Posted by: abusyakirin | 23 Jun 2010

Bicara Hang Tuah Lima Bersaudara dari Perspektif Yang Lebih Luas

Barangkali kerana kekurangan bahan bukti atau dokumentasi yang membuktikan kewujudan Hang Tuah, dan sahabat-sahabatnya, maka perbahasan tentangnya banyak mengundang kepada pelbagai pandangan pro dan kontra.

Antara topik popular ialah seperti persoalan asal-usul beliau, adakah beliau ini seorang Melayu, atau yang lebih hangat lagi ialah siapakah di pihak yang benar dalam krisis antara beliau dan Hang Jebat yang dikatakan menderhaka kepada sultan lantaran membela ketidak adilan yang ditimpakan kepada Hang Tuah.

Umumnya, Hang Tuah digambarkan sebagai seorang yang begitu taat dan setia kepada rajanya, sedangkan Hang Jebat pula sebagai penderhaka.

Yang sebenarnya.. tidak berniat untuk meneruskan polemik yang membahaskan siapa benar dan siapa salah, tetapi ingin mengajak pembaca budiman sekalian untuk melihatnya dari perspektif yang lebih luas agar kita mampu melakukan pembaharuan dalam pola pemikiran dan mampu mencungkil mutiara pengajaran positif dari perjalanan hikayat yang hebat ini.

Saudara-saudari pembaca sekalian, bagaimana kalau hari ini kita luaskan skop bicara kita dari sekadar berlegar tentang Hang Tuah dan Hang Jebat kepada Hang Abu Bakar, Hang Umar, Hang Usman dan Hang Ali. Bukanlah bermaksud untuk menyamatarafkan Hang Tuah lima bersaudara dengan keunggulan sahabat-sahabat Rasulullah SAW, tetapi untuk kita sesekali memandang jauh melepasi batasan geografi Melayu kepada yang lebih luas iaitu menjangkau kepada Islam yang universal.

Bila berbicara tentang empat sahabat besar Nabi SAW, maka kita akan dapat melihat kehebatan dan keunikan masing-masing yang tidak sama.  Begitulah juga dengan Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya.  Masing-masing punya kelebihan dan kehandalan tersendiri yang saling melengkapi dalam membina kehebatan berpasukan.

Tanpa menafikan kelebihan yang ada pada individu tertentu, tetapi gabungan kelebihan yang ada pada setiap individu itu mampu melahirkan pencapaian yang jauh lebih hebat dari sekadar bergantung harap pada seorang hero sahaja.

Bolehlah diringkaskan sebahagian kecil dari ciri-ciri insan ini yang menjadi simbol kehebatan sahabat Nabi SAW yang empat ini, yang antaranya –

  1. Saidina Abu Bakar – kepercayaan dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi.
  2. Saidina Umar – keberanian.  Dilihat seperti ‘gedebe’ di zaman jahiliyyahnya. Tetapi dengan Islamnya beliau, sifat itu tidak pula dibuang tetapi dimanfaatkan pula untuk perjuangan Islam.
  3. Saidina Usman – terkenal sebagai usahawan yang Berjaya. Tetapi tidak pula beliau terikat hatinya dengan kekayaan duniawi yang bersifat fana’ itu.  Sebaliknya, pengorbanan harta beliau terbukti membantu perjuangan.  Ini juga membuktikan bahawa tidak salah untuk kita menjadi kaya, tetapi jadikanlah kekayaan itu sebagai asbab yang membawa kita kepada kebahagiaan hakiki di Akhirat.
  4. Saidina Ali – terkenal sebagai seorang yang bijaksana dan hebat dalam pertempuran.  Malah tidak salah kalau beliau juga adalah antara individu yang memiliki cirri-ciri ‘bodyguard’ yang terpilih sepertimana dikisahkan dalam perjalanan sirah Nabi SAW sewaktu berlakunya peristiwa Hijrah dari Mekah ke Madinah.

Sudah tentulah perbandingan untuk menyamakan kehebatan sahabat-sahabat Nabi SAW dan Hang Tuah lima bersaudara adalah tidak tepat disebabkan mereka berada di zaman dan geografi yang berbeza.

Tetapi persamaan yang boleh dititip dari perjalanan insan-insan yang pernah mencipta sejarah seperti Hang Tuah, Saidina Ali dan sebagainya ialah kehebatan mereka sebenarnya tidak lengkap tanpa dokongan sahabat-sahabat yang menjadi ‘core team’ atau tulang belakang kepada seseorang yang menjadi peneraju di zamannya.

Sudah tentu Hang Tuah yang bergelar laksamana bukan keseorangan dalam melakar strategi peperangan, tetapi mengambil kira juga pandangan atau input yang pelbagai dari sahabat-sahabatnya. Dan tidak dilupakan juga kebijaksanaan Bendahara Tun Perak yang menjadi ‘master mind’ dalam membangun Empayar Melaka.

Faktor-faktor lain juga diambil kira seperti maklumat perisikan, kekuatan musuh seperti Portugis, kekuatan ketenteraan Melaka, bantuan logistik, kekuatan persenjataan jarak dekat seperti keris, pedang dan lembing. Juga persediaan senjata berat untuk jarak jauh seperti meriam dan lela rentaka, senjata jarak sederhana seperti senapang dan pemuras, dan banyak lagi.

Ringkasnya, mana mungkin seorang hero mampu merancang dan memobilisasi ketumbukan perang yang setanding dengan kekuatan musuh jika tidak dibantu oleh sahabat-sahabat ‘core team’nya.

Begitulah juga dengan siri-siri peperangan yang pernah terakam dalam sirah Rasulullah SAW.  Kemenangan yang dicapai bukan atas kapasiti baginda seorang.  Walaupun baginda adalah kekasih Allah, namun fitrah perjuangan yang menuntut pembinaan ‘core team’ yang terdiri dari sahabat-sahabat yang komited dan sedia berkorban, perancangan untuk kemenangan, usaha gigih dalam membina kekuatan dan sebagainya terpaksa dilalui.

Ini membuktikan bahawa bicara Hang Tuah lima bersaudara tidak sepatutnya asyik disempitkan dengan kisah pertembungan antara Hang Tuah dan Hang Jebat semata-mata, tetapi perlu dipandang lebih jauh ke depan dari perspektif pembinaan ‘core team’ yang juga menjadi pasukan ‘think-tank’ kepada individu yang menjadi peneraju kepada sesuatu misi penting di zamannya.

Melainkanlah, beliau adalah seorang ‘Rambo’ atau ‘Superman’ yang mampu melaksanakan sesuatu misi itu berseorangan tanpa banyak soal.  Jika ada di kalangan anak-anak anda menjadikan kedua-dua mereka ini sebagai idola, kejutkanlah mereka dari mimpi.  Kasihan … kerana apa? kedua-dua watak ini tidak pernah wujud pun, malah sekadar untuk keseronokan semata-mata.

____________________________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com

Advertisements

Responses

  1. Yeah, itu yang sepatutnya. Nabi s.a.w. sendiri disetiap peperangan akan bermusyuwarah terlebih dahulu dengan para sahabat bagi menentukan soal tektikal dan strategi terbaik.

    W/a

  2. Apa yang penting??

  3. Kalau dari sahabat Nabi rasanya yangantara mungkin akan meninggalkan pahit ialah pergolakan di zaman Sayiddina Ali RA. sehingga ibarat tamatnya sistem Khalifah sebenar dan berdirinya Monarki..

  4. Tdpp,

    Yeah kalau dibaca sepintas lalu seolah – oleh perbuatan Muawiyah itu semacam gila kuasa. Dan keberadaan Daulah Umayyah itu sebenarnya nikmat dari Allah s.w.t. juga.

    Pada saya, peristiwa tahkim, perang siffin dan pergolakkan politik selepas ketiadaan nabi s.a.w. itu sebenarnya mengundang kita agar bersikap lebih adil, sentiasa berpegang dengan sunnah Nabi s.a.w. walaupun zaman berubah sunnahnya tetap sama. W/a

  5. wonderpets wonder pets kami datang
    membantu kawan dalam kesusahan
    kami tak besar dan kami tak kuat
    bila bekerjasama semua jadi mudah
    yea wonderpets yea……

    • Setakat ni kalu ada anugerah komen terhebat..buleh wi ko demo ni.

      • leloh jawab soalan kawe haha..

  6. aloh demo gak

  7. Rambo dan Superman dan Ultraman menunjukkan manusia suka ditipu kalau ia menghiburkan.. Tipulah la saya janji saya gumbira… hahaha… Kebenaran kan banyak yang pahit…

  8. atau manusia itu panjang anganannya

  9. salam..pada pendapat saya hang tuah tidak pernah wujud,hanya cerita rekaan sahaja..jika benar cuba buktikan?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: