan ianya di ucapkan oleh Daeng Kuning iaitu Panglima Hitam, ada juga beranggapan Arwah Dato Meor Abd Rahman ( ADMAR ) yang mengucapkannya.

Inilah kelemahan Anak Gayong sekarang..berlumba-lumba mengejar bengkung dan sandang namun pelajaran Sejarah dan Adat Istiadat di pinggirkan.

PERISTIWA BERSEJARAH

Semua sedia maklum akan pertemuan bersejarah diantara Pahlawan Mat Kilau dengan Arwah Dato Meor Abdul Rahman ( ADMAR ) bersama rombongan Gayong pada 1969.

Rombongan itu terdiri daripada 5 orang iaitu ADMAR, Cikgu Majid Mat Isa, Arwah Cg Siti Kalsom, Cg Khir Saad dan saudara ADMAR seorang perempuan, kalau tak salah sepupu atau adik Ipar ADMAR.

Setibanya ke rumah Pahlawan Mat Kilau. Rombongan tersebut dijemput naik ke atas rumah kerana pada waktu itu Pahlawan Mat Kilau sudah dalam keadaan uzur kerana sakit tua. ADMAR telah bertanyakan kepada Mat Kilau

” Aki..Aki kenal tak Syed Zainal Al Attas salah seorang Pahlawan Pahang? “

sambil Mat Kilau mnerenung wajah ADMAR lalu di jawab

” Oo..Kenal..orang panggil Tok Janai..dia adalah guru saya”.

Lantas ADMAR pun berkata

” Aki saya ni Cucu Syed Zainal Al-Attas, Ayah saya Daeng Uda Mohd Hashim dan Bonda saya Shariffah Alluyah anakanda Syede Zainal al-Attas..”

Dalam waktu yang sama air mata Pahlawan Mat Kilau mengalir…

“Aki..saya sekarang mengajar Silat Seni Gayong..” Kata ADMAR

“Aki nak tengoklah macam mana permainan Silat Gayong” jawab Mat Kilau

Lalu ADMAR mengarahkan Cikgu Majid dan Cikgu Khir Saad mengusung Mat Kilau di bawa ke Tanah bagi di persembahkan permainan Silat Seni Gayong.

Dalam persembahan itu ADMAR mengarahkan Cikgu Majid bermain pentas Keris bersama Cikgu Khir Saad dan selepas itu cikgu Majid berpasangan dengan Arwah Cg Siti Kalsom bermain pentas pisau.

Setelah menyaksikan persembahan permainan Silat Seni Gayong dan  Penyampaikan Sandang Kebesaran Silat Seni Gayong  kepada Pahlawan Mat Kilau oleh ADMAR..

Pahlawan Mat Kilau sekali lagi menitiskan air mata..lantas keluarlah dari mulutnya pantun yang berbunyi

Gayong Bergayut Kata Bersahut

Biduk Berlalu Kiambang Bertaut

Selain pantun  atau ucapan ini tiada lagi kata-kata yang diucapkan oleh Pahlawan Mat Kilau kepada rombongan tersebut.

Tiada kata-kata dari Mat Kilau selain kata -kata di atas .

Inilah sejarah sebenar apa yang berlaku semasa pertemuan ADMAR dengan Pahlawan Mat Kilau. Cerita ini disampaikan sendiri oleh Guru saya Ayahanda Cikgu Abdul Majid Mat Isa selaku salah seorang individu yang terlibat dalam peristiwa tersebut.

HARAPAN CIKGU ABD MAJID

Beliau menegaskan usahlah direka-reka cerita berkenaan pertemuan tersebut..dan kepada yang mendakwa terlibat dan turut serta bersama rombongan bersejarah itu janganlah menipu kerana beliau masih ada lagi. Seperti yang dikata sebelum ini hanya 5 orang sahaja yang menyertai rombongan bersejarah itu.

Beliau telah mengarahkan saya agar menulis cerita ini buat tatapan anak Gayong semua agar mengetahui kisah sebenar di sebalik apa yang berlaku semasa peristiwa rombongan tersebut.

Selain terkilan dengan segelintir Gurulatih Gayong yang menipu serta mendakwa dirinya ada bersama rombongan tersebut dan mereka-reka cerita, beliau berharap agar Anak Gayong mempelajari dan memahami sejarah serta adat istiadat gayong yang sebenarnya.

KESIMPULAN

Selaku insan yang bergelar anak Gayong eloklah kirannya kita menghayati kata-kata atau ucapan Pahlawan Mat Kilau itu. Mungkin itulah amanat beliau kepada seluruh anak Gayong. Kita juga perlulah bersungguh-sungguh mendalami sejarah dan adat istiadat Silat Seni Gayong.

Sekadar mengimbau lipatan silam agar ianya tak luput dari ingatan buat tatapan generasi mendatang biar subur menjadi kenangan.

__________________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com


Responses

  1. Salam Nik,

    Ni namanya sejarah. Jadi tugas kitalah mengumpul menyaring kemudian dibuat sedikit catatan atau nota penerangan supaya orang boleh faham.

    Cerita..ramai orang boleh bercerita tapi mana satu yang betul wallahu’alam. Selagi yang terlibat masih hidup ada lebih baik di catat dan di simpan riwayat sebetulnya supaya dapat dijadikan rujukan di kemudian hari. W/a

    • Insya Allah.. Semoga usaha kecil ini akan memberikan kesan yang positif kepada kita semua

  2. Salam…

    Saya sokong pendapat sdr. Wan Kancil…

    Sejarah sememangnya tak akan berubah tetapi orang yang meriwayatkan sejarah itu yang membuat perubahan. Hanya yang menjadi sebahagian sejarah itulah yang mengetahui dan menyimpan hakikat kebenarannya….

    Kumpulkan sebanyak mungkin sejarah dan kebenaran untuk panduan anak gayong kini dan selamanya. Wallahua’lam…

    • Insya Allah A.Aik..

      Ramai anak Gayong yang kejar bengkung dan Sandang..namun iz6 memilih untuk mewarisi ilmu sejarah dan adat istiadat. Ini kerana dari pemerhatian iz6 bab ini byk diketepikan oleh generasi Gayong sekarang.

      Semoga Allah s.w.t memberi semangat untuk terus menyebarkan maklumat yang Haq kepada seluruh anak Gayong.

      • Insya Allah.. ALLAH akan bagi kekuatan bagi yang menegakkan Haq…
        …A.Aik setuju dengan iz6, tak perlu mengejar bengkung dan sandang kerana ianya lambang semata-mata. Yang penting adalah ilmu yang tentunya tak akan habis….

        • Pesanan A.Aik akan sentiasa dijadikan pedoman..

        • A.JOE tak dapat nak bagi apa-apa komen lagi..

  3. slm..teruskan lagi menulis wahai khalifah…, ilmu itu cahaya..sampaikan…panjangkan…ambe pn banyok dok tau…

    • Jangan gituh Ayohngohshi… ambo takdok gapo pun..cuma minat dengar cerita org tua2.

  4. begitu juga dengan silibus asal permainan senjata. Harapnya nik boleh usaha untuk mengkatelogkan dan dapat di jadikan perpustakaan online khas kepada guruletih muda gayong. Ini termasuk adat istiadat untuk sesuatu upacara sementara ada guru – guru lama yang masih bernafas dan kuat ingatan.

    Esok kalau dia orang dah takde, payah kita nak rujuk balik pasal masing – masing mengaku kata “guru aku dapat dari Arwah dato’ lagu ni”.

    W/a

    • Insya Allah

  5. minat dgr cerita org tua2 ,itu adelah 1 perkara..di beri keizinan oleh-NYA unt mendengar&bertemu dgn orang2 tertentu itu adelah satu keSyukuran…bukan semua y terpilih..hok dipilih2 saje..

    • Ayohngohsi pun apa kurangnya..

  6. :)…blh abe nik kumpulkan guru-guru mat kilau, setau ambo ada dari kelantan, ada dari teganu…

    • Ambo kiro mitok tolong Syeikh Baba lah..mugo Syeikh lebih arif.

      • hehehe..abe nik ni resam padi sungguh….ambo ni tau hok tau jah,hok tak tau banyak lagi tu….setakat ni ambo tau sekurangnya tiga guru mat kilau..mgkin ramai lagi kita tak tau sbb mat kilau pernah sembunyi mengatur strategi di kelantan, teganu dan patani…sorang lagi ialah tokku paloh selaku guru krohanian mereka yang banyak meniaupkan roh jihad pada pahlawan pahang di samping tok botok dari kelantan dan syd zainal al-attas, apa pun kebanyakan ilmu pahlawan kelantan bukan calang-calang orang dsamping ulama mereka juga pendekar yang hebat…ini yang kita orang melayu sekarang patut contohi, jangan taasud pada satu guru, dan disamping ilmu persilatan harus dilengkapi ilmu agama dengan seimbang…salam dari ambo…

        • ambo tok tahu sungguh…. pok dogol jah kito

        • mat kilau pernah satu guru dgn tokyah ramli, guru tua gayung fatani masa di patani.

  7. Assalamualaikum,

    Maknanya… takde lah cerita pasal Dato’ berbisik sepotong ayat pada telinga Mat Kilau?

    Saya setuju dengan komen Wan Kancil tentang hal silibus asal permainan senjata tu. Harap cikgu dapat kupaskan serba sedikit tentang silibus asal permainan senjata. Saya ada baca tentang nukilan cikgu tentang “tapak ketam” dalam permainan keris. Tapak ketam tu apa?

    Satu lagi. Ini hanya pendapat peribadi saya. Saya masih baru lagi dalam Gayong. Pendapat saya, ramai anak Gayong sekarang yang mengaku “anak Gayong” tetapi apabila mempersembahkan tari dan jurus, nampak seperti silat yang bukan Gayong. Entah. Sukar diterangkan dengan rangkaian kata. Nampak seperti mereka sedang bertanding dalam pertandingan Silat Seni. Mungkin pendapat saya khilaf daripada apa yang sepatutnya. Pohon pencerahan.

    • Saya hanya menulis apa yang diberitahu oleh guru saya Cikgu Abd Majid Mat Isa. Dia kata hanya ini saja yang berlaku..cerita yang tersebar di internet atau bualan anak Gayong yang lain adalah rekaan.

      Tentang Jurus atau tari itu..sebenarnya ianya tiada dalam permainan Gayong Asal. Cuma ADMAR mengarahkan Cikgu Majid untuk menciptanya.. Insya Allah ada kesempatan saya akan terangkan tapak Gayong ini.

  8. salam, saya setuju dgn pendapat saudara yg menulis. betul, segelintir anak gayong tidak mengambil berat tentang sejarah dan peristiwa2 dalam pssgm…namun bukan semua, hanya segelintir dari kita. bagus jugak saudara bertemu pak ndak majid untuk bertanya soal ini kerana dalm buku Mahaguru yg d tulis oleh wan fauzi tidak menceritakan tentang itu. terima kasih saudara🙂

  9. banyak perkara sebegini dilihat dalam Gayong seolah ia asalnya dari ADMAR seperti Gengam Angkat Yakin Waras Ngeri (GAYONG) dan pelbagai pantun serta landmark Gayong yg lain.

    Kekadang cerita seperti asal usul Naga dua dan naga sendiri pun ramai bertanya. Cerita org lama tidak semestinya disanggah tetapi tidak semesti diambil sebagai betul.

    Bukan ingin mempertikaikan yang sedia ada, tetapi disebalik betul dan salah. Banyak perkara yang org lama kita cerita pun tak betul. Hearsay atas hearsay.

    Saya teringat pada kata-kata seorang guru lama “jangan ingat semuanya dari ADMAR, ia hebat dari ilmunya tapi bab gini kena selidik dulu”

    wsalam

  10. salam cikgu..
    saya bangga dgn usaha keras cikgu. suatu ari nnt..
    ari itu pasti tiba…. amin…

    wakaka wiro sableng…

    • ni yang best bila wiro sableng menulis..pasti ada trademark dia..wakaka

  11. Assalamualaikum,

    Cerita tentang bisikan ayat 9 tu diceritakan oleh Cikgu Kahar, atas kapasiti sebagai driver kereta Mahaguru. Kalau cuma 5 orang sahaja yang sertai rombongan, tak dapat bayangkan betapa sendatnya kereta Mini Clubman ADMAR hehehehe. Mungkin rombongan disertai oleh 2 buah kereta (agaknyalah) hehehe tapi kalau dah biasa berhimpit macam kereta sapu, no hal guna satu kereta hehehe Wallahualam

    • waalaikummusaalam..

      Cikgu Majid hanya mengatakan hanya mereka berlima saja…baru sekejap tadi saya menelefonnya sekali lagi untuk dapatkan kepastian tentang andaian cikgu OMJ kemungkinan rombongan disertai 2 buah kereta. Cikgu Majid sekali lagi mengatakan hanya mereka berlima. Beliau kata boleh rujuk Cikgu Mat Khir yang masih hidup lagi. Cikgu Majid juga berpesan kalau ada sesiapa tak puas hati dengan cerita ini..Sila berjumpa dengan beliau sendiri.

  12. Biasalah tu. Dari situ kita boleh nilai sikap dan pemikiran seseorang. Jika Pak Ndak dah kata gitu, saya lebih percaya kata Pak Ndak dari hmmmm..takpelah.

    Yang macam nilah sekarang dok duduk kat Pusat nuuu. Hm…entahlah, tunggang langgang dibuatnya sekarang ni.

    Apa – apa pun nik, kita kena build up satu team yang melangkaui pentadbiran tanpa mengira, Pusaka, Gayong M’sia, Serantau, Pasak, Warisan atau Perwanit asalkan mengaku ADMAR sebagai pengasas dan pencipta Gayong kita berkerjasama. Soal perbezaan kita cuba neutralkan, kita mulakan dulu dengan persamaan kemudian kita saring.

    Insya Allah, kita letakkan harapan dan matlamat usaha kita ini kepada Allah s.w.t. semoga memberi lorongan dan petunjuk yang mempermudahkan usaha kita. Amin. W/a

    • Entahlah Wan..saya hanya menceritakan apa yang diberitahu oleh P.Ndak kpd saya. Bukan niat nak menjatuhkan sesiapa. Lagipun P.Ndak berani bertanggungjawab terhadap apa yang diceritakan ini. Berani kerana benar takut kerana salah.

      Saya walaupun ahli PSSPGM tapi bila berjumpa dengan Cikgu Sazali ok jer..takda masalah apa. InsyaAllah kita akan bersatu. Sama2 kita doakannya

  13. guru lama yang masih hidup umpama mesin masa.kutip jangan tak kutip.

    ni ada satu lagi nik
    pasal tak melayu hilang di dunia

    bertepatan dengan gayong yang kita semua cintai ini

    pusaka tuah

    ada tak pengetahuan di sisi para sohabat semua,bahawa hang tuah lah yg mengucapkan kata-kata itu

    ada yang berkata
    laksaman hang tuah bukanlah orang melayu

    tetapi keturunan cina muslim bernama
    hang-tou-wah

  14. kalu HANG nama khas orang cina, lagumana hok guna nama long(naga dalam bahasa cina, tertua/pertama dalam bahasa melayu) seperti long senik, long deraman, long ghafar di kelantan dan patani, bolehkah kita katakan orang cina??…boleh juga kita kias dengan kaedah ini srivijaya dan majapahit tu bangsa india??kalau begitu ramailah cina dan india dalam bangsa melayu bila orang kaedah panggil HANG, emak dari amma dalam bahasa sanskrit, bagaimana pula TAN dan TUN, KU, WAN, TUAN ,CHE dan lain lain gelar bangsawan MELAYU , KALU SEMUA BANGSA WAN MELAYU ITU CINA, tinggal SIAPA lagi YANG MELAYUnya??….bolehkah kita guna logik ini…..huhuhu sedih kajian tak ilmiah langsung…..

  15. Assalamualaikum,

    Kalau ikut kata blogger Tn Kelarias tu, Hang Tuah asal orang Cina dan yg ungkapkan kata Tak Melayu Hilang Di Dunia adalah guru Hang Tuah, Adi Putra. Tetapi pada saya, mencari maklumat secara “menurun”/memanggil roh(qarin) ni tidak boleh dipercayai 100%. Entah roh(qarin) siapa yang datang, Wallahualam. Bukankah kita telah diberi oleh amaran oleh Allah SWT dalam Surah Al-Jin tentang sifat sesetengah manusia yang meminta pertolongan dengan bangsa jin, yang natijahnya akan membangkitkan lagi kesombongan bangsa jin. Daripada hadith Nabi SAW, menyatakan maklumat yg diperoleh oleh para kahin/tukang telek daripada sumber jin cuma sedikit yang benar di samping ditambah dengan seratus pembohongan. Macamana kita boleh percaya cerita yang sumbernya melalui upacara memanggil roh(qarin/jin) yang hukumnya terang2 bersalahan dengan agama kita? Wallahualam.

  16. Ini isu klassik. Kalau saya, selesa dengan Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin. sebabnya Shelabear dan R.O. Winstead (maaf kalau salah eja namanya) merekodkan sejarah melayu berdasarkan hikayat yang diberikan oleh Abdullah Munshi. Sedangkan penyalin kepada naskhah tersebut kurang cermat dengan ejaan dan fakta.

    Berdasarkan sulalatus salatin Hang Tuah adalah anak Raja Bajung, sebuah kerajaan sebelum Kerajaan Gowa yang terletak di Ujung Padang Sulawesi Selatan. Namanya Daeng Mampawah.

    Pasti ada orang akan kata antara Shelebear, Winstead dan Sulalatus Salatin mana yang lebih dulu ditulis. Jika mengikut kata penyusun Sejarah Melayu, naskhah yang beliau guna lebih Tua usianya berbanding yang digunakan oleh Shelebear dan Winstead.

    Jadi berdasarkan ini tertolaklah hujah yang mengatakan Hang Tuah itu keturunan Cina atau India atau Melayu tempatan.

    Kalau ikut Sulalatus Salatin zaman Kesultanan Melaka, Penghangan hanya di anugerahkan kepada Hulubalang sahaja. Mengikut rekod hanya 9 orang yang di anugerahkan Hang oleh Sulatan Melaka. Begitu juga peng’awang’an juga merupakan anugerah dari Sultan Melaka.

    Dari keturunan mereka yang dianugerahkan inilah Penghangan dan Pengawangan kekal hingga sekarang. W/a

  17. menarik tu tuan baba syarif
    ada sesapa nak kongsi?

    setau ambo

    long gafar asal keturunan dari palembang

    keturunan wan
    asal dari buih(cerita dongeng)

    orang melayu kelantan asal ada titih turunan dari yunan

  18. Kadang – kadang saya rasa pelik… Kenapa mesti ada segelinitir masyarakat melayu yang berhati kotor… Mereka -reka sesuatu yang mustahil… Dan yang buruknya nama MELAYU yang tercemar… MElayu sepetutnya sedar dalam mempertahankan seni warisan bangsa kita ini… Bukan mengagungkan bangsa asing… Kasihan anak bangsa kita yang akan datang… Dah tak kenal lagi warisan budaya bangsa mereka… Anak – anak Gayong berusahalah meningkatkan dan mempertahankan warisan bangsa kita dari terus di mamah zaman… Hidup Gayong!!!!!

  19. salam semua..
    termasuk lah pada ex cikgu saya..
    saya tak pandai sangt dlam gayong nie..tapi alhamdulillah..saya semenjak mengenali blog ini..
    mmg menghargai di atas info2 yang diberikan sama ada dari sudut gayong dan juga islam.

  20. Salam semua,
    Di sini saya menyertakan kajian yang di jalankan oleh persatuan Sejarah Melaka berkenaan Hang Tuah.
    Sesetengah orang kita mempertikaikan keturunan “Hang Tuah” bahawa ianya berasal dari keturunan Cina. sekali pandang ada logiknya tapi sebagai orang melayu perkataan “HANG” ialah satu Pangkat yang di beri olih Sultan,juga Tun.Bukan macam sekarang Tun diberkan kepada siapa sahaja.Tun dulu di berikan kepada hanya Bendahara dan keturunan nya.Hang juga begitu.Hang dari perkataan Palembang Lama iaitu “ANGKO”.Jika kita bercakap dengan seorang yang di hormati contoh nya,kita tidak panggil nama nya,lalu kita katakan…”ANGKO…mahu kemana “ANGKO” ini di bawa ke Melaka dan bercampur longhat Melayu Riau menjadi ANG,dan akhir nya menjadi HANG.Pangkat ini di kurnia Sultan pada yang di bawah taraf BENDAHARA, seperti Panglima,Temenggung,Bentara,Syahbandar atau orang istana.Hang bagi panggilan untuk lelaki “DANG”,panggilan untuk perempuan.Cuba lihat tiada LELAKI yang di panggil “DANG”,dan tiada perempuan yang di panggil dengan “HANG”.

  21. gi mari gi mari kita semua turunan abu ajsad asal selut yang hina dina kmudia Allah muliakan sebagai manusia, bermukim di syurga dan di campakkan ke bumi lantaran dosa…
    kita juga turunan abu arwah yang teramat mulia dan cantik laksana merak di syurga, di buat janjian syurga neraka depan tuhan kmudian dipadukan dengan jasad dan dilahirkan kebumi, lantaran lupa perjanjian yang dilakukan kami dgelar an-nas(lupa), manusia.

  22. Terima kasih saudara Nazri…satu penerangan yg mantap dan berilmiah…..terima kasih di atas penjelasan….

  23. Wallahua’lam bissawwab..

    he he he he he..

  24. sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang manusia di bumi sebagai khalifah

    mengapakah mahu di jadikan makhluk yang suka membuat kebinasaan dan menumpahkan darah?sedangkan kami ini selalu memuji engkau dan mensucikan engkau

    Aku lebih mengetahui apa yang tidak engkau ketahui

  25. Biduk berlalu kiambang bertaut…. tapi malangnya sang biduk itu masih belum berlalu.

  26. salam cikgu, izin untuk share ilmu di page kami…

    • silakan


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: