Posted by: abusyakirin | 30 Ogos 2010

Transformasi Minda semepena kemerdekaan

Apakah Maksud Transformasi itu sebenarnya.....renungkanlah

Apakah Transformasi yang ingin disampaikan oleh pihak Kerajaan sekarang..

Adakah ianya merujuk kepada Transformasi Minda Masyarakat yang selama ini dikatakan dijajah mindanya.

Apa yang dimaksudkan dengan penjajahan minda?

Bagaimana rupa bentuk minda yang terjajah?

Kita memiliki minda penjajah atau minda dijajah?

Renung dan fikirkanlah wahai saudaraku semua…

Mungkin Anak Gayong patut melaungkan slogan ini 1 M iaitu 1 Mahaguru iaitu Meor Rahman…

Bagi Umat Islam pula 1 M bolehlah membawa erti 1 Muhammad iaitu seorang saja Rasul akhir zaman dan tiada lagi Rasul selepasnya..Hentikanlah ajaran sesat dan ilmu-ilmu yang menyalahi ajaran dan sunnah Rasulullah Nabi Muhammad s.a.w.

Ayuh pakat-pakat kita transformasi…

wallahualam

____________________________________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com

Advertisements

Responses

  1. Kita bkn sahaja masih lagi menggunakan perlembagaan barat dalam negara. Malah, sistem yg kita pakai (demokrasi) dalam memilih pemimpin juga x stabil. Contohnya, jika masyarakat jahil/jahat lebih ramai bilangannya dari yg soleh maka, mereka akan memilih pemimpin dari golongan yg jahil/jahat. Jika begini adakah negara akan aman ?…

    Nampaknya sistem demokrasi yg di cipta oleh Yahudi dan di bawa oleh Barat tidak dapat menstabilkan umat. Malah, semakin kacau bilau jadinya. Pemimpin tidak lagi dihormati, rakyat sering kali terkeliru dgn tindakan ulama’…

    • kalau begitu apa pendapat saudara dan bagaimana sepatutnya sistem pemerinyahan yang sepatutnya…

  2. Salam semuanya. Saya dari Singapura. Sama sebangsa seperti kamu semua.

    Sempena Hari Kemerdekaan negara saudara yang telah pun lepas dalam seminggu lalu, saya ingin ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 53 (maaflah kalau ucap terlambat hah). Tapi ada satu lagi perkara penting yang saya ingin luahkan di sini. Ia agak membimbangkan dan menyedihkan saya, umumnya kerana saya ini warga Singapura jiran yang duduk bersebelahan sahaja, dan khususnya kerana saya ini bangsa Melayu, sama bangsa seperti kamu semua.

    Saya amat kecewa melihat baru-baru ini orang-orang Melayu di Malaysia tuduh-menuduh antara satu sama lain dan berpecah belah disebabkan politik. Sebagai orang Melayu Singapura saya sangatlah sedih melihat keadaan ni. Mungkin awak semua mula berfikir “Engkau Melayu Singapura, jangan menyibuk jaga tepi kain orang boleh tak?”. Ya, saya kenal diri saya siapa. Tapi saya anggap negara Malaysia ini satu-satunya harapan dan mungkin juga harapan terakhir untuk perjuangan budaya dan hak Melayu. Negara Malaysia adalah satu-satunya negara yang orang Melayu boleh mengamalkan silat dengan bebasnya, boleh mengamalkan agama islam dengan bebasnya, boleh mengamalkan budaya melayu dengan bebasnya, orang melayunya senang beli rumah, dan orang melayunya ada suara dan kuasa dalam politik. Keadaan ini tentu sekali berbeza di Singapura.

    Saya tidak hendak lihat negara Malaysia, dan terutama sekali orang Melayu, terkucar-kacir. Bila orang Melayu semua bergaduh, bangsa lain (awak tahulah bangsa apa yang saya maksudkan) tepukkan tangan dan bersorak ria. Mereka tentu sekali berfikir “Biar orang Melayu berbunuh bunuh sesama sendiri jadi satu hari nanti bila kepimpinan mereka sudah lemah senanglah bangsa kami rampas kuasa”. Saya tidak hendak mahu nasib Malaysia jadi seperti negara saya.

    Salam.

  3. waalaikummussalam shah
    teruskan perjuangan anda di seberang tambak sana.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: