Posted by: abusyakirin | 18 Julai 2010

IKatan Cindai yang paling DIGERUNI tetapi jarang orang Mengerti

Semua orang inginkan pelajaran Cindai di dalam Silat Seni Gayong.Ini kerana Ilmu Seni Cindai dikatakan Ilmu yang paling bahaya dan tertinggi sekali.. Namun Cindai yang paling saya GERUNI ialah Cindai KAFAN iaitu Dikepala dan Cindai dikaki..iaitu ketika Imam menyimpulkan kain KAFAN semasa saya mati nanti….Walaupun semasa di liang Lahad nanti akan dibuka kembali simpulan itu namun yang pastinya diri ini sudah Mati dan takkan kembali lagi..

Walaupun saya GERUN terhadap Ilmu CINDAI KAFAN ni..tetapi saya sudah mempelajarinya dan alhamdulillah..Insya Allah saya sudah boleh melakukannya.Dan dah banyak kali saya berjaya melakukannya.

Namun yang saya rungsing ialah sekiranya insan yang ingin saya lakukan Cindai ini ialah ahli keluarga saya nanti..betapa sayu hati saya bila memikirkan ini. Inilah amanat yang Ayah dan Bonda wasiatkan kepada saya.

” Nik kalau ayah tiada Nik lah yang uruskan Jenazah ayah nanti..uruskanlah dari awal hingga akhir. Kerana Nik adalah anak yang sulong. Lagipun yang paling afdalnya ialah anak yang menguruskan jenazah ayahnya..”

Bergelinangan air mata ini bila teringatkan amanat yang sudah pastinya akan tiba.

Ya Allah kau kuatkanlah Hatiku ini untuk menghadapi Ujian yang sekiranya akan aku tempuhi nanti.

Ya Allah ampunilah hamba Mu yang berdosa ini

“Katakanlah, ‘Malaikat Maut yang ditugaskan untuk (mencabut nyawa) mu akan mematikan kamu; kemudian hanya kepada Tuhanmulah kamu akan dikembalikan.” (QS. As-Sajadah: 11)

________________________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com


Responses

  1. ramai juga guru2 lama yg x tahu akan cindai ini. ada juga yg dah kena cindai jenis ni walaupn blom blajar.

  2. hasbunallahi wani’mal wakil..

    apo2 yg baik, yg tak baik, kito berserah pada Allah. kito sebagai hambo keno redho takdir atas diri kito sediri. tersentuh ambo denga kato2 ayoh abe nik tu. ambo jugo penah diajar oleh tok guru ambo, pakai kain kapan 7 hasto, buat serban. dio kato kalu mati, biar lah serban tu dibuat kapan. menjadi saksi sayangnyo kito pado sunnah Nabi Nya. Wallahua’lam.

    cindai ambo berhasta panjangnyo
    buat penyeri akhlak terpuji
    andai berharto sejauh pandangannyo
    di liang lahad berseorang diri

    sunnah Baginda menziarah kubur
    memakai pedoman mentarbiah hati
    apalah guna riya’ dan bertakabur
    si cindai kafan penyudah diri…

    sauk tebar pukat dan serkap
    kalung awang tudungnya kemas
    tawaddu’ sabar berkat dan syafaat
    langsung sandaran husnul khatimah

    • Pandainya Saudara Hakim berpantun..

  3. kira – kira 2 tahun lepas pernah juga menganjurkan khurus pengurusan jenazah tetapi untuk kaki tangan Bank ajelah….penyertaan al-hamdulillah amat mengalakkan. Maknanya di KL ramai mula sedar tentang pukulan maut Malakul Maut ni dan sekurang – kurangnya membuat persiapanan yang termampu mungkin.W/a

  4. bak kata kome kome semua
    apa yang kita cari dalam silat…
    akhirnya cindai inilah pembalut jasad…tuk guru wes.

  5. salam taaruf dan segayong. IM tak sempat belajar cindai. mungkin belum sampai ke martabat itu…

  6. eh, ikat kafan pun guna cindai ke? tak tau la pulak. Apa maksud sebenar cindai tu ye abang Iznan? Mohon penjelasan.. Terima kasih

    • Simbolik jer ni…kita kadang2 dok kejar pelajaran cindai dan hampir terlupa pelajaran agama. Akhir sekali ikatan inilah yang menjadi penyudahnya..fikir dan renungkanlah

  7. begtu rupanya.. ingat memang ikatan tu digunakan dalm ikatan kafan. insaf.. insaf.. hehe

  8. as’kum,,,
    tumpang tnya…? sbb kurang faham.
    maksud disini ikatan cindai apa… dari segi ikatan atau pun kafan jenazah di pangil ikatan cindai…
    mohon pencerahan pada yg pakar,,,

    • Simbolik jer ni…kita kadang2 dok kejar pelajaran cindai dan hampir terlupa pelajaran agama. Akhir sekali ikatan inilah yang menjadi penyudahnya..fikir dan renungkanlah

  9. guru ambo dah master bab 2 ikatan cindai yg paling di geruni ini.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: