Posted by: abusyakirin | 26 September 2010

Pesanan yang wajar dihayati

Pemimpin agung Islam Umar bin al-Khattab yang berpesan kepada bala tentera Islam yang dikepalai oleh Saad bin Abi Waqqas sebelum peperangan Qadisiyyah menentang Parsi dengan kata-kata mutiara, antaranya:

“…yang menyebabkan kaum Muslimin itu menang hanyalah kerana maksiat musuh-musuh mereka. Jika tidak kerana faktor itu, kita tidak memiliki kekuatan untuk menghadapi musuh. Sebabnya kekuatan kita tidak seperti kekuatan mereka, persiapan (peralatan) kita tidak seperti persiapan mereka. Jika kita sama dengan mereka dalam hal maksiat, sudah pasti mereka memiliki kelebihan di sudut kekuatan. Jika kita tidak mampu menang dengan kelebihan kita (ketakwaan) sudah pasti kita tidak dapat menewaskan mereka dengan kekuatan kita” (Dr. ‘Ali al-Salabi, Umar bin al-Khattab, m.s. 420, Kaherah: Dar al-Tauzi’ Wa al-Nasyr al-Islamiyyah).

Ucapan Umar sangat bermakna dan menarik. Pengajaran untuk umat yang tewas hari ini. Namun saya ingin melihat di sudut yang sebaliknya dalam Pertubuhan dan Persatuan Seni Silat Gayong kita ini. Jika Umar menyatakan:

“..sebabnya kekuatan kita tidak seperti kekuatan mereka, persiapan (peralatan) kita tidak seperti persiapan mereka,”

realiti yang berlaku dalam Persatuan  kita sebaliknya.

Jumlah ahli Silat kita lebih ramai, peruntukan dan bajet kerajaan untuk aktiviti Persatuan begitu banyak, bahkan Kita ada Jawatankuasa Pusat, Majlis Adat, Majlis Gurulatih dan berbagai-bagai biro  lagi yang berpihak kepada kepentingan Islam dan Gayong.

Namun mengapa kita masih kelihatan bagai umat yang tewas. Tidakkah jika kita tidak dapat menewaskan orang lain dengan ketakwaan kita, sekurang-kurang kita berjaya disebabkan faktor kekuatan lahiriah kita. Mengapa tidak?

Seorang yang berjalan kaki akan sampai ke destinasinya jika ia terus berjalan dengan arah yang betul. Namun seorang yang mempunyai kenderaan canggih dan mewah tidak akan sampai jika hanya berada dalam kenderaannya sambil membelek-belek kemewahan itu tanpa menggerakkannya ke arah destinasi yang betul.

Begitulah halnya kita ini. Kita wajar bertanya sejauh manakah kenderaan mewah kita ini benar-benar digerakkan?

Samalah kita yang bermegah-megah dengan Silat,berbangga dengan kehebatan guru masing-masing, dengan kesaktian Keris dan senjata hikmat yang lain, dengan mitos-mitos yang diceritakan dari generasi ke generasi serta ilmu-ilmu kesaktian yang lebih fantasi dari realiti

Sebaliknya ukurlah sekuat mana ketakwaan kita kepada Allah s.w.t

Seorang sahabat Nabi yang bernama Samurah bin Jundab pernah berkata,

“Barang siapa yang ingin mengetahui kedudukannya di sisi Allah, maka periksalah kedudukan Allah di sisinya.” (HR Ibn Al-Mubarak pada kitab Al-Zuhd).

Ertinya, barang siapa yang sangat menghormati Allah SWT, lalu bersegera melaksanakan semua perintahnya meskipun kecil, maka itu pertanda bahawa dirinya sangat terhormat di sisi Allah. Sebaliknya, barang siapa yang meremehkan hak-hak Allah dan tidak menghormatinya sama sekali, itu pertanda bahawa ia sangat hina di sisi Allah SWT.

Inilah kunci kejayaan yang perlu dicari oleh setiap Anak Gayong demi memperjuangkan Warisan Pusaka Arwah Dato Meor Abdul Rahman yang kita semua cintai.

ISLAM didahulukan IMAN diutamakan

___________________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com


Responses

  1. Cikgu…banyak seperti buih dilautan tetapi tak bisa menewaskan pantai….:)

    • Tuan Pendekar..boleh juga dikatakan …umpama kelkatu mengerumuni lampu akhirnya mati kepanasan


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: