Posted by: abusyakirin | 8 Julai 2010

Cikgu Saiful Hakim di Fitnah…

Wajahnya Romantis tapi hatinya dah terguris

Wajahnya Romantis tapi hatinya dah Terguris

” Slm a.nik akim sehari dua ni kena fitnah & diburukkan oleh orang p.p sendiri. Sampai kena panggil oleh Gayong Pusat. Nanti Internet cerita panjang.Tak ada kredit.”

Inilah sms yang saya terima daripada sahabat saya Cikgu Saiful Hakim pemilik blog narapatinantaboga. Ianya dihantar kepada saya pada 5.7.2010 jam 7:54PM…Alhamdulillah semalam baru saya sempat berbual dan bertanyakan hal sebenar apa yang berlaku..

Sedih bila beliau dituduh dengan pelbagai tuduhan yang berat. Kalau nak tahu bolehlah saudara semua bertanyakan kepada beliau sendiri. Apa yang dapat saya simpulkan Tuduhan dan fitnah ini adalah berpunca dari rasa TAKKABUR dari  seorang orang lama, TAMAK dan DENGKI dari generasi baru yang gilakan nama dan kuasa.

3 YANG MENGHANCURKAN

Ketua pemuda ahli syurga, Hasan bin Ali radhiaLlahu anhuma, di dalam himpunan nasihat dan kata – kata hikmah yang terakam di dalam sejarah ketinggian ilmu dan budinya pernah bekata;

“Kehancuran manusia adalah pada 3 perkara: 1) Sifat takabbur. 2) Sifat Tamak. 3) Sifat dengki. Adapun sifat takabbur, ia menghancurkan ugama dan kerananyalah iblis dilaknat oleh Allah. Sifat tamak pula, ia adalah musuh kepada diri sendiri dan kerananyalah nabi Adam dikeluarkan daripada syurga. Manakala sifat dengki adalah pengepala kepada kejahatan dan kerananyalah Qabil telah sanggup membunuh Habil.”  ( Kitab ‘Allimu auladakum hubba aali baiti al nabi. ms 30 )

Inilah hikmah yang hebat dan cukup meruntun jiwa untuk menginsafi diri dan mendorong taqwa kepada Allah. Semoga Allah merahmati Hasan bin Ali radhiaLlahu anhuma dan menempatkan kita bersamanya dan para sahabat radhiaLlahu anhum di syurgaNya.

Inilah 3 sifat buruk yang disebut di dalam al Quran sebagai punca awal maksiat sang makhluk kepada tuhannya. Sebelumnya tiada satupun makhluk kecuali tunduk dan patuh kepada tuhan sang pencipta yang maha agung.

Ia bermula dengan sifat angkuh dan sombong Iblis yang enggan sujud kepada Adam alaihissalam. Di situlah bermula keengkaran dan kekufuran, lalu iblis dilaknat Allah.

Kemudian datuk kita terlalai oleh pujukan dan tipudaya iblis daripada mengingati pesanan tuhannya untuk tidak mendekati ‘pokok sambung nyawa’ di syurga itu. Nabi Adam didorong oleh ketamakan untuk kekal hidup tanpa mati di syurga menikmati anugerah Allah. Adam memakan daripada pokok itu, lalu baginda dihukum dengan dikeluarkan daripada syurga disebalik taubatnya yang diterima Allah.

Kemudian Allah menceritakan jenayah pertama di muka bumi yang dilakukan oleh Qabil yang telah sanggup membunuh saudara kandungnya sendiri, Habil kerana sifat dengki yang meluat – luat sehingga membutakannya daripada mendengar nasihat yang benar daripada saudaranya itu.

Sayyidina Hasan telah mengingatkan kita bahawa ketiga – tiga sifat buruk inilah yang akhirnya terus membunuh dan menghancurkan manusia selepas daripada itu. Manusia gagal mengambil iktibar daripada cerita – cerita awal kejadian manusia itu, gagal mengesan keburukan sifat – sifat tersebut di dalam tubuh mereka dan gagal menghindari dan mengubatinya.

Sifat takabbur adalah lawan sifat tawadhu’. Ia bermaksud membesar diri dan membangga – banggakan keadaan dirinya, seterusnya memandang leceh dan rendah terhadap orang lain. Inilah sifat paling buruk kerana daripadanyalah akan lahir dan bercabangan sifat – sifat buruk yang lain. Ini kerana sifat itu hanya layak untuk Allah dan menjadi milikNya semata – mata.

Sifat takabbur mudah dikesan kerana wujud tanda – tanda yang zahir, antaranya; suka menunjuk diri di khalayak ramai, menonjolkan kelebihannya di hadapan mereka, suka mengetuai majlis keramaian dan berlagak semasa berjalan, tidak suka kata – katanya ditolak sekalipun salah bahkan enggan menerima teguran dan memandang rendah terhadap orang yang lemah dan miskin.

Selain itu, antara tanda – tanda takabbur lagi adalah suka menyucikan diri sendiri dan memuji – mujinya, berbangga dengan keturunannya dan menunjuk – nunjuk dengan kekayaannya, ilmunya, ibadahnya, kecantikannya, kekuatannya, penyokong dan pembantunya yang ramai dan lain – lain lagi.

Sifat tamak pula adalah keinginan melampau untuk menikmati harta dan kedudukan. Tamak terhadap harta ada 2 peringkat;

Pertama, terlalu inginkan harta dan bersungguh – sungguh menperolehinya melalui jalannya yang harus dan dibenarkan. Ini tetap tercela kerana betapa banyak masanya dihabiskan untuk memburu harta sedangkan masa itu adalah emas yang lebih bernilai daripada harta. Masanya itu sepatutnya dihabiskan untuk memburu taqwa dan taat kepada Allah berbanding harta yang telah ditetapkan oleh Allah untuknya.

Kedua, ketamakan terhadap harta sehingga mendorongnya melampaui had yang dibenarkan syara’. Ia memasuki jalan – jalan haram tanpa lagi menghiraukan kemurkaan Allah. Inilah penyakit ‘asy syuhh’ ( terlalu bakhil ) yang diingatkan Allah di dalam al Quran agar dijauhi.

Sabda Rasulullah sallaLlahu alaihi wasallam:

Berhati – hatilah kamu daripada sifat asy syuhh. Sesungguhnya asy syuhh itu telah menghancurkan orang sebelum kamu. Ia menyuruh kepada putus hubungan, lalu mereka memutuskannya. Ia menyuruh kepada kebakhilan, lalu mereka menjadi bakhil. Ia menyuruh kepada kejahatan, lalu mereka melakukan kejahatan.”  ( Riwayat Abi Daud. Albani mensahihkannya.)

Adapun tamak kepada kedudukan, maka ia adalah lebih buruk daripada tamak kepada harta. Ia terbahagi kepada 2 bahagian;

Pertama, tamak kepada kedudukan melalui kuasa dan harta. Ini cukup bahaya kerana ia akan menghalang daripada kebaikan akhirat dan kemuliaannya. Orang yang menggilai kekuasaan tidak akan dibantu dan diberi petunjuk oleh Allah kecuali mereka yang menerimanya tanpa meminta.

Kedua, tamak kepada kedudukan melalui perkara – perkara ugama seperti ilmu, amal, kezuhudan dan sebagainya. Inilah seburuk – buruk ketamakan. Agama adalah untuk memburu dan mengejar ridha Allah dan kedudukan di sisiNya, tetapi mereka ini telah menyalah gunakannya untuk keduniaan.

Manakala sifat dengki pula, maka ia adalah lawan sifat suka dan mengimpikan kebaikan untuk orang lain. Dengki menjadikan tuannya terlalu mengimpikan sesuatu nikmat itu hilang daripada orang lain. Ia adalah penyakit yang buruk, hina dan menghancurkan segala kebaikan. Allah menyuruh nabiNya berdoa agar dijauhi daripada kejahatan mereka yang berdengki. ( Surah al ‘alaq; 5 )

Hasad dengki terjadi akibat beberapa perkara; permusuhan, kebencian, ujub, cintakan kedudukan, busuk hati dan lain – lain penyakit hati. Ia terlalu buruk dan menakutkan kerana ia boleh saja berlaku di kalangan sendiri, kawan – kawan, para ulama dan peniaga dan keluarga.

Itulah gambaran ringkas keburukan 3 penyakit utama yang menghancurkan manusia sebagaimana digambarkan oleh Sayyidina Hasan bin Ali radhiaLlahu anhu.

Semoga Allah memudahkan kita untuk menjauhi diri daripada berakhlak dengan akhlak – akhlak yang buruk dan terhina. Bersamalah menghias diri dengan sifat – sifat ugama yang mulia.

______________________________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com


Responses

  1. salam.. apa fitnahnya? jelaskan le.. ..

    • wmslm..baik saudara tanya tuan punya badan..lagi elok.

  2. biar tuan badan yg ceritakan sendiri.bukan perkara baru bukan perkara pelik dalam pertubuhan.kepada cikgu akim,sabarlah dan berdoalah akan rahmatnya.pada tuk guru ambo pendekar sri lanang,bicara yang terbaeeeikk.

    • kito bagi nasihat hok molek..biar dijadikan panduan buat semua..ko guano leloh

  3. bru semalam sy berYm ngan cg hakim. mmg berat pertuduhan tu, kesian pengantin baru ni. kes naya orang kata. tu la, makin lama makin menjadi2 kes2 cmni. sy yg kt sini tlg buka glgg pn orang kata mcm2…bak kata cg hakim kt sy, kita x layak org kata mcm2, kita terlebih layak pn orang kata mcm2.
    tu la manusia, xpernah cukup dgn apa yg ada, asik dengki je

    • Takpe che Det..teruskan usaha, insya Allah dipermudahkan oleh Allah s.w.t

  4. sobar kim..hok 2 jah ambo bulih oyat sobar..huhu

  5. fitnah merupakan ujian yang menguji para hamba…biasanya Allah akan mmberi suatu tugas yang penting padanya suatu hari nanti….percayalah selalu kena fitnah adalah jalan kebenaran..jalan para Nabi….insyaallah biiznillah…

  6. salam…masya allah..kesian kepada guru hakim..difitnah..moga cikgu hakim dapat bersabar dengan apa yang berlaku terhadap diri beliau…ini semua dugaan dari allah s.w.t…

  7. Mlm sabtu lepas Hakim ada datang kat gelanggang dok sembang – sembang dengan dia sambil ambil dari dia apa patut. Hmmm…tak tahu nak cakap apalah……nilah antara masalah gayong secara khusus dan masalah manusia secara amnya….cemburu. Cemburu punya pasal, tambah pula dengan serakah fuhh..tak ingat…syaitan pun apa lagi berdedaulah dok kipas – kipas bagi panas membuak – buak. Tu yang sanggup datang ke KL siap bawa senjata api lagi..keris jangan ceritalah.

    Manusia …manusia…kadang – kadang heran juga bila dalam al-quran Allah guna nama binatang sebagai contoh…rupa – rupanya nak bagi tahu kat kita dalam dunia binatang takda spesis manusia Tapi dalam dunia manusia ada spesis binatang, kera, anjing dan babi adalah metafora kepada manusia yang berperangai seperti begitu.

    Wallahu’alam.

    • sokong 100 %

  8. salam abe wan kancil

    gelanggang di desa jaya kepong tu

    kat mana?
    bagi alamat penuh tak,ambo nak bertandang rasanya sbb dah dekat dengan kawasan permainan ambo hari-hari tu

    kulu kilir,kalu ada masa luang buleh singgah

    waktu latihannya pula masa mana?
    terima kaseh

  9. Kepong Desa Jaya dekat dengan Taman Ehsan dan FRIM. Petandanya Stesen Minyak BP kalau dah nampak masuk lorong pertama selepas BP dan Jalan terus sehingga berjumpa Tadika Kemas. Di sebelah Tadika Kemas ada dewan orang ramai yang bercat kuning, di situlah tempat kami bertandang pun.

    Waktu latihan hari Jumaat malam sabtu 10.00 mlm keatas.

    Hari Sabtu 9.00 malam hingga 11.00 Mlm.

    Hari Jumaat khas untuk rentua, hari sabtu bercampur dengan rangmuda.

  10. salaaaam…

    aduuh… terima kaseh pada doa doa sahabat semua. yg pasti ambo doh pun redha kna lagu ni. dah adat. ni kali ke tiga dah ambo kena dari orang yg sama. dah dua kali kena, tapi bila dieorang dtg minta maaf, ambo maafkan. kali ni pun ambo maafkan, cuma rasa “jodoh” tu dah tak ada dah. dengan mereka yg memfitnah ambo, silaturrahim tetap ada, sbb kenangkan juga jasa mereka, tapi hubungan berpersatuan putus sudah. biar ambo bawa gayong cara ambo di pasir puteh, biar mereka bawa cara mereka. ambo tak ada apa2 pun. ambo ni dah berapo kali demo kata anak murid derhaka, semata mata ambo gi belajar dengan guru lain. aduuuh…. demo guru ambo, jgn dikeji guru ambo yg lain. jangan ajar murid derhaka pada gurunya… ambo difitnah lagi kata ajar anak2 buah ilmu kebal. diajar masuk jarum besi dlm kulit. fuuuhhh… mmg detail sungguh prtuduhannya! siap mari ke rumah marah2 depan bonda dan nenda ambo tuu….

    • kalu nikoh dan bercerai 3 kali tok kelik baik doh… narak nok keno cino buta..😉

    • samalah cg hakim. cm yg pernah sy cerita dulu, masa awal2 nk buka glgg sini, dlm ramai2 guru sy, ad sorang yg x bg buka. guru yang lain berikan support dari pelbagai bentuk, termasuk guru yang sy blom pernah jumpa, siap ada yg offer dan beri kursus secara percuma lg utk tlg sy dan rakan2 mengembang gayong di sini. so terpaksa la sy derhaka/x ikut ckp guru yang seorang ni. bukan nk derhaka, tp betullah, when it comes to ilmu itself, guru x boleh halang muridnya belajar dr org lain atau halang murid utk berkembang lebih jauh…

  11. kena cari cina buto dale kedai pasir puteh tu cikgu akim

    terima kasih abe wan kancil
    ambo akan bertandang

    bukan untuk berperang
    hanya untuk mengenang

  12. ambo tok berani pakai cino buto abe nik dan abe leloh. buke apo, takuk koho borrak, ngarap ko cino, sekali nyo gomo ko dio buke dio! baru pade muko ambo, pise buoh tigo kali tapi dok berarap jugok. hehehhee. payoh2, baik ambo cari “bini” baru lah, ko guano tu abe abe semuo?😉

    • sejak bini ni panda molek doh…

  13. SALAM
    simpati dgn ujian ke atas Cikgu Saiful Hakim
    Harap jgn diungkap “inilah (fitnah,dengki) masalah dlm gayong”
    Sbnarnya fitnah/dengki ini bknlah masalah gayong tp masalah individu.jgn krn perbuatan individu yg buruk GAYONG itu dipandang buruk.

  14. leloh buleh gi dengan hakim….dia tahu tempat tu. Ambo pun terpaksa derhaka dengan guru ambo..bilo dio bukak silat lain..ambo masih lagi bergayong…hmm..takpo lah dio ada sebab kenapa buat gitu.W/a

  15. Salam,

    Dalam kita mencari ilmu ada saja orang yang iri hati dengan kita. Ini merupakan satu cabaran kepada kita. Begitu juga dalam usaha kita untuk mencurahkan ilmu khususnya kepada anak bangsa.

    Saudara Hakim, usah patah semangat. Teruskan perjuangan. Insya Allah, ada sinar serta hikmah di sebalik peristiwa yang berlaku ini.

    Hayati rangkap terakhir sajak yang dikarang oleh Pengasas kita…

    Seni GAYONG Seni Pusaka
    Di pimpin oleh putera negara
    Supaya dapat taat setia
    Amanat Guru harus di jaga…

  16. salamm.sy ada dengar tentang ini dari pihak p.puteh tu.tapi apa yg sy dengar lain ceritanya.diorg ke kl utk hantar borang pendaftaran.pihak yg ke sana tu termasuk guru encik akim sendiri.diorg call encik akim utk berjumpa,tapi en.akim tipu diorg.bayangkan diorg tunggu en.akim selama
    4 jam.tapi en.akim xpergi.pastu en.akim ckp pulak en.akim dok kat taman nirwana.diorg pergi sana.tapi en.akim xde jgk.bnyk lg benda yg en.akim xbgtau.en.akim kata en.akim difitnah.tapi sedarlah en.akim sedang memfitnah guru en.akim sendiri .sy cukup2 kecewa dgn en.akim.sanggup memburuk2kan kawan dan guru sendiri.terima kasih bnyk2.kalu en.akim rasa tindakan en.akim menyebarkan berita xbenar ni sbg betul,teruskan.teruskan en.akim.

  17. salamm.nampaknya post sy telah di delete.terima kasih.kalau nak tahu en.hakim difitnah atau tidak,anda boleh berjumpa dengan gurunya sendiri dan bertanya.namanya tuan abdul rashid .dialah yg mula2 mengajar en.hakim.jgn hanya dengar sebelah pihak saja saudara2 sekalian.dengan lah dari pihak satu lagi.jgn pandang manusia hanya pada rupa.tapi dekati dan dengarlah sendiri.kepada en.hakim, fikirlah apa yg en.hakim bgtau semua org.kalau betul xpe,kalu salah,en.hakim tergolong dalam golongan munafik.belum lagi masuk encik hakim menipu guru encik hakim sendiri.terima kasih.salam.

    • Walaikum mussalam w.b.t

      Buat saudara Zamfirr..

      1-jangan lekas melatah mengatakan saya delete komen saudara. Saya baru buka blog, sebab itu baru komen2 diluluskan.
      2- Saudara mengatakan mendengar dari Pihak Pasir Puteh namun adakan saudara mendengar pejelasan Hakim
      3- Bolehkah saudara sebutkan kepada kami semua apakah kesalahan Hakim kepada Gayong P.Puteh dan Gurunya Ku Rashid
      4-Saya ingin bertanya adakah rombongan Pasir Puteh baru ni tak berjumpa terus dgn hakim di KL baru ni
      5- Adakah kesalahan Hakim sudah dimaklumkan kepada pihak PSSGM PUSAT, kalau dah apa kata mereka dan apa tindakan pada hakim
      6- Sekiranya Hakim bersalah dan pihak PSSGM PUSAT tidak mengambil tindakan padanya maka bagi saya ianya kesalahan
      7-Sekiranya kesalahan Hakim tidak di beritahu kpd pihak PSSGM PUSAT maka pihak P.PUTEH silap.
      8-Satu lagi kenapa nak jumpa Hakim sedangkan kata nak hantar borang
      9- sekali lagi saya berharap agar saudara dapat kemukakan segala kesalahan Hakim kepada pihak kami. Sekiranya Hakim bersalah kami akan sokong anda.

      wassalam.

  18. salam…

    zamfirr ni rasa2nya Faiz sendiri ni…

    mcm ni faiz, pertamanya, benda ni berlaku atas tidak jujurnya demo dlm soal ini. pertuduhan ambo mengajar budak2 ilmu kebal tu mari dari mana? siap cakap? bila ambo tanyo pada ku rashid, dia kato ado bukti, dlm internet, kato kawe ajar ilmu kebal, ilmu sesat memasukkan jarum dlm kulit. adakah logik ku rashid yg tok tahu bukak komputer buleh jumpa “yg dikatakan bukti” itu dlm internet, kalau bukan jurulatih muda yg memutar belitkn fakta di blkg?

    kenapa bila ambo tanya demo Faiz apa sebenarnya yg brlaku demo mengelak dari brcakap gn ambo? demo siap kato “apo kawe fitnah demo” sedangkan berbakul bakul fitnah dihamburkan di pejabat gayong di depan kak nora, cikgu jaz dan cikgu adi?

    buat pengetahuan demo Faiz, ambo berada di Kepong, rumah c.mufti ansari hari sabtu tu. demo cuba mletakkan salah pada ambo sedangkan datang KL tak maklum, berapa orang datang tak bagitahu, dan mengelak bila ambo telefon balik nok berjumpa. sudahlah tidak jujur, memfitnah orang pula.

    ambo memfitnah guru ambo? hehehehe, pandai brcakap faiz. segalo salah laku “cikgu2” kito tu ambo tok pernah bongkar pun sblum ni sbb jaga aib mereka. cakap terus terang lah faiz, jgn brbelit belit. Prtuduhan apa yg demo kata, cakap pada ambo. Ni tidak, di pejabat Gayong, masuk dlm pejabat tutup pintu tak bagi ambo dengar apa pertuduhan demo pada ambo. Kalau demo rasa benar, kenapa tidak berani ambo ada sekali mendengar pertuduhan. Sebab itu ambo kata, takut kerana salah.

    Jangan bermain dengan api Faiz. Fitnah ni dosa nya lagi besar dari membunuh.

    Jangan paksa ambo bongkar salah laku cikgu2 pasir puteh, nanti malu nak letak mana muka. kalau salah mengaku lah salah. Hanya kerana nak kan jawatan pengurus SMD sanggup sahabat ditikam. MasyaAllah…. Faiz… hairan ambo macam mana demo meletak nilai persahabatan ni.

    Benda ni tak bermula di KL. Ia bermula di pasir puteh lagi. Masakan ku rashid sanggup mari ke KL semata mata nak bagi tahu pada Cikgu Adi ambo “songlap” Rm160 tuu… ??? Ya Allah gu… kalu Rm160 Juta logik laaa jugok. Hehhe. Jgn putar belitkan fakta. Demo yg “refuse” terima duit rm160 tu. Ambo mitok nombo akaun tapi demo tak bagi. Ambo tanyo dok di mana nak bagi duit demo tak bagi tahu pun dok mana. padahal pegi nirwana tu dh dekat dgn rumah ambo. nampak sgt nak create keadaan ambo pegang duit dan tuduh nak makan duit.

    • Yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah…berkatalah benar walau ianya pahit.

  19. masih tidak mengaku kah demo memfitnah ambo ni? dok ulang2 prtanyaan yg sama. macam ni faiz, ambo pun ikut nasihat presiden. biarlah demo dan cikgu2 demo tu tadbir pasir puteh. ambo pon doh malas nok terlibat.

    ambo tok pernah tidak mengaku yang Ku Rashid, Tuan Sanusi dan Che Suhaili tu guru ambo. ambo banggo sebut2 nama demo tu. tapi yg ambo terkejut, betapa teruknya demo fitnah ambo, sampaikan Ku Rashid yg kenal ambo selama 14 tahun, yg tahu hati budi ambo, yg tahu jasa ambo, buleh termakan fitnah demo sampaikan dia mencabar ambo di pjbt gayong depan orang lain? sudahlah demo fitnah ambo, putuskan pula hubungan murid dgn guru nya.

    demo pertamanya ore “luar”. ambo ni ore pasir puteh. gelanggang yg demo pijak di sek men kamil tu gelanggang ambo bermain sejak dulu lagi. datang ke tempat ore, jgn buat onar. binasa diri tu nati.

    ambo beri peluang pada demo Faiz sekali lagi peluang, baca lah pertuduhan demo selengkapnya dan tulislah di sini. ambo sedia menjawabnya. demo mungkin keliru dan tak tahu, biar ambo yg tahu ni jawab. sbb kes hari tu di pjabat pon, walaupun “perang” tu dh reda, tapi pembelaan maruah tetap kena buat.

    sebut satu2 apa yg demo “adu” pada ku rashid dan cikgu adi. jgn sembunyi2. luahkan semua. itu sahaja yg ambo perlu. itu sahaja yg ambo mitok utk selesaikan benda ni. itu pun….. kalau demo rasa demo di pihak yang benar lah…………

    Allahu Akbar!

  20. perlu ambo terangkan, ni bukan Cikgu Faiz Plymouth ni yg ambo dok brbalas2 komen . yg buruk2 kn ambo ni nama Faiz juga, orang Bachok. Ambo sebut di sini untuk mengelak kekeliruan pada pembaca semua…

    • harap cikgu akim kuat slalu…

  21. Akim tukar kapal ajelah…apa nak fikir lagi. Saya juga pernah kena ‘main’ cam ni dengan Pusat. Akhirnya maleh nak masuk campur, kebetulan Cikgu Mufti ajak joint dia..hmm..apa lagi saya ikutlah.

    Kapal baru kitalah kemudinya, elok kemudi eloklah jalannya kelok kemudi keloklah jalannya. Tapi selagi kita berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah — Insya-Allah selamat. Itulah satu – satu kompas yang boleh meniti kita ke laluan yang betul.

    Maruah perlu dibersihkan, kerana itu salah satu sumbu hidup. W/a

  22. faiz 2 x silap anak murid cikgu roslan bachok….tapi last tgk dah bengkung kuning ngan pssgm…kalo kiro g 2 dio derhaka gak…kalau betul dio anak murid cikgu roslan bachok…sekian

  23. silakan menjawab saudara faiz
    demo ni jangan mencemarkan ore silat bachok
    biar kami semua menilainya
    bak kata cikgu nik iznan kalau akim salah
    tidak ada penafian

    jangan ikut sikap patih kerma wijaya
    mengada adakan benda yg x ada

    (cikgu akim,kalu x dok cina buto dlm kedai pasir puteh tu,ambik la cina kedai gambar mei hwa tu
    buleh wat tukang gambar semua-jange murih deh,gura jah)

    buat abe wan kancil,terima kasih.

  24. Salam…

    Ape kehe ye yob… Ape ke bende mike ni…

    Ate… Bior Bebenor Prangai Tu Skit…
    Dok Fitnah2 Ni…. Berdosa Kome Tau X… !!!
    Lau Benor La Ckgu Akim Buat Salah..
    Buktikan Dengan Betui..
    Jangan Dengar Cakap Org…
    Kaji Betui2…
    Ate… Budak2 Sekarang Ni…
    Mana Adat Mana Hukum… Main Kebabom Je…
    Ate…

    Ate Yer…
    Bagi Mike Yang Wat Citer Tu….
    Sebelum Tido… Pikir Le Balik…
    Lau Rasa Runsing… Ade Le Tu Yang X Kena….
    Kome Pikir La Sendiri…
    Ate….

    Ate Yer… X Kisah La Kapei Mana Skali Pun..
    Teman Gayong Kome Pun Gayong…
    Cuit Skit Melatah, Cuit Skit Melatah…
    Umo Makin Lama Makin Tambah…..
    Biar Seperti Lebah Jangan Jadi Sampah….
    Ewah2…. Ate…

    Ate Yer…
    Matang Kan Le Pikiran Tu Skit…
    Giler Ke Ape…
    Wakaka…..

    —-> Sebagai Manusia, Kami Sayang Pada Kome..
    Udoh2 Le Tu… Dok Semeja Minum Kopi Main Karem… Lagi Baik…
    Bincang Laa Leklok..

    Huhu… Sy Tumpang Lalu Di Sini
    Jikalau Tersalah Bahasa… Mohon Ampun…

    Ckgu Nik.. Sory… Pjg Bebenor Teman Menaip..
    Cikgu Akim… Bersabar Lah…. Huhu~~
    Ingat Wakaka Ingat Lah Saya…
    Wakaka….
    Wakaka….
    Wakaka….

    Jom Jom Jom…
    Jom Gayong Gayong….

    Salam..

    • elok bebenor la yob

  25. salaaamm…

    pihak pasir puteh telah pun menelefon ambo. ambo pun dah bercakap dgn pokdek dan faiz sendiri…

    pertelingkahan ini pun hanya membawa kemudharatan lebih dari kebaikan. alhamdulillah persefahaman dalam hal ini dah dicapai.

    ambo berterima kasih pada sahabat2 semua atas doa,nasihat dan dorongan dalam menghadapi serangan manjatuhkan maruah diri ambo. juga meminta maaf kerana “terpaksa” menyebut nama2 dalam membela maruah ambo. pada sahabat2 di pasir puteh, harapnya, seandainya ada lagi perselisihan faham di kalangan ahli di masa hadapan, mari lah kita selesaikan dahulu bawa berbincang di kampung, sebelum di bawa keluar negeri. semacam apa yg Baginda saw khabarkan, seandainya datang berita dr kaum munafiq, selidikilah dahulu. ini kali ketiga ni ambo keno. dulu kena fitnah bawa keluar murid perempuan waktu malam. lepas tu kes amek bengkung hitam…..

    tak apalah, ambo yg jadi mangsa kali ini, asalkan masing2 dapat iktibar. jangan mudah menerima berita, walaupun berita itu dikatakan datang dari pihak tertinggi. takut2, berita itu dibawa dari diri dia sendiri. manalah tahu, pssgm pasir puteh pun dah pandai celik, dah pandai hubungi “orang atasan”. takut ada pihak yg tergugat. takut ada yg takut tembelang dia pecah…

    jadi sebagai akhir kata, kami di pasir puteh sudah ok je. nak curi juga kata2 cikgu jaz heheeh: hindari kontroversi, tingkatkan prestasi. target utk SMD ni nanti. pada pihak yg masih tak berpuas hati dengan saya, saya pinta datang bercakap dengan saya. kalau nak marah, nak maki hamun, nak ape, cakap depan muka saya. jangan dilaga lagakan saya dengan guru-guru saya, atau dgn sahabat2 saya. kalau masih tak puas hati juga, dah puas bertekak, jom bertetak. tapi takyah laa bazak parang. kita TETAK (tempur tanpa senjata ) jer hhihihihihihi.

    pohon ampun, pohon maaf atas isu yg terjadi. malu ambo. ingat malas nak bercakap, tapi mcm abg wan kancil cakap, fitnah ini sumbu yg menyala. kalau tak bela diri sekarang, nanti akan menyala balik…..

  26. Assalamualaikum semua..terima kasih atas komen yang diberikan semua berkenaan isu fitnah ini.Cuma ini ada satu pembetulan. Sebenarnya hubungan Gayong Pasir Puteh dan En Shaiful Hakim adalah rapat dan baik.Ini mungkin ada hamba Allah yang merasakan tergugat dengan eratnya hubungan Gayong Pasir Puteh dan En Hakim. Pasal fitnah ini adalah salah faham dan sudah selesai. Cerita ini sebenarnya dilakukan oleh sesorang yang mahukan hubungan baik Jurulatih Pasir Puteh iaitu En Faiz dengan En Hakim rosak.En Hakim dan En Faiz adalah amat baik dan masalah ini berlaku adalah salah faham sahaja bukannya fitnah.Cuma ada orang yang sengaja menghangat2 kan hal ini kepada semua supaya semua tahu yang gayong Pasir Puteh ini ada niat x baik dan menyebabkan hubungan beliau dengan Gayong Pasir Puteh musnah. Pihak Gayong Pasir Puteh telah berbincang dengan En Hakim berkenaan isu ini dan banyak kata sepakat yang telah dapat.Oleh itu kepada semua saya berharap agar jangan isu ini dibesarkan lagi.Masalah ini sudah selesai.Jika ada sebarang masalah mengenai isu ini harap semua pihak dapat fikir dengan sewajarnya.Insya-Allah Allah S.W.T Maha Adil dan Saksama.Bersama-sama kita bersatu agar kita tetap bergayong selamanya.Amin..Mohon maaf jika pembetulan ini mengganggu kalian semua.Ini semua bagi mengelakan hubungan En Faiz & En Hakim rosak.

    Sekian terima kasih

    “sahabat”

  27. Alhamdulillah….

    Dari dulu sampai sekarang…
    pasti de pihak ketiga….
    de je nk melaga2kan… adoyai….
    de je nk jd toghut… huhu

    petikan ayat dari ckgu akim –>
    kalau masih tak puas hati juga, dah puas bertekak, jom bertetak. tapi takyah laa bazak parang. kita TETAK (tempur tanpa senjata ) jer hhihihihihihi.

    sy nk jawab –>
    jom cikgu… sy nk…sy nk berguru ngn cikgu.
    jom tempur cikgu… cikgu byk ilmu disimpan..
    jgn simpan… x baik… wakaka sy nk minta skit….
    huhu gurau je.. ye cikgu akim.. jgn amik ati..
    ———————————————————-

    bagi SMD yg akan diadakan pd bulan Julai ini…
    sy menjemputlah semua saudara gayong hadir…
    wakaka…. jom menghangatkan keadaan… wakaka…..

  28. alhamdulillah

  29. maaf, TETAK bkn temput tanpa senjata, tp “TEmpur TAngan Kosong”…

  30. Alhamdulillah…semuanya dah settle dengan cara baik.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: