Posted by: abusyakirin | 3 Oktober 2010

Anugerah dan Nilai Persahabatan

Pengerak PSSPGM - Cg Hj Awang Daud, Cg Abdul Majid Mat Isa dan Cg Ismail Chik

Alhamdulillah..baru saja pulang daripada Majlis Jamuan Aidilfitri PSSPGM di perkarangan rumah Ayahanda Ybhg Mulia Dato Raja Abdul Majid B Raja Mat Isa. Kehadiran tetamu yang begitu ramai..menambahkan lagi kemeriahan dan keceriaan majlis sambutan Aidilfitri ini..

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran orang-orang lama dan Tokoh Gayong seperti Cikgu Sidek Taiping  serta Waris Arwah Dato Meor Abdul Rahman iaitu Cikgu Siti Fadhilah

Banyak kenalan-kenalan lama mahupun baru sempat saya temui dan bersua muka..walau hanya bertegur sapa dan bercakap sepatah selidah..namun Alhamdulillah keakraban persahabatan segera terjalin dengan mesra.  Alangkah indah sekiranya Persahabatan ini terus kekal terjalin diatas dasar Iman dan Takwa..Mudah-mudahan hasrat saya ini dimakbulkan Allah s.w.t.

Bersama Cikgu Sidek

KELEBIHAN BERSAHABAT

Setelah kaum Mukminin selamat daripada neraka, maka demi Zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, setiap orang daripada mereka meminta kepada Allah dengan memaksa agar dikeluarkan rakan-rakannya yang berada di neraka. Mereka berkata: ‘Ya Allah, mereka dahulu pernah solat, berpuasa dan haji bersama kami.’ Lalu dikatakan kepada mereka: ‘Keluarkanlah orang yang kamu kenal dari neraka itu.”

Masya-Allah, persahabatan yang terjalin di jalan Allah berlanjut hingga ke akhirat. Teman-teman yang pernah bersama-sama dengan kita melaksanakan solat berjemaah, umrah, haji bersama, dan silaturrahim yg kita jalin,suatu hari nanti dapat mengeluarkan kita daripada api neraka. Semakin banyak teman yang kita punya, semakin besar peluang untuk kita memperoleh syafaat itu.

Oleh sebab itu, Islam menganjurkan kita untuk memperbanyakan teman dan kenalan. Jalinlah hubungan baik dengan orang-orang Mukmin di sekitar kita, lalu berusahalah menebarkan kebaikan kepada mereka. Kita tidak pernah tahu apa yang akan menimpa kita di akhirat nanti.

_______________________________________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: