Semua orang inginkan pelajaran Cindai di dalam Silat Seni Gayong.Ini kerana Ilmu Seni Cindai dikatakan Ilmu yang paling bahaya dan tertinggi sekali.. Namun Cindai yang paling saya GERUNI ialah Cindai KAFAN iaitu Dikepala dan Cindai dikaki..iaitu ketika Imam menyimpulkan kain KAFAN semasa saya mati nanti….Walaupun semasa di liang Lahad nanti akan dibuka kembali simpulan itu namun yang pastinya diri ini sudah Mati dan takkan kembali lagi..
Walaupun saya GERUN terhadap Ilmu CINDAI KAFAN ni..tetapi saya sudah mempelajarinya dan alhamdulillah..Insya Allah saya sudah boleh melakukannya.Dan dah banyak kali saya berjaya melakukannya.
Namun yang saya rungsing ialah sekiranya insan yang ingin saya lakukan Cindai ini ialah ahli keluarga saya nanti..betapa sayu hati saya bila memikirkan ini. Inilah amanat yang Ayah dan Bonda wasiatkan kepada saya.
” Nik kalau ayah tiada Nik lah yang uruskan Jenazah ayah nanti..uruskanlah dari awal hingga akhir. Kerana Nik adalah anak yang sulong. Lagipun yang paling afdalnya ialah anak yang menguruskan jenazah ayahnya..”
Bergelinangan air mata ini bila teringatkan amanat yang sudah pastinya akan tiba.
Ya Allah kau kuatkanlah Hatiku ini untuk menghadapi Ujian yang sekiranya akan aku tempuhi nanti.
Ya Allah ampunilah hamba Mu yang berdosa ini
“Katakanlah, ‘Malaikat Maut yang ditugaskan untuk (mencabut nyawa) mu akan mematikan kamu; kemudian hanya kepada Tuhanmulah kamu akan dikembalikan.” (QS. As-Sajadah: 11)
________________________________________________________________________
© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.
“Aku Dan Gayong”
ramai juga guru2 lama yg x tahu akan cindai ini. ada juga yg dah kena cindai jenis ni walaupn blom blajar.
By: chek det on 18 Julai 2010
at 12:17 pm
hasbunallahi wani’mal wakil..
apo2 yg baik, yg tak baik, kito berserah pada Allah. kito sebagai hambo keno redho takdir atas diri kito sediri. tersentuh ambo denga kato2 ayoh abe nik tu. ambo jugo penah diajar oleh tok guru ambo, pakai kain kapan 7 hasto, buat serban. dio kato kalu mati, biar lah serban tu dibuat kapan. menjadi saksi sayangnyo kito pado sunnah Nabi Nya. Wallahua’lam.
cindai ambo berhasta panjangnyo
buat penyeri akhlak terpuji
andai berharto sejauh pandangannyo
di liang lahad berseorang diri
sunnah Baginda menziarah kubur
memakai pedoman mentarbiah hati
apalah guna riya’ dan bertakabur
si cindai kafan penyudah diri…
sauk tebar pukat dan serkap
kalung awang tudungnya kemas
tawaddu’ sabar berkat dan syafaat
langsung sandaran husnul khatimah
By: hakim on 18 Julai 2010
at 1:39 pm
Pandainya Saudara Hakim berpantun..
By: abusyakirin on 18 Julai 2010
at 3:26 pm
kira – kira 2 tahun lepas pernah juga menganjurkan khurus pengurusan jenazah tetapi untuk kaki tangan Bank ajelah….penyertaan al-hamdulillah amat mengalakkan. Maknanya di KL ramai mula sedar tentang pukulan maut Malakul Maut ni dan sekurang – kurangnya membuat persiapanan yang termampu mungkin.W/a
By: Wan Kancil on 19 Julai 2010
at 1:45 am
bak kata kome kome semua
apa yang kita cari dalam silat…
akhirnya cindai inilah pembalut jasad…tuk guru wes.
By: leloh on 19 Julai 2010
at 9:12 am
salam taaruf dan segayong. IM tak sempat belajar cindai. mungkin belum sampai ke martabat itu…
By: insan marhaen on 22 Julai 2010
at 2:29 pm
eh, ikat kafan pun guna cindai ke? tak tau la pulak. Apa maksud sebenar cindai tu ye abang Iznan? Mohon penjelasan.. Terima kasih
By: gelojakjiwa on 3 Ogos 2010
at 8:39 am
Simbolik jer ni…kita kadang2 dok kejar pelajaran cindai dan hampir terlupa pelajaran agama. Akhir sekali ikatan inilah yang menjadi penyudahnya..fikir dan renungkanlah
By: abusyakirin on 3 Ogos 2010
at 12:17 pm
begtu rupanya.. ingat memang ikatan tu digunakan dalm ikatan kafan. insaf.. insaf.. hehe
By: gelojakjiwa on 3 Ogos 2010
at 2:21 pm
as’kum,,,
tumpang tnya…? sbb kurang faham.
maksud disini ikatan cindai apa… dari segi ikatan atau pun kafan jenazah di pangil ikatan cindai…
mohon pencerahan pada yg pakar,,,
By: furqan on 5 Ogos 2010
at 6:05 am
Simbolik jer ni…kita kadang2 dok kejar pelajaran cindai dan hampir terlupa pelajaran agama. Akhir sekali ikatan inilah yang menjadi penyudahnya..fikir dan renungkanlah
By: abusyakirin on 5 Ogos 2010
at 7:07 am
guru ambo dah master bab 2 ikatan cindai yg paling di geruni ini.
By: leloh on 5 Ogos 2010
at 2:10 pm