Posted by: abusyakirin | 13 Julai 2010

Ijazah Perlimau Tapak dan Seni..

 

Pak Ndak Majid Menjalankan Istiadat Perlimau Tapak

 

Siapa Gayong..?

Aku Gayong dan engkau pun Gayong

Segayong,Sekendi,Seperigi,Seperminum,Sedarah,Sedaging,Sejadi,Sejalan,Sepadu

Saya yakin saudara semua pernah mendengar ucapan ini.

Apa yang ingin saya katakan pada kali ini, ada dikalangan guru yang tidak memperolehi Ijazah utuk perlimaukan Tapak tetapi mengaku memperolehinya.Ada yang pakai hentam dan reka serta meniru jer adat istiadat ini.Sebenarnya bukan soal duit yang akan diperolehi oleh guru tersebut yang menjadi masaalahnya,tetapi rosaknya adat istiadat dan lenyaplah segala kehebatan Silat seni Gayong .

Ramai anak Gayong yang inginkan Ijazah bagi menjalankan upacara Perlimau Tapak ini. Ada juga guru yang mendakwa menerima ijazah dari ADMAR sendiri. Namun bila di soal sedikit tentang rahsia mandi tapak ni..mula lah gelabah dan pucat, suara pun dah lari intonasi..pitching dah lari la..

Baru-baru ini saya bersembang dengan seorang anak Gayong yang telah mendapat Ijazah Perlimau Tapak dan Seni dari seorang Guru gayong. Saya bertanyakanlah macam mana caranya ijazah yang diperturunkan kepadanya. Maka beliau pun berceritalah dengan sejujurnya.

Alhamdulillah setelah selesai beliau menjelaskannya maka saya terkenangkan kembali apa yang telah diberitahukan kepada saya oleh Ayah ( Cikgu Abd Majid Mat Isa ).

Ada perbezaan yang ketara dalam pelaksanaan istiadat tersebut. Ada satu elemen penting yang tak ada dan ini dianggap paling penting dalam bab Perlimau Tapak.

Semasa menerima Sandang Waris Beradat dan Ijazah Wakil Mutlak PSSPGM Serantau dan Sedunia

Mengapa harus melalui upacara ini untuk menjadi ahli Silat Seni Gayong? .

“Barangsiapa yang tidak menjalani Adat-Istiadat Perlimau Tapak Silat Seni Gayong, ia tidak bolih di-iktirafkan sebagai murid Gayong dan sama-sekali tidak sah mengaku dirinya ahli Gayong”

Ini adalah Amanah Al-Marhum Dato’ Meor Abdul Rahman kepada kita semua. Jadi istiadat ini bukannya benda yang boleh dipermainkan. Bukan boleh dibuat sesuka hati atau meniru begitu aje. Ianya perlu mendapat tauliah dari guru yang menpunyai sanad yang betul.

Mungkin inilah faktor utama yang menyebabkan Anak Gayong sekarang berpecah belah..tidak bersatu. dari awal-awal lagi kita dah melakukan kemungkaran dalam Silat Seni Gayong dengan melakukan kesalahan dalam istiadat Perlimau Tapak yang telah di wajibkan oleh ADMAR buat sesiapa yang ingin mempelajari Silat Seni  Gayong

Kenapa saya berkata begitu..dan dimana silapnya..?

Salah satu elemen penting semasa kita menjalankan istiadat Perlimau Tapak ialah Air yang di Doakan oleh Wakil Perlimau Tapak tersebut. Air tersebut bukan sebarangan air yang digunakan oleh Wakil tersebut. Ianya adalah air yang diwarisi dari ADMAR yang diperturunkan kepada setiap generasi.

Sumber air tersebut ialah  Perigi Air Kuning ( rasanya kalau tak silap perigi ini sudah tiada dah sekarang ). ADMAR akan memberikan air ni sebotol kepada guru yang telah diijazahkan. Dan air ini akan dicampurkan dengan air yang ingin di buat Perlimau Tapak atau Seni. Sekiranya air didalam botol itu semakin sedikit, Wakil tersebut bolehlah menambahkannya dengan air lain dan di bacakan beberapa Ayat AlQuran sebagai syarat untuk mengembalikan keberkatannya yang asal tadi.

Maknanya Wakil tersebut bukan boleh pakai hentam guna air yang sewenang-wenangnya. Ini Istiadat yang sebenar. Kalau setakat wakil tersebut membacakan beberapa ayat AlQuran ianya belum lagi sempurna istiadat tersebut. Kerana itulah terkeluar kata-kata keramat Silat Seni Gayong

Siapa Gayong..?

Aku Gayong dan engkau pun Gayong

Segayong,Sekendi,Seperigi,Seperminum,Sedarah,Sedaging,Sejadi,Sejalan,Sepadu

Kalaulah air tadi bukan dari asal perigi yang sama..tak mustahillah anak Gayong sekarang berpecah belah. Cuba hayati kata-kata tersebut.

Renung sejenak dan tanyalah diri anda adakah kita ini Seperigi..Seperminum.. Kalau tidak..memang tak mustahil tak wujudnya Sejadi,Sejalan dan Sepadu.

Kadang-kadang ucapan ini perlu kita ketahui maknanya, bukan setakat melaungkan atau menuturkannya saja. kita juga jangan asyik memburu pelajaran pukulan dan kuncian saja, sebaliknya hal-hal sebegini perlu diberi keutamaan. Bagaiman nak mendapatkan Rahsia Silat Seni gayong kalau kita tak memahami falsafah Silat Seni gayong.

Silat Seni Gayong adalah satu pegangan yang berbentuk perjuangan dan pembelaan Adat serta memelihara maruah Bangsa dan Agama.Ia bukan satu ciptaan atau di bentuk untuk dikembangkan dan di dedahkan kapada masyarakat setempat atau seluroh dunia untuk di kecapi nikmatnya sebagai satu modal riadah dan aktiviti yang tidak menentu arah tujuan dan matlamatnya demi mengejar sesuatu impian dan kejayaan.Maka banyak yang meraih kejayaan dan nikmat yang berbeza tanpa disedari sebenarnya kecundang kerana tidak dapat mengerti dan faham tentang matlamat Ilmu Seni Gayong sebenarnya.

Ilmu Silat Seni Gayong adalah warisan dan pusaka yang sudah sedia ada dari nenek-moyang yang perjuangkan dengan jiwa dan raga mereka demi tanah air,Bangsa dan Agama.

Sekalipun zaman berubah, jiwa dan penghayatan memainkan peranan penting untuk mencari matlamat sebenar tuntutan Ilmu Seni Gayong yang tiada penamatnya.

TUJUH JARUM SABAGAI KIASAN
RAHSIA NYA ILMU DI SANUBARI
JANGAN LUPA GURU BERPESAN
ANGKUH DAN SOMBONG HARUS DI HINDARI.

ASAM GARAM DI BUAT BAHAN
MENANDAKAN ILMU PENUH CABARAN
IKRAR BUKAN SATU SUMPAHAN
KESETIAAN DI JUNJUNG SABAGAI PEGANGAN.

BIJI BERTEH UNTUK BEKALAN
PEJUANG SATRIA JAUH PERJALANAN
KALAU HIDUP TANPA KESEDARAN
RUSAK JIWA MUSNAH HARAPAN

LIMAU NIPIS DI BAHAGI SAMA
AKAR SENTUK PEMBERSIH DIRI
JIKA AMANAH TIDAK DI JAGA
DIRI TERCEMAR TIDAK DI SEDARI.

KEMENYAN DI ASAP BUAT HARUMAN
JAUHI SERUAN TIDAK MENENTU
AMANAH BUKAN HANYA PERBUATAN
KEIKHLASAN DI HATI SABAGAI PENENTU.

PISANG EMAS DI RASA BERSAMA
IRINGAN DO’A PENUTUP ISTIADAT
LUPA DIRI SIKAP DURJANA
JAUH LAH ILMU TIADA MANFAAT.

MAKAN SIREH BERTEMU URAT
KAUM IBU PERMULAAN DI BERI
KASIH SAYANG HARUS TERSIRAT
SIFAT DI SANJUNG WANITA TERPERI

PULUT KUNING BUAT SAJIAN
NIKMAT BERSAMA DEMI PERPADUAN
PERJUANGAN BUKAN HANYA IMPIAN
SETIA BERBAKTI SANGGUP BERKORBAN. ( Nukilan Cg Rahim PASAK )

“YANG BENAR ITU INDAH……….NAMUN YANG INDAH TIDAK SEMUA-NYA BENAR!”.

_____________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com



Responses

  1. ini antara isu yang sering dilupakan kerana anak2 gayong hari ini dijamu dnegan masalah pentadbiran, kejar sandang, kejar bengkung. adat istiadat, semuanya bertaburan. sy pernah mendengar cerita yang sama dr mulut cikgu amin hamzah sendiri ttg air ni. air yang dato’ beri kepada cg amin x pernah habis walaupn dh diguna berpuluh2 tahun dan x pernah ditambah. air tersebut seolah2 ‘beranak’ sendiri dan x pernah kurang. itulah berkat air doa dalm seni gayong ini.

    p/s: ramai juga rakan2 saya di sini yg belum mandi tapak. tetapi disebabkan darurat (jauh dari tanahair dan tiada wakil mandi di sini) sy dh pn mendapatkn kebenaran waris amanah mutlak seni gayong, cg wan ahmad fauzi utk berkongsi ilmu dengan pelajar melayu islam di sini yang belum menjalankn istiadat mandi tapak.

    • cerita la sikit apa yang diceritakan oleh cg amin pada Che Det

      • beliau ceritakan masa sebelum beliau dapat ijazah, dato’ ada suro buat something (sy pn dh lupa apa bendanya). selepas itu, dato berikan 2 botol air dan iajazhkan cikgu amin utk perlimau anak gayong. dan beliau sendiri ceritakan pada sy yang air tu xpernah kering dan masih digunakan smpai sekarang.

        bila sy terbaca post di blog pewaris gayong simpang pulai, mmg sama ceritanya dgn yg sy dapat. boleh rujuk link gyg simpang pulai🙂

        http://pewarisgayong.blogspot.com/2009/05/anugerah-allah-swt-dalam-bentuk-ilmu.html

  2. salam, terima kasih atas penerangan yg lengkap.
    tidak diakui sekarang memang ada guru yg tidak mempunyai mandat untuk memperlimau tapak tetapi menjalakannya. berkenaan air tersebut, guru sy cikgu shuib pengkalan lebai man ada juga bercerita. adat perlu kita pelihara…jika xdipelihara tiadalah ia pada masa hadapan.

    • Cerita la sikit pasal perbualan dengan guru shuib tu..kami pun nak dengar jugak.

  3. cerita ayahanda amin tu betul. baru teringat ada diceritakan. dulu tak paham air apa yg dimaksudkan. tapi itulah, betul kata abe nik… seminum seperigi itu sudah jarang sekali ada. ada juga ambo belajar bacaan apo semaso memotong limau, memasukkan balik limau tu, dan setiap guru tu ado bezanya.. kalu dari pan andak ada bacaan spesifik ko abe nik???? (nanti kito bincang panjang …)

    • kito bowok jupo Cikgu Majid..
      biar akim mengadap molek..tanya hok mano sekok sebok..hok sakut dale hati..soal perabih. Jangan dok sipe taruh..
      Tebeng dok diam takdok guno..maso cg majid ni ada lagi, tanyo hok mano tok jelas.
      biar putih hok mano hitam.
      Biar terang hok mano gelap..
      biar jupo hok mano susut.
      Biar nyata pada pandangan
      Biar sohih pada pikiran

  4. terbaieeekkk

    kalu masa mandi tapak dulu,nik di ‘mandi’kan oleh
    pak jab
    bermaksud ambo dan nik dah ‘seperigi’
    sbb kalo ikut maklumat nik,dulu di kelate,ijazah mandi di beri pada pak jab.tapi x tau la kot nik mandi tapak nga wakil lain.

    kalu betul dah seperigi,kena g jale umah nik ni,biar sekendi,seperminum barulah buleh sedarah sedaging sejadi sepadu

    tapi ambo ingat2 la,arwah tuk guru ado jugok botol air nih

    x tau la air mari mana…

    • kawe raso botol tu demo pegang pulok…ko guano tok dekar

  5. ambo pegang botol air mineral nga nescafe jah weh
    buat ubat jaga malam

  6. salam..terima kasih cikgu nik atas maklumat dan keterangan di berikan..kalau di perhatikan di masa sekarang ni,ramai yang tak ambik tahu lagi pasal hal adat istiadat silat gayong ni..ada yang kata khurafat,dan tak kurang jua yang mengatakan bahawa mandi perlimau tapak dan seni ni ada semangat dan khadam2nya..tak tahu mana datang nya kenyataan itu..terima kasih sekali kepada cikgu nik,moga keterangan hal adat ini dapat memberi manfaat kepada anak2 gayong khususnya..insyaallah…

    cikgu nik..boleh tak cikgu nik ceritakan sedikit tentang kapak kelantan dan kapak siam?? teringin sangat nak tahu asal usulnya,dan apa kegunaanya..boleh juga menambah maklumat tentang senjata tradisi ni…

    • Insya Allah..ambo pun bukan pandai dan tahu sgt..

  7. berkat ilmu dibawah tapak kaki guru.

  8. Gayong….sapa tau?

    • yg eloknya..saudara Tapak Yoi ceritakan pada sahabat2 disini..

  9. gayong hok wat mandi tu la

  10. kalau gitu kitaorang bukan seperigi lagi tapi sesungai.

  11. sy bru taw ja yg sbenarnya air 2 dr seperigi.. congrat cg nik sbb bg ilmu baru..😛

    • so kena pakat2 check lah nanti siapa jadi wakil perlimau dan seni..tak semestinya org lama dapat semua ijazah ni dan tak semestinya bengkung pelangi hitam dapat juga ijazah ini….kalau benda ni pun sudah banyak yang menipu dan tertipu..apatah lagi dengan Khatam al ikhlas..

      Pakat-pakat jagalah adat istiadat Gayong ni..Bagi yang menipu tu ingatlah saudara semua akan mendapat bala dari Allah s.w.t

  12. salam cg nik..
    trima kaseh atas info sy dah perlimau tapak
    8 thn dulu..x ingat dah ade x air tuh..rase mcm xda..
    tmbhn pula sy dah bertahun x turun gelanggang..

    jumpa nya blog cg terubat rindu bersilat,
    n tambah pengetahuan tntg gayong n melayu y xdpt
    dgn jelas dmana2 glgg sy prnh trun sblm ni..
    sy beri link blog cg pada rakan2 rapat gayong.

    cuma atas dasar ingin tahu, bgaimana jika bangsa asing
    bukan beragama islam yg nk bljr silat seni gayong?
    adakah mereka juga diperlimau tapak?

    • Wmslm ain amir..terima kasih kerana sudi melayari blog saya ini dan memberikan linknya kepada kawan2..
      bagi soalan bagaimana bangsa asing yang ingin mempelajari Silat Seni Gayong, seingat saya mereka itu tak perlu di perlimau tapak..dan mereka hanya boleh diajar Combact atau Pukulan sahaja..Kunci Mati TIDAK BOLEH diajarkan kepada mereka.

  13. senjata hanya pisau sahaja, keris dan lain – lain tak boleh sama sekali.

  14. Perigi air kuning hmm… Spritzer tu dikilang di air kuning.. woo sape yang untung skang..

    • hahahha TDPP buat lawak pulak. Baik pekena nescafe di hentian sebelum roundabout. Nanti kawe hello!

      • adeh tuan shams tuan ada helo kawan ke hari tu?? ni dah seminggu baru baca..

  15. kalau dah mandi tapak /seni kalau mandi lagi boleh ke ????

    • boleh..

  16. saya nak tanya istiadat perlimau tapak ni berlandaskan syariat? apakah hukumnya?

    • Silalah berkunjung ke rumah guru Tua..moga ada pencerahan dan manfaatnya.

  17. Saya baru 14 tahun, dan Ada belajar ilmu silat gayong ni. Adat ni nak kena buat bila?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: