Posted by: abusyakirin | 6 September 2010

Iktibar dari Sejarah Syawal

Tinggal 3 hari saja lagi dan Insya Allah kita akan menyambut Syawal sempena kemenangan kita dalam menjalani ibadah di bulan Ramadhan.

1 Syawal 1401 hijrah adalah tarikh hari kelahiran saya manakala 3 syawal  1401 pula ialah tarikh kelahiran Isteri saya yang tercinta. Setiap kali kedatangan Saywal kami akan menyambutnya dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan

Disini saya ingin berkongsikan sedikit fakta tentang syawal untuk tatapan pembaca blog Aku Dan Gayong ini  semoga ianya menjadi iktibar buat kita

Syawal menghimpunkan pelbagai peristiwa yang perlu diteliti dan diambil iktibar oleh seluruh umat Islam. Lipatan sejarah pada bulan ini menyaksikan perjuangan umat Islam yang sentiasa istiqamah dan bersungguh-sungguh bergerak untuk menobatkan agama setinggi kemuliaannya.
Antara peristiwa yang berlaku pada bulan mulia ini ialah, perutusan tentera ke Batnu Rabie dipimpin oleh Ubaidullah bin Al Harith bin Abd Al Mutallib pada tahun pertama hijrah. Ia turut disertai olah Sariah Saad bin Abi Al Waqqas iaitu orang pertama menggunakan panah dalam pertempuran Islam.(Sariah ialah kumpulan tentera yang dihantar oleh Rasulullah saw tanpa disertai oleh Baginda saw, manakala ghazwah ialah peperangan yang disertai oleh Baginda saw sendiri)
Pada bulan ini juga menyaksikan kelahiran Abdullah bin Az Zubair, anak pertama bagi orang Muhajirin di Madinah selepas peristiwa hijrah. Kehadiran orang baru berketurunan Mekah ini disambut dengan penuh kegembiraan oleh seluruh kaum Muslimin.
Perkahwinan Nabi Muhammad saw dengan Aisyah ra turut berlangsung pada bulan ini.
Pada tahun kedua hijrah, setelah selesai peperangan Badar, Nabi saw selesai menguruskan dan melepaskan tawanan perang Badar tanggal 1 Syawal. Kemudiannya Baginda saw mengetuai tentera Islam menyerang Bani Sulaim di Kadar pada 5 syawal, 60 km di tenggara Madinah. Ini kerana telah sampai kepada pengetahuan Rasullulah saw keingianan kafir Quraisy untuk membentuk pakatan bersama dengan Banu Sulaim dalam usaha untuk menyerang kaum muslimin.
Pengusiran yahudi Bani Qainuqa’ juga turut berlaku pada bulan Syawal.
Manakala Peperangan Uhud pada 15 Syawal (ada pendapat pada 7 syawal) tahun ketiga hijrah, adalah peperangan pertama yang merugikan kaum Muslimin. Peperangan ini telah menyaksikan syahidnya 70 kaum Muslimin, termasuk Hamzah bin Abd Mutallib, bapa saudara Baginda saw yang digelar singa Allah. Gahzwah ini memberikan pengajaran kepada umat Islam agar sentiasa patuh kepada arahan pemimpin walau apa jua keadaan sekalipun.
Peperangan Hamra’ Al Asad terjadi tanggal 16 Syawal tahun ketiga hijrah. Baginda saw keluar bersama para sahabat selepas peperangan Uhud mengekori dan mengejar tentera Quraisy bagi memperlihatkan kekuatan tentera Islam. Sahabat yang masih cedera, patah anggota keluar dengan gagah beraninya menyahut seruan Nabi saw. Ia bagi membuktikan mereka masih bertenaga, kuat dan pada tahap yang membanggakan, sekalipun apa yang menimpa mereka dalam peperangan Uhud.
Di Hamra’ Al Asad, Nabi saw mengarahkan supaya tentera Islam mengumpulkan kayu pada siang harinya dan menyalakan api pada waktu malam. Keadaan itu menyebabkan tentera musuh bertempiaran lari kerana ketakutan dan menyangka Nabi saw datang bersama dengan tentera yang amat besar jumlahnya selepas hampir tewas di medan Uhud. Padahal, ketika itu mereka berada lapan kilometer dari kawasan tentera Islam.

Peperangan Al-Khandak atau Al-Ahzab pada tahun kelima hijrah. Pakatan ahzab yang terdiri daripada musyrikin Quraisy, yahudi Bani Nadhir, Qabilah Ghatfan, Bani Fazarah, Bani Murrah dan yahudi Bani Quraizah, seolah-olah gambaran gabungan Amerika, Britain, Israel dan lain-lain dalam usaha menyerang umat Islam sekarang ini.

Dengan cadangan Salman Al-Farisiy, mereka menggali sebuah parit yang besar di persekitaran Madinah. Peperangan ini adalah cubaan terakhir pihak Quraisy dan sekutunya menyerang Madinah dan kaum Muslimin, yang akhirnya mereka pulang dengan kekalahan. Allah memberikan kemenangan kepada Nabi saw dan kaum Muslimin serta menghampakan niat buruk kaum Musyrikin.

Apabila berakhirnya peperangan Khandak Nabi saw diberitahu oleh Jibril as supaya menghala ke arah Bani Quraizah sebagai balasan kepada keingkaran mereka mematuhi perjanjian dan bergabung dengan tentera ahzab. Bani quraizah di kepung selama 25 hari sehinggalah mereka akhirnya menyerah kalah. Saad bin Muaz diamanahkan oleh nabi saw untuk menjatuhkan hukuman kepada mereka, yang mana semua lelaki dibunuh dan wanita ditawan.

Perutusan Abdullah bin Rawahah pada tahun keenam hijrah. Ia disertai 30 tentera Islam yang dipimpin Abdullah. Mereka dihantar untuk menumpaskan pakatan Asir bin Razam dengan Ghatafan bagi menyerang kaum Muslimin.

Peperangan Hunain pada 10 Syawal tahun kelapan hijrah. Tentera muslim seramai 12000 pejuang, mengajarkan kita agar tidak berbangga dengan kuantiti yang ramai kerana pada awal peperangan umat Islam hampir tewas. Namun akhirnya kemenangan berpihak kepada tentera Islam dengan perolehan harta rampasan yang banyak. Harta itu dikumpul Rasulullah saw di Al Ja’arranah dan diagihkan kepada tentera Islam selepas kembali daripada peperangan At Tai’f. Harta itu terutama diberi kepada golongan Al-Muhajirin dan orang yang baru memeluk agama Islam.

Peperangan ini diikuti kepungan At Tai’f yang berlangsung selama 20 hari.

Peperangan Al-Yamamah antara tentera Muslimin dan Musailamah Al Kazzab pada tahun ke-11 hijrah pada zaman pemerintahan Abu Bakar. Kumpulan Musailamah disertai 40,000 orang adalah golongan murtad yang ganas dan terkuat pada masa itu.

Syawal juga menyaksikan kejayaan khalifah Umar Al-Khattab ra menawan bandar Madyan. Juga pada bulan ini tentera Islam berjaya menawan istana raja Parsi yang dikenali dengan nama Istana Putih.

Kelahiran Imam Al-Bukhariy Muhammad bin Ismail, seorang ahli hadis yang terkenal, pengarang kitab As Sahih pada 194 hijrah. Beliau meninggal dunia pada Syawal, 256 hijrah ketika berusia 62 tahun setelah berkhidmat sepanjang hayatnya dalam bidang hadis.

Himpunan kisah-kisah ini bukanlah sekadar tatapan sejarah, namun ianya menyimpan seribu pengajaran yang perlu kita fahami dan amalkan dalam kehidupan mendatang. Jadikanlah kehidupan sirah para salaf sebagai pedoman hidup kita bersama.

Selamat mendaulatkan Islam dalam diri dan masyarakat.

____________________________________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com

Advertisements

Responses

  1. Salam Sir Nik..Saya pelajar kt bekas tempat sir mengajar taun lepas..Saya ada la belajar curi-curi silat gayong kat SMAS..Cikgu Hanif yang mengajar kat situ..Cikgu Saiful Hakim pun pernah mengajar saya semasa ambik bengkung putih kat SMK Kamil..Akhir tahun ni ataupun tahun depan insyaalah baru nak ambik bengkung hijau..Untuk lebih mendalami ilmu ni saya dan pasangan saya berhasrat besarlah untuk jadi anak murid sir..Saya cuba cari nombor tepon sir tapi tak jumpa..Jadi besarlah hasrat saya untuk menjadi anak murid Sir dan dapat berjuang demi agama dan bangsa. Terima Kasih.

    • walaikum mussalam..wbt
      hubungi saya di 013 992 3535 dan selalulah buka blog saya ini.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: