Posted by: abusyakirin | 20 Oktober 2010

Cerita Perihal Besi dan Senjata Melayu

Bersama Guru Suhaimi @ Leloh

Baru-baru ini seorang sahabat iaitu Guru Suhaimi Gayong Paduka bertanyakan saya pasal melembutkan besi. Sejujurnya saya bukanlah arif dalam bab ini cuma sekadar menyampaikan apa yang saya dengari dari orang-orang tua bercerita.

Kali ini izinkan saya bercerita serba sedikit tentang besi. Besi ni sangatlah mustahak dan berguna kepada umat manusia. Adapun perihal kaji besi ni biasanya dikaitkan dengan kejadian diri atau kaji diri. Menurut kaji besi, besi ni ada jantan dan betinanya. Kalau kita tahu dan masak akan kaji diri dan kaji besi, maka tahulah kita akan asal besi. Maka lemahlah besi pada kita. Tunduklah besi pada kita. Kalau dihunjam dek musuh senjata dari besi. besi tu tak mahu menikam kita. Besi tersebut akan mengelak  dari menikam kita.

Biasanya kaji besi ni tamat bila kita dah habis beramal ilmu besi maka datanglah mimpi. Bila kita mimpi pegang besi merah menyala, cair dan menitis kebumi dari gengeman kita, ini bererti telah berisyarat termakbullah akan ilmu kita dek Yang Maha Pengasih.Rasa panas tidak lagi terasa dalam mimpi tadi.

Maka bila tiada manusia atau binatang yang nampak kita, bolehlah kita uji dengan memulas mulaskan besi tersebut. Lemah dan lembutlah besi tersebut. Diuji secara tersembunyi agar dapat kita mengelakkan dari takbur terhadap manusia dan binatang sekeliling kita. (malu pun kira jugaklah kalau tak jadi..malu). Kalau kerja kat kilang besi atau kilang penapis minyak kena hati-hatilah sedikit kerana takut tak boleh panjat tangga besi. Silap-silap melurut kebawah.

Besi ni ada macam macam nama bagi yang mengenal asalnya saperti besi ketopong, besi tuadi, besi markadi dan besi nur karun juga besi kersani. Ada besi yang berasal dari pohon besi. Bagi pengkaji besi, mereka tak pakai perkataan sekeping besi sebaliknya dipakai perkataan setahat besi. Begitulah serba sedikit kisah besi.

Sesetengah mampu memicit-micit besi panas untuk dijadikan keris dan sebagainya.Namun keris picit diadun dari 99 jenis besi dan pernah saya terdengar ada yang mengambil besi-besi tersebut dari mulut sahaja. Biasanya para wali-wali yang berbuat begini dengan izin Tuhan Yang Maha Pengasih.Ada yang, bila dihunus keris bergini dalam pertarungan atau peperangan terus terkaku, lemah dan tak mampu bergerak lagi.

Kalau nak tamat ilmu besi ni kenalah  terjun masuk kedalam perigi yang didalamnya telah dicucuk dengan tombak, parang, tempuling dll dimana matanya mengadap arah kelangit. Setelah mengucapkan beberapa patah kata-kata maka terjunlah kedalam perigi tersebut. Maka hingar-bingar lah bunyi senjata-senjata tersebut mengelak kita. Bulat penyerahan kita pada Allah. Disaat itu, hidup syukur matipun syukur. Masakan mahu besi menderhaka pada kita?

PETUA SENJATA

Kadang-kadang keris atau parang kita ni ada yang boleh membunuh sampai selesai, ada yang hanya makannya kurang satu atau dua atau tiga. Maksudnya kalau senjata kita dari jenis besi yang kurang baik, tidaklah dapat ia menewaskan semua musuh. Kadang-kadang sepuas manapun kita cuba, musuh yang tinggal satu atau dua orang lagi tidak dapat ditumpaskan. Ini bererti senjata kita telah lemah. Maka campakkanlah senjata kita itu ketanah dan usahlah digunakan lagi.

Biasanya kita akan gunakan senjata atau parang yang lebih kecil yang disisipkan dipinggang kita. Pada masa inilah kita gunakan senjata begini untuk menewskan musuh. Bila musuh kita pula membawa dua jenis senjata semasa bertarung kita mestilah berwaspada, Mungkin musuh tu mahir tentang besi. Bila mereka mahir tentang besi kemungkinan senjata kita tak dapat mencederakannya. Mungkin musuh kita tu kebal senjata. Maka berikhtiarlah dengan cara yang lain.

Kalau mereka kebal, maka kalau menikam, tikamlah yang didalam. Umpama menikam seekor ayam dalam reban. Jangan ditikam rebannya tapi tikamlah ayam yang didalamnya. Akan berputarlah musuh kita tersebut.  Hilanglah kebal mereka.

Para hulubalang melayu seharusnya mahir akan ilmu rasa. Sebaiknya kita dapat rasakan yang musuh kita menuju kearah kita sejauh tujuh buah bukit lagi dimana kita bolehlah bersedia. Biasanya hulubalang wanita lah yang mempunyai rasa yang kuat dan halus. Kalau kita berjalan didalam hutan atau belukar, bukan sahaja musuh, biawak pun kalau memerhatikan kita, sudah dapat kita rasa dan tahu dimana ia.

Kalau orang dulu-dulu, ilmu mereka cukup tinggi. Sebagai contoh, kalau mereka mempunyai ilmu Si Sangga Mara, semasa bertarung, maka gelaplah alam sebelah , Langit menjadi sebelah terang dan sebelah gelap melitup dari timur ke barat. Mega yang tujuh petala langit dan tujuh petala bumi seolah-olah bermara bersama-sama kiter. Sekarangpun masih ada yang mengamalkan ilmu ini. Namun bilangan mereka terlalu sedikit, Mereka selalunya tidak menunjulkan diri dan bersahaja saperti orang yang tidak berilmu.

Senjata kita, seeloknya disimpan sebagai senjata sahaja. Janganlah sesekali digunakan untuk tujuan lain. Kalau senjata kita jenis yang baik dan serasi serta bersahabat dengan kita, bila bunyi berdetik sahaja ditengah malam. kita terus terjaga dan yang mula-mula kita ingat secara automatik ialah senjata kita tadi. Senjata begini kadang-kadang kalau kita usap-usap pun tangan kita tak semena-mena boleh luka. Ini bererti besinya dari jenis garang dan baik untuk dibawa bertarung. Begitulah serba sedikit petua yang digunakan oleh hulubalang melayu dahulu kala.

Inilah sebahagian pesan orang-orang tua dulu kala..saya sendirinya bukanlah sampai ke tahap ni dan tak pernah belajar pun.Tulisan ini hanyalah sekadar berkongsi maklumat..Yang Pastinya Nabi Daud a.s yang betul-betul mahir dalam ilmu besi ni…Wallahualam

__________________________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com


Responses

  1. “Kalau mereka kebal, maka kalau menikam, tikamlah yang didalam.”
    apa mksudnya cg?

    • Tikamlah yang membuatkan orang itu Kebal…kalau ianya Kebal kerana Syaitan..halaulah Syaitan itu….😀

      • sudah faham skrg🙂
        video sebagai bahan tontonan bersama

        • Terima Kasih berkongsi Maklumat😀

  2. sila wat komen di http://jabatsyahadah.blogspot.com/

    • Salam dari hamba…nice blog dan kalau boleh perkenalkan lah diri tuan hamba..😀

  3. Terjemahan ayat 25 Surah Al Hadid
    Sesungguhnya Kai telah mengutus rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka Al-Kitab dan neraca (keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan. Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfa’at bagi manusia, (supaya mereka mempergunakan besi itu) dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong (agama)-Nya dan rasul-rasul-Nya padahal Allah tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa. (QS. 57:25)

    • Terima Kasih Cikgu…😀

  4. molek benar isinya paduka guru.

    • Sekadar dengar cerita orang-orang tua…belajarnya tidak.. begitulah juga..sekadar menjawab pertanyaan..amalannya tiada.

  5. malu benar rasanya diri dipanggil di namakan guru.tidak layak bagi ambo tu paduka nik.burung terbang di pipiskan lada…

  6. “Kalau mereka kebal, maka kalau menikam, tikamlah yang didalam.”

    salam syeikh.. kalau dia letak kat tempat lain, apa petuanya syeikh? hug

    • Wmslm…sama jer.

  7. Dalam Seni Gayong, ada beberapa amalan yang dengan izin Allah SWT, besi menjadi lembut. Malah seorang guru Gayong pernah tnjukkan bagaimana senjata tajam dilembutkan menjadi air. Ia ditunjukkan sebagai pengajaran kepada beberapa pihak yang agak kurang sopan. Guru Seni Gayong itu sudah meninggal tapi alhamdullilah kami diberikan peluang untuk berbaik dengan rakan-rakan baik, guru dan muridnya.

    Konklusinya, Belajar lah dengan ikhlas, yang lain akan menyusul dengan izinNya. INsyaAllah.

    • Terima Kasih diatas Peringatan Tersebut… Tok Guru Gayong3 demo dgn kawe hok buleh pelembut besi yg masih hidup pun ada lagi 😀


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: