Posted by: abusyakirin | 1 Oktober 2010

Patah Tumbuh Hilangnya Sukar Di Ganti

Layakkah kita mengantikannya...

Daripada Abdullah b. Amr b. ‘As r.huma katanya:Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sesungguhnya Allah tidak mengangkat ilmu dari manusia dengan cara menarik ilmu daripada manusia(yakni tidak memadamkan ilmu di dada para ulama),tetapi Allah mengangkat ilmu dengan mematikan para ulama sehingga tidak tinggal lagi orang ‘alim,(lalu) manusia akan mengambil orang yang jahil sebagai pemimpin,lalu mereka ditanya mereka memberi fatwa tanpa ilmu,maka(hal itu menyebabkan)mereka tersesat dan menyesatkan manusia.(Muttafaqun ‘Alaih).

Pepatah Melayu ada menyebut Patah tumbuh Hilang Berganti..namun sampai ke saat ini kewibawaan Mahaguru sukar di cari dan di isi.

Seluruh alam gegak gempita pelbagai andaian dan persepsi yang mendakwa- dakwi mengikut nafsu -nafsi…AKULAH WARIS PENGANTI

Layakkah sesetengah Anak Gayong yang mendakwa Waris Mutlak Mahaguru, Pemegang Amanah Mahaguru, Anak Murid Kesayangan Mahaguru, Orang kepercayaan Mahaguru, dan lain-lain lagi..Untuk memimpin legasi persilatan yang terunggul ini.

Cukupkah Ilmu Gayong di dada…Kalau Ilmu Gayong setampuk Pinang usahlah berumah di dalam gelanggang . Ibarat kail panjang sejengkal lautan dalam jangan di duga kelak badan binasa Jiwa merana.

Jika sudah engkau mengukur baju di badan sendiri…Fahamilah maksud yang ditajalli..

usah di impikan jawatan ini,

usah di idamkan gelaran ini..

Usah di hajati Amanah ini..

Ingat wahai saudaraku Gayong ini adalah Pusaka Tuah..

Hentikanlah pertelingkahan dan sengketa sesama kita..Ingatlah hidup di dunia ini tak ubah ibarat embun sesudah keluar mentari hilanglah ia.

Sesungguhnya aku adalah insan biasa yang menyampaikan nasihat sepatah dua…Kerana yang ku anyam kata yang ku sulam bicara.

________________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com



Responses

  1. Assalamualaikum,

    Lama dah tak bertandang kat sini.

    Ayat pedas tu, saudara [Cikgu] Nik Iznan. Hehe. Agak-agak orang berkenaan termakan tak?

    Itu belum masuk lagi kes orang Gayong belajar dari Hitam Kosong, kemudian Awan Putih, kemudian Pelangi Hijau, kemudian terus lompat ke Kuning Cula 3, dan akhirnya terus lompat ke Hitam Cula 1.

    Hebat betul permainan yoi orang Gayong ni. Pandai lompat-lompat.

    • waalaikummussalam,

      Sekadar..meluahkan apa yang bermain difikiran..bab lompat melompat ni..memang serius.

  2. Salam,

    Isu berkenaan dengan lompat bengkung ini sudah lama berlaku.

    Walaubagaimanpun kita ‘cermin’ diri kita semula, layak kah aku memakai bengkung (talipinggang) sekian sekian. Atau sekadar untuk menunjuk nunjuk sahaja.

    Sebenarnya bengkung (talipinggang) tu pakaian dunia sahaja. Yang penting ialah keberkatan ilmu yang kita pelajari itu di manafaatkan kepada generasi kita.

    Sebab, semasa di alam kubur nanti kita akan ditanya berkenaan ilmu yang berguna yang kita sebarkan kepada orang yang memerlukannya. Bukannya di tanya berapa cula yang di pakai oleh kita.

    Di sini saya ingin bertanya, kenapa bengkung hitam di beri gelaran Harimau Pelangi Cula Sakti…?

    Sekian…

    • Wmslm…

      Saya amat-amat berbesar hati di atas komen dan nasihat yang diberikan oleh Cikgu, Sungguh benar apa yang diperkatakan

      Alangkah elok kalau Anak Gayong memahami dan mengerti semua ini..Walau apa pun saya menanti jawapan dari cikgu buat diri saya yang DAIF lagi JAHIL ini tentang persoalan kenapa Bengkung Hitam di beri Gelaran Harimau Pelangi Cula Sakti

      Wassalam

  3. assalamualaikum.. maaf kerana mencelah.. sy sebagai anak murid gayong yg masih baru ingin jgk nk tau tentang persoalan ini, tapi ingin jgk sy nk tau pasal rahsia tingkat bengkong yang lain seperti hitam kosong, putih, hijau dan yang lain, harap guru-guru sekalian dapat huraikan.. trima kasih…

  4. Assalamualaikum tuan Admin,
    Mohon maaf jika komen sy ini kurang digemari. Saya ingin menegur berkenaan penggunaan hadis pada permulaan penulisan tuan. Hadis itu Nabi tujukan kpd golongan “ulama” iaitu org yang mahir/pakar dlm bidang agama, bukannya pada Mahaguru Silat. Jgn samakan Tok Guru silat dgn Ulama’.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: